Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:02 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Jawapan Padu Untuk Rakyat Malaysia Yang Membenci Kerajaan Sendiri

Posted: 19 May 2016 06:00 AM PDT

Pesawat EgyptAir Dilaporkan Hilang Dari Radar

Posted: 19 May 2016 02:06 AM PDT


Pesawat milik syarikat penerbangan Mesir, EgyptAir dilapor hilang daripada radar sebelum memasuki ruang angkasa negara itu ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah.

"Sumber rasmi di EGYPTAIR menyatakan Penerbangan MS804 yang berlepas dari Paris pada jam 23.09) menuju ke Kaherah hilang dari radar," kenyataan syarikat penerbangan berkenaan di laman Twitternya.

CNN melaporkan, pesawat itu membawa 59 penumpang dan 10 kru.

Satu lagi tweet kemudian oleh EgyptAir menyatakan, pesawat terbabit terbang pada ketinggian 11,280 meter, hilang kira-kira 130 kilometer sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.

Menurut flightradar24.com, kedudukan terakhir pesawat kedudukan terakhir kapal terbang Airbus A320 itu di radar ialah di ruang udara Laut Mediterranean. 

Plat F Untuk Putrajaya & V Untuk KLMulai Jun Dan Julai

Posted: 19 May 2016 01:49 AM PDT


Mulai bulan Jun dan Julai ini, jangan anda hairan pulak kalau melihat kereta dengan awalan nombor pendaftaran "F" dan "V" di jalanraya. Ia merupakan awalan nombor pendaftaran baharu yang diperuntukkan bagi kenderaan yang didaftarkan di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa awalan "F" telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.

" 'F' bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, 'F' akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu," kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

"Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan 'V' selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), " tambah Aziz.

Turutan semasa bagi KL dengan awalan huruf, algoritma dan abjad, telah dilancarkan dengan "W 1 A" pada September 2013 selepas generasi awalan sebelumnya berakhir.

Menariknya, Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan awalan dan nombor turutan mudah sebelumnya iaitu 1-9999 tidak seperti awalan semasa dengan huruf dibelakang.

"Ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar dalam bidaan bagi KL urutan nombor plat semasa. Jadi saya berharap dengan awalan 'V', ia akan mengujakan orang ramai" katanya.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata awalan "V" untuk KL akan menggantikan awalan semasa yang akan bersara secara berperingkat mulai pertengahan Julai.

Mengulas mengenai awalan baru Putrajaya, Aziz berkata, "F" telah dipilih walaupun PPj cadangan untuk 'Putrajaya', yang akan diikuti oleh algoritma dan berakhir dengan abjad.

"Cadangan ini adalah rumit kerana ia akan menjadi terlalu panjang untuk dimuatkan dalam plat nombor dan sebagainya 'F' adalah pilihan yang terbaik," jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata, "F" dan "V" belum digunakan sebagai awalan nombor plat di negara ini.

Sehingga hari ini, nombor pendaftaran terkini untuk KL adalah WC 3974 V.

Dengan awalan baru bagi Putrajaya, Aziz menjangkakan kegilaan membida plat pendaftaran "F 1".

Timbalan Menteri itu berkata: "Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire telah menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu daripada seseorang yang ingin membeli plat pendaftaran 'F 1' pada Bugatti Veyronnya yang dibeli dengan harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) pada tahun 2008. "

Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran "F 1" minggu depan.

"Kami akan membuka tender bidaan mungkin selama dua minggu ditambah lagi proses dua minggu untuk jawatankuasa khas memuktamadkan bidaan," kata Ismail.

"Saya rasa ramai pemilik Ferrari akan beratur untuk membida abjad tunggal 'F' (nombor plat)," kata Aziz pula secara berseloroh.

Namun, mungkin ramai yang akan membida plat pendaftaran F457, yang seakan akan perkataan "FAST"

KL International Hotel Ajak Peminat #Euro2016 Bersahur Bersama

Posted: 18 May 2016 11:29 PM PDT


Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur.

Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.


"Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari Rm15," katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.

Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga waktu imsak.

Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.

Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.

Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2,000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1,000, RM800 dan RM600.-SuaraTV

Nak Jadi Seperti Rafizi Hanya Perlu Buat Andaian Tanpa Fakta

Posted: 18 May 2016 05:30 PM PDT



Sumber : Rezqeen Hill

Comments (0)