Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Special Bus Service For World Superbike Championship In Sepang #RapidKL

Posted: 12 May 2016 07:30 AM PDT


Rapid Bus Sdn Bhd – operator of Rapid KL bus services, will be providing a direct service from major locations in the city to Sepang International Circuit (SIC) to provide a hassle-free journey for this weekend's eni FIM World Superbike Championship Malaysia Round. To operate from 8am from Friday (July 31) until Sunday (August 2), the direct bus service will be from KLCC and KL Sentral to the circuit as well as from KLIA2, said Encik Mohd Azam Omar, who is the Chief Operating Officer of Rapid KL bus services.

Bus tickets are already on sale at KL Sentral, KLCC and Masjid Jamek LRT stations; priced at RM18 for one-way trip from the city and RM30 for a return ticket. For journeys between KLIA2 and the circuit, the fare is RM10 one-way.
"The service is similar with what we had provided during the Formula 1 in March and the Malaysian Motorcycle Grand Prix last October. The bus tickets will be on sale at KLIA2 and at SIC during event days.


SIC hosts Round 10 of the 13-leg eni FIM World Superbike Championship which features the World Superbike Championship and the World Supersport Championship. The Sepang race will also feature the Shell Advance Asia Talent Cup, the Malaysia Superbike Championship, as well as a host of exciting off-track events including a bike wheelie challenge and a stunt show.

"The bus service will be operating on a frequency of between 30 and 45 minutes depending on traffic condition," Encik Mohd Azam said, adding that the last bus would depart for SIC from the city and KLIA2 at 12 noon for all three days.

The buses would return to Kuala Lumpur and KLIA from 4pm with the last bus departing from SIC at 8pm for all three days.

Exco Pulau Pinang Akui Kos Kertas Kerja Lebih RM 300 Juta #DAPRasuah #LGERasuah

Posted: 11 May 2016 08:40 PM PDT


Beli Banglo terlajak murah dan skandal Tanah Taman Manggis pun boleh tipu apalah sangat dengan projek bina terowong , kos buat kertas kerja saja pada sangkaan awal lebih 100 juta rupanya dah menelan lebih 300 juta.

Di Pulau Pinang kerajaan negeri sanggup bayar untuk kertas kerja dengan nilai lebih 300 juta,kemudian dibayar pula kepada syarikat kroni.Kita tengok satu persatu dari puluhan skandal bakal didedahkan , kesemuanya membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng telah mengesahkan bahawa kos kajian untuk Projek Terowong Dasar Laut adalah bernilai RM305 juta sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kerana mengesahkan apa yang saya dakwa sebelum ini – bahawa jumlah kos untuk kajian kebolehlaksanaan projek, reka bentuk terperinci dan penilaian kesan alam sekitar berjumlah RM305 juta, yang saya anggap sebagai kebanyakannya dalam bentuk kertas kerja.
"Tidak ada kenyataan dalam sidang akhbar saya, juga dalam kenyataan akhbar saya yang anda boleh lihat di laman Facebook saya bahawa saya mengatakan kos RM305 juta adalah hanya untuk kajian kebolehlaksanaan projek semata-mata.

"Oleh itu, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati dan bukannya mencadangkan bahawa angka saya untuk kajian kebolehlaksanaan projek adalah salah,"kata Abdul Rahman dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Hock Seng selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam yang berkata kos RM305 juta adalah kos untuk semua urusan Projek Terowong Dasar Laut.

"RM305 juta itu kos untuk kajian feasibiliti (kebolehlaksanaan), kesan alam sekitar, reka bentuk terperinci manakala kos keseluruhan untuk pembinaan tiga projek lebuh raya terowong bawah tanah ialah RM6.341 bilion," jelas Hock Seng.

Selanjutnya sila baca "Kos RM305 Juta Untuk Semua Urusan Projek Terowong Dasar Laut – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang"

Abdul Rahman berkata sekali lagi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah salah faham terhadap dakwaannya.

"Sekali lagi anda telah salah faham kenyataan saya. Saya tidak bertanya jika kos keseluruhan projek itu yang berjumlah RM6.34 bilion diberikan secara tender terbuka tetapi saya bertanya secara khusus jika tiga kajian yang menelan belanja RM305 juta itu telah diberikan berdasarkan tender terbuka

"Kami juga sedar bahawa keseluruhan projek telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG-Sdn Bhd (CZBUCG).

"Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

"Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

"Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral "tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek".

"Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

"Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak.

"Bukankah ini satu konflik kepentingan," soal Abdul Rahman. – AIDC

Comments (0)