Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


HANYA YANG BODOH SAJA pilihan Najib..

Posted: 30 May 2016 07:38 PM PDT

JANGAN RISAU... pakar Menteri Kewangan Malaysia, Najib Razak kata asas ekonomi negara kita MAPAN, TAK BERMASALAH & KUKUH w'pun negara dilanda krisis ekonomi .

Disbbkan ekonomi negara kita begitu kukuh lah aset2 negara pon dah tergadai ke negara komunis-China di bawah pemerintahan PALING CEKAP BN Najib Razak..

Muktamar Pas ke-62 paling ditunggu-tunggu

Posted: 30 May 2016 07:30 PM PDT

KOTA BHARU - Muktamar Pas kali ke-62, satu kongres besar yang menjadi penantian setiap perwakilan parti Islam itu, tidak kurang juga ilmuwan, pengkaji politik, mahupun pengkritik dan penganalisis dari seluruh negara.
Menjadi satu kebanggaan kepada hampir seluruh rakyat Kelantan apabila kongres ini dilangsungkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, yang akan mendatangkan seribu satu rezeki kepada masyarakat di Kelantan.
Muktamar Pas ke-62 Bagi perwakilan, inilah masanya untuk mereka mendengar, berkongsi pendapat, berbincang dan sebagainya mengenai hala tuju, dasar dan perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini, tambahan pula di negeri tumpah darah bekas Mursyidul Amnya, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ramai yang berpendapat, pelbagai isu akan menjadi topik utama kongres tersebut kali ini, terutamanya apabila Pas 'kehilangan' pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti Mat Sabu, Husam Musa dan sebagainya.
Namun begitu, menurut Penganalisis Politik, Datuk Prof Dr Zainal Kling, muktamar kali ini tetap akan meneguhkan, dengan kedudukan presiden dan Majlis Ulamanya. Mungkin juga akan memperlihatkan seolah-olah mengetepikan ahli-ahli yang menentang keputusan mereka selama ini.
Malah, pemecatan Datuk Husam Musa sebagai ahli Pas juga tidaklah sehangat isu lain yang mungkin akan memberi kesan kepada perjuangan Pas selepas ini untuk merebut pentadbiran negara daripada pemerintah kini.
"Muktamar tersebut tetap akan teguh. Husam tiada ada tempat lagi dalam Pas. Kalau ada pun, sokongan mengenai hal itu (pemecatan Husam) sudah lemah. Muktamar akan sokong Tuan Guru (Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan ulama,"katanya kepada Sinar Harian.
Di antara beberapa topik hangat yang mungkin akan mendapat 'sambutan' hangat kali ini ialah berkenaan dengan kerjasama dengan Umno, yang banyak dimainkan sejak ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz, dua tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: 'Sepatutnya cadang nama lain bukan Mastura'

Posted: 30 May 2016 07:23 PM PDT

SHAH ALAM - BN seharusnya mencadangkan nama lain dan bukannya Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, dalam konteks calon BN, parti itu sepatutnya mencadangkan nama lain, agar memudahkan Mastura, seorang balu menjalankan kewajipannya menuruti ajaran Islam.
Dr Zaharuddin Abdul Rahman Katanya, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 234, waktu edah bagi seorang wanita adalah empat bulan 10 hari.
"Menurut hadis sahih, wanita yang dalam tempoh edah tidak boleh, keluar rumah kecuali hajat seperti untuk mendapatkan rawatan, bekerja (sumber rezeki diri dan anak-anak) dengan syarat wang simpanan tidak mencukupi.
"Dalam tempoh edah ini juga, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah melainkan dalam keadaan ketakutan dan keseorangan di rumah. Beliau juga tidak boleh memakai pakaian yang terang warnanya, bersolek dan berhias," katanya.
Mengulas mengenai berkempen melalui aplikasi Skype atau video, Zaharuddin berkata, ia mungkin boleh tepati hukum larangan keluar rumah, tetapi tetap boleh melanggar larangan mendedahkan diri tanpa keperluan kerana masih ada orang lain yang boleh menjadi calon.

Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

Posted: 30 May 2016 07:22 PM PDT

Syed Rosli amat kecewa dengan kepimpinan BN yang gagal menurunkan calon anak tempatan yang jauh lebih layak daripada Mastura.
syed-rosli
PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.
Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.
"Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.
"Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar," tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.
Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.
Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim nafi Presiden PAS mahu bawa parti sertai Umno

Posted: 30 May 2016 07:17 PM PDT

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membawa parti Islam itu dalam kerjasama dengan Umno, ia ekoran tanggapan umum melihat kecenderungan Hadi rapat dengan parti pemerintah tersebut.
Tuan Ibrahim, yang juga Timbalan Presiden PAS itu berkata, tidak timbul soal PAS mesra dengan Umno seperti didakwa setengah pihak malahan tidak ada program Umno yang disertai mereka.
"Ada ahli kita tak faham dan sebagainya. Contoh, dulu sewaktu Pas membuat gagasan kepimpinan ulamak, timbul juga kritikan.
"Jadi, tanggungjawab kita turun untuk buat penjelasan. Sama juga sekarang. Kita tak sebut soal mesra Umno. Apa yang kita hubungi ialah kerajaan dengan kerajaan, jabatan dengan jabatan. Ini kena ada kesinambungan. Pas tidak pernah terlibat dalam program Umno," kata Tuan Ibrahim dipetik dalam satu wawancara.
Beliau juga membidas pihak yang membuat spekulasi mengenai Hadi duduk bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedondon berbaju Melayu.
"Contohnya kehadiran Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada Multaqa Serantau yang turut dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), berbaju sama. Multaqa itu bukan anjuran Umno tapi anjuran Alumni Al-Azhar.
Read More / Baca Lagi >>

Husam boleh datang muktamar PAS - Takiyuddin

Posted: 30 May 2016 07:14 PM PDT

PAS tidak menyekat mana-mana bekas ahlinya untuk turut serta tetapi hanya sebagai pemerhati, bukan perwakilan.

KOTA BHARU: Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dibenarkan menghadiri Muktamar PAS ke-62 yang bermula hari ini di Pengkalan Chepa, Kelantan tetapi hanya sebagai pemerhati.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas permintaan Husam untuk menghadiri muktamar itu berkata pemimpin itu sudah diisytiharkan tidak berparti dan PAS tidak boleh membenarkannya menghadiri perhimpunan sebagai perwakilan lagi.
"Dia boleh datang, kita bagi dia pemerhati sajalah," kata Takiyuddin dipetik daripada Harian Metro.
Husam yang juga ADUN Salor dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu kerana didapati melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.
Takiyuddin berkata PAS tidak menyekat mana-mana bekas ahlinya untuk turut serta sebagai pemerhati.
"Kita juga serahkan soal kedudukan Husam kepada speaker yang akan tentukan dalam sidang DUN pada 1 dan 2 Jun nanti," katanya.
Pada masa sama, katanya Husam perlu mengikut saluran yang betul dalam permohonannya untuk kembali bersama parti itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Husam dalam satu ceramahnya di ibu kota, baru-baru ini, yang mendakwa dirinya dihalang mengikuti muktamar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada lagi puak progresif, muktamar PAS berwajah baharu

Posted: 30 May 2016 07:12 PM PDT

Agenda utama Muktamar Tahunan PAS ke-62 yang bermula hari ini di Kelantan dijangka membincangkan persiapan PRU14, PRK dan hubungan dengan pembangkang.
pas_600
PETALING JAYA: PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan parti tahun lalu yang menyaksikan 'pembersihan' secara besar-besaran di mana kumpulan progresif yang menjadi penentang Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersingkir, selepas gagal dipilih perwakilan.
PAS kini berwajah baharu apabila ia diterajui golongan ulama, sehingga ada yang iri hati dengan melabel parti Islam itu terkebelakang, setaraf dengan parti pemerintah BN yang gagal membawa perubahan kepada negara.
Namun bagi pemimpin PAS, kritikan itu tidak sedikit pun menggugat perjalanan parti untuk terus mengorak langkah dengan membawa perubahan ditambah pula mereka sudah mempunyai blok ketiga pembangkang bersama IKATAN di samping terus menjalinkan kerjasama dengan PKR selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Malah kekuatan PAS juga bakal diterjemahkan menerusi Muktamar Tahunan ke-62 PAS yang bermula hari ini sekali gus membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam itu mampu berdiri sendiri walaupun tidak bersama gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak muktamar kali ini mungkin muktamar terakhir sebelum PRU14.
Ini kerana terdapat andaian PRU14 akan diadakan sebelum Jun 2017. Jadi, muktamar kali ini mungkin menjadi platform menyuntik semangat ahli untuk bekerja keras pada PRU akan datang.
Ia juga akan dijadikan sebagai suntikan semangat kepada PAS untuk berdepan dua PRK iaitu Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun.
Nada sama turut disuarakan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata muktamar tahun ini yang bermula hari ini hingga 3 Jun itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti menghadapi PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Institusi Islam disaran beri penjelasan RUU PAS

Posted: 30 May 2016 07:10 PM PDT

Institusi Islam berkaitan boleh menggunakan bahasa mudah bagi membolehkan orang ramai memahami RUU itu.
Datuk-Dr-Hasan-Mad_law_600
KUALA LUMPUR: Semua institusi Islam berkaitan disaran memberi penerangan secara bersepadu dan berterusan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 kepada golongan sasar.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, kempen seumpama itu boleh dilakukan institusi seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menggunakan bahasa mudah bagi membolehkan orang ramai memahami RUU itu.
"Gambarkan kepada mereka Islam adalah universal, tidak mendiskriminasi mana-mana kaum atau penganut mana-mana agama…misalnya pembabitan bukan Islam dalam industri halal tidak pernah pun menafikan hak bukan Islam untuk terlibat sama.
"Begitu juga dalam perbankan Islam, malah dalam memberikan peluang kepada pelajar bukan Islam menuntut di institusi pengajian Islam seperti UIA. Inilah antara bukti betapa universalnya Islam di samping menghormati lain-lain agama dan fahaman," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terlalu obses dengan label ‘Islam’ – pendakwah bebas

Posted: 30 May 2016 07:09 PM PDT

Wan Ji menasihatkan orang Islam, khususnya aktivis politik Islam agar meninggalkan kerangka gerakan Islam yang baginya telah terbukti gagal.
Wan-Ji-Wan-Hussin_muslim_600
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menggesa orang Islam supaya tidak terlalu obses dengan label 'Islam atau 'tidak Islam' ketika melihat sesuatu perkara, sebaliknya mereka perlu melihat kepada kebaikan secara keseluruhan.
Mengambil contoh sistem di Barat, beliau berkata kebanyakan negara Barat lebih maju dalam aspek pentadbiran dan keamanan berbanding negara-negara majoriti Muslim.
"Barat tidak pakai nama Islam tetapi menjamin kebebasan, keamanan dan pentadbiran yang baik. Malah di sana Islam lebih cepat berkembang. Kebanyakan negara yang berada dalam kedudukan tertinggi indeks rasuah pula adalah negara yang majoritinya umat Islam.
"Apabila kita menggunakan nama Islam, timbul pula isu siapa lebih Islam (antara dua pihak yang bersaing). Masa banyak dihabiskan untuk berbalah tentang itu, bukan tentang memberi kebaikan kepada masyarakat," katanya dalam forum 'Bedah Buku: Generasi Kedua Politikal Islam' semalam.
Tinggalkan kerangka gerakan Islam
Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan itu turut menasihatkan orang Islam, khususnya aktivis politik Islam agar meninggalkan kerangka gerakan Islam yang baginya telah terbukti gagal.
Wan Ji memberi contoh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi yang gagal menangani keadaan politik di Mesir ketika menjadi presiden negara itu sehingga timbul bantahan daripada rakyat dan akhirnya digulingkan pasukan tentera pada 2013.
"Tidak salah untuk merujuk (tokoh gerakan Islam) Sayyid Qutb dan Hassan al-Banna, tetapi tidak perlu sampai terikat. Sedangkan kita boleh gabungkan kebaikan dari Barat dan juga gerakan Islam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sekutu Pas tegaskan usul persendirian bukan hudud, kritik MCA, MIC, Gerakan

Posted: 30 May 2016 07:07 PM PDT

Sekutu Pas dalam blok ketiga, Ikatan tegaskan usul persendirian presiden Pas bukan untuk laksana hudud.Sekutu Pas dalam blok ketiga, Ikatan tegaskan usul persendirian presiden Pas bukan untuk laksana hudud.
Usul persendirian yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini tidak kena mengena dengan hudud dan tidak bertentangan dengan perlembagaan negara, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
"Presiden Pas sendiri telah berkali-kali membuat kenyataan bahawa akta persendirian tersebut tidak kena mengena dengan hudud tetapi entah apa sebabnya kebanyakan akhbar masih tidak mahu melaporkan kenyataan penting dari beliau tersebut.
"Perdana Menteri sendiri dan orang-orang kenamaan lain juga telah membuat penjelasan serupa," ujar Abdul Kadir dalam satu kenyataan media semalam.
Sehubungan itu beliau menggesa pemimpin parti politik khususnya MCA, MIC dan Gerakan berhenti memainkan 'politik persaingan' dengan DAP untuk meraih sokongan rakyat dalam isu ini.
Tindakan MCA dan MIC itu, tambah beliau akan membahayakan negara, rakyat dan parti mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tolak tuah tidak calonkan Dr Raja Iskandar di Kuala Kangsar?

Posted: 30 May 2016 06:56 AM PDT

Malam pengumuman calon Pas, sudah dijangka Dr Raja Iskandar ditolak oleh pimpinan Pas Perak dan Pas Pusat dengan meletak calon luar sebagai taruhan Pas pada PRK Kuala Kangsar ini.Pas tolak tuah tidak calonkan Dr Raja Iskandar di Kuala Kangsar?Mengapakah Pas tolak tuah untuk mengalahkan BN dan Amanah dalam PRK pada 18 Jun ini dengan meletak risiko besar untuk tewas sekali lagi dengan meletak calon wanita untuk melawan wanita BN?
Dr Raja Iskandar adalah calon yang bukan sahaja 'winnable' tetapi juga 'likeable' yang dikenali ramai dengan watak yang mesra termasuk orang Umno selama ini.
Diharap Dr Raja Iskandar tidak merajuk dan membawa diri ke luar negara akibat permainan licik beberapa pimpinan Pas yang bimbang pengaruh beliau dan ketokohan beliau.
Dinasihatkan juga agar semua Pas Cawangan bergerak macam biasa, walaupun bukan Dr Raja Iskandar menjadi calon kerana Pesuruhjaya Pas Perak Haji Razman Zakaria akan sentiasa berada di Kuala Kangsar nanti.

Takiyuddin mahu Umno beri penjelasan kepada komponen BN kerana janji sokong usul RUU

Posted: 30 May 2016 06:41 AM PDT


Umno perlu beri penjelasan kerana beri jaminan akan sokong usul RUU berkait pindaan akta 355Umno perlu beri penjelasan kerana beri jaminan akan sokong usul RUU berkait pindaan akta 355Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu sebelum ini telah diberi jaminan bahawa Umno daripada pihak kerajaan akan menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibentangkan di parlimen Khamis lalu.
Dengan itu Pas menyerahkan kepada Umno untuk memberi penjelasan kepada parti komponen BN mengenainya , katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
"Jadi saya rasa lebih elok Umno sebagai tonggak dalam BN menjelaskannya, bukan kita.
"Dari segi prosedur usul ini dibawa oleh ahli parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Walaupun daripada PAS, tetapi bukan secara rasmi mewakili PAS.
"Yang membawa usul ini individu. Beliau dikira sebagai ahli bukan kerajaan, bukan PAS yang bawa tetapi kebetulan ahli parlimen itu daripada Pas," katanya pada sidang media persediaan Muktamar Tahunan PAS ke-62, Kota Bharu hari ini.
Hadi pada Khamis lalu membawa usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
Ini mendorong tindak balas segera daripada pelbagai parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, yang membidas langkah itu.
Usul diluluskan oleh kabinet
Takiyuddin berkata, beliau difahamkan usul pindaan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah itu telah dibawa ke kabinet sebelum diusulkan di Parlimen.
"Saya difahamkan telah diterangkan dan katanya telah diluluskan oleh kabinet. Kalau tidak, tak mungkin seorang menteri kabinet telah membenarkan usul yang terletak di senarai nombor 15 naik ke nombor 1.
Read More / Baca Lagi >>

Bertenang tanggapi isu hudud – Ketua Pengarah IKIM

Posted: 30 May 2016 06:40 AM PDT

"Perlukah kita sentiasa memberikan reaksi terburu-buru sehingga tiada ruang untuk berfikir terlebih dahulu?"
AZIZAN
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datin Dr Azizah Baharuddin menggesa semua pihak agar bertenang dan tidak terburu-buru dalam berbincang tentang hudud.
Beliau menyifatkan pandangan secara terburu-buru tidak akan membawa kepada membawa sebarang penyelesaian dan pemahaman.
"Perlukah kita sentiasa memberikan reaksi terburu-buru (knee-jerk reaction) sehingga tiada ruang untuk berfikir terlebih dahulu?
"Jika tindakbalas dengan cara seolah-olah mahu berkonflik, kita tidak tunjukkan ketamadunan tinggi yang wujud dalam kelompok budaya dan etnik di negara ini? Kita ada tradisi banyak tamadun hebat di Malaysia," katanya dalam sidang media di IKIM hari ini.
Isu hudud kembali diperkatakan selepas Dewan Rakyat mempercepatkan sesi perbahasan usul Rang Undang-undang Peribadi yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang didakwa akan membuka laluan ke arah perlaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau juga bersetuju bahawa isu hudud terlalu dipolitikkan sehingga menimbulkan banyak persepsi negatif orang ramai terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ dedah rancangan 'orang-orang besar'

Posted: 30 May 2016 05:41 AM PDT

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.
Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah "organisasi yang mempunyai kuasa" dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan "misi" mereka tidak disedari.
"Rakyat kena pandai menilai sendiri," katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan "orang-orang besar" dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.
"Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

"Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran," katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.
Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.
Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu.

Berikan hak kebebasan mahkamah, orang Islam - Dr Shamrahayu

Posted: 30 May 2016 05:37 AM PDT


PUTRAJAYA - Mahkamah syariah sewajarnya diberikan hak dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka yang tidak mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil, begitu juga sebaliknya, kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Dr Shamrahayu Ab Aziz Beliau berkata, usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, tidak sedikit pun mengganggu bidang kuasa mahkamah sivil tetapi ia memperkasa institusi mahkamah syariah.
Ia tidak mengganggu bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan kepada mahkamah sivil, sekiranya ada pihak tertentu yang mempertikaikan cadangan pindaan itu, mereka seharusnya melihat semula apakah yang bercanggah dari segi perlembagaan, katanya.
"Kalau mereka cuma meletakkan satu anggapan bahawa ia membuka laluan supaya hudud boleh diamalkan, ia tidak betul kerana mahkamah syariah belum lagi boleh mengendalikan kes berkaitan curi, merompak atau membunuh.
"Kalau sampai kita membicarakan kes curi dan bunuh di mahkamah syariah, barulah ia dikatakan menggugat Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Wasatiyyah dan Perlembagaan Malaysia, Satu Pandangan' di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr Shamrahayu berkata orang Islam seharusnya diberikan kebebasan hak beragama sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep perlembagaan memberikan hak kepada orang Islam untuk kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengannya.
Susulan itu, pembentangan cadangan rang undang-udang pindaan berkenaan tidak sepatutnya dipolemikkan, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS PIMPINAN TG NIK AZIZ MENAWAN HATI BUKAN MELAYU...

Posted: 30 May 2016 05:26 AM PDT

Pemimpin PAS rata-rata merasakan bahawa PAS boleh memenangi kerusi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Mungkin itu merupakan angan-angan atau pun merupakan sebuah 'mimpi di siang hari'. Yang berfikiran kritis dan 'berpijak di bumi nyata' merasakan bahawa peluang PAS untuk memenangi kerusi berkenaan bukan sahaja tipis malah boleh dikatakan tidak ada peluang langsung untuk menawan kerusi berkenaan.
            Di kawasan pilihan raya Sungai Besar, PAS mendabik dada mengatakan bahawa keputusan PR 13 telah menunjukkan bahawa PAS boleh memenangi PRK kali ini dengan menggunakan hujah bahawa calon PAS  (Mohammed Salleh M Hussein) hanya tewas dengan majoriti 399 di tangan Noriah Kasnon. Dan mengikut perkiraan kasar ( yang dianggap tidak berapa cerdik) merasakan bahawa PAS boleh terus menggungguli kawasan berkenaan pada kali ini.
            Agak keterlaluan jika dikatakan kemenangan PAS di kedua-dua kawasan ini ibarat 'jauh panggang dar api'. Keadaan pada tahun 2013 dengan keadaan 2016 amat jauh perbezaannya walaupun jarak masanya hanya tiga tahun. Perkembangan yang berlaku kini samada politik atau ekonomi amat jauh menyimpang dari keadaan pada tahun 2013. Suatu faktor yang amat penting ialah faktor Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
            Ketika hayatnya Tuan Guru merupakan tenaga penting yang menyatukan rakyat (keturunan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dll) dalam pasukan 'pembangkang' bagi menentang Barisan Nasional disamping kekadiran Saudara Anwar Ibrahim. Kini kedua-dua tokoh ini sudah tidak ada lagi. Dan perlu disedari juga bahawa 'kehadiran' Saudara Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan tenaga yang menggerakkan golongan bukan Melayu untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu ( Keadilan, DAP dan PAS) untuk menumbangkan BN.
            Kini kedua-dua tokoh berkenaan sudah tidak ada. Dan apakah PAS sedar bahawa yang menyebabkan golongan bukan Melayu untuk menyokong calon PAS pada ketika itu adalah berpunca daripada peranan yang dimainkan oleh kedua-dua tokoh ini. Dan dalam hal mengapa golongan bukan Melayu menyokong PAS adalah disebabkan oleh ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan dasar perjuangan PAS yang amat jelas pada ketika itu.
            Kini dasar perjuangan PAS dibawah kepimpinan baru amat diragui oleh bukan sahaja golongan bukan Melayu tetapi oleh golongan Melayu sendiri. Apakah pemimpin PAS tidak sedar tentang 'blunder' yang sedang dilakukan oleh kepimpinan mereka. Apakah mereka mahu menafikan hakikat bahawa rakyat Malaysia melihat PAS sedang bersekongkol dengan Barisan Nasional. Apakah kepimpinan PAS mahu menafikan tentang 'keakraban' Tuan Guru Haji Hadi dengan DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Apakah para pemimpin PAS masih tidak mahu mengaku tentang keakraban itu. Apakah mereka masih mahu mengatakan bahawa PAS hanya mahu menasihati BN dalam hal-hal tertentu yang berkaitan dengan agama Islam.
            Walau apa pun alasan yang digunakan persepsi rakyat Malaysia ialah bahawa PAS sedang 'dipergunakan' oleh BN atau pun mungkin BN sedang dipergunakan oleh PAS. Tak tahulah yang mana satu. Tetapi persepsi rakyat Malaysia kini ialah bahawa PAS tidak boleh diharap lagi untuk menjadi wadah memperjuangan apa yang sepatutnya diperjuangkan oleh mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan menghukum sebelum memahami hudud - Tuan Ibrahim

Posted: 30 May 2016 05:17 AM PDT

Umno dulu tak sama dengan Umno sekarang, kata PAS

Posted: 30 May 2016 05:15 AM PDT

KALAU PUN MENANG, PENGUNDI KUALA KANGSAR HANYA DAPAT KHIDMAT MASTURA PADA PERTENGAHAN OGOS NANTI

Posted: 30 May 2016 05:14 AM PDT

Sekarang ini semua orang sudah mengakui calon BN di Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid terikat dengan pantang larang edah selama 4 bulan 10 hari.

Mastura sendiri mengatakan beliau akur dengan hukum Islam itu dan tidak akan sesekali turun berkempen. 

Harussani Zakaria, Mufti Perak turut memberitahu, walaupun boleh bertanding tetapi Mastura tetap tidak boleh keluar rumah untuk menyertai mana-mana program kempen.

Tetapi dengan kecanggihan teknologi, kekangan edah untuk beliau berkempen sudah pun dikira selesai di mana penggunaan multimedia dan rakaman video akan digunakan sebagai caranya berhubung dengan pengundi dan jentera pilihanraya di pusat-pusat daerah mengundi.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa juga mengatakan Mastura tidak perlu hadir pada hari penamaan calon kerana ia bukan suatu kewajipan, sebaliknya sudah memadai dengan kehadiran penyokong dan pencadangnya sahaja.

Namun demikian, berdasarkan tempoh edah selama 4 bulan 10 yang terus terkena kepada Mastura, halangan seterusnya ialah sekiranya beliau menang pada pilihanraya 18 Jun nanti.

Suaminya, Wan Khairil Wan Ahmad terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak ialah pada 5 April lalu dan ini bermakna tempoh edahnya hanya akan berakhir pada pertengahan Ogos nanti.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Dikecam Kerana Angkuh Dengan Jentera Parti

Posted: 30 May 2016 05:13 AM PDT

JANGAN RIAK DAN TAKABBUR...
HJ HADI BONGKAK DENGAN JENTERA PAS


Menjawab apa yang disebut olah Hj Hadi bahawa beliau serik bekerjasama dengan KEADILAN kerana KEADILAN hanya hadir waktu pilihanraya, tetapi ahli2 Pas yang lebih banyak bekerja, sesungguhnya mmg ada kebenarannya walaupun tidak berlaku di semua tempat.

Hj Hadi selalu merujuk kepada jentera Pas semata2 untuk membandingkan kekuatan politik partinya dgn parti2 lain, dan ini menunjukkan betapa lemahnya hj hadi sbg pemimpin politik.


Adakah Hj Hadi juga mahu sebut bahawa kemenangan Dap di banyak kawasan yang ditandingi oleh parti berkenaan adalah kerana kekuatan jentera Pas?

Di Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas sejak lama, di dalam PRU13 yang lalu Pas hilang 6 Kerusi Dun yang dimenanginya sebelum itu. Kelantan adalah negeri yang hampir 100% Melayu Islam yang sepatutnya tiada masalah utk Pas, namun prestasi Pas merudum teruk. Adakah tiada jentera Pas di situ?

Dua lagi negeri Melayu yang gagal dikuasai oleh Pas adalah Terengganu dan Kedah. Pas hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah sepenggal saja. Adakah tiada kekuatan jentera Pas di situ?

Di Pahang, dalam PRU13 yang lalu, jika melihat kepada kekuatan jentera dan meriahnya kempen Pas, kita tidak menyangka bahawa PJ Pas Pahang, Us Tuan Ibrahim boleh kalah di Jengka. Amat hebat jentera Pas di situ. Sebab apa tewas?

Ini membuktikan bahawa kekuatan jentera hanyalah sebagai penyumbang sahaja. Dap dilihat hampir tiada jentera, tiada markas merata2 bahkan sukar mahu melihat bendera Dap berkibar di mana2. Tapi Dap banyak menang di Kerusi yang ditandinginya.

KEADILAN memang diakui tidak sehebat jentera Pas. Namun KEADILAN berperanan menyumbang strategi dan propaganda di dalam membawa isu2 besar yang kebanyakannya dikorek oleh pimpinan2 KEADILAN. Dap pula mempunyai kekuatan kewangan.

Aku pernah memuji PR dulu kerana kita saling melengkapi untuk bina kekuatan bersama. KEADILAN hebat di dalam membawa isu, Pas miliki jentera yang kuat dan Dap miliki kewangan. Kesemua ini sudah cukup membuatkan dua penggal umno/bn hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Malangnya, apabila ada yang telah merasa kuat hanya melihat kepada jentera mereka maka dicari jalan utk bersendirian. Bersendirian lebih kuat katanya. Akhirnya,mereka akur mereka perlu kawan. Tiada pilihan lain, terpaksa berbaik dgn umno dan kutip parti IKATAN, parti yang ibarat hidup segan mati tidak mahu itu.

Di Sg Besar dan K.Kangsar nanti, apakah kekuatan jentera boleh menentukan kemenangan? Kita tunggu.

WFAUZDIN NS


Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

"Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

"Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja, kawasan lain pun begitu juga,"katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.
Read More / Baca Lagi >>

Anak jati Kuala Kangsar mohon BN tukar calon

Posted: 30 May 2016 05:12 AM PDT

Hanya beri kelebihan pada PAS sekiranya Mastura kekal calon BN
Syed-Rosli-Jamalullail
PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS.
"Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Dr Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN.
"Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini," katanya kepada FMT.
Sebelum itu, Syed Rosli juga telah memuat naik beberapa status yang agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes dengan pemilihan Mastura seabgai calon BN di Kuala Kangsar.
Menjelaskan bantahannya, Syed Rosli berpandangan calon PAS mempunyai ciri-ciri tertentu yang memberi kelebihan kepada kempen parti Islam itu sekiranya Mastura kekal calon BN.
"Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Majlis Raja-raja perlu contohi 'demokratik' TMJ

Posted: 30 May 2016 05:10 AM PDT

Ahli DAP yang juga pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari memuji saranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya, sambil menyatakan cadangan itu bukan bersifat kelemahan.
"Sesungguhnya, ia menunjukkan kekuatan dan kesanggupan untuk terbuka dan telus. Lebih dari itu, ia demokratik," Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini.
Mengakui ia tidak membawa sebarang makna dari segi perundangan ekoran kuasa terletak di tangan polis dan peguam negara, TMJ, bagaimanapun, telah merintis langkah yang baik dan sepatututnya diikuti oleh kerabat diraja yang lain, katanya.
Hari ini, Tunku Ismail, dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers, malam semalam menyarankan kepada pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.
"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim.
Menurut Tunku Ismail, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.
"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja," jelas beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pak Lah yakin BN menang dua PRK

Posted: 30 May 2016 05:09 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin calon Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
  
"Kami boleh menang. Tapi kami perlu bekerja keras, saya yakin kami boleh," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Khidmat Cemerlang Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.
  
Ditanya sama ada beliau akan turun padang membantu kempen PRK itu, Tun Abdullah berkata: "Kita akan bantu. Tengoklah macam mana nanti. Insya-Allah."
  
Pada majlis itu, Tun Abdullah yang juga Pengerusi IKIM turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2015 dan Anugerah Pekerja Setia 2016 kepada 17 kakitangan IKIM.
  
Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Prof Datin Dr Azizan Baharuddin.
  
PRK Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak akan diadakan serentak pada 18 Jun ini dan penamaan calon pada 5 Jun.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
    Read More / Baca Lagi >>

Islam promosi sopan santun, rasional dan rahmah berdepan bukan Islam, bukan kekerasan

Posted: 30 May 2016 04:17 AM PDT


Dr Mohd Parid Sheikh AhmadDr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menolak pendekatan kekerasan dan keganasan dalam usaha merubah masyarakat dan pemerintahan negara ini.
Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pendekatan kekerasan akan hanya menyemarakkan permusuhan dalam masyarakat selain berbahaya kerana anasir dalam dan luar boleh mengambil kesempatan untuk menghancurkan negara.
"Kita menekankan usaha damai untuk mewujudkan perubahan dalam masyarakat dan negara.
"Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang kebanyakannya terpelajar seharusnya menolak pendekatan kekerasan dan menerima pendekataan aman. Walaupun perubahan mengambil masa yang mungkin panjang tetapi ia selamat dan lebih pasti," kata beliau kepada pemberita di Perhimpunan Ahli Teras (PAT) 2016 Ikram di Shah Alam, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Parid berkata, Ikram menganjurkan usaha yang aman melalui perbincangan dan dialog dalam menangani perbezaan dan kepelbagaian.
"Ikram menyuarakan pandangan kita kepada orang ramai dengan mengutarakan hujah-hujah yang melatarbelakangi sesuatu pendirian yang kita ambil.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat 'tiada urusan' dengan Azharuddin, Ratu Naga

Posted: 30 May 2016 04:13 AM PDT

Sekretariat Deklarasi Rakyat hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah berurusan dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada masa yang sama, sekretariat itu juga menegaskan tidak pernah terlibat dalam urus niaga dengan Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook yang dikatakan terpalit sama dalam isu berkenaan.
Setiausaha sekretariat itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah yang sewajar dan mencukupi untuk membuang tanda tangan 'palsu' sejak deklarasi tersebut dilancarkan.
"Sejumlah 1,071,997 tanda tangan atas talian yang disahkan dan terkini diterima. Kami turut menolak sejumlah 253,505 tanda tangan kerana berlakunya pertindihan dan ketidak lengkapan. Baki 200,000 dikumpul dalam bentuk kertas.
"Proses audit ke atas tanda tangan yang diterima dijalankan secara berterusan bagi memastikan integriti dan kesahihannya.
"Sekretariat percaya apa yang akhirnya diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong adalah dokumen yang dipercayai dan bebanan tanggung jawab yang diserahkan oleh mereka yang menanda tangani dokumen itu," jelasnya dalam kenyataan.
Minggu lalu, Azharudiin membuat kejutan apabila mendakwa beliau ditipu dalam penjualan ratusan ribu nama untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)