Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:04 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Govt. Reaffirms Commitment On Public Transport Transformation #RapidKL @Zahid_Hamidi

Posted: 17 May 2016 03:30 AM PDT


The Government has reaffirmed its commitment on the country's public transport transformation plan in ensuring the realization of its agenda in increasing public transport modal share for Kuala Lumpur to 40 percent and other capital cities by an average of 15 percent by the year 2030.

In stating this today, Deputy Prime Minister Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also stressed the need for public transport planners to 'think outside the box' and to study the success stories of other countries.
"We will ensure that no projects are delayed; but if delays are inevitable, it should be at the very minimal," he said in his keynote address at the 16th International Association of Public Transport (UITP) Asia-Pacific Assembly, held at Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid, who is Home Affairs Minister, acknowledged the possibility of delay in the projects in view of the grouses by employers on the shortage of construction workers.

"Although there are already about 1.99 million legal foreign workers in the country, employers still faces a shortage of workers resulting in delays in some projects. We took note of that and as I speak, we are fine-tuning the process of hiring the workers," he added.

Co-hosted by Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) and UITP, more than 500 key players in the public transport industry from more than 30 countries are attending the two-day Assembly, which was last hosted by Malaysia 16 years ago at the turn of the millennium.

In undertaking the public transport transformation plan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid said that the Government has undertaken a host of initiatives. They included:

To date, we have rolled out a host of public transport initiatives including:

  • · Improving the main rail line with the Klang Valley, as well as down south to the east coast of Peninsular Malaysia;
  • A line extension for the LRT services in the Klang Valley to reach even further into the suburbs and provide for the first time, LRT services to 300,000 new commuters
  • An improvement in capacity for the monorail and LRT services in order to ensure more passengers can be moved, particularly during peak hours;
  • A Bus Performance Monitoring Hub System;
  • A new taxi business model;
  • The promotion of park and ride facilities;
  • An automated fare collection system
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid commended on the progress made on the LRT Line Extension Project, which is scheduled to be fully opened on June 30 and to provide an additional 300,000 daily commuters.

"Further down the line, in December, we will see the opening of Phase 1 of the MRT Line 1 from Sungai Buloh to Kajang, involving 12 stations and an elevated track of 21km. Phase 2 is scheduled to open in July 2017 with an additional 30 stations and 30km of seamless travel.

"We also look forward to increasing the public transport modal share with the upcoming Putrajaya Urban Rail project currently in the pipeline.

"For bus services, we are excited to have a second Bus Rapid Transit project for the Klang Valley in the pipeline, and to date, have rolled out the Stage Bus Service Transformation programme for 11 capital cities in the country.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid also said that Malaysia is in the midst of planning for the High Speed Rail project, which would connect the central business district of Kuala Lumpur to downtown Singapore in a mere 90 minutes.

"Indeed, these are exciting times for Malaysia and we are well on the path to transforming the public transport industry," he added.

In his welcome address, Prasarana Group Chairman Tan Sri Ismail Adam said that the organizing of the high profile Assembly was timely with Malaysia currently in full gear of its transformation process.

"Prasarana is proud and honoured to again host of this event – the gathering of brilliant minds and passionate hearts of outstanding individuals serving people for a better world through promotions of seamless travel, smooth connectivity and sustainable urban mobility via an efficient public transport system," he said.

Immediately after the opening ceremony by Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, Malaysia shared the exciting experience of its transformation journey with Prasarana, MRT Corp and ERL taking the stage for the opening session.

The opening day also included discussion of the subjects of accessibility and integration of public transport, financing public transport projects and charting the future of public transport in the Asia Pacific.

The Assembly closes tomorrow with the organization of three technical visits to Prasarana's Bus Rapid Transit – Sunway Line Depot in Bandar Sunway, MRT Line 1 Depot in Sungai Buloh and Rapid KL LRT Ampang Line Depot in Ampang, Selangor.

Pilot Terselamat Pesawat #TUDM Terhempas Di Pekan

Posted: 17 May 2016 12:09 AM PDT


Menurut kenyataan akhbar daripada TUDM memberitahu bahawa sebuah pesawat jenis Aermacchi MB339CM telah mengalami masalah teknikal semasa membuat latihan pada jam 12.54 tengah hari ini.

Kedua² juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat. Pihak TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.




Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seramai 11 orang anggota bomba dan JBPM terbabit dalam operasi berkenaan.


Misteri : Kematian Disebabkan Angkara Jin - Dr. Abdul Rahman

Posted: 16 May 2016 11:15 PM PDT


Kisah ini disampaikan oleh sahabat saya seorang doktor forensik ketika kami berjumpa semasa kursus di Ipoh. Saya bertanya beliau apakah kes2 pelik dan ngeri yang beliau pernah terjumpa selama beliau bekerja. Macam2 juga yang beliau ceritakan...menarik2 belaka.

Namun ada satu kes yang saya kira agak unik dan saya ingin kongsikan pada semua sahabat2. Kes ini diceritakan oleh bekas boss sahabat saya ini kepada beliau. Pakar forensik tersebut telah handle kes ini secara peribadi.

Ia adalah berkenaan satu kes yang mana sepasang suami isteri telah kehilangan 3 orang anak mereka. Anak2 mereka meninggal satu demi satu tanpa sebab yang khusus. Buat post mortem sedetail habis pun tak dijumpai sebarang sebab kematian. Jasad2 mereka tidak ada 'defect' langsung.

Lebih membingungkan, ketiga2 anak ini meninggal dunia di sekolah yang sama dan pada masa yang berlainan. Anak pertama meninggal dunia mengejut di sekolah. POST MORTEM-TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN.

Anak kedua juga meninggal dunia beberapa bulan selepas itu di sekolah. POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Ini menyebabkan keluarga ini begitu bersedih dan gusar. Cerita2 jiran dan masyarakat telah tersebar bahawa ada jin/hantu di sekolah berkenaan yang telah meragut nyawa anak2 malang tersebut. Lebih ditambah perisa datangnya 'bomoh' yang mengatakan bahawa keturunan mereka mungkin telah disumpah dek dosa nenek moyang hingga tidak boleh menjejakkan kaki ke tapak sekolah tersebut.

Ibu bapa inipun memindahkan anak ke 3 mereka ke sekolah yang lain kerana terlalu sedih dan terkenang anak2 mereka yang telah meninggal dunia. Namun anak yang ke 3 ini juga telah meninggal dunia. Kebetulan terdapat aktiviti sukan sekolah2 dan anak ke 3 ini telah pergi ke sekolah arwah abang2nya untuk aktiviti/pertandingan. Anak ini meninggal dunia mengejut juga semasa bersukan.
POST MORTEM- TIADA SEBAB KEMATIAN DIKESAN juga.

Dugaan cukup besar untuk ibubapa malang tersebut. Sudahlah kehilangan anak2, ditambah pula kebingungan kerana tidak tahu punca kematian yang khusus. Akhirnya telah dilakukan ujian genetik terhadap mangsa2 ini. Dan didapati mereka mempunyai masalah kecacatan genetik khusus. Ada gene dalam kromosom mereka yang missing. Ini menyebabkan mereka tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Jika dilakukan, jantung mereka akan secara tiba2 mengalami renjatan dan mangsa meninggal dunia. Apabila disiasat lanjut, memang benar, ketiga2 anak malang tersebut telah melakukan aktiviti sukan seperti PJ, bersukan, bermain dsbgnya ketika meninggal dunia.

Kes ini amat menarik dan saya percaya masih ramai penduduk kawasan tersebut mempercayai bahawa anak2 itu meninggal dunia disebabkan jin. Mereka memang meninggal dunia disebabkan oleh masalah gene bukan jin.

Saya bertanya lanjut kepada sahabat saya ini apakah diagnosis khusus masalah genetik tersebut tetapi sahabat saya tidak ingat kerana kisah ini telah diceritakan kepadanya agak lama. Namun saya fikir dengan cerita yang beliau berikan ini berkemungkinan kes ini adalah Long QT Syndrome atau Brugada Syndrome yang merupakan kecacatan pada laluan elektrik jantung hingga pesakit meninggal dunia mengejut.

Masyarakat kita amat mudah mempercayai kisah2 tahyul, cerita2 seram, mitos, skandal dan menyebarkan berita tidak sahih tanpa siasatan. Apa boleh buat...agamawan kita juga menyalahkan kerajaan dan pemimpin atas bala bencana yang menimpa negara seperti kemalangan kapalterbang dan banjir. Dikatakan seolah2 keberkatan sudah hilang. Bumi, lautan dan langit juga kononnya tidak suka pada ketika. Sedangkan ia hanyalah ujiian Allah ke atas orang2 yang beriman.

Hari Ini Dalam Sejarah - 17 Mei 1956

Posted: 16 May 2016 09:15 PM PDT


Beberapa bahagian kecil Undang-undang Tanah tahun 1956 ini telah dipinda melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1957 dan melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1958.

Umumnya maksud undang-undang ini dilaksanakan ialah supaya, kerajaan-kerajaan negeri menyusun rancangan-rancangan kemajuan tanah. Menubuhkan badan-badan atau lembaga-lembaga yang ditugaskan menjalankan rancangan-rancangan itu secara bersendirian atau dengan pertolongan Kerajaan Persekutuan.
Peranan LKTP pula ialah menyalurkan bantuan kewangan bagi rancangan-rancangan yang diluluskan itu dan tidak terkecuali daripada membuat rancangan-rancangan kemajuannya sendiri.

Undang-undang Kemajuan Tanah 1956 telah banyak menyumbang dalam menyokong LKTP memajukan tanah dan penempatan dalam negara sejak negara mencapai kemerdekaan yang hampir seusia dengan penubuhannya.

Kerajaan Laksana Program Usahawan Bergerak Bantu Belia @Ismail_Sabri60

Posted: 16 May 2016 07:26 PM PDT


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta juga pada tahun ini bagi memperkenalkan konsep perniagaan baharu, Usahawan Bergerak kepada golongan belia dalam usaha meningkatkan pendapatan golo­ngan muda di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui program itu pihak kementerian akan menyediakan motosikal, peralatan dan latihan kepada golongan belia yang layak untuk memulakan perniagaan.

"Untuk program Usahawan Ber­gerak pada tahun ini kita memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 230 usahawan muda di seluruh negara.


"Jadi, dengan adanya program ini golongan belia boleh terus me­mu­lakan pelbagai perniagaan se­per­ti perkhidmatan membaiki ke­­­reta, membaiki motosikal dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Karnival Program Peningkatan Pendapatan (PPP) ke arah menangani kos sara hidup peringkat negeri di Laman Kerayong di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, melalui program tersebut penerima akan diberikan secara percuma sebuah motosikal yang diubah suai mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan.

Jelasnya, setiap penerima akan diperuntukkan sebanyak RM10,000 meliputi RM5,000 nilai motosikal, RM4,000 nilai peralatan dan RM1,000 untuk kos latihan.

Beliau berkata, program di bawah seliaan GiatMara itu dilihat amat signifikan bagi menarik minat golo­ngan belia untuk berniaga seterus­nya menjana pendapatan mereka.


"Apa yang dilakukan kementerian adalah untuk membantu mereka memulakan perniagaan dan saya berharap mereka akan dapat mengembangkan lagi perniagaan dari semasa ke semasa.

"Saya berharap pada masa akan datang program di bawah GiatMara ini akan turut diperluaskan melibatkan agensi-agensi lain di bawah kementerian," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua penerima bantuan supaya memanfaatkan sumba­ngan diberi dan tidak sesekali menyalahgunakannya dengan men­jual peralatan diberi.

Tegasnya, kementerian akan memantau setiap penerima bagi memastikan program yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat.

Comments (0)