Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


#Vaksin : Islam Tekankan Penganutnya Menjaga Agama, Nyawa, Akal, Keturunan & Harta

Posted: 10 May 2016 10:00 PM PDT


Islam membolehkan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan.

"Vaksin ini diharuskan (hukum) oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada 'al-Wiqoyah' iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Program Wacana Pendidikan Fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah di sini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata walaupun dakwaan mengatakan vaksin yang disuntik kepada kanak-kanak itu mengandungi barang terlarang, namun ia tetap dibolehkan jika kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

"Andai kata benar dakwaan itu dan pihak kerajaan tidak ada pilihan maka ia (suntikan vaksin) dibenarkan. Ia dipanggil keadaan darurat.

"Saya nasihatkan umat Islam supaya mengambilnya (suntikan vaksin) sebab imunisasi ini kita sudah ambil sekian lama, dan bukannya perkara baharu. Maka ia tiada masalah," katanya.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah memutuskan bahawa pemberian vaksin, sebagai satu usaha mengelakkan penyakit mudarat, hukumnya adalah harus.

Perghhh Gelandangan Diberi Layanan 5 Star Oleh KL International Hotel #Salute

Posted: 10 May 2016 09:41 PM PDT


Kuala Lumpur International Hotel akan memberi layanan 5 bintang kepada golongan gelandangan dengan menyediakan makanan serta minuman kepada mereka.

Menurut Pengurus Pemakanan KLI Hotel, Syed Zulkhairanain, mereka akan memberi layanan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat walaupun mereka daripada golongan gelandangan.

"Jabatan kami biasanya akan menyediakan makanan kepada semua pelanggan kami tidak kira mereka daripada seluruh masyarakat di Kuala Lumpur ini dan termasuk gelandangan walaupun mereka seperti hidup tidak sehaluan walaubagaimanapun mereka akan disajikan seperti rakyat Malaysia yang lain.
"Yang mana kita tekankan halal, kebersihan dan kualiti tidak kira mereka dari golongan daripada atasan atau bawah janji dia adalah pelanggan kami dan kami akan layan mereka secara sama rata." katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya sangat berbangga kerana dapat memberi layanan kepada semua golongan masyarakat.

"Kita ambil peluang ini untuk layan mereka juga kerana mereka juga adalah manusia yang perlukan makanan yang sihat, makanan yang bersih.

"Kita memang berbangga untuk memberi layanan kepada semua lapisan masyarakat tak kira mereka dari kehidupan yang bagaimana, kita akan tetap layan dan kami ambil peluang untuk memberi layanan yang terbaik sama ada di dalam hotel mahupun diluar." ujarnya.

Dalam pada itu, KLI Hotel bersama Darling Idola Kecil 5 akan mengadakan program bersama gelandangan pada malam ini berhadapan CIMB Bank, Jalan Tunku Abdul Rahman. - suara.tv

Comments (0)