Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:14 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


FENOMENA EL NINO BAKAL BERAKHIR MASALAH KAWASAN TADAHAN AIR BILA AKAN BERAKHIR?

Posted: 11 May 2016 07:44 PM PDT





Fenomena pemanasan lautan atau disebut El Nino dijangka akan berakhir pada bulan Jun 2016 untuk tahun ini.

Kesan pada fenomena tersebut telah menyebabkan suhu meningkat. Di Malaysia fenomena Great El Nino pernah berlaku tahun 1997 dan 1998 dengan Perlis mencatat suhu tertinggi pada skala 40.1 Celcius pada tahun 1998.

Tahun ini kesan el nino menyebabkan kematian, sekolah ditutup dibeberapa buah negeri, kebakaran dan sebagainya.

Paling terkesan khususnya di Perak ini ialah Kolam Tadahan Bukit Merah menjadi hampir kering dan nyaris-nyaris diisytiharkan kawasan darurat.

Namun 3 hari  lepas Exco Perak Dato Zainol Fadzi menyatakan tiada catuan air dan bermakna tiada lagi darurat.
Zainol Fadzi berkata peningkatan paras air sejak beberapa hari lepas memberi kelegaan kepada penduduk sekitar Kerian, Kamunting, Taiping serta kawasan perindustrian. Berdasarkan kajian, kalau paras air turun sehingga 17 kaki (5.18 meter) kita memerlukan 23 hari untuk mencapai paras 20 kaki (6.09 meter)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri mempertimbang kemungkinan menyalurkan lebih banyak air ke kawasan pertanian di daerah Kerian jika paras air di Empangan Bukit Merah mencecah 7.01 meter atau 23 kaki ke atas.

 Air dari kolam Bukit Merah menjadi sumber utama untuk bekalan air bersih yang diuruskan oleh Lembaga Air Perak untuk minuman dan juga industri, manakala air untuk pertanian diuruskan oleh Jabatan Pengairan Perak.

Cuma air yang disedut oleh kolam-kolam ikan arowana sahaja yang tidak tahu diuruskan oleh siapa. Ini kerana JBA sememangnya melarang orang ramai mengambil air terusan.

Hampir 20 tahun sungai-sungai yang mengalir ke kolam Bukit Merah dari Banjaran Bintang mengalami perubahan demi perubahan.  Kebanyakan sungai semakin cetek dan air mengalir lesu berbanding tahun-tahun 60an. Air juga semakin berkelodak, keruh dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti riadah.

Segala-galanya berpunca daripada aktiviti manusia yang tamak meneroka hutan untuk aktiviti pembalakan haram, membuka ladang kelapa sawit, ladang buah-buahan seperti durian, pisang dan sebagainya.

Pencerobohan tanah resab hutan simpan kekal, resab sungai dan kawasan tadahan semakin berleluasa. Hari ini pencerobohan bukan dibuat secara kecil-kecilan, tetapi ia berskala besar. Sindiket sanggup mengupah orang tempatan untuk menjadi tonto untuk mengawal dan mengawas kedatangan pihak-pihak berkuasa.

Dalang pencerobohan rizab Kolam Bukit Merah, Bagan Serai perlu segera diusir dan didakwa sebagai bukti kerajaan negeri tidak tolak ansur terhadap sebarang kegiatan pencerobohan rizab kolam itu dan kawasan tadahan hujan.

Selain dari itu kerajaan juga perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpan kekal terutama di sekitar kawasan Kolam Bukit Merah. Walaupun proses ini sememangnya rumit tetapi ia terpaksa di lakukan untuk masa akan datang.

Amaran oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri supaya kerajaan negeri mewartakan semua semua hutan simpan kekal yang dijadikan kawasan tadahan air di seluruh negara mengikut ketetapan Majlis Tanah Negara juga dipandang sepi dan tidak diberi perhatian sejak sekian lama.


Adakah dengan berakhirnya fenomena El Nino., maka berakhir juga segala gimik dan polimik kawasan tadahan tersebut? 

Jawapannya kita tunggu fenomena akan datang. 

NAJIB LEBIH HEBAT DARIPADA MAHATHIR

Posted: 11 May 2016 05:42 AM PDT

HARI INI 11 MEI 2016 ADALAH ULANG TAHUN PENUBUHAN UMNO KALI KE 70.

UMNO DITUBUHKAN PADA TAHUN 1946 OLEH DATO ONN JAAFAR. 

PUN BEGITU UMNO DIHARAMKAN PADA 1987 APABILA KU LI BERTANDING MELAWAN TUN MAHATHIR. 

KU LI YANG KALAH TELAH MEMBAWA KES KE MAHKAMAH.

MAHATHIR TELAH BERUSAHA MENGHIDUPKAN KEMBALI UMNO DAN DIKENALI SEBAGAI UMNO BARU.

HARI INI TUN MAHATHIR TELAH KELUAR UMNO DAN SEDANG BERUSAHA UNTUK MENJATUHKAN DS NAJIB.

TAHUN INI JUGA ADALAH TAHUN KE TUJUH PENTADBIRAN NAJIB, (2009-2016)

UMNO KUKUH DAN IA NYA LEBIH BAIK DARIPADA MAHATHIR .

MAHATHIR BARU BERKUASA  ENAM TAHUN  DAN UMNO HANCUR. (1981-1987)





UMNO 11 adalah sekumpulan ahli UMNO yang menfailkan tindakan guaman yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Latar belakang


Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNOApril 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.
[sunting] Pengharaman UMNO

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO[2] tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut keMahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan[3]. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.
Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988[4]. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988[5].
[sunting] Implikasi pengharaman UMNO

apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan [[UMNO]. Mungkin Tun DrMahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini , tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas PengerusiBarisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik. Dengan itu juga Tun DrMahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.
Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.

Ramai pemimpin , ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO II telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan . Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara .
Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO , Menara Dato Onn , syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti .

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11

Comments (0)