Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:02 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Kerjasama #Prasarana & KBS Permudah Belia Menjadi Kapten Bas @Khairykj @azmiaziz60

Posted: 16 May 2016 01:31 AM PDT


Tidak dinafikan di dalam dunia hari ini, hanya ada sebuah kerajaan saja yang benar² membantu dan mendahulukan rakyat dari pelbagai segi semenjak lahir sehinggalah dewasa dan bekeluarga. Inilah kerajaan Malaysia yang tanpa henti² menawarkan pelbagai bentuk insentif, bantuan dan program untuk memastikan rakyat mampu hidup dengan berdaya saing.

Sebuah program khas telah dimeterai antara syarikat pengendali sistem pengangkutan awam terbesar dan terbaik di sini iaitu Prasarana Malaysia Berhad serta Kementerian Belia & Sukan (KBS). Program yang diberi nama BootCamp Kapten Bas 2016 merupakan program perintis antara bagi memastikan golongan belia mempunyai peluang bekerja secara tetap dan berkemahiran.

Menjadikan kerjaya Kapten Bas sebagai karier adalah matlamat utama program ini selain membantu mana² belia yang tidak bernasib baik dalam mencari peluang pekerjaan.


Menurut Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin, bootcamp akan berlangsung selama tiga tahun dan beliau berharap anak-anak muda khususnya belia dapat memanfaatkan program ini dan sekali gus dapat mengurangkan pengangguran di kalangan mereka.
Untuk info, berikut antara kriteria yang diperlukan dan melayakkan seseorang belia mengikut program bootcamp ini ;


Dalam masa yang sama juga, bootcamp menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah kepada peserta² yang serius menjadi kerjaya Kapten Bas sebagai satu objektif untuk berjaya, antaranya ;



Ini adalah peluang terbaik untuk belia mencabar diri dan membuktikan bahawa kerjaya sebagai Kapten Bas sebagai satu karier yang baik dan dalam masa yang sama boleh menambah kemahiran pada diri sendiri. 


Dua (2) sebab kenapa anda akan merasa rugi jika menolak peluang menjadi Kapten Bas ;

1. Anda tidak dapat merasai pengalaman memandu bas secara simulator dengan keadaan persekitaran sebenar seperti memandu dalam pelbagai cuaca di Bukit Bintang atau di kawasan padat kenderaan, Bandar Sri Permaisuri dan lain² tempat. Baca sini.

2. Anda mungkin merasa rugi apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam kursus yang disediakan di Akademi Bas dan pulang dengan segulung Sijil / Diploma. Baca sini.


Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Belia & Sukan berhampiran anda.

Kejadahnya China Tambah Infrastruktur Di Kepulauan Spratly

Posted: 15 May 2016 10:30 PM PDT


Sumber risikan Pentagon melaporkan bahawa China sedang menambah infrastruktur ketenteraan tambahan termasuk memasang sistem pengawasan di Pulau buatan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Menurut Pentagon, langkah China itu dilihat seperti mahu menjadikan pulau berkenaan sebagai pengkalan tentera untuk jangka panjang.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam laporannya menyatakan pihak berkuasa China juga telah menambak kira-kira 1300 hektar tanah di kepulauan berkenaan sejak dua tahun yang lalu.

China, Taiwan dan negara-negara ASEAN - Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei, terlibat dalam tuntutan bertindih mengenai pemilikan dan penguasaan kepulauan itu di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber, dalam konflik yang berlarutan selama beberapa dekad.


Sewajarnya isu kepulauan Spratly ini diselesaikan antara negarà-negara terbabit sahaja. Percubaan Amerika untuk menyuntik kebimbangan dikalangan negara ASEAN boleh mencetuskan konflik ketenteraan yang sememangnya kita ingin elakan.

[Video & Gambar] Fakta Yang Anda Ingin Tahu Mengenai Kapal Terbang Terbesar Di Dunia #Antonov #Mriya

Posted: 15 May 2016 09:30 PM PDT


Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, dalam perjalanannya ke Perth untuk menghantar sebuah generator seberat 130 tan.
Menurut ketua juruterbang Antonov Dmytrov, kapal terbang ini memiliki kepanjangan 84 meter dan setinggi 18 meter serta berat kira-kira 640 tan.

Saiznya cukup besar, sehingga pesawat ini yang pada asalnya dijadualkan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tidak dapat berbuat demikian, ekoran 'apron' di sana tidak mampu menampung panjang keseluruhan sayapnya.

Sejumlah 150 peminat yang terdiri daripada kakitangan KLIA dan syarikat penerbangan yang berpengkalan di sana berkumpul untuk melihat sendiri kapal terbang ini.




Apa yang menarik sangat, selain saiznya yang besar itu? Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang Antonov An-225 Mriya:

1. Mriya jika diterjemahkan secara mudah bermaksud 'Impian', dan hanya ada sebuah 'Impian' di dunia pada masa ini.

2. Pesawat ini dibina pembina kapal terbang Ukraine, Antonov ketika era Perang Dingin pada tahun 1980-an. Ia bertujuan mengangkut kapal angkasa lepas 'Buran' bagi program penerokaan angkasa Persekutuan Soviet.




3. Selepas tamatnya Perang Dingin, pesawat ini tidak bergerak selama lapan tahun akibat kekangan kewangan. Selepas itu, ia 'lahir semula' sebagai pengangkut kargo terbesar di dunia.

4. Kos operasinya sangat tinggi. Pada tahun 2004, kos menerbangkan sebuah serombong asap dari Billund, Denmark ke Kazakhstan mencecah USD300,000.

5. Ia mampu mengangkut 1,500 manusia pada satu masa – hampir tiga kali ganda kapasiti kapal terbang penumpang terbesar dunia.



 


Gambar : Norman Yusof
Video : Mohd Sofian Hilmi

Penipuan Sokongan Deklarasi Rakyat Menggunakan Senarai Pemilih Berdaftar Secara Tidak Sah?

Posted: 15 May 2016 08:06 PM PDT


Hangat cerita semasa ini apabila satu pendedahan yang dilakukan terhadap tindakan mereka yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan cara mendapatkan tandantangan dan butiran daripada rakyat.

Seorang sahabat karib kepada suami Umi Aida si Khairudin tu mendedahkan seramai 10 orang 'sukarelawan' memang dibayar untuk mendapatkan tandatangan deklarasi rakyat. Mereka telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan berkeliaran di kawasan tumpuan untuk mendapatkan sokongan. 

Menariknya lagi kebanyakan mereka ini berstatus ahli UMNO dan ada yang masih memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan, Ketua Sayap Cawangan dan jawatan² lain. Bila UMNO Malaysia meminta untuk mereka yang berjawatan ini membuat penambahan ahli baharu dan mencari anak muda / beli untuk didaftarkan sebagai pemilih, punyalah liat nak bantu. Berkokok siang malam kata bukan kerja mereka.

Tapi bila bab² merosakkan parti, memang mereka yang berjawatan ini ke hadapan bantu sama menjatuhkan Presiden UMNO.

Lebih mengejutkan lagi, pendedahan tersebut turut memberitahu bahawa si maca yang dibayar tersebut turut mendaftarkan deklarasi secara haram menerusi pengambilan nama dari senarai pemilih yang berdaftar dengan SPR. Maka tak hairanlah sekiranya si pemimpin gila kuasa memberitahu bahawa mereka mempunyai sebanyak 1.2 juta sokongan.

* Saya syak nama saya pun dah 'diregisterkan' secara haram.


Sumber : REZQEEN HILL

Comments (0)