Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Calon Pakatan Harapan di PRK serentak untuk satukan pembangkang, kata Dr. Zul

Posted: 31 May 2016 07:58 PM PDT


Hanya melalui Pakatan Harapan akan wujud kesatuan pembangkang kata Dr ZulHanya melalui Pakatan Harapan akan wujud kesatuan pembangkang kata Dr Zul
Meletakkan calon di pilihan raya kecil serentak 18 Jun ini adalah azam bagi Pakatan Harapan berhadapan dalam perlawanan PRU14 ini melalui satu muafakat politik atas satu platform pembangkang.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini bagi memenuhi kehendak pengundi yang mahukan pembangkang bersatu dalam muafakat pembangkang supaya mampu mencetuskan satu serangan oposisi yang kuat terhadap kerajaan yang telah terlalu lama memerintah.
Memahami mood rakyat terutama golongan muda yang sebahagiannya bosan dengan senario politik semasa, Dr Dzulkefly menyeru supaya blok pembangkang fokus untuk bersatu.
Beliau berkata, sudah sampai masanya kesemua parti politik menukar orientasi politik masing-masing dengan berusaha lebih memahami tuntutan rakyat.
"Perlu fahami harapan dan kebimbangan rakyat. Zaman 'kami mengetahui semua perkara' sudah berakhir. Pandang sisi 'demand' bukan 'supply'. Parti politik harus berani bersedia untuk mendengar rintihan rakyat.
"Pembangkang perlu menyusun langkah dalan satu derap langkah. Itu permintaan rakyat kalau parti politik tidak mahu dihukum, perlu berani sedia berubah," tegasnya dalam forum "Tiga Penjuru: Pembangkang Rugi?" di Petaling Jaya malam tadi.
Mengulas pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Ramadan depan, ujarnya, rakyat perlu mempunyai 'ilmu pertandingan'.
Read More / Baca Lagi >>

Dr MAZA: Mudahkan urusan pernikahan, elak karenah mengarut

Posted: 31 May 2016 07:56 PM PDT

Sikap keluarga, 'ketidakfahaman' tok kadi serta pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah yang payah menyumbang kepada kesusahan membina rumah tangga.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata karenah mengarut dan tiada kena mengena kebiasaannya membantutkan hasrat pasangan mendapatkan 'nikmat seks' secara halal.
Dr MAZAKatanya, segala karenah ciptaan masyarakat itu juga bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya mudah serta tidak membebankan.
"Umpamanya, urusan kenduri kahwin dijadikan jambatan kesombongan ibu bapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf 'jenama keluarga'.
"Saya juga tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah.
"Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dengan apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan itu, maka ia sah," tulisnya dalam satu status di Facebook rasminya, DrMAZA.com semalam.
Tinjauan Selangor Kini mendapati status berkenaan sehingga kini disukai (likes) 7,700 pengguna Facebook dengan hampir 4,000 perkongsian (share).
Menerusi status sama, Mohd Asri turut menegur karenah mahkamah syariah menyekat pintu keluar perkahwinan yang memberi mudarat kepada pasangan.
"Hakim barang kali ringan lidahnya menangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.
"Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah.
"Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan halal dan memudahkan jalan haram," katanya.

Pasaran saham Malaysia saksi aliran keluar dana asing

Posted: 31 May 2016 07:52 PM PDT

Pasaran saham Malaysia menyaksikan pengaliran keluar dana asing berikutan peningkatan dakwaan skandal 1MDB, menurut Bloomberg.
"Dana asing mengalir keluar kerana siasatan antarabangsa berkaitan dengan 1MDB yang bermasalah, meluaskannya ke dalam salah satu skandal kewangan global paling teruk.
"Pelabur asing telah menarik wang daripada saham-saham Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut berikutan belian paling lama dalam tempoh dua tahun.
"Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia adalah menurun di kalangan rakan-rakan membangun utama di Asia Tenggara pada 2016," katanya.
Ia memetik MIDF Amanah Investment Bank yang berkata pelabur asing menjual RM3.9 bilion bersih daripada saham-saham Malaysia dalam tempoh lima minggu sejak akhir April.
Ini mengurangkan aliran masuk kepada RM2.48 bilion setakat ini berbanding aliran keluar RM19.5 bilion tahun lepas dan RM6.9 bilion pada 2014.
"Aliran keluar bersih dana asing dilihat di sepanjang bulan Mei, tidak lama selepas 1MDB pada 26 April ingkar membayar bon AS$1.75 bilion," katanya.

Pemuda Kuala Selangor pertikai Exco Pemuda Pas jumpa Syed Saddiq

Posted: 31 May 2016 07:49 PM PDT

Pertikai Exco Pemuda Pas jumpa Syed Saddiq
Pemuda Pas merakamkan gambar selepas pertemuan dengan Syed Saddiq
KOTA BHARU - Perwakilan Pemuda Pas dari Kuala Selangor mempertikaikan tindakan pemimpinnya menemui bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lantang mengkritik parti itu.
Namun, Bendaharinya, Mukhtar Suhaili menjelaskan pertemuan itu penting sebagai medan untuk perbincangan antara Pas dengan Syed Saddiq.
"Hasil pertemuan itu jelas beliau banyak tidak tahu tentang Pas.
"Beliau mendapat maklumat yang salah tapi ini bukan Syed Saddiq sahaja. Ramai lagi anak muda di luar sana," katanya ketika sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2015 Muktamar Pemuda Pas, di sini, semalam.
30 Mac lalu, Mukhtar dan beberapa pemimpin termasuk Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Nurul Islam Mohammad Yusuf dan AJK Jabatan Penerangan, Mohd Shahir Abu Hassan bertemu dengan Syed Saddiq di pejabat sayap itu untuk berbincang dan merungkai salah faham.
Mengulas lanjut, Mukhtar yang juga AJK Pas Pusat berkata, meskipun Syed Saddiq cuba mengajak Pas menyertai Deklarasi Rakyat namun Pemuda menegaskan pendirian parti.
"Kita tegaskan Pemuda tak akan sokong turunkan Najib tapi masih kekalkan sistem yang sama
"Syed Saddiq jelas pendirian kita. Sebab itu 'engagement' penting untuk beritahu perkara sebenar. Terima kasih perwakilan Kuala Selangor kerana bangkitkan perkara ini," katanya.
Melalui kenyataan di Facebooknya bertarikh 1 April lalu, Mukhtar memberitahu pertemuan hampir sejam setengah itu ada perkara yang dipersetujui bersama dan ada juga yang sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Syed Rosli: 'Saya tidak takut dipecat'

Posted: 31 May 2016 07:46 PM PDT

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka,  Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sanggup berdepan risiko dipecat daripada parti selepas mengumumkan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar, semalam.
Syed Rosli juga sedia maklum dengan risiko yang bakal dihadapi, kerana perlembagaan parti jelas menyebut, mana-mana ahli Umno yang bertanding dalam pilihan raya atas tiket bebas akan dipecat atau dilucutkan jawatannya.
Syed Rosli Syed Harman Jamalullail "Risiko kehilangan keahlian dan jawatan saya adalah pengorbanan kecil kepada perjuangan yang akan saya lakukan demi rakyat di Parlimen Kuala Kangsar.
"Saya tidak takut dipecat. Sebelum keputusan dibuat (dua hari lalu) untuk bertanding, saya sudah fikir apa kesannya. Sudah tentu saya harus reda dengan sebarang tindakan daripada parti," katanya.
Menurut Syed Rosli, keputusan dibuat bukan untuk mencari kemenangan, tetapi sebagai mesej kepada kepimpinan parti supaya tidak membuat keputusan atau memilih calon yang tidak sesuai.
Katanya, calon BN iaitu Datin Mastura Mohd Yazid masih dalam tempoh edah dan tidak boleh keluar berkempen. Beliau juga bukan anak tempatan.
"Adakah Umno (seakan) terdesak, tidak mempunyai calon yang layak di Kuala Kangsar untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat.
"Saya menentang keputusan ini dan kecewa dengan tindakan kepimpinan parti. Atas sebab itu saya mengambil langkah dan keputusan drastik, bertanding sebagai calon bebas," katanya.


Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Fatwa diperkuda BN haruskan GST – Ulama PAS

Posted: 31 May 2016 07:41 PM PDT

Dewan Ulama PAS menyeru rakyat tidak lagi memberi amanah kepada BN yang mengkhianati amanah rakyat dengan melaksanakan cukai zalim itu.
mahfodz-mohamed_gst_600
PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS mendakwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah diperkudakan kerajaan BN untuk mengharuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mendakwa susulan tekanan daripada BN, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terpaksa bersekongkol untuk turut menyokong pelaksanaan cukai zalim itu kepada rakyat.
"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan diperalatkan untuk mengharuskan GST yang zalim itu. Dewan Ulama PAS tetap mempertegaskan bahawa GST haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai yang digariskan ulama.
"Kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau. Dengan GST harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau jumlah RM42 juta sehari sebagaimana diumumkan oleh kerajaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali, malam tadi.
Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS menyeru rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan tidak lagi memberi mandat kepada parti yang telah mengkhianati amanah rakyat sebelum ini.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 20 April 2015 sekali lagi menegaskan pelaksanaan GST adalah harus selagi ada keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.
Pengerusinya, Tan Sri Abd Shukor Husin yang dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan sistem cukai baru itu bagaimanapun perlu berpandukan enam parameter syarak yang digariskan jawatankuasa itu, termasuk kerajaan komited tujuan kutipan adalah untuk melaksana dan meningkatkan syariat Islam.

Mohd Amar: PRU14 mungkin pertengahan 2017 atau lebih awal?

Posted: 31 May 2016 07:38 PM PDT

Mohd Amar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan senario politik semasa dalam negara.
nik-amarKOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada pertengahan tahun depan atau lebih awal berdasarkan senario politik semasa.
"Melalui muktamar ini kita boleh rangka perancangan untuk menghadapi pilihan raya kerana pergolakan politik hari ini cenderung kepada perkara yang tidak diduga," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 semalam.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengingatkan DAP supaya sedar akan kemenangan mereka dengan mendapat undi Melayu dalam pilihan raya sebelum ini adalah hasil daripada 'persahabatan' dengan PAS.
Mohd Amar berkata, walaupun pada masa sama PAS dikatakan menumpang undi bangsa Cina, namun beliau tetap yakin tanpa PAS 'mati hidup balik' pun DAP takkan dapat undi Melayu.
"Logiknya mereka menyatakan kalau PAS berpecah daripada Pakatan, tiada DAP bersama mereka…kita tidak dapat sokongan orang Cina dan pergi ke Putrajaya. Tetapi mereka lupa bukan itu sahaja cara yang kita dapat undi bukan Melayu.
"Di Kelantan ini mana ada Cina undi DAP. Mereka hanya undi PAS atau Barisan Nasional sebab DAP tidak bertanding di sini," katanya
Sementara itu, Mohd Amar turut menekankan pentingnya mematuhi disiplin dan patuh kepada pemimpin dalam parti selagi pemimpin itu tidak melanggar syariat.

Siswa perlu kempen tingkatkan undi orang muda bukan protes, rosakkan undi PRK

Posted: 31 May 2016 07:34 PM PDT


Hisomuddin saran mahasiswa berperanan mengukuhkan suara anak muda melalui pendekatan positif bukan kempen protes rosakkan undiHisomuddin saran mahasiswa berperanan mengukuhkan suara anak muda melalui pendekatan positif bukan kempen protes rosakkan undiBukan undi protes patut dipromosi golongan siswa tetapi laksanakan gerakan untuk meningkatkan kesedaran golongan muda tentang kepentingan politik menjelang pilihan raya kecil (PRK) serentak, 18 Jun nanti.
Itu teguran Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar sebagai reaksi kepada kumpulan mahasiswa yang melancarkan kempen protes dan undi rosak sempena PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar ini.
Menurutnya, pelajar universiti harus mengenal pasti isu sosial dan ekonomi yang dihadapi anak muda sesuai dengan ciri mereka sebagai pemimpin masa depan.
"Apa yang kamu tuntut dari Ahli Parlimen Sungai Besar nanti? Kamu kena jumpa anak muda di sana. Berapa ramai yang ambil pil kuda, terbeban atau tidak dengan kenaikan kos sara hidup?
"Buat ceramah untuk anak muda pun boleh supaya kita boleh tukar situasi yang tak beri kelebihan menjadi situasi yang memberikan kelebihan," ujarnya dalam forum "Tiga Penjuru: Pembangkang Rugi?" di Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
Hisomudin yang juga bekas aktivis kampus itu berkata, pemimpin mahasiwa perlu berfikiran positif bagi memastikan suara mereka diberi perhatian oleh kerajaan mahupun parti pembangkang.
"Bagaimana untuk anak muda menuntut hak politik mereka kerana suara mereka tiada nilai di kaca mata pemerintah mahupun pembangkang. Kita tiada aksi yang menjentik atau memukul daripada yg mewakili suara anak muda ke atas mereka," jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat gerakan positif berkenaan berupaya memberi sinar meyakinkan serta menyelamatkan ramai anak muda jika dilakukakan denga lebih baik termasuk bertemu dengan pemimpin dari semua parti politik.
"Polisi yang digubal kedua-dua (pemerintah dan pembangkang) tidak kena-mengena kepada anak muda. Ini kena ubah, gerakan kamu ini menuntut suara kamu didengari, kamu kena mintak, kamu kena 'demand'. Jumpa pemimpin Amanah, buat kunjungan ke atas Khairy Jamaluddin," tambah Hisomudin lagi.
Siswa 'letih' politik
Terdahulu, Koordinator Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA), Wafiuddin Rosli konsisten
Read More / Baca Lagi >>

PERDANA MENTERI YANG SUKA MENYAKITKAN HATI....

Posted: 31 May 2016 06:37 PM PDT

Berkatalah Najib Razak kononnya perlaksanaan cukai GST sudah mula diterima baik oleh rakyat kerana menyedari ia adalah penyelamat ekonomi negara.

Hello Pahlawan Bugis...bila pulak rakyat menerima GST dengan baik?
Bukankah seluruh rakyat, tidak kira kaya miskin, orang tua atau budak tadika,  sebenarnya dipaksa membayar GST?

Cuba rakyat diberi pilihan antara bayar GST dengan tidak bayar GST, tengok apa pilihan majoriti mereka?

Jika selepas diberi pilihan dan majoriti memilih GST, barulah boleh dikata rakyat menerimanya dengan baik.

Bila pula rakyat setuju GST sebagai penyelamat ekonomi negara?

Kerja pemimpin atau kerja rakyat untuk menyelamatkan ekonomi negara?

Mentang-mentang dalam akaun peribadi pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta, suka-suka hati pula mengeluarkan kenyataan yang membuatkan rakyat sakit hati!
Read More / Baca Lagi >>

SELAMATKAN ekonomi negara atau SELAMATKAN KEBOBROKAN URUS TADBIR BN & NAJIB ??!!

Posted: 31 May 2016 06:36 PM PDT

"Walaupun GST telah dikritik dengan bertalu-talu selepas ia dilaksanakan pada 1 April tahun lepas, lebih ramai rakyat menerima cukai GST selepas menyedari GST dapat menyelamatkan ekonomi negara", kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (31/5/2016)

Kecerdikan pemimpin yg lahir dari 'universiti Umno' jangan disangkal..

Posted: 31 May 2016 06:34 PM PDT


NAMPAK TAK.. ketiga-tiga situasi ini ADA BERKAIT dgn NAJIB, KENAPA..??!!

Posted: 31 May 2016 06:33 PM PDT

Apa sebenarnya dah terjadi kpd sang penguatkuasa undang2 di M'sia ???.. bekerja & berkhidmat utk rakyat atau pemimpin2 UMNO ???

DI MALAYSIA 'kamu' boleh lah BERKUASA, tetapi bukan di luar negara..

SEJAHAT-JAHAT PM Israel.. Isteri PM Israel akan didakwa kerana seleweng duit rakyat..

Posted: 31 May 2016 06:32 PM PDT

Tetapi di Malaysia yang tukang lapor, repot penyelewengan duit rakyat itulah yang kena tahan, kena tangkap malah didakwa..

Beza sungguh undang2 di M'sia berbanding di Israel..

Beza sungguh undang2 di M'sia berbanding di Israel..

Posted: 31 May 2016 06:30 PM PDT

SEJAHAT-JAHAT Israel.. terima 'derma' US$600,000 (RM2.5 juta), dipenjara 19 bulan.

Sini 'derma' RM2.6b takda hal.. semuanya bersih & BEBAS CUKAI plok tu !!!

SIAPA LAGI JAHAT SEBENARNYA ??!!

Mohd Amar tegur ahli Pas jangan lancang berkata-kata

Posted: 31 May 2016 06:26 PM PDT


KOTA BHARU- Pas menegur sikap ahlinya yang mengkritik dan mendedahkan rahsia parti sebagai trend untuk menghuru-harakan keadaan serta menghakis sokongan rakyat.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, terkini wujudnya golongan menggunakan ceramah dan face book untuk menghentam parti bagi melepaskan dendam serta memuaskan hati tanpa memberikan faedah.
Datuk Mohd Amar Abdullah Menurutnya, disebabkan sikap golongan terbabit yang tidak berdisiplin dan sengaja mendedahkan rahsia parti mendorong kepada pemecatan, bukannya pimpinan Pas tidak boleh ditegur.
"Dalam jemaah kita diajar untuk setia dengan pemimpin selagi pemimim tidak langgar syariah dan diajar cara menegur.
"Kita boleh berbeza pandangan dan kritik pemimpin. Pemimpin tidak pernah anggap maksum.
"Kita ada salah, silap dan kekurangan. Kesilapan dalam politik bukan satu maksiat. itu kesilapan manusia biasa," katanya.
Malam tadi, beliau merasmikan Muktamar Muslimat Pas Pusat Ke 56 yang berlangsung di Dewab Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.
Hadir sama, Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh dan Setiausaha Muslimat Pas Pusat, Kartini Ahmad.
Selain itu, Mohd Amar berkata, Pas masih mampu meraih undi bukan Melayu walaupun sudah berpecah dengan DAP.
"Ramai mengatakan Pas mendapat undi bukan Melayu selama ini disebabkan DAP. Namun DAP juga diingatkan mereka mendapat undi Melayu selama ini juga disebabkan bantuan Pas.
"Pas yakin untuk meraih undi bukan Melayu bukan hanya dengan satu cara sahaja iaitu bekerjasama dengan DAP, sebaliknya sekiranya jentera parti bekerja kuat, kita masih mampu mendapat undi mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas berdepan cabaran dari Islam dan bukan Islam - Hassan Mahnood

Posted: 31 May 2016 06:24 PM PDT


PASIR PUTEH - Pas bukan sahaja berdepan penentangan orang bukan Islam dalam menegakkan hukum Islam malah turut menghadapi cabaran besar apabila orang Islam sendiri turut menentangnya.
Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahnood berkata, cabaran makin meruncing apabila orang Islam yang kononnya menyokong hukum ALLAH memandang sinis usaha tersebut.
Pas berdepan cabaran dari Islam dan bukan Islam
Katanya, bagi menghadapi situasi berkenaan, ahli Pas khususnya golongan ulama mesti berpolitik secara matang serta bijaksana dalam menyampaikan mesej Islam.
"Kita mesti matang dalam menerangkan kehebatan Islam, bijaksana dalam menyampaikan mesej kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat Kali Ke-55 di Sweet Beach Resort , Tok Bali, dekat sini, malam ini.
Hassan berkata, muktamar kali ini penting kerana Pas berdepan dua Pilihan Raya Kecil iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kita berpeluang membincangkan strategi dalam menghadapi dua pilihan raya ini dan Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Menurutnya, ulama Pas juga perlu memahami Akta 355 dan bersedia untuk turun padang menerangkannya kepada orang ramai," katanya.

RUU Persendirian tiada kaitan hudud - Dewan Ulamak

Posted: 31 May 2016 06:22 PM PDT

PASIR PUTEH - Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) tidak ada kaitan dengan hudud, sebaliknya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Menurutnya, setakat ini kedudukan Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret.
Mahfodz Mohamed "Kita minta semua wakil rakyat (anggota Parlimen) terutama yang beragama Islam, dan bukan Islam menyokong usul berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Ke-55 di sini malam ini.
Beliau berkata usul berkenaan hanya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, oleh itu tiada sebab mengapa orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyokong.
Usul RUU persendirian itu dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.
Muktamar dewan tersebut dirasmikan Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

MUKTAMAR PEMUDA 57: “BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT"

Posted: 31 May 2016 06:15 PM PDT

 
UCAPTAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 
MUKTAMAR TAHUNAN DPPM KALI KE-57 1437H / 2016M
"BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT
1. MUQADDIMAH
1.1. Tahmid & Aluan
Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap;
Yang Dihormati Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS selaku Perasmi Muktamar DPPM Kali Ke-57;
Yang Dihormati Seluruh Ahli Majlis Syura Ulama dan Pimpinan PAS Pusat;
Yang Dikasihi Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda;
Yang Berusaha Setiausaha DPPM dan Pengarah Panitia Muktamar DPPM;
Ahli – Ahli Jawatankuasa Harian DPPM;
Ahli – Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pengarah Jabatan DPPM;
Ketua - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Kawasan dan Ahli Jawatankuasa;
Pimpinan dan rakan – rakan DHPP;
Pimpinan dan rakan – rakan AMK, IKATAN, NGO-NGO;
Para Tetamu dan Dif Kehormat;
Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi sekalian.
Saya ucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan DPPM yang kembali bertandang ke Negeri Kelantan Darul Naim pada tahun 2016 ini.
Muktamar kita kali ini berlangsung dalam suasana yang sangat mencabar. Di kala baru sahaja mahu mengeringkan keringat menabur bakti di bumi Kenyalang yang bertuah, seluruh kudrat kita terus dikerah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS di P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar, yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan tugasan dakwah dan siyasah, di samping merebut fadhilat dan kelebihan ibadah di bulan Ramadhan al - Mubarak.
Seterusnya, saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Pemuda PAS, merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, atas kejayaan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016, sekaligus membuka lembaran baru perjuangan PAS mendaulatkan Syariat Islam di bumi Malaysia yang bertuah.
Marilah kita dengan penuh yakin memohon ke hadrat Allah SWT supaya dikurniakan kekuatan dan keberkatan, serta kebaikan dan pahala yang berlipat ganda, di atas keyakinan dan iltizam kita terhadap dasar dan matlamat perjuangan yang mulia ini.
1.2. MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR
1.2.1. Bagi mengingatkan semua di kalangan Pemuda PAS, maka kita bermuktamar pada hari ini demi menyahut seruan Allah SWT:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orangorang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Ali Imran: 103)
1.2.2. Tema "BERTEKAD MELEBAR MUAFAKAT" diangkat dalam Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-57 ini bagi menegaskan betapa pentingnya Pemuda PAS terus mara melebarkan agenda #MuafakatRakyat dan meneraju agenda #PolitikSolusi berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, setelah berjaya melepasi fasa #PengukuhanDalaman.
1.2.3. Di samping itu, pemilihan logo Muktamar DPPM yang berbentuk 'Rebana' adalah simbolik kepada kesepakatan paluan bagi menyemarakkan semangat juang yang tinggi, agar setiap Pemuda PAS seiring-selangkah bersama rakyat untuk terus mara menuju ke gerbang jasa dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Bulat air kerana pembetung;
Bulat manusia kerana muafakat

Pakaian: Mereka gagal capai mesej dihantar Pemuda PAS - Nasrudin Hassan

Posted: 31 May 2016 06:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Penampilan dan gimik berpakaian lagak pahlawan Melayu itu menarik perhatian pelbagai pihak," kata Ketua Penernagn PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kelainan berpakaian pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57, petang semalam

"Tidak kurang mereka yang senak organ fikirnya melemparkan sinis dan penghinaan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya dalam tulisan menerusi laman facebook bertajuk Pemuda PAS Pahlawan Ummah, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, mereka gagal mencapai mesej yang ingin dihantar oleh sayap penting parti Islam itu.

Berikut tulisan penuh beliau.

Tiba-tiba sahaja saya terasa diri ini semakin tua apabila saya diundang sebagai tetamu kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-57.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar Muslimat 56: Muslimat Memacu Kemenangan

Posted: 31 May 2016 06:12 PM PDT

UCAPTAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-56

بسم الله الرحمن الرحيم
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (Surah An-Nur ayat 55)

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum di atas kehadiran semua, selamat bermuktamar kepada para muktamirat, selamat bertugas kepada Pengarah dan AJK pelaksana muktamar ini di semua peringkat.

Terima kasih jua yang dapat diberi kepada Allah SWT harapan menggunung tinggi agar muktamar terlaksana dengan harmoni dan kita semua dirahmati Ilahi. Amin.

Amanah Pilihan raya
  
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi, negara kita telah selesai menghadapi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak. Walaupun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak memenangi satu pun kerusi yang ditandingi, namun kita sangat bersyukur setelah 20 tahun PAS berada di Bumi Kenyalang akhirnya PAS dapat menghantar calon di 11 kerusi DUN. Kesemua mereka daripada kalangan anak-anak tempatan yang hebat dan professional, termasuk seorang calon muslimat.
  
Kini ramai kepimpinan PAS Sarawak terdiri daripada anak-anak tempatan yang lahir hasil daripada tarbiyah PAS. Berbeza sebelum ini, kepimpinan PAS Sarawak sebahagian besar datang dari Semenanjung. Semoga benih suci dakwah Islamiyah akan terus subur di bumi bertuah tersebut.
           
Kepada semua  pihak yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, harta benda dan sebagainya untuk kejayaan PAS dalam misi mengembangkan dakwah Islam di Bumi Kenyalang tersebut, kita mengucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT  memberi  sebaik ganjaran dunia dan akhirat.
  
Seterusnya kita akan menghadapi pula Pilihanraya Kecil (PRK) di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak selepas berakhirnya muktamar kita ini. InsyaAllah PAS akan bertanding di kedua kerusi Parlimen tersebut. Oleh itu jentera PAS semua peringkat hendaklah digembleng dengan sebaiknya.

Bekerjalah kerana Allah dengan tanzim yang tersusun rapi serta mempamerkan akhlak mulia. Turunlah bertemu dengan para pengundi, terangkan kenapa mereka perlu memberi undi kepada PAS. Rayulah mereka dengan sebaiknya serta berdoa dan bemunajatlah kepada Allah SWT.
  
Kita mesti menginsafi bahawa pilihan raya adalah sebahagian tugas untuk menyempurnakan amanah Allah SWT yang mesti kita laksanakan dengan sebaiknya.  Kita tahu soal kepimpinan adalah suatu perkara yang besar dalam Islam, bahkan kewujudan manusia di atas muka bumi ini sendiri adalah untuk menunaikan tugasan khalifah iaitu tugasan memimpin manusia ke arah yang diredhai Allah SWT.
  
Oleh sebab itu PAS terus mengambil peluang melaksanakan amanah ini, walaupun telah 13 kali pilihanraya umum belum lagi dikurniakan oleh Allah SWT kemenangan di peringkat Persekutuan.
    
DMPP menyeru kepada semua jentera parti untuk meneruskan gerak kerja siasah melalui medan tarbiyah, dakwah dan kebajikan. Sentiasa peka dan perihatin terhadap amanah yang dipikul. Sabda Baginda SAW yang bermaksud :

"Setiap seorang dari kalangan orang Islam diamanahkan menjaga satu penjuru dari kubu-kubu umat Islam. Demi Allah SWT janganlah Islam itu dilemahkan dari sudut yang dijaganya". (Hadith Hasan)

Muslimat Memacu Kemenangan
    
Muslimat mestilah menyediakan kemahiran, kepakaran, kebolehan dalam pelbagai bidang. Muslimat mesti membina kekuatan dari segi pengetahuan, spiritual dan jasmani untuk mendepani pelbagai situasi hari ini yang mencabar. Sebagai contoh para hukama ada menyatakan:
"المرأة عمادالبلاد, اذا صلحت, صلحت البلاد واذا فسدت, فسدت البلاد"
Yang bermaksud: "Wanita adalah tiang negara, jika baik wanita maka baiklah negara, jika rosak wanita maka rosaklah negara."

Pepatah Melayu juga ada menyebut: "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia."
              
Usia 56 tahun perjuangan muslimat PAS bukanlah  perjuangan yang pendek, malah melakari pelbagai kenangan dan sejarah. Perjuangan yang menuntut pelbagai pengorbanan, mengeluarkan keringat dan air mata, suka duka dan pahit manis. Semua dilalui semata-mata mencari keredaan Allah.
  
Sejarah perjuangan dan kejayaan Islam telah memaparkan peribadi muslimat ideal yang semestinya menjadi teladan kepada kita yang bercita-cita untuk melihat Islam menang dan kesejahteraan hidup ummah menjadi kenyataan.
    
Keimanan terhadap Allah dan Islam yang mantap, pengorbanan dan pengabdian yang tiada tandingannya oleh Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim AS dan bonda Nabi Ismail AS telah menjadi asas kepada pembangunan dan kemakmuran sebuah tamadun hingga ke hari ini. Alangkah beruntungnya perjuangan Islam dan makmurlah kehidupan manusia andainya jejak Siti Hajar ini diikuti oleh muslimat sepenuhnya.
  
Seterusnya sejarah juga memperlihatkan keutuhan dan kejayaan perjuangan kebenaran oleh wanita-wanita solehah yang menerima didikan daripada Baginda SAW. Saidatina Khadijah umpamanya seorang lagi wanita pengukir sejarah kesejahteraan tamadun ummah. Sebagai wanita dan isteri terpilih kepada seorang Rasul terakhir, dengan penuh keimanan beliau telah menyerahkan segala yang dimilikinya semata-mata untuk izzah perjuagan agama yang dibawa oleh Nabi terakhir ini yang juga suaminya.
  
Saidatina Khadijah menjadi manusia pertama yang beriman dengan risalah Baginda SAW. Dengan keimanan yang benar dan mantap, beliau senantiasa menjadi penolong yang teguh kepada Baginda Rasulullah SAW. Beliau menolong perjuangan Baginda SAW dengan segala apa yang dimilikinya di saat manusia lain tiada yang mahu membantu. Saidatina Khadijah terus menerus menjadi sekutu perjuangan Nabi SAW, isteri yang ideal, rakan yang selalu membesar dan menenangkan hati, pendamping yang selalu membantu dengan harta dan dirinya. Saidatina Khadijah benar-benar mesti menjadi guru teladan kepada kita yang mahu melihat kemenangan Islam. Kehidupan Baginda SAW dan Saidatina Khadijah benar-benar merealisasikan firman Allah SWT:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٧١

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah At-Taubah ayat 71)
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar Ulamak 55: Memimpin Gerakan Perubahan

Posted: 31 May 2016 06:09 PM PDT

PASIR PUTIH, 31 Mei: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 telah pun berlangsung dengan bertemakan "Memimpin Gerakan Perubahan".
Dalam awal ucatama Dato' Dr Mahfodz Mohamed (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), telah pun meningatkan para muktamirin yang hadir untuk terus berusaha berada di atas landasan yang tidak mengabaikan akidah Islam.

Tegas beliau lagi, Ulamak mestilah menempuh pelbagai cabaran lantaran timbulnya timbunan krisia politik, ekonomi dan sosial yang melanda dunia Malaysia khususnya pada masa kini.
Oleh itu, Ulamak digesa untuk memimpin masyarakat kepada perubahan yakni merupakan tugas murni yang telah didahulukan oleh Rasulullah SAW.
Maka, Dewan Ulamak PAS Pusat telah pun memilih tema "Memimpin Gerakan Perubahan" sebagai tema bagi muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 ini, bertepatan gesaan ke atas ulamak hari ini untuk memperteguhkan diri dengan ciri-ciri pemimpin perubahan yang disemai dengan fikrah yang suci, keperibadian yang unggul dan seterusnya menjadi pemimpin politik yang ikhlas kerana Allah SWT bagi memimpin usaha-usaha menegakkan Islam di kalangan ummat, sebagaimana meladani gerak kerja para Nabi.

Muktamar Pemuda 57: Jangan Undang Kuasa Lain Selain Polemik

Posted: 31 May 2016 06:08 PM PDT

KOTA BHARU: Polemik dalam negara mesti diurus dengan memperkasakan kekuatan sendiri dan bukannya mengundang kuasa luar untuk menyelesaikannya.
Teguran itu ditegaskan Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke 57 di sini, hari ini.
Ujarnya, pihak lain tidak akan memahami masalah yang berlaku dan penyelesaian yang sepatutnya sebagaimana iktibar dari masalah melanda dunia hari ini.
Jelas beliau, dunia Islam hari ini terutamanya Gerakan Islam perlu bersama dan berbincang terhadap cabaran serius ini.
Menurut beliau, kuasa besar dunia menggunakan perang proksi dengan menjadi serta membesarkan isu furuk untuk menimbukkan pertelagahan di kalangan umat Islam.
Terang beliau, ketika mereka melihat terdapat isu yang boleh menekan Syiah, mereka menggunakan Sunni untuk bertembung dengan Syiah.
Begitu juga ketika mendapati ruang menimbulkan kekacauan di kalangan Sunni, mereka menjadikan Syiah sebagai punca kepada perkara itu.
Akhirnya kuasa besar ini dedahnya, bertukar-tukar menyokong pihak tertentu untuk memusnahkan sebahagian yang lain.
Beliau mengimbas pengajaran sebagaimana berlaku ke atas negara Iraq yang mulanya menyambut kedatangan Amerika Syarikat dengan bunga tetapi kemudian negara itu dihancur musnahkan.
"Kerana itulah, Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah dan umat Islam jangan biar kuasa besar menyelesaikan masalah umat Islam," nasihatnya.

MUKTAMAR ULAMAK 55: ULAMAK MEMIMPIN GERAKAN POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

Posted: 31 May 2016 06:06 PM PDT


PASIR PUTIH, 31 Mei : Para Ulamak yang hadir dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 55 ini, telah pun diingatkan menerusi ucapatama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed agar sentiasalah berpolitik dengan membudayakan Politik Matang dan Sejahtera, bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya ketidak adilan, penindasan dan kezaliman, mengelekkan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat, mengelakkan ketidak stabilan politik, sosial dan ekonomi negara, mengelakkan perselisihan dalam kalangan rakyat dan anarki, mengelakkan campur tangan pihak luar dan juga menggalakkan budaya politik berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran.
Dengan hasrat bagi membangunkan negara berkebajikan dan memacu Malaysia Sejahtera, PAS telah melancarkan Wawasan Induk Negara (WIN) sebagai wawasan untuk membentuk negara model berasaskan cara hidup Islam dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Antara kompenen Wawasan Induk Negara (WIN) ialah menerusi teras pemerkasaan parti dan pembangunan imej termasuklah, Politik Matang Dan Sejahtera (teras 1) dan Bergerak Berasaskan Penyelesaian Islam (teras 2).
Read More / Baca Lagi >>

'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Posted: 31 May 2016 06:03 PM PDT

Setiausaha Organisasi Kebangsaan Dap, Anthony Loke mempersoalkan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di muktamar dewan itu semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang "dipinjamkan" kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.
"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang "dipinjamkan" oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?
"Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.
"Justeru itu, soal PAS "meminjamkan" kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.
"Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966," tambahnya.
Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang "tetapi untuk menuntut semula "pinjaman" yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP".
"Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.
"Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat," tegas Loke lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: GST haram kerana gagal penuhi syarat keharusan cukai

Posted: 31 May 2016 05:59 PM PDT

Dewan Ulama PAS sekali lagi menegaskan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai.
Menurut Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamed, cukai tersebut haram kerana tidak memenuhi syarat keharusan cukai oleh ulama iaitu kerajaan perlu berada dalam situasi kewangan yang terdesak bagi menguruskan negara.
Malah, antara syarat lain pula, Mahfodz berkata ialah keperluan kewangan itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pembaziran pengurusan kewangan serta cukai tersebut hanya dikenakan pada mereka yang mempunyai lebihan pendapatan.
"Dewan Ulama PAS tetap mempertegaskan bahawa GST haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai yang digariskan ulama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 Tok Bali, Kelantan.
Cukai GST dilaksanakan pada 1 April tahun lalu.
Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau.
"Dengan GST, harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau RM42 juta sehari sebagaimana yang diumumkan kerajaan," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 di Parlimen, Mahfodz meminta semua anggota parlimen beragama Islam agar membuka fikiran untuk menyokong perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)