Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Kelewatan LRT #RapidKL Pada Kadar 0.3% - CEO #Prasarana @azmiaziz60

Posted: 18 May 2016 05:30 AM PDT


Perkhidmatan Transit Laju Ringan (LRT) kini berada pada tahap kecekapan 99.7 peratus dan Pasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan itu sedang berusaha menambah baik lagi sistem berkenaan.

"Kami menghadapi kelewatan perkhidmatan kira-kira 0.3 peratus. Kami sedang berusaha menambah baiknya demi memenuhi tuntutan orang ramai," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Bercakap kepada BERNAMA di luar Perhimpunan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa ke-16 di sini hari ini, Azmi berkata masalah itu adalah akibat kerja-kerja menaik taraf dengan mengintegrasi set-set baharu tren ke dalam sistem.

Sebagai contoh, katanya, bagi landasan Ampang, syarikat itu perlu menyelaras tren-tren baharu ke dalam laluan perkhidmatan sedia ada tanpa banyak gangguan.

[Video] Pengembara Masa Rakam Perlawanan Tinju Mike Tyson Guna Telefon Berkamera?

Posted: 18 May 2016 04:00 AM PDT


Satu rakaman video yang memaparkan perlawanan petinju terkenal, Mike Tyson bersama Peter McNeeley pada 1995 berjaya merakam imej seorang penonton sedang menggunakan objek seakan-akan telefon bimbit kamera walaupun gajet sedemikian masih belum dikeluarkan ketika itu.

Portal Mirror.co.uk melaporkan, ketika video itu merakamkan aksi Tyson bersiap sedia untuk memulakan perlawanan, penonton tersebut yang duduk di barisan hadapan kelihatan sedang memegang objek seakan-akan telefon bimbit.
Rakaman video itu jelas menunjukkan lelaki tersebut merakamkan aksi Tyson di gelanggang dengan menggunakan gajet yang dipegangnya.

Perkara itu menimbulkan pelbagai teori konspirasi beberapa pihak kerana telefon bimbit kamera pertama hanya mula dikeluarkan pada tahun 2000.

Seorang penulis Mail Online, Jammy Bantam berkata, objek itu mempunyai lensa di tengah-tengah, sama seperti sebuah telefon bimbit.

"Saya tidak tahu sama ada orang itu pengembara masa atau pun tidak, tetapi tiada siapa mampu merungkai jenis kamera yang digunakannya," kata Bantam.

Dalam pada itu, menurut pengendali blog ufosightingsdaily.com, Scott C. Waring, dia masih kurang pasti mengenai objek tersebut namun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan 'mengembara' ke masa lampau.

"Lelaki itu adalah seorang pengembara masa yang datang ke zaman itu untuk melihat aksi pe­tinju kesukaannya.

"Telefon bimbit memang sudah dihasilkan pada tahun 1995, tetapi tidak dilengkapi kamera," katanya.

Rakaman video itu dimuat naik di laman YouTube pada September tahun lalu, tetapi baru mendapat perhatian selepas orang ramai ingin mengetahui jawapan di sebalik kejadian aneh tersebut.

Jangan Percaya Kekesalan Nga Kor Ming Ni !!

Posted: 18 May 2016 01:39 AM PDT


Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming menarik balik status bergambar di Facebook beliau yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai syarat bagi menyelesaikan secara baik kes saman fitnah yang difailkan Najib dan Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.
Kenyataan tersebut berbunyi "Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks. Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan".

Dilaporkan, pihak Mohd Hafarizam menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan membuat akujanji untuk tidak mengulanginya, manakala Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua beserta status yang berbunyi "'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' dalam akaun Facebook atas namanya.

Ahli Parlimen itu turut memuat naik gambar pemimpin negara dan isteri serta beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

- See more at: http://www.barisannasional.org.my/news/pemimpin-dap-kesal-kerana-bersalah-memfitnah-pm-dan-isteri#sthash.kArJHbNR.GatLf2n9.dpuf

Apahal MoF Tiba² Nak Kenakan Cukai Terhadap Peniaga Online Ni?

Posted: 17 May 2016 11:36 PM PDT


Kementerian Kewangan umumkan semalam bahawa mereka mahu mengenakan cukai terhadap peniaga online & driver Uber / Grab sebab pendapatan mereka melebihi RM4,000 sebulan.

Harap pihak Kementerian bersedia dengan jentera mereka untuk menangkis pelbagai bentuk cemuhan dan kritikan daripada rakyat. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga dan akhir sekali Perdana Menteri DS Najib Tun Razak jadi mangsa.
Di mata penyokong kerajaan, kami tidak nampak siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan cadangan ini dilaksanakan tapi bagi rakyat yang di atas pagar, hanya melihat setiap keputusan daripada Kementerian adalah daripada Perdana Menteri.

Oleh itu, kena ada respon balas daripada MoF dengan segera terhadap perkembangan cadangan tersebut dan pihak Kementerian perlu bersikap proaktif bagi memastikan info yang sebenar serta cara pelaksanaan yang baik dapat difahami oleh setiap golongan rakyat terhadap isu ini.

Jangan kerana nila setitik, akhirnya rosak susu sebelanga. Jangan kerana mulut Tan Sri Mohd Irwan Serigar, nanti yang binasa ramai kakitangan kerajaan selepas PRU 14.

* kalau ditanya pendapat saya, jangan dikenakan langsung cukai terhadap peniaga kecil²an yang cuba mencari pendapatan tambahan melalui online.

Berita penuh :

Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ini didorong kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Tambahnya, kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.

"Penilaian dan kajian menyeluruh, bagi mengenakan cukai kepada mereka ini (peniaga atas talian) yang mendapat pendapatan yang boleh dicukai.

"Jika tidak, ia akan merupakan kerugian pendapatan terhadap kerajaan. Bergerak ke hadapan, banyak perniagaan berpindah ke ekonomi digital, sebab itu pungutan cukai kita perlu cekap dan melihat ke bahagian ini bersesuaian dengan transformasi ekonomi," ujarnya.

Tambahnya, LHDN yang telah mewujudkan 'bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan' dan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan penilaian berkenaan.

Beliau memberi contoh, dalam kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan pendapatan pemandu Uber dan Grab Car yang mencecah RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, ini adalah dalam lingkungan pendapatan yang boleh dicukai.

Comments (0)