Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:14 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Pemimpin DAP Kesal, Bersalah Fitnah PM Dan Isteri

Posted: 16 May 2016 06:10 PM PDT

1. Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menarik balik status bergambar di Facebook beliau yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai syarat bagi menyelesaikan secara baik kes saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

2. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

3. Kenyataan tersebut berbunyi "Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks. Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan".

4. Dilaporkan, pihak Mohd Hafarizam menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan membuat akujanji untuk tidak mengulanginya, manakala Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

5. Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua beserta status yang berbunyi "'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' dalam akaun Facebook atas namanya.

6. Ahli Parlimen itu turut memuat naik gambar pemimpin negara dan isteri serta beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Comments (0)