Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:05 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Mayat Terakhir Mangsa Nahas Helikopter Sudah Ditemui #Pray4MissingHeli

Posted: 08 May 2016 10:46 PM PDT


Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini sudah menemukan mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa terakhir nahas helikopter di Batang Lupar Khamis lepas, kira-kira 250km dari sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata mayat ditemukan pasukan polis Marin pada kira-kira pukul 10.15 pagi, kira-kira 5.5km dari pangkalan feri Triso.
Beliau berkata umum tahu bahawa mayat terakhir nahas ialah juruterbang helikopter malang itu warga Filipina Kapt Rudolf Rex Ragas, namun menurutnya polis tidak dapat membuat pengesahan identiti, sehingga ia disahkan oleh pihak forensik hospital.

"Mayat dibawa ke pusat kawalan kita di Lingga sekitar pukul 11 pagi dan ke sini sebelum dihantar untuk bedah siasat di Hospital Umum Sarawak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Kecuaian Besar #KTMB - Tren Aral Mengundur Sendiri Sejauh 5KM Tanpa Sedar?

Posted: 08 May 2016 08:09 PM PDT

Gambar Hiasan

Pagi ini saya menerima satu pesanan ringkas dari Whats'App mengenai satu lagi kes 'berjangkit' terhasil daripada kecuaian pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dirasakan jika tidak diambil serius, kemungkinan ia boleh melibatkan kemalangan jiwa malah semua yang terlibat boleh dipecat.

Selepas seluruh Malaysia dikejutkan dengan kejadian kemalangan di antara tren Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan tren Ekspres Rakyat 13 gerabak pada hari Sabtu lepas, satu lagi kejadian kecuaian berlaku lagi.

Kali ini melibatkan sebuah tren 'Aral' (2 gerabak + 1 kren + 2 troli pekerja) yang kebiasaannya digunakan untuk kerja² break down menyelenggara landasan pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta api. Untuk info, tren Aral ini digunakan untuk membantu kerja² break down di kawasan kemalangan antara ETS dan tren Ekpres Rakyat pada Sabtu lepas.

Di dalam pesanan What'sApp tersebut, si pelapor memberitahu bahawa pada sekitar jam 3.05 pagi, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Operasi (PO) Azhar berdasarkan makluman daripada pemandu troli yang berada di yard kereta api di Kuala Kubu Bharu (km 322.00), tren Aral telah tiada di tempat yang sepatutnya.

Si pengadu bersama PO Azhar dan Juruteknik Semboyan Salim telah bertindak menunggang motorsikal dan mencari tren Aral tersebut menyusuri sepanjang trek kereta api dan kemudian ternampak tren Aral tersebut sedang mengundur sendiri tanpa pemandu ke arah Kalumpang.

Tidak terhenti di situ saja, si pengadu telah bertindak berlari mengejar tren tersebut dan beberapa kali cuba menahan roda tren dengan mengunakan batu² kelikir di atas landasan sehingga tren tersebut berhenti di atas jambatan Kerling (km 317.00) arah ke Kuala Lumpur.

Siasatan awal daripada PO Azhar mendapati tren tersebut tidak dikunci dan disendal dengan kayu semasa proses pemisahan antara lokomotif.


Ini adalah kejadian yang berlaku atas faktor kecuaian yang besar dari manusia. Nasib baik terjadi jam 3.00 pagi dan tren pun tak ada. Bayangkan kalau berlaku waktu siang, mungkin lagi panjang ceritanya dan lagi pening kepala Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad nak menjawab.

Beliau kata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua berkenaan (ETS & Ekpres Rakyat). Tapi saya rasa KTMB kena wujudkan satu lagi jawatankuasa khas siasat siapa punya kesilapan yang menjadi punca tren Aral tersebut bergerak sendiri.

Saya fikir, sudah tiba masanya juga KTMB memastikan prosedur keselamatan benar² diikuti oleh setiap staf mereka dengan tujuan mengutamakan keselamatan dan bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk orang lain sama.

Presiden KTMB tak nak ulas apa² ker?

keadaan tren ETS yang berlanggar dengan tren ekspres penumpang

Lihat gambar kemalangan ETS dan tren Ekspres di sini.

Kuala Lumpur International Hotel & Darling Idola Kecil Bantu Gelandangan Esok #Respect

Posted: 08 May 2016 07:10 PM PDT


Kuala Lumpur International (KLI) hotel bersama pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling akan bersama membantu menjayakan program sosial bersama golongan gelandangan.



Program ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kemelut kehidupan yang kian memberi tekanan terutamanya kepada golongan kurang berkemanpuan itu.

Menurut jemputan media yang dihantar, program tersebut bakal berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman yang akan mengagihkan pek makanan dan minuman yang dimasak sendiri oleh kakitangan hotel.

Program tersebut bakal dilaksanakan pada 10 Mei ini, Selasa bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. – SuaraTV


Dalam perkembangan lain, KLI Hotel juga akan menyediakan pakej sahur yang amat berpatutan pada bulan puasa nanti. Apa yang lebih menarik, KLI akan mengadakan pakej Sahur EURO 2016 serta pertandingan PES 2016 buat peminat bola di negara ini.


Comments (0)