Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nazri Ugut Org Kampung: Kalau BN Kalah, Saya Tak Tolong Kampung Kamu

Posted: 04 May 2016 05:29 PM PDT


Jangan undi parti yang sokong GST !!

Posted: 04 May 2016 04:23 PM PDT


Nurzaiti fokus bidang pendidikan di Dun Balingian

Posted: 04 May 2016 04:15 PM PDT


Nurzaiti HamdanNurzaiti HamdanCalon Parti Amanah Negara (Amanah) Dun Balingian Nurzaiti Hamdan bersedia berpindah dari Bintulu dan menetap di Balingian bagi memajukan bidang pendidikan di kawasan itu.
Bercakap kepada Sarawak Voice, Zaiti, 37 berkata isu pendidikan merupakan agenda utama yang akan dibawanya jika menang dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
"Insya-Allah demi kasih sayang saya kepada penduduk Balingian, saya akan berpindah dari Bintulu.
"Saya akan tinggalkan kediaman, saya akan tinggalkan kehidupan saya di sekolah untuk bersama-sama penduduk Balingian membawa suara mereka di Dun," katanya.
"Jika terpilih di Balingian, kamek (saya) akan jadikan isu pendidikan agenda utama.
"Hanya dengan ilmu, kita mampu keluar daripada kepompong kesusahan kerana dengan pendidikan kita mampu mengubah hidup," katanya.
Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Sarawak ini juga merupakan aktivis kemanusiaan yang membawa misi Aqsa Syarif sehingga ke Jordan, Lubnan dan memasuki kawasan bergolak zon perang di Damsyik, Syria.
Justeru beliau bersedia menggunakan pengalaman berharganya untuk memajukan bidang pendidikan di Balingian dan berazam memperjuangkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Balingian.
Selain itu, Zaiti berkata lebih banyak kemudahan asas perlu dibangunkan untuk dinikmati penduduk setempat secara adil dan saksama.
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Aziz 'direhatkan' dari ceramah, mahu saman nenek sendiri?

Posted: 04 May 2016 04:13 PM PDT


Abdul Aziz Isa dan neneknya Mazuin Abd MananAbdul Aziz Isa dan neneknya Mazuin Abd MananKhabar angin kini bertiup kencang di Sarawak calon Melayu tunggal DAP di Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo akan direhatkan dari pentas ceramah dalam tempoh berbaki dua hari lagi sebelum pengundian 7 Mei ini.
Sumber menyebut DAP berbuat demikian ekoran tindakan Abdul Aziz mahu menyaman neneknya yang berselisih pendapat politik selain daripada krisis moral, akhlak, angkuhnya menyerang secara tidak langsung pemimpin DAP dalam siri ceramahnya di Batu Kitang.
"DAP mula mempertimbangkan isu krisis moral bagi calon tunggal melayu DAP ini. Aziz boleh menyebabkan DAP kehilangan sokongan yang besar di Batu Kitang yang boleh memberi kelebihan kepada calon BN dan PKR.
"Sekarang mahu tidak mahu merehatkan Aziz dari berceramah lebih dari memenangkan calon itu sahaja. Ambil orang kalau tak tahu hendak belajar dari bawah sombong angkuh biadap memang ini penamatnya," ujar sumber.
Pada 3 Mei lalu tindakan Hajah Mazuin Haji Manan,75, nenek kepada calon DAP kawasan Batu Kitang itu bercerita buruk tentang peribadi Aziz dengan mendakwa cucunya itu sebagai 'sotong' telah sedikit sebanyak menggugat intergritinya sebagai bakal Adun.
Menurut neneknya sikap Aziz yang cukup biadab sewaktu berkempen walau pun masih terlalu muda cukup mengecewakannya dan telah mendorong beliau tampil berkempen untuk calon BN Lo Khere Chiang walau pun melawan cucunya sendiri.
Mazuin dipetik berkata:""Saya tidak suka cucu saya cabar BN dan ini sebabnya saya berada di sini untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang. Jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka.
"Beliau masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba mahu menentang kerajaan," katanya kepada wartawan di Batu Kitang.
Read More / Baca Lagi >>

MENGAKULAH, PENAMATAN POLIS PENGIRING TUN M SEMATA-MATA KERANA DEKLARASI RAKYAT!!

Posted: 04 May 2016 11:24 AM PDT

Seperti yang disebut semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tampil menjelaskan sebab-sebab khidmat polis pengiring ke atas Tun Mahathir Mohamad ditarik balik.

Katanya, keistimewaan kepada bekas Perdana Menteri itu ditarik balik kerana Tun Mahathir terlibat dalam perhimpunan haram dan anti kerajaan seperti Bersih, membantah GST serta mengumpul tandatangan untuk Deklarasi Rakyat.

Boleh diterimakah hujah-hujah Khalid itu?

Perhimpunan Bersih bila? Perhimpunan anti GST bila?

Tidakkah kedua-dua perhimpunan itu diadakan beberapa bulan sebelum ini?

Tetapi, kenapa baru sekarang khidmat polis pengiring itu ditarik balik?

Terbukti di sini bahawa kebimbangan utama Najib Razak, tetapi dengan menggunakan Khalid untuk bersuara, ialah semata-mata kerana bimbangkan terhadap Deklarasi Rakyat yang sudah mula mendapat sokongan rakyat.

Ternyata tindakan itu diambil ialah untuk mengganggu kelancaran Tun Mahathir pergi ke sana ke mari bagi mengumpul 1 juta tandatangan bagi Deklarasi Rakyat itu.

Apakah mengumpul tandatangan untuk menolak Perdana Menteri yang penuh skandal dan mengadakan majlis berkaitan dengannya sesuatu yang haram dan menyalahi undang-undang?

Bukankah semua program Deklarasi Rakyat selama ini mendapat kerjasama daripada pihak polis, malah sentiasa diadakan dengan mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman yang digubal oleh Najib sendiri?

Jadi, di mana "haramnya"  kehadiran Tun Mahathir dalam program-program Deklarasi Rakyat itu?

Dalam pada itu, menurut Khalid lagi, keputusan berkaitan penarikan polis pengiring itu adalah berdasarkan kes demi kes dan terkecuali jika Tun Mahathir mahu menghadiri program-program rasmi lain yang tidak bersifat anti kerajaan.

Namun demikian, tambah beliau, bagi mendapatkan khidmat polis pengiring bagi program rasmi itu, Tun Mahathir dikehendaki membuat permohonan kepada dirinya terlebih dahulu.

Wahhh...hebatnya Khalid!!

Maka, selepas ini, jika Tun Mahathir mahu menggunakan khidmat polis pengiring, bermakna permohonan perlu dibuat dari semasa ke semasa.

Bermakna lagi, mungkin bukan saja setiap bulan Tun Mahathir perlu menulis surat kepada Khalid dengan menyenaraikan majlis-majlis rasmi yang akan dihadirinya, bahkan tidak mustahil surat permohonan diperlukan bagi setiap program yang mahu dihadirinya.

Bererti juga, jika sepuluh program yang mahu dihadiri, maka terpaksalah Tun Mahathir menulis sepuluh pucuk surat kepada Khalid.

Bayangkan, begitulah layanan ke atas seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri yang berjasa selama 22 tahun kepada kita serta mengangkat nama negara di pentas-pentas dunia.

Bukankah khidmat polis pengiring itu merupakan keistimewaan kepada Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri dan tidak ada termaktub program mana yang boleh dan tidak boleh untuk dihadirinya?

Jika menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring  kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat?

Apakah ia masih dikekalkan atau akan ditarik juga selepas ini?

Kemaraan KEADILAN di Sarawak membimbangkan BN

Posted: 04 May 2016 11:20 AM PDT

Tindakan Barisan Nasional (BN) kebelakangan ini mencerminkan kebimbangan mereka terhadap kemaraan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang semakin diterima pengundi di Sarawak.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir, Mohdar Ismail berkata, ini dapat dilihat dengan beberapa tindakan lawan KEADILAN yang tidak pernah berlaku dalam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum ini.
Lambir"Pilihan raya sebelum-sebelum ini tak pernah berlaku bendera kami hilang, kami dihalang berkempen di kampung atau rumah panjang tetapi kali ini ada berlaku.
"Ini membuktikan, BN sedar pengaruh KEADILAN semakin diterima pengundi di sini," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, tindakan kotor jentera kempen lawan itu diburukkan lagi dengan langkah Kerajaan Negeri Sarawak menghalang pemimpin KEADILAN dari semenanjung untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini.
Selain itu, Mohdar berkata, beliau juga menerima sambutan dan sokongan sangat menggalakkan daripada pengundi di DUN Lambir.
"Semakin hari semakin ramai tampil memberikan sokongan kepada kita walaupun kita dihalang dengan pelbagai cara," katanya.
Mengulas proses pembuangan undi awal diadakan semalam, Mohdar memberitahu proses pengundian awal berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Kem Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Sri Miri.

'Saingan sebenar PAS di Sarawak hanya dengan BN'

Posted: 04 May 2016 11:19 AM PDT


PAS mempunyai peluang kemenangan di Sarawak termasuk di DUN yang mempunyai komposisi pengundi Iban dan Cina yang ramai, kata Pengarah Jentera Operasi PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak, Dr Wan Nik Wan Yussuf.
Katanya, PAS meletakkan harapan tinggi untuk melahirkan anak sulung terutama di DUN yang pernah ditandinginya seperti DUN Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya.
"Hasil perkembangan politik terkini melibatkan masyarakat Iban dan Cina, nampaknya kempen PAS turut diterima baik seperti di Pujut, Lambir dan Samalaju.
"Maka harapannya PAS akan membuat kejutan di DUN ini," katanya dalam satu temubual disiarkan Harakahdaily hari ini.
Menurut Wan Nik, dalam 11 DUN yang ditandingi PAS, kesemua kerusi itu berdepan saingan tiga atau lebih penjuru, kecuali di Pantai Damai yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.
"Apa pun, persaingan sebenar PAS hanya dengan BN. Penglibatan parti ketiga dan keempat mahupun yang kelima dilihat kurang terserlah. Sebagaimana berlaku di lima DUN, PAS berdepan dengan PAN (AMANAH) di Muara Tuang, Samariang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
"Kita dapati kempennya tidak bersifat sebenar. PAS berdepan hanya dengan kempen sebenar dengan BN. Maka nampaknya semacam PAS dengan BN yang bertanding," katanya dalam temubual itu.
Dalam pilihan raya negeri itu, PAS meletakkan 11 calon di Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Samalaju, Jepak, Pujut dan Lambir.
Parti Islam itu dijangka berpeluang mendapat anak sulungnya di DUN Beting Maro yang memiliki 10,528 pengundi yang majoritinya terdiri daripada pengundi Melayu dan Melanau.
Wan Nik berkata, hubungan sesama komponen BN yang dilihat 'tidak ngam' di beberapa buah kerusi dan pertelagahan antara PKR dan DAP dilihat memberi kelebihan buat PAS.
"Contohnya di DUN Pujut, parti SUPP tidak dipilih sebagai calon BN, yang dipilih ialah calon langsung BN menyebabkan SUPP terkilan.
"DAP dan PKR pula hampir senada dalam membangkitkan isu-isu ekonomi dan penyelewengan kerajaan BN atau PM.
"Tetapi jarang DAP dan PKR dilihat sepentas kerana mereka telah bertelagah sejak awal dalam isu perebutan kerusi untuk bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Beting Maro mungkin 'anak sulung' PAS di Sarawak

Posted: 04 May 2016 11:17 AM PDT

Oleh Zulaikha Zulkifli
Selepas menyertai pilihan raya negeri Sarawak sejak 2001 tanpa memenangi sebarang kerusi, PAS berpeluang mendapat 'anak sulungnya' kali ini, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.

Beting Maro, dengan 10,528 pengundi dan 90 peratus daripadanya Melayu Melanau itu, antara kerusi panas ekoran perbezaan majoriti sangat tipis dalam pilihan raya negeri yang lalu.Kawasan pedalaman itu hanya mempunyai lapan peratus pemilih Iban dan dua peratus Cina.
Walaupun PAS berpotensi menang di kawasan itu, parti Islam itu perlu berhati-hati berdepan 'gelombang biru' yang mungkin muncul di saat-saat akhir menjelang hari pengundian 7 Mei (Sabtu) ini.
Bagaimanapun, kali ini DUN dalam parlimen Batang Lupar itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).
BN meletakkan penyandangnya Datuk Razaili Gapor manakala PAS meletakkan seorang wanita muda Hamidah Mokhtar, 26, menggantikan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang menyertai AMANAH.
Ahmad Kerdee, walaupun dilihat mempunyai personaliti menarik di kalangan pemilih, tidak bertanding kali ini. AMANAH sebaliknya menampilkan calon baru Andri Zulkarnaen Hamden.
Bagaimanapun, sebagai parti batu, rata-rata penduduk berkata 'perlawanan' sebenar di Beting Maro masih antara PAS dan BN.
Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, keputusan Sabtu ini akan ditentukan oleh pengundi di dua buah kampung yang mempunyai pemilih teramai, iaitu Pusa – perkampungan Melayu terbesar – dan Beladin.
Calon lama, masalah lama
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: KEADILAN Sarawak kemuka 5 tuntutan segera pada Najib

Posted: 04 May 2016 11:14 AM PDT

Kesemua calon KEADILAN bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 mengemukakan lima tuntutan bagi diselesaikan segera oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
IMG_2769Naib Pengerusi KEADILAN negeri, See Chee How berkata ia berkaitan isu-isu royalti minyak dan gas, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) , pemerkasaan Bahasa Inggeris dan beberapa isu lain.
"Isu-isu yang dibangkitkan sejajar dengan kepentingan rakyat negeri Sarawak.
"Kami mendesak Najib memberi reaksi dengan segera terhadap isu yang kami bangkitkan ini, kerana jawapan itu sudah lama dinantikan," kata Chee How dalam satu sidang media diadakan berhampiran Wisma Bapa Malaysia di Petrajaya pagi tadi.
Sidang media tersebut turut dihadiri Calon Bagi N.20 Tarat, Musa Ngog, Nurhanim Mohsen (Tupong) Salleh Shawkatali (Satok) Voon Shiak Ni (Batu Kitang) dan calon bagi kerusi Opar, Francis Teron.
Tambah penyandang kerusi Batu Lintang itu lagi, isu-isu berkaitan minyak dan gas di Sarawak memerlukan satu resolusi kukuh bagi memastikan "keadilan petroleum" dapat diberikan kepada mereka.
Beranggapan bahawa rakyat negeri itu telah diperdaya dalam soal hak minyak dan gas yang dikeluarkan dari negeri , beliau mahu Sarawak diberikan 20 peratus hasil minyak dan royalti gas seperti dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini.
"Kami turut menuntut pembatalan Akta Sempadan Laut 2012 di Sarawak, kerana undang-undang itu menyekat kawalan sempadan negeri dalam jarak tiga batu nautika sebagai tidak berperlembagaan.
"Ia akan secara efektifnya, merendahkan integriti wilayah negeri dan sekaligus membenarkan Putrajaya menafikan tuntutan Sarawak di masa depan untuk pendapatan minyak dan gas serta sumber lain yang ditemui dalam sempadan wilayah kami," tegasnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: Bersih desak Najib, Zahid henti taktik kotor

Posted: 04 May 2016 11:13 AM PDT

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan taktik kotor membeli undi dan amalan rasuah terhadap pengundi.
Bersih-2Dalam kenyataannya semalam, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyatakan, taktik tersebut yang dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak, adalah sama sekali tidak wajar dan melanggar Akta Pilihan Raya.
"Akta Kesalahan Pilihan Raya, Seksyen 9, menyebut bahawa pengaruh tidak wajar dan Seksyen 10 (rasuah).
"Adalah menjadi satu kesalahan tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang menerima faedahnya. Mereka mempengaruhi individu melalui rasuah," tegasnya.
Menurut mereka, salah guna kuasa melibatkan Zahid adalah peruntukan RM250 ribu kepada pasukan polis sehari sebelum pengundian awal, termasuk beberapa imbuhan sebanyak RM100 ribu yang akan diberikan pusat ibadat Islam dan Kristian dan lainnya.
"Ini termasuk bantuan masing-masing RM500 ribu untuk sekolah di Miri jika calon BN Lee Kim Shin menang di Senadin.
"Peruntukan RM70 juta untuk membina jambatan di kampung Long Loma dalam kawasan pilihan raya Telang Usan," kata mereka.
Dalam pada itu, Najib pula telah menjanjikan peruntukan berjumlah RM54.3 juta bagu meluaskan saluaran air dan menaik taraf saluran paip sedia ada termasuk mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Gereja St Jude.

#PRNSarawak: Presiden KEADILAN kini di Kuching.

Posted: 04 May 2016 11:12 AM PDT

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini berada di Kuching bagi membantu calon-calon dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.
IMG_2948Tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching (KCH) kira-kira jam 9 malam semalam , Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia itu mengambil kesempatan bagi meluangkan masa menemui pengundi sekitar Satok.
Selain bertegur sapa dengan pengundi yang berada di kawasan tersebut, beliau turut sudi menurunkan tandatangan sebagai tanda kenangan kepada beberapa penyokongnya.
Sementara itu, pada Khamis, beliau dijadualkan untuk mengadakan lawatan di Pasar Batu Tiga bersama penyandang kerusi N.11 Batu Lintang, See Chee How dan calon N13 Batu Kitang, Voon Shiak Ni pada sebelah pagi.
IMG_2872Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut dijadualkan untuk berada dalam program rakyat di kampung Bijury bersama calon N18 Serembu, Athina Klaywa Sim pada 12.30 pagi dan Kampug Lidah Tanah di Batu Kitang kira-kira jam 4 petang.
Kira-kira jam 6 petang hari yang sama, Dr Wan Azizah dijadualkan untuk ke program ramah mesra bersama rakyat di bulatan Matang dekat Tupong bersama calon N6, Nurhanim Hanna Mokhsen.
Rakyat disekitar Kuching turut dapat mendengar amanat yang bakal disampaikan Dr Wan Azizah dalam dua program ceramah yang bakal diadakan di Batu Kitang pada kira-kira jam 7 malam dan berdekatan sekolah Chuang Hua di batu 10 Kota Padawan.

PAS tidak bersama dalam jelajah Selamatkan Malaysia dianjur pembangkang

Posted: 04 May 2016 11:09 AM PDT


imagePAS tidak akan bersama dengan siri jelajah Selamatkan Malaysia yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
PAS yang dilihat cenderung menyokong dan bersama dalam program dengan Najib kebelakangan ini menjarakkan diri mereka dengan jelajah diketuai bekas perdana menteri dan tidak menghantar wakil mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jelajah tersebut tiada kaitan dengan parti Islam dan mereka tidak menghantar wakil dalam jelajah itu.
"Kami tidak akan hantar wakil hadir program ini kerana langsung tiada kaitan dengan PAS. Bagaimanapun, PAS tidak menghalang sekiranya terdapat ahli yang ingin menyertainya.
"Sesiapa yang hadir pada siri jelajah tersebut termasuk ahli PAS, kita tidak halang tetapi diharapkan tidak ada sebarang kekecohan dicetuskan oleh pihak terbabit," katanya yang dipetik dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semasa ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 semalam.
Jelajah tersebut yang telah diadakan di beberapa negeri sebelum ini turut disertai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain itu beberapa pimpinan PAS juga turut menyertai jelajah itu, antara yang sering dilihat hadir antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan lain-lain.

1,000 kakitangan MAB hilang kerja hujung bulan ini

Posted: 04 May 2016 11:06 AM PDT

Sekitar 1,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan kehilangan pekerja apabila kontrak sementara yang disandang mereka lupus hujung bulan ini.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, keadaan ini pastinya menambah keperitan di kalangan ahli-ahlinya terutama mereka yang berkeluarga.
"Apakah yang membimbangkan lagi ialah masih ramai di kalangan mereka yang diberhentikan sebelum ini masih belum bekerja dan mengharapkan bantuan dari kerajaan.
"Ini sungguh mengecewakan dan suatu skim pembuangan pekerjaan harus dilancarkan secepat mungkin bagi membantu mereka yang kehilangan keupayaan untuk bekerja," jelasnya dalam kenyataan.
Kira-kira enam bulan yang lalu, hampir 3,000 bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang kemudiannya menukar nama kepada MAB telah memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.
Sebahagian besar pekerja membuat aduan bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan tanpa mengikut prosedur yang betul.
Baru-baru ini, MAB yang sedang berdepan dengan krisis kewangan turut dikejutkan dengan pengumuman pengunduran Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAB yang dikhuatiri mengundang lebih banyak masalah.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, pihaknya mencadangkan agar syarikat menyalurkan dana kepada skim ini dalam usaha memberi bantuan perlindungan hidup sehingga pekerja itu mendapat pekerjaan yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada royalti minyak untuk Sarawak kerana minyak jatuh, kata Najib

Posted: 04 May 2016 11:05 AM PDT

Memberi alasan kejatuhan harga minyak dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata royalti minyak tidak sesuai kepada negeri Sarawak walaupun negeri tersebut sepatutnya mendapat sebahagian hasil daripada sumber asli tersebut.
Najib menyifatkan kejatuhan harga minyak mengakibatkan hasil negara semakin kritikan dan pemberian royaltik tidak wajar dipertimbangkan buat masa ini.
"Royalti tidak sesuai untuk diberikan pertimbangkan sebab keadaan hasil negara begitu kritikal dan kehilangan RM40 bilion sebab kejatuhan minyak.
"Namun kita akan cuba untuk menampung keperluan pembangunan Sarawak dan dapatkan peruntukkan di luar bajet banyak diluluskan untuk Sarawak," kata Najib yang dipetik berkata dalam MalaysiaKini semasa sidang media di Wisma Bapa di Kuching hari ini.
Bagaimanapun, Najib menegaskan kerajaan persekutuan sentiasa komited dalam membangunkab negeri bumi kenyalang, ia terbukti dengan pembinaan lebuh raya yang diumumkan baru-baru ini.
"Berdasarkan lawatan saya, RM3.5 bilion telah diluluskan dan banyak juta akan diberikan kepada Sarawak, dan Lebuh Raya Pan Borneo contoh yang amat baik menunjukkan komitmen untuk Sarawak sangat tinggi dan akan diteruskan," katanya.
Kerajaan persekutuan mengambil alih operasi minyak dan gas dari Sarawak dan Sabah pada tahun 1976, dan sebagai balasannya memberi royalti 5 peratus ke atas semua minyak dan gas yang dikeluarkan.
Kerajaan Sarawak sebelum ini meminta daripada Putrajaya
untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, namun ditolak kerajaan.

Najib seperti mengajar “anak ketam jalan lurus” di Sarawak

Posted: 04 May 2016 11:03 AM PDT

Layakkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai wang sogokan untuk membeli undi di Sarawak?
Sangat ironi apabila seorang perdana menteri yang diri sendiri terpalit dengan skandal kewangan menasihati pengundi supaya tidak menjual undi demi semata-mata wang sogokan.
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu seperti bapa ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan dengan lurus.
Terasa geli hati ketika parti pemerintah Barisan Nasional yang sibuk ke sana ke mari mengumumkan peruntukan berpuluh juta dan menabur wang hampir ke setiap pelosok kawasan pedalaman Sarawak, tiba-tiba Najib menasihati supaya pengundi Sarawak jangan termakan sogokan parti pembangkang.
Adakah Najib sedang bercakap mengenai tingkahlaku partinya atau adakah beliau sedang ludah ke langit lalu jatuh ke mukanya?
Benarlah kata seorang pengkritik, kita mempunyai seorang perdana menteri yang tidak tahu malu malah beliau juga seolah-olah disantau sehingga lupa tindakan dan katanya itu seperti tidak berasa apa-apa.
Betul lah pepatah orang tua kata, "sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah".
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendedahkan bagaimana Najib menggunakan wang untuk membeli ketua-ketua bahagian Umno supaya menyokongnya dan melabel Najib sebagai "penyembah wang" dengan menganggap ia mampu membeli segala-galanya dalam dunia ini.
Kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan betapa kroniknya perdana menteri kita yang dikelilingi pembodek yang taat setia kerana wang.
Malah, Najib juga tidak menjawab semua skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan, sekali lagi bersikap diam diri seolah-olah bodoh tidak tahu mengenai kemelut yang setiap hari ada sahaja pendedahan terbaharu.
Read More / Baca Lagi >>

K'jaan terima semua cadangan PAC mengenai 1MDB

Posted: 04 May 2016 11:00 AM PDT


Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selaku pemegang saham 100 peratus dalam 1MDB bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.
 Antaranya, termasuk memindahkan hak milik Bandar Malaysia, TRX City dan tanah di Air Itam dan Pulau Indah daripada 1MDB kepada MoF Inc.
Kementerian juga bersetuju dengan cadangan PAC supaya Artikel 117, Memorandum dan Artikel Persatuan menukar semua rujukan daripada "perdana menteri" kepada "menteri kewangan".
Turut dipersetujui adalah pembubaran lembaga penasihat 1MDB dan menerima tawaran peletakan jawatan oleh lembaga pengarah 1MDB berkuatkuasa 31 Mei ini.
Bagaimanapun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan hari ini, Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai presiden 1MDB sehingga notis lanjut.
PAC, ketika membentangkan laporan 106 muka surat itu pada bulan lalu, mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan badan membuat keputusan 1MDB.
Ia juga mencadangkan bahawa 1MDB memindahkan semua asetnya kepada MOF Inc kerana ini akan membolehkan penelitian lebih teliti ke atas aset miliknya itu.
PAC juga mencadangkan bahawa lembaga penasihat 1MDB dimansuhkan dan bahawa rujukan kepada "perdana menteri" ditukar kepada "menteri kewangan" seperti peruntukan di syarikat-syarikat kementerian kewangan yang lain.
Artikel 117 Memorandum dan Artikel Persatuan memperuntukan pelantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB.
Selain daripada cadangan yang dinyatakan, PAC juga menggesa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pegawai-pegawai lain yang berkaitan disiasat.
Ini kerana Shahrol mesti bertanggungjawab terhadap segala kepincangan dalam firma pelaburan negara itu, kata PAC dalam laporannya.

C4: Penyingkiran rujukan 1MDB tidak bebaskan Najib

Posted: 04 May 2016 10:58 AM PDT


Sebuah NGO anti-rasuah hari ini berhujah bahawa penyingkiran Artikel 117, Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB tidak membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tanggungjawabnya dalam urus niaga syarikat berkenaan.
Pengarah Eksekutif, Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju dengan penyingkiran rujukan berkenaan.
"Ini tidak membebaskan beliau (Najib) daripada tanggungjawabnya menandatangani semua urusniaga sebelum ini," kata Cynthia kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi meja bulat Majlis Peguam di Kuala Lumpur.
Beliau merujuk dana berbilion ringgit yang masih "hilang" dan bayaran AS$3.5 bilion dibayar kepada syarikat palsu, Aabar Investments.
"Ini adalah wang rakyat yang hilang. Seseorang perlu bertanggungjawab dan ia berakhir dengan perdana menteri dan menteri kewangan. "
Penyingkiran Artikel 117 yang menukar semua rujukan daripada "perdana menteri" kepada "menteri kewangan" adalah hanya akademik, kata Cynthia.
"(Ia) kerana kita berbicara tentang orang yang sama. Apa yang penting di sini adalah bahawa ini tidak membebaskan beliau daripada bertanggungjawab.
"Bagi C4, kami masih memegang beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan wang itu," katanya.

Skandal 1MDB: Putrajaya sahkan peletakan jawatan Lembaga Pengarah 1MDB, Arul Kanda kekal presiden

Posted: 04 May 2016 10:57 AM PDT


1MDB_1
Putrajaya hari ini mengesahkan peletakan jawatan lima ahli Lembaga Pengarah syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagaimanapun Presidennya, Arul Kanda Kandasamy yang dikatakan bakal melepas jawatannya masih kekal menerajui syarikat itu.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang juga pemegang saham majoriti 1MDB keputusan itu seiring dengan cadangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bulan lepas.
"Beliau ( Arul Kanda) akan memberi tumpuan terhadap mandat khusus untuk melaksanakan pelan rasionalisasi, termasuk mencari penyelesaian pertikaian kontrak baru-baru ini dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
"MOF Inc akan melantik lembaga pengarah baru dalam masa terdekat bagi mencerminkan profail perniagaan terhad 1MDB," kata kenyataan tersebut.
Lembaga Pengarah 1MDB terdiri daripada enam individu, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Arul Kanda, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J Valiram, seperti dalam maklumat dalam laman rasmi mereka.
Lembaga Pengarah 1MDB menawarkan untuk meletak jawatan kepada Kementerian Kewangan pada 7 April lepas.
Keputusan tersebut dibuat susulan laporan PAC pada April yang mendedahkan banyak salah urustadbir membabitkan syarikat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa berbilion wang 1MDB hilang dan tidak diakaunkan dalam laporan kewangan syarikat itu. Antaranya membabitkan syarikat milik ahli perniagaan Jho Low.

Alasan Najib royalti minyak Sarawak tak sesuai dinaikkan sekarang kerana sebab kejatuhan harga minyak.

Posted: 03 May 2016 11:56 PM PDT

Rakyat mintak royalti lebih tinggi bagi hasil minyak dan gas dari negeri Sarawak... TETAPI TONG BIRU gak jadi pilihan...

TETAPI.. KENAPA SEBELUM INI SEMASA HARGA MINYAK NAIK TIADA PULA NAK NAIKKAN ROYALTI MINYAK TERSEBUT !!!

#PRNSarawak: Info Grafik - Update

Posted: 03 May 2016 11:28 PM PDT









Comments (0)