Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Husam Musa Menangis Tatkala Dirinya Dipecat Dari PAS #PadanMuka

Posted: 06 May 2016 07:00 AM PDT

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.


Sekian. Terima kasih.


Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016


PAS Pecat Husam Musa - klik sini

Dua Reaksi Berbeza Apabila Helikopter Hilang Tanpa Dikesan #Pray4MissingHeli

Posted: 06 May 2016 05:30 AM PDT


Perbezaan sikap antara sikap sebilangan orang Semenanjung yang gila babi dan orang Sarawak yang sentiasa berdoa demi kebaikan sesama rakyat Malaysia.


Ini konsep yang masih lagi diamalkan di Sarawak dan disebabkan itu, mereka seboleh²nya menghalang mana² individu yang sengaja mewujudkan sentimen perkauman daripada memasuki negeri tersebut.

Mentaliti otak udang seperti mereka di semenanjung sememangnya merugikan dan dilihat amat tidak beradab.

Jenazah Dato' Noriah Kasnon Selamat Tiba Di Hospital Umum Sarawak #Pray4MissingHeli

Posted: 06 May 2016 02:16 AM PDT


Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, KPKK Dato' Noriah Kasnon tiba di Bangunan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebentar tadi pada pukul 3.34 petang.
Jenazah diterbangkan dari SMK Sebuyau dan tiba di perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis di Jalan Badarudin pada pukul 3 petang sebelum dibawa ke HUS menggunakan Pesawat TUDM Nuri SK 61.

Baca lagi di sini.

DCA Sahkan Last Contact 3 Minit Selepas Helikopter Berlepas #Pray4MissingHeli

Posted: 06 May 2016 01:05 AM PDT


Hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter membawa seorang timbalan menteri dan empat lagi penumpang semalam ialah pada 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu bahawa mereka dijangka akan berada di kawasan Simunjan dalam masa kira-kira 20 minit setelah berlepas pada pukul 4.12 petang.
"Pengawal trafik udara Simunjan cuba menghubungi pesawat itu pada 4.28 petang tetapi tiada respons. Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

"Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Beberapa serpihan bahagian helikopter itu ditemui dekat sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi tadi.


Lagi gambar dan berita di sini.

Husam Musa Dipecat Dari PAS

Posted: 06 May 2016 12:03 AM PDT


HUSAM MUSA DIPECAT AHLI PAS

Dengan ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:
"Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa, iaitu "MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)"


DR SANUSI DAENG MARIOK

Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib PAS

Sumber : HARAKAHDAILY (6/5/2016)

#Pray4MissingHeli Gambar Serpihan Helikopter Sudah Mula Ditemui - PM @NajibRazak

Posted: 05 May 2016 07:52 PM PDT


Sidang media pagi ini oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Berlepas dari Betong 4:12 petang destinasi ke Kuching. Helikopter tersebut dalam perjalanan telah terputus hubungan.

Pagi tadi, Pasukan mencari dan menyelamat telah pun bergerak. Maklumat telah diterima 9.50 pagi telah MENJUMPAI serpihan-serpihan helikopter RPC 6828 berkenaan.


Serpihan-serpihan helikopter yang telah ditemui adalah:

1. Location device
2. Kerusi
3. Pintu
4. Rotor blade
5. Dinding pesawat

Pasukan menyelamat akan berusaha untuk mencari 'main body'.

Kawasan adalah bersebelahan dengan Sungai Batang Lupar dan ini akan menyukarkan operasi namun segala usaha aset yang ada akan digunapakai dalam operasi ini.





Sama-sama kita berdoa agar semua penumpang dan juruterbang di dalam keadaan selamat

JASA UPDATE

Comments (0)