Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:20 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Sah Azmin beri kata dua kepada Exco Pas

Posted: 21 May 2016 11:52 PM PDT


Dewan Ulama Pas mengesahkan dakwaan tiga Exco Pas Selangor diberi kata dua agar meletakkan jawatan sekiranya parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah benar.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihak­nya mempunyai maklumat jelas mengenai perkara itu dan menyifatkan penafian Mohamed Azmin kepada pihak media kononnya kata dua tersebut tidak berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada pemimpin pakatan pembangkang dan Mohamed Azmin menjadikan Pas sebagai ‘modal’ untuk melepaskan diri.

“Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan Exco Pas letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ (sah) dia arah Exco Pas meletakkan jawatan jika Pas terus bertanding di Sungai Besar,” kata­nya sebagaimana dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairuddin kesal dengan kenyataan Mohamed Azmin yang dilihat menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti, ketika menyangkal adanya rundi­ngan rasmi pengagihan kerusi antara Pas dan PKR.

“Walau bagaimanapun, Pas mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Mohamed Azmin, malah memahami situa­si yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu. Kita maafkan Azmin atas kecelaruan fikiran dia akhir-akhir ini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Pas Selangor seolah-olah ‘mencabar’ Mohamed Azmin apabila berkata, fokus Pas sekarang adalah untuk menang PRK Parlimen Sungai Besar.

Utusan

TPM - PERTAHAN KEKUATAN, KESUCIAN ISLAM DENGAN KESATUAN UMMAT

Posted: 21 May 2016 09:01 PM PDT


Mei 21, 2016 
Ditulis oleh Berita RTM Published in Berita Semasa

Putrajaya  - Kekuatan dan kesucian agama Islam yang sering dicemburui, perlu dipertahankan dengan kesatuan ummatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam mendepani cabaran itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengetepikan setiap perkara buruk atau cabang perbezaan termasuk ideologi dan pegangan politik.

"Setiap gerakan ke arah menyatukan umat Islam adalah baik tetapi kita sedar di luar sana ramai yang cemburu dengan kekuatan Islam dan kesatuan yang dibina.

"Mereka tidak mahu umat Islam bersatu tetapi ingin melihat Islam itu berpecah-belah umpama buih-buih yang mudah terpisah dan dipisahkan," katanya semasa berucap merasmikan Zikir Perdana Sedunia bersempena malam Nisfu Syaaban di Masjid Putra.

Bertemakan 'Islam itu Kedamaian', majlis itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama). Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Presiden Pertama Datuk As'ari Ibrahim.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata biar pun berdepan cabaran, beliau yakin kekuatan Islam di Malaysia terus terpelihara selagi Islam dijulang dan dijadikan sebagai ad-din atau pegangan hidup.


Sent from Samsung tablet.

Gabenor Bank Negara tahu RM 2.6 billions

Posted: 21 May 2016 08:36 PM PDT

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin UMNO dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin UMNO meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu.

Manakala Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 billion. Dia kata betul.

"Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal.

"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelad UMNO Australia.

Ujar Puad, Najib turut menegaskan kepada pemimpin UMNO bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.

"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.

Justeru, Puad berkata, laporan Najib menerima duit itu betul tetapi dakwaan duit itu adalah berpunca dari 1MDB tidak betul.

Nota lutut

Selain gabenor bank seorang lagi yang tahu ialah peguam negara, kedua dua ini adalah dua individu yang pertama di rujuk oleh perdana menteri.  Tujuannya ialah untuk mendapatkan nasihat sama ada boleh atau tidak beliau menerima wang tersebut.  Setelah kedua-dua nya memberi pandangan dan membenarkan kemasukan wang tersebut kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan kemudian hari maka ia tidak berunsur rasuah atau wang haram. 

Udang Free

Posted: 21 May 2016 08:15 PM PDT

Lori mmbawa udang untuk dipasarkan di pasar borong selayang terbalik dan orang ramai berebut mengutip udang yang bertaburan di atas jalan raya di Lebuhraya KL-Karak berhampiran persimpangan Bkt.Tnggi Resort.

Lebih memalukan apabila kelihatan beberapa  orang penjawat awam daripada pasukan beruniform turut serta mengutip udang.

Di manakah integriti mereka. 



Sent from Samsung tablet.

Anak Tempatan Calon Terbaik Di Dua PRK – Mohamed Nazri

Posted: 21 May 2016 03:47 PM PDT

KUALA KANGSAR, 21 Mei — Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpendapat anak tempatan merupakan calon terbaik bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor bulan depan kerana mereka lebih memahami kehendak penduduk.

Katanya beliau tidak nampak calon dari luar kawasan berkenaan yang lebih berpotensi untuk dijadikan calon “payung terjun” oleh Barisan Nasional (BN) di dua kawasan itu.

“Sebaik-baik calon adalah anak tempatan kerana mereka pastinya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan serta memahami kehendak rakyat di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan 2016 kawasan Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa UMNO akan memberi ruang kepada calon luar dan bukan anak tempatan untuk bertanding dalam kedua-dua PRK itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata BN perlu memilih kriteria calon yang boleh menang serta disukai penduduk setempat untuk mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Calon itu mestilah mempunyai ‘passion’ dan ‘dedicated’ kerana itu yang boleh menentukan kemenangan BN. Sekarang ini rakyat tidak mementingkan parti, tetapi rakyat memilih calon yang disukai dan disayangi.

“Calon itu juga bukan sahaja boleh diterima oleh UMNO Bahagian tetapi mesti diterima oleh parti komponen kerana BN merupakan parti berbilang kaum,” kata Mohamed Nazri.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Bawa kes disiplin Muhyiddin, Mukhriz ke MT UMNO tidak langgar perlembagaan parti

Posted: 21 May 2016 07:36 AM PDT


Keputusan merujuk kes disiplin Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai timbalan presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tindakan adalah tidak melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu diputuskan selepas Lembaga Disiplin menulis surat kepadanya menyatakan ia ‘kes berprofil tinggi’ dan memulangkan semula kes tersebut kepada MT untuk tindakan lanjut.

“Sebagai setiausaha agung, saya hanya akan bawakan apa yang telah ditulis kepada saya oleh Lembaga Disiplin iaitu agar perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi supaya membuat keputusan.

“Oleh kerana Lembaga Disiplin sendiri tidak mahu mengambil keputusan atas alasan ‘kes berprofil tinggi’ … tak kan kita nak diamkan. Jadi, sebagai setiausaha agung saya cuma boleh bawa kepada MT untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa keputusan membawa kes itu kepada MT UMNO sebagai melanggar prosedur tatatertib dan perlembagaan parti.

Tengku Adnan berkata, UMNO sebagai sebuah parti berstrukutur akan sentiasa memastikan tindakan yang diambil adalah mengikut aturan sedia ada, dan sebagai bekas timbalan presiden UMNO, beliau yakin Muhyiddin faham dan tahu tindakan tersebut sama sekali tidak melanggar mana-mana peraturan.

Beliau berkata, Perlembagaan UMNO jelas menyatakan bahawa MT berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi, malah ia juga boleh membuat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tataetika parti dan perlembagaan.

Ditanya apakah MT akan membuat keputusan mengenai kes Muhyiddin dan Mukhriz pada mesyuarat yang dijangka berlangsung pada 27 Mei ini, beliau berkata, tugasnya cuma membawa permintaan Lembaga Disiplin kepada MT, selebihnya terpulang kepada anggota mesyuarat.

Mengenai tindakan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pengundi tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun depan, Tengku Adnan berkata, ia sesuatu yang tidak patut dilakukan.

“Kenapa perlu buat begitu … saya hanya boleh minta beliau (Dr, Mahathir) fikirkan apa yang hendak dicakapkan dan jangan membuat kenyataan hingga orang boleh putar belit dan manipulasikan situasi, yang akhirnya akan merugikan BN, parti yang pernah memberinya kuasa untuk mentadbir negara lebih 20 tahun,” katanya. – BERNAMA

Abdul Rahman Dahlan buat kenyataan balas kepada Exco Pulau Pinang

Posted: 21 May 2016 03:24 AM PDT

Saya merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2016 dalam kenyataan balas terhadap saya oleh ahli EXCO Pulau Pinang YB Lim Hock Seng berkenaan isu projek mega Terowong Pulau Pinang bernilai RM 6.34 bilion yang telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

Saya menunggu selama seminggu untuk mengeluarkan kenyataan ini kerana ingin menantikan ADUN PKR dan DAP menanyakan persoalan ini di dalam sidang Dewan Negeri Pulau Pinang, serta jawapan daripada kerajaan negeri.

Namun, soalan-soalan yang dibangkitkan tidak cukup kuat atau spesifik. Begitu juga dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri yang kelihatannya tidak jelas dan seakan-akan ingin mengelak.

Saya sedia maklum ini merupakan kali kedua berturut-turut YAB Ketua Menteri memilih untuk tidak menjawab persoalan saya secara langsung - tetapi lebih memilih untuk membiarkan EXCOnya memberi respon . Walaupun saya mengharapkan jawapan daripada YAB Lim, YB Lim yang lain pula yang menjawab!

Seharusnya isu sepenting ini perlu diberi respon yang sewajarnya oleh Ketua Menteri sendiri.

Saya menghargai jemputan untuk melawat KOMTAR bagi melihat kertas kerja yang berkaitan. Namun, jemputan tersebut tidak memberikan banyak manfaat kerana atas beberapa sebab. Input yang didapati melalui beberapa kertas kerja yang ditunjuk hanya memberi sedikit manfaat jika ia ditunjukkan hanya kepada saya. Beliau seharusnya memberi tawaran berkenaan kepada yang lain-lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di Pulau Pinang.

Antara lain, C4, kumpulan anti-rasuah; CHANT dan CAP - kedua-duanya merupakan NGO yang beroperasi di Pulau Pinang - setidak-tidaknya dua ADUN DAP; dan lima ADUN PKR turut menyuarakan persoalan mengenai projek terowong tersebut.

Sehingga kini, tiada diantara mereka telah menerima penjelasan yang memberangsangkan. Perbincangan hangat di dalam persidangan Dewan Negeri Pulau Pinang minggu lepas menyaksikan laporan STAC menyatakan projek Terowong Pulau Pinang telah dua kali ditanggungkan. Ini adalah bukti jawapan yang sebenar-benarnya masih belum dikeluarkan.

Mungkin lebih naik jika pihak mereka menunjukkan semua dokumen-dokumen kepada umum. Ini termasuklah klafisikasi minit-minit oleh EXCO - termasuk justifikasi bagi penganugerahan tersebut kepada tatapan umum dan membiarkan rakyat untuk membuat keputusan.

Saya juga sedia maklum mengenai kenyataan terbaru YB Lim Hock Seng yang kelihatan seperti penafian yang tidak kukuh dan beberapa percubaan untuk lari dari menjawab persoalan utama oleh saya.

Sebagai contoh, daripada menjawab secara langsung persoalan utama mengenai projek mega Pulai Pinang, YB Lim bertindak menanyakan kepada saya mengenai projek-projek yang terpencil dan tidak berkaitan dengan kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, kerajaan Pulau Pinang harus lebih fokus untuk menjawab soalan-soalan dari saya berbanding menanyakan soalan mengenai projek-projek lain.

Saya bersetuju dimana saya telah mengulang beberapa persoalan saya yang lama. Namun, ia adalah kerana persoalan tersebut masih belum diberi perhatian.

Diterjemah oleh: KKMM

Comments (0)