Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kenyataan pendapatan kasar Bumiputera meningkat oleh Najib sekadar “indah khabar dari rupa”

Posted: 09 May 2016 07:16 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengeluarkan kenyataan bangga dengan memetik laporan peningkatan pendapatan kasar kaum Bumiputera daripada RM172 pada 1970 kepada RM5,548 pada 2014, namun sebaliknya ia hanyalah sekadar "indah khabar dari rupa".
Najib memetik laporan dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi dalam komen statusnya sempena ulangtahun ke-70 tahun Umno dengan berkata:
"Hasil perjuangan dan titik peluh Umno, golongan Bumiputera dan Melayu telah melangkah makin maju dari masa ke masa.
"Insya-Allah, kita akan berusaha untuk terus pastikan Melayu dan Bumiputera semakin maju seiring pembangunan negara. #UMNO70Tahun."
Bagaimanapun, Najib tidak menjelaskan mengenai "purata pendapatan kasar tersebut" dan hanya menggunakan angka tersebut untuk menjustifikasi kejayaan Umno dalam membantu Bumiputera khususnya kaum Melayu.
Secara mudah, pengiraan purata pendapatan isi rumah tidak dibuat mengikut kawasan geografi. Ia mengambil kira pendapatan rakyat seluruh negara tidak kira jawatan; di kampung atau desa; di bandar atau luar bandar; sektor awam atau swasta, mereka yang berpendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit atau yang hanya meraih pendapatan sekadar cukup makan dan pakai sahaja.
Apabila pendapatan dicampurkan dan dibahagikan mengikut bilangan semua mereka, maka terhasillah angka tersebut.
Secara matematiknya, mereka yang mendapat pendapatan lebih besar, jumlahnya menjadi kecil, manakala yang mendapat pendapatan kecil berasakan pendapatan purata mereka sepatutnya berjumlah RM5,900 sebulan.
Sebaliknya, jika pendapatan mereka jauh lebih rendah daripada purata pendapatan isu rumah, mereka akan kecewa. Pendapatan mereka tidak sampai ke tahap sebenarnya.
Jika konsep pendapatan purata isi rumah ini difahami, rakyat akan faham mengapa kenyataan Najib sebenarnya 'indah khabar dari rupa.'
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak serik dengan 1MDB, cuba campur kes MBSB pula

Posted: 09 May 2016 07:08 PM PDT


Najib cuba menyelamatkan penyokong kuat beliau dari dibangkrapkanNajib cuba menyelamatkan penyokong kuat beliau dari dibangkrapkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak serik dengan skandal yang melanda beliau dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila  oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB).
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awamlah ia telah menjejaskan nama baik negara.
"Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya hari ini.
Rafizi mengulas tindakan Najib melalui setiausahanya yang menghantar satu surat kepada MBSB agar menyelesaikan tuntutan bangkrap ke atas Ketua Umno Bahagian Kepong agar diselesaikan di luar mahkamah.
Menurut Rafizi, beliau telah mendapat satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO MBSB bertarikh 20 Oktober 2015.
Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.
Katanya, Rizuan adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Najib.
Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Astro Awani.
MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.
Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

HAKIKATNYA.. NAK SELAMAT DI DUNIA CEPAT2LAH JADI AHLI & #DEDAKERS UMNO..

Posted: 09 May 2016 06:09 PM PDT

KENAPA Ketua Umno Bahagian Kepong sanggup 'mati' demi PM ??..Rupa2nya dlm diam2 Panglima Perang Orang Islam telah campurtangan dlm MBSB dgn mengarahkan MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.

TEKNOLOGI TERIKINI utk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Posted: 09 May 2016 06:04 PM PDT

Biar sekalipon negara sudah merdeka LEBIH 50 TAHUN, TONG BIRU lah penyelamat nyawa rakyat..

"Paling penting dengan adanya tangki 1Malaysia perasaan bimbang penduduk diserang buaya telah menurun kerana kekerapan untuk mendapatkan air di sungai telah berkurangan" - ICU JPM, 28/02/2013

Tak payah nak temberang la Najib nak citer pasal pemerkasaan ekonomi Bumiputera..

Posted: 09 May 2016 06:02 PM PDT

TAHUKAH ANDA.. RM52 bilion saham Bumiputera telah lesap dan diakui sendiri Najib Razak pada 24 Mac 2011.

SIAPA SEBENARNYA yg menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri, PKR ka? DAP ka? PAS ka? Amanah ka? ATAU UMNO !!!

Hingga kini isu lesapnya saham tersebut yg ingin diusulkan di Parlimen TELAH DITOLAK DEWAN RAKYAT atas alasan 'Isu Remeh & Dangkal'..

NAMPAK TAK, SIAPA SEBENARNYA PENYAMUN & PENYANGAK DALAM NEGARA !!!

Hasil Keberkatan Transforbasi Negara...

Posted: 09 May 2016 05:48 PM PDT

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanoon..
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%..

NAMPAK TAK !!!.. Di mana kedudukan Melayu selama ini ??

Posted: 09 May 2016 05:44 PM PDT

BUKTI & FAKTA 'sesuatu' yg disorok oleh Najib & KERAjaan BN selama ini...

KENAPA Najib Razak TIDAK BERANI DEDAHKAN data-data & FAKTA yg sebenar ??

KENAPA Najib nak sorok FAKTA apa yg dah berlaku pada pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi Bumiputera, Cina & India selama Umno/BN memerintah ??

Pelawaan Azmin: Ini jawapan Iskandar Samad

Posted: 09 May 2016 05:41 PM PDT


MEDIA telah meminta komen saya tentang pelawaan Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohd Azmin Ali agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Komen saya adalah perkara seperti ini hanya boleh diputuskan oleh PAS Pusat.

PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan walaupun berhak menyatakan pandangan.

PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil kira situasi di negeri-negeri.

Walau bagaimanapun bagi kami di Selangor, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih terus berjalan di dalam kerajaan.

DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor

PRK Parlimen Sungai Besar dijangka sebelum Ramadan

Posted: 09 May 2016 05:38 PM PDT

Sungai BesarTimbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berlangusng sebelum Ramadan.
Beliau berkata, segalanya terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari kekosongan.
"Mereka (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. 60 hari dijangka pada hari kedua atau ketiga hari raya.
"Saya tidak rasa mereka akan adakan pilihan raya pada hari raya. Berkemungkinan pada Ramadan atau sebelum itu,"

SIAPA PATUT BERTANDING DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Posted: 09 May 2016 04:35 AM PDT

Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini.

Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.
Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut.

Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan?

Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.
Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan?

Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?

Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN.
Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ajak PKR sertai blok politik ketiga

Posted: 09 May 2016 04:31 AM PDT

Keputusan PKR untuk bersama PAS atau PH tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi kerana ia akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua dari sekarang.
Mohd Zuhdi Marzuki
PETALING JAYA: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.
Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain 'strategi melambat-lambatkan permainan' akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang," katanya kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.
Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.
Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi rakyat sudah melepasi sasaran sejuta tandatangan, kata Mahathir

Posted: 09 May 2016 04:28 AM PDT


Mahathir umum capai sejuta tandatanganMahathir umum capai sejuta tandatangan
Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata usaha mendapat sokongan Deklarasi Rakyat telah melepasi sasaran satu juta tandatangan.
"Setakat ini, kami telah mendapat 1 juta tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi ini dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk deklarasi ini diserah kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui pemberita selepas ucapannya di Kepala Batas malam tadi.
Menurut Bernama, beliau berkata deklarasi itu telah mendapat sambutan yang agak baik dalam kalangan rakyat sejak ia dilancarkan dan beliau yakin ia akan mencapai angka tandatangan yang disasarkan.
Majlis yang dihadiri hampir kesemua barisan pemimpin Pakatan Pembangkang itu dianjurkan untuk mendapat tandatangan rakyat menyokong deklarasi yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Dewan Millenium pada pukul 9.45 malam dan beliau mula berucap kira-kira pukul 11.15 malam.
Katanya, beliau akan menetapkan satu tarikh untuk menyerahkan deklarasi itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi dedah KB Umno Kepong sanggup mati untuk Najib diselamatkan dari bankrap

Posted: 09 May 2016 04:08 AM PDT

Rafizi Ramli hari ini mendedah seorang Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati demi mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada diisytihar bankrap berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
Setiausaha agung PKR itu mendedahkan satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.
"Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.
"Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan di luar mahkamah," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Nama Rizuan mendapat perhatian menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kepong tahun lalu.
"MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.
"Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik," katanya.
Najib berdepan tekanan dalam dan luar parti yang mendesak peletakan jawatannya ekoran skandal kewangan yang terpalit dengan pentadbirannya.

PKR tentukan saman kerajaan Sarawak esok

Posted: 09 May 2016 03:15 AM PDT



PKR akan menentukan sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak berhubung sekatan kemasukan pemimpin parti itu esok.
Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hal tersebut akan dibincangkan semasa mesyuarat biro politik parti itu malam esok.
"Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.
"Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen," beliau memberitahu Malaysiakini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak semasa tempoh kempen pilihan raya negeri Sabtu lalu.
Nurul Izzah tetap dihalang walaupun selepas beliau menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta beliau dan ibunya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta secara baik.
Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak atas halangan kemasukan tersebut.
Siah, yang merupakan sebahagian daripada biro perundangan PKR negeri berkata, pihaknya akan menunggu sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian.

Comments (0)