Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"TOYOL" SEDANG MEMERHATIKAN...!!!

Posted: 29 May 2016 05:42 PM PDT


TU DIA !!!.. Jumlah pencarum terus bertambah, bermakna jumlah caruman diterima JUGA BERTAMBAH..

HATI-HATI.. masa nilah 'toyol-toyol' akan cari idea & alasan utk songlap-pinjam dana2 rakyat demi nak selamatkan kebobrokan 'sesuatu' yg telah dilakukan mereka...

BENARKAH gaji anda pada tahun lepas DAH NAIK 5.3 PERATUS ??!!

Posted: 29 May 2016 05:40 PM PDT

Kalau benar, cepat2lah isi borang ahli Umno yer.. kerana "BN BERI NIKMAT"

PRK: Jika tiga penjuru kelebihannya kepada BN

Posted: 29 May 2016 05:37 PM PDT

Penganalisis politik meramalkan pilihan raya kecil (PRK) akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, perkara ini terjadi kerana parti pembangkang iaitu Pas dan Pakatan Harapan (PKR, Amanah, DAP), sekiranya bertanding akan berusaha meraih undi yang sama daripada penyokong pembangkang.
"Pertarungan dalam PRK  ini bergantung kepada sama ada satu lawan satu atau tiga penjuru...Jika satu lawan satu pasti akan sengit namun jika tiga penjuru maka kelebihan akan memihak kepada BN.
"Ini kerana jika tiga penjuru Pas dan Pakatan Harapan akan berusaha untuk meraih simpati pengundi yang sama menyokong pakatan harapan sebelum ini.. Jadi ini akan menyebabkan situasi menjadi sukar untuk mereka kerana masing-masing ingin membuktikan mereka masih relevan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
"Dan undi pembangkang akan berpecah kepada parti-parti iaitu Pas dan (Amanah,PKR) manakala undi untuk BN akan tetap kekal seperti sebelum ini. Jadi kelebihan akan memihak BN," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga mengakui perkara sama, pertandingan tiga penjuru akan memudahkan BN.
 "Di sungai Besar dan Kuala Kangsar BN, perlu memastikan jentera parti mampu tangani sentimen calon yang tidak dipilih, cuba menangani isu lokal...isu nasional dirasionalkan, dan memastikan jentera BN bersepadu, sekiranya ini diambil kira pertandingan tiga penjuru itu akan memberi kelebihan kepada BN...BN hanya perlu pastikan perkara ini sahaja.
"Berbalik kepada pertandingan tiga penjuru itu, pemilih akan melihat pembangkang tidak berupaya untuk bekerjasama...perselisihan yang masih berterusan, perkara-perkara ini boleh memberi impak kepada pembangkang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Singkir Exco Pas: Kata dua mungkin tidak tepat

Posted: 29 May 2016 05:34 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pandangan agar Exco Pas disingkirkan dari Kerajaan Negeri Selangor jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar memang wujud.
Namun beliau menolak istilah yang digunakan kepada Pas sebagai 'kata dua'.
"Istilah kata dua itu mungkin tidak begitu tepat. Cuma yang berlaku ialah, ada pandangan begitu," katanya kepada Sinar Online dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya situasi sebenar tentang dakwaan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah memberi amaran untuk menyingkirkan Exco Pas daripada pentadbiran negeri sekiranya Pas tidak membatalkan hasrat untuk bertanding.
Namun Azmin telah menafikan perkara itu pernah berlaku.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, urusan PRK hanya melibatkan Parlimen dan tidak ada kena mengena dengan negeri.
"Bagi dia, kalau kita, duduk dalam satu kerajaan yang payahnya, dia nak duduk (pihak) di mana? Pas akan turun kempen calon Pas, PKR akan turun...oleh sebab dia sebahagian Pakatan Harapan, dia dilihat oleh rakyat nampak macam bertembung. Jadi, kalau satu kerajaan tapi bertembung macam mana nak jalan (kerajaan)? Sebab itu bagi Pas, ini urusan parti.
"Kedua, PRK ini pilihan raya Parlimen, tak melibatkan negeri pun. Kerusi negeri masih kekal seperti itu. Kemudian, kadang-kadang kita boleh berbeza pandangan dalam konteks parti tapi kita boleh bersama dalam konteks kerajaan. Banyak berlaku pun di luar negara. Sebelum Gerakan masuk BN pun sama," katanya.

Calon BN Kuala Kangsar tidak sertai kempen jejas kemenangan

Posted: 29 May 2016 05:32 PM PDT

Ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan 'panas'.
Ahmad-Atory-Hussain--Datin-Mastura-Mohd-Yazid-
PETALING JAYA : Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN.
Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan "panas".
"Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut.
"(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar)," katanya.
Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut.
"Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.

Mastura tak perlu hadir penamaan calon

Posted: 29 May 2016 05:30 PM PDT

Peraturan SPR tidak mengkehendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.
anuar-musa-datin-mastura
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menghendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.
"Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir," katanya selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar semalam.
Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

BELUM TERLAMBAT UNTUK MASTURA TARIK DIRI BAGI ELAKKAN BN KALAH DAN NAJIB TERUS DILEMAHKAN.....

Posted: 29 May 2016 05:28 PM PDT

Berbanding pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar yang tidak menimbulkan banyak isu, kecuali kedudukannya yang sudah menjadi Adun sedikit dipertikaikan, tetapi keputusan mencalonkan Mastura Mohd Yazid untuk bertanding di Kuala Kangsar dilihat sebagai pemilihan terburuk sepanjang sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan.

Bukan saja kedudukannya sebagai balu Wan Khairil Wan Ahmad yang baru meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak menjadi pertikaian kerana seolah-olah kerusi Ahli Parlimen merupakan harta warisan keluarga yang boleh difaraidkan, malah pemilihannya juga menggambarkan tiada yang layak di kalangan pimpinan UMNO bahagian Kuala Kangsar yang selama ini merekalah bersengkang mata dan banyak berkorban membawa obor perjuangan.

Lebih memburukkan lagi ialah kerana Mastura juga didapati ahli dan Ajk UMNO cawangan Chembong, dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.

Sudahlah pimpinan UMNO bahagian diketepikan, anak tempatan Kuala Kangsar dan anak kelahiran Perak juga nampaknya turut tidak dijadikan pertimbangan.

Semua ini memungkinkan berlakunya rasa tidak puas hati, sabotaj, memulaukan kempen, tidak turun mengundi dan sebagainya daripada kelompok UMNO sendiri.

Ditambah lagi kedudukan Mastura yang masih dalam edah dan tidak boleh keluar rumah untuk berkempen serta bertemu pengundi, pemilihan beliau sebagai calon benar-benar kelihatan cacat serta menjejaskan peluang untuk meraih kemenangan.

Sedikit sabotaj atau tidak turun mengundi daripada kelompok yang rapat dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar saja sudah memadai untuk memungkinkan BN kecundang kepada pihak lawan pada 18 Jun nanti, lebih-lebih lagi kemenangan pada 2013 lalu hanyalah 1,082 undi sahaja.

Kekalahan BN di Kuala Kangsar tidak dapat dielakkan akan memberi kesan buruk kepada imej Najib yang sudah sedia dibelit dengan pelbagai isu kebelakangan ini.

Najib sendiri diketahui amat mengharapkan kemenangan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, tidak saja untuk menjadi sedikit penawar bagi memulihkan imejnya, tetapi juga sebagai persediaan memacu persaingan dalam PRU 14 akan datang.

Malangnya, semua harapan Najib itu akan musnah jika BN kalah sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar atau di kedua-duanya.

Lebih mengaibkan jika kekalahan itu hanyalah disebabkan pemilihan calon yang tidak cermat dan tidak tepat sehingga timbul terlalu banyak isu yang akhirnya pengundi membuat keputusan tidak memberikan undi mereka.
Read More / Baca Lagi >>

GANU KITE...DARUL TEPUK..!!!

Posted: 29 May 2016 08:01 AM PDT

Malaysia terus mendapat perhatian dunia dibawah pentadbiran Najib Razak. Menteri-menteri seperti berlumba-lumba untuk masuk media antarabangsa dengan adegan atau kenyataan paling bodoh. Terbaru, Menteri Besar Terengganu negeri asal saya jadi bahan baru masyarakat antarabangsa gara-gara dirasakan tidak mendapat tepukan gemuruh semasa sambutan Hari Guru. Bangga jadi anak Terengganu, sampai ke Londong!

Ikuti berita BBC mengenai latihan bertepuk tangan oleh guru-guru gara-gara tepuk tidak gemuruh:

http://www.bbc.com/news/blogs-news-from-elsewhere-36391050

MANA SATU polis Malaysia nak siasat ?

Posted: 29 May 2016 07:52 AM PDT

Nak siasat WSJ ka, Najib Razak ka ATAU kedua2nya sekali..

SAMA-SAMA kita nantikan kecekapan & kepantasan polis kita bekerja berkaitan dgn skandal #1MDB..

Sejarah Tidak Menipu...

Posted: 29 May 2016 07:50 AM PDT

FAKTA:
UMNO & Judi memang sukar dipisahkan..
Pemimpin2 UMNO yg luluskan lesen judi..
UMNO, MCA & MIC juga sukar dipisahkan..
MCA & MIC juga ugut & menentang hudud

PKR Wilayah tolak Deklarasi Rakyat 'anjuran' Mahathir

Posted: 29 May 2016 06:37 AM PDT

PKR Wilayah Persekutuan menolak Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mengulangi komitmen mereka kepada gerakan reformasi dan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ikrar itu dinyatakan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Wan Azizah, bertarikh 19 Mei dan ditandatangani Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.
Idris mengesahkan kesahihan surat itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Di dalamnya, ADUN Ijok itu memperincikan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan pada 18 Mei, yang bersetuju untuk:
- Menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai pemimpin utama parti itu.
- Menolak penglibatan Mahathir dan Umno dalam gagasan Deklarasi Rakyat.
- Mengetepikan Deklarasi Rakyat dan terus menyokong gerakan reformasi untuk menyelamatkan Malaysia, menukar institusi kerajaan, dan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Yang mana hadir mesyuarat sebulat suara sokong. Siapa yang tak hadir saya tak tahulah sokong atau tidak," kata Idris.
Ditanya mengapa mereka menulis surat itu, beliau berkata ia adalah sebagai tindak balas kepada serangan Dr Mahathir terhadap Anwar.
"Dr Mahathir kutuk habis-habis ketua umum (PKR), kata tak layak (memimpin), tua sangat lah dan macam-macam.
"Takkanlah kita sebagai ahli parti, pemimpin nak biar je ketua kita dikutuk," tegasnya.
Idris juga mengecam Deklarasi Rakyat dengan mengatakan ia tidak berjuang untuk pembebasan Anwar mahupun membuat pembaharuan, tetapi semata-mata bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

SEMUA INI HANYA WAYANG

Posted: 29 May 2016 05:20 AM PDT

Satu demi menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen.
Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong.

Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut.

Terbaru, dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka.
Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.

Malangnya, di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tidak tertekan dengan calon Pas

Posted: 29 May 2016 05:13 AM PDT

SAYONG - Parti Amanah tidak tertekan dengan calon wanita yang ditampilkan Pas pada PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata, calon wanita berkenaan bukanlah satu kejutan buat mereka kerana parti itu sudah menjangkakannya.

Katanya, Amanah akan tetap bertanding dan tumpuan mereka bersama-sama rakan dalam Pakatan Harapan adalah menumpaskan BN.

"Insya-ALLAH kita yakin menang... kita masuk (bertanding) kerana mahu menang bukan untuk menjadi penasihat dan suka-suka. Kita yakin mampu melakukan kejutan. Tidak mustahil untuk Amanah menang walaupun dengan majoriti tiga undi," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai calon Amanah, Asmuni berkata, beberapa calon telah disenaraikan dan mereka sudah pun memilih calon yang akan bertanding.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan nama calon lebih awal kerana Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkan calon tersebut pada 1 Jun ini.

Amanah bukan parti 'nyamuk’

Posted: 29 May 2016 05:12 AM PDT

SELEPAS lapan bulan penubuhannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat begitu yakin untuk menakluk kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Mempertahankan bahawa kerusi Pas dalam Pakatan Rakyat kini menjadi milik mereka dalam Pakatan Harapan, Amanah kini berusaha untuk mendapatkan sokongan melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Ikuti temu bual wartawan, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA bersama PRESIDEN AMANAH, MOHAMAD SABU bagi membincangkan peluang dan matlamat Amanah yang sebelum ini dilabelkan sebagai parti serpihan Pas.

Selepas lapan bulan pembentukan Amanah, masih ada yang menganggap parti ini adalah serpihan Pas. Jadi bagaimana Amanah menepis persepsi sedemikian?

Alhamdulillah, perkembangan Amanah begitu pesat. Kami dalam Amanah ini ada di antaranya saudara Anuar Tahir (Setiausaha Agung Amanah) yang mempunyai pengalaman luas dalam arena politik dan pernah berada dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu lama. Beliau meletakkan parti Amanah ini sebagai parti yang pesat membangun dalam masa lapan bulan.

Perkembangannya baik sekali. Kita sudah ada lebih daripada 145 kawasan parlimen. Ada pemuda dan wanita yang sudah berdaftar. Sekarang adalah pembangunan di peringkat cawangan-cawangan.

Pejabat kita di peringkat kawasan parlimen begitu banyak terutamanya di Johor dan Selangor. Di Johor, hampir di semua kawasan parlimen sudah ada pejabat pentadbiran dan begitu juga di Selangor.

Jadi bagi saya, di peringkat awal, dilihat sebagai serpihan Pas tetapi sekarang ia telah membesar dan anggotanya terdiri daripada pelbagai golongan termasuk mereka yang tidak berparti sebelum ini dan bekas-bekas Umno mula menyertai Amanah. Kami sudah beransur menjadi sebuah parti baharu yang bersifat terbuka dan bukan dianggotai bekas ahli Pas sahaja.

Ahli Amanah berdaftar sekitar 50,000 hingga 60,000 tetapi dalam proses pendaftaran masih banyak. Sebab ahli dalam proses sudah melebihi 100,000 di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Sebabnya, dalam sistem key-in, kita hadapi masalah di kawasan luar bandar. Sistem key-in itu lambat. Memerlukan masa panjang.

Apa pendapat apabila ada yang mengatakan Amanah tidak akan bertahan lama dalam arena politik?

Kita hormat pandangan mereka berdasarkan sejarah yang lalu di mana parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) tidak lama, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) walaupun masih ada tetapi tidak berkembang, Parti Negara yang berhenti di tengah jalan dan Semangat 46. Oleh itu kalau ada pimpinan Pas mengatakan Amanah tidak lama saya tidak marah kepada mereka kerana itu tanggapan biasa.

Bagaimanapun kena lihat di sini, Amanah tidak buat hubungan rapat dengan pemerintah. Kita terus menjadi pembangkang dan terus melawan pemerintah. Maka ia tidak mati dan sedang berkembang. Bahkan kenyataan seorang naib presiden Pas baru-baru ini, di peringkat awal mereka mengatakan parti ini kecil, parti nyamuk, sekarang dia berkata dalam ceramah terakhirnya di Kelantan, naib presiden itu berkata, kalau Amanah bertanding, Pas mungkin boleh kalah di Kelantan tetapi kamu kena ingat apa jawapan kamu nak jawab di akhirat kelak bila parti Islam kalah di Kelantan. Ertinya dia telah akui bahawa Amanah sudah ada kekuatan. Hatta di Kelantan itu sendiri. Amaran itu adalah satu pengiktirafan kepada Amanah.

Selepas penubuhan Amanah, bagaimana hubungan saudara bersama pemimpin Pas?

Saya masih bertegur. Masih berjumpa. Saya tidak ada hal peribadi. Bagi saya kelemahan pada saya banyak tetapi bagi saya seluruh gerakan Islam di dunia ini perlu buat perubahan.

Akhlak dan akidah terpisah. Akhlak Islam ada pada orang Jepun, Korea, Finland, New Zealand.

Orang Islam tiada akhlak Islam. Dia tidak jijik dengan rasuah. Ini yang paling pelik dalam dunia Islam. Dia boleh tengok pemimpin salah gunakan harta rakyat tidak seperti zaman kehebatan Islam dahulu. Kalau Islam nak naik balik, akhlak dan akidah perlu digabungkan semula.

Ketika ini Amanah dilihat mahu bertanding dalam PRK walaupun belum diputuskan Pakatan Harapan. Jadi mengapa Amanah mahu bertanding dan adakah yakin akan menang?

Amanah, secara fahaman umum adalah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan. Oleh itu sebarang kekosongan kerusi di tempat Pas, maka Amanahlah dianggap layak untuk bertanding. Walau bagaimanapun sebarang keputusan adalah melalui Pakatan Harapan. Di situ peringkat terakhir melalui Majlis Presidennya. Tetapi secara persidangan umum, kami nak bertanding di kawasan itu. Walau bagaimanapun ia mesti melalui keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Didakwa terima harta curi, laporan polis dibuat terhadap Perdana Menteri

Posted: 29 May 2016 05:04 AM PDT


KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebuah laporan polis hari ini dibuat di Balai di Polis Dang Wangi ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan menerima harta curi dengan curang dan menolong menyembunyikan harta curi serta kesalahan-kesalahan lain di bawah Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Lim Lip Eng1Selain Najib, turut dilaporkan atas dakwaan yang sama ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pemilik Good Star Limited (secara manfaat) Low Thaek Jo (Jho Low).
Menurut Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, berdasarkan laporan dan pendedahan media, ketiga-tiga mereka mempunya kaitan melibatkan skandal mega 1MDB.
"Saya merujuk kepada laporan berita Bernama bertajuk 'Najib: Bank Negara has lodge police report against WSJ.'
"Najib dirujuk sebagai penandatangan tunggal dana 1MDB manakala Shahrol pula sebagai orang yang mengesahkan pemindahan wang manakala pemilik Good Star pula sebagai penerima akhir wang tersebut.
"Berita itu menyatakan bahawa akhbar WSJ melaporkan Good Star Limited adalah dimiliki secara manfaat oleh Jho Low," jelas beliau.
Dalam sebuah laporan, WSJ mendakwa bahawa Bank Negara telah menulis surat yang mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki oleh jutawan Low Taek Jho. Akhbar antarabangsa itu malah menyiarkan salinan surat terbabit yang selama ini enggan didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin.
Read More / Baca Lagi >>

Surat kekecewaan mahasiswa untuk pembangkang

Posted: 29 May 2016 05:00 AM PDT


Mahasiswa kini kecewa dengan pembangkang yang tidak bersatu.Mahasiswa kini kecewa dengan pembangkang yang tidak bersatu.
21 Mei 2016 Masihi bersamaan 14 Syaaban 1437 Hijrah.
Kehadapan Yang Berbahagia:
1) Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat,  A-1-09, Merchant Square,  Jalan Tropicana Selatan 1,  47410 Petaling Jaya,  Selangor Darul Ehsan.
2) Pemangku Pengerusi Kebangsaan,  Parti Tindakan Demokratik (DAP)  Ibu Pejabat Kebangsaan,  Jalan Yew (off Jalan Pudu),  55100 Kuala Lumpur.
3) Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)  Wisma Amanah Negara,  Unit No. 73-1, Tingkat 1,  Jalan Seri Utara 1, Sri Utara,  Off Jalan Ipoh,  68100 Kuala Lumpur.
4) Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)  Pejabat Agung PAS Pusat,  No. 318-A,  Jalan Raja Laut,  50350 Kuala Lumpur
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,  Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua presiden-presiden komponen parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PAS yang menjadi tunggak harapan rakyat bagi menggantikan kerajaan sedia ada Barisan Nasional (BN) yang kian bobrok dibawah YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak itu.
Saya dengan ini menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda begitu lelah melihat cakaran diantara komponen pembangkang yang tiada langsung keuntungan buat rakyat Malaysia khususnya.
Yang Berbahagia Presiden-Presiden Parti Pembangkang,
Sudah agak lama kiranya komponen blok pembangkang ini mengalami krisis yang tidak ada kesudahan jelas untuk menumpukan kepada masalah rakyat yang kian tertindas ini. Blok pembangkang lebih dilihat mempunyai ego yang tinggi dan hanya mementingkan kepentingan parti sendiri berbanding isu rakyat. Saya boleh nyatakan beberapa kekecewaan anak muda terhadap blok pembangkang ini :
1- Pembangkang gagal untuk mengurus krisis yang melanda sesama mereka bahkan mereka lebih suka mengambil sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat terutamanya PKR dan DAP, PAS dan AMANAH di Sarawak.
Contoh mudah, mahasiswa dan anak muda melihat cara mengurus Pakatan Harapan didalam penentuan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, mengapa masih terdapat pertindihan kerusi sesama blok pembangkang sedangkan kesepakatan telah dijanjikan bersama untuk berhadapan dengan BN tetapi akhirnya cita-cita itu dibakulsampahkan sebegitu rupa demi kepentingan pengaruh dan politik kesemua parti pembangkang. Anda semua telah mengecewakan kami.
2- Pembangkang gagal untuk mengangkat suara anak muda di dalam setiap manifesto yang mereka janjikan. Jika mereka mengatakan anak muda sebagai harapan dan tunggak kepada perubahan, mengapa kepentingan kami diketepikan tanpa sebarang penelitian?
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Arifin lindungi Jho Low?

Posted: 29 May 2016 04:59 AM PDT


PETALING JAYA, 29 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin nampak bersungguh-sungguh cuba menyembunyikan hubungan antara Jho Low dengan Good Star Limited dan 1MDB.
Sedangkan, dalam pendedahan terbaru Wall Street Journal, jelas melalui surat yang disiarkan akhbar antarabangsa itu bahawa Bank Negara telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki oleh jutawan Low Taek Jho.
Slide1Menyifatkan penafian Hasan itu sebagai keterlaluan, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua mempersoalkan adakah kerana maklumat itu bertaraf risikan, maka kesahihan maklumat tersebut tidak boleh diterima?
"Pada masa yang sama, beliau telah cuai untuk menyatakan bahawa Bank Negara boleh membenarkan PAC menggunakan maklumat tersebut untuk diterbitkan PAC dengan syarat, kebenaran daripada negara-negara penyiasat terlibat diperolehi melalui Bank Negara terlebih dahulu.
"Surat Bank Negara itu boleh memberi petunjuk terbaru kepada PAC dalam siasatannya terhadap penyelewengan berbilion ringgit ini," jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, sambil menambah bahawa PAC boleh memanggil Jho Low untuk memberi keterangan.
"Persoalan utama yang perlu dijawab Hasan sekarang kenapa beliau cuba sedaya-upaya menafikan hubungan Jho Low dengan Good Star sehinggakan beliau kelihatan seperti badut.
"Adakah beliau menafikanya kerana Jho Low merupakan kunci kepada seluruh misteri bagaimana berbilion-bilion ringgit boleh pergi kepada Najib dan dan keluarganya?"

Ramai ahli Umno sertai Amanah selepas Deklarasi Rakyat, kata Mazlan Aliman

Posted: 29 May 2016 04:58 AM PDT


Jentera Amanah Melaka yang datang untuk membantu calon Sg Besar.Jentera Amanah Melaka yang datang untuk membantu calon Sg Besar.
Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.
Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.
"Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.
Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar.Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar."Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.
"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.
Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.
"Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah," jelasnya merujuk kepada Pas.
Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.
"Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita?
Read More / Baca Lagi >>

MP mahu polis siasat PM ekoran pendedahan pemilik Good Star

Posted: 29 May 2016 04:52 AM PDT

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi ekoran pendedahan bahawa Jho Low merupakan pemilik syarikat berpengkalan di Seychelles- Good Star Limited.
Beliau menggesa satu siasatan polis dilakukan terhadap Najib selaku penandatangan tunggal kepada dana 1MDB dan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral kerana meluluskan pemindahan dana kepada Good Star.
Katanya, polis perlu menyiasat kedua-duanya kerana melakukan penipuan, pecah amanah dan bersubahat untuk menyembunyikan keuntungan haram, di bawah Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan.
Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Laporan itu dibuat selepas The Wall Street Journal melaporkan Bank Negara Malaysia mengesahkan Good Star, yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB, adalah milik Low.
Kerajaan sebelum ini berkata Good Star milik syarikat minyak PetroSaudi International, yang merupakan usaha sama dengan 1MDB.
Bagaimanapun, akhbar harian Amerika Syarikat itu melaporkan bank pusat itu memberitahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa Good Star dimiliki oleh Low.
Menurut anggota PAC, Tony Pua, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin tidak mendedahkan maklumat itu kepada jawatankuasa tersebut.
Good Star sejak itu telah dibubarkan, manakala usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi tidak lagi berfungsi.

Rakyat VS KERAjaan...

Posted: 29 May 2016 04:47 AM PDT


Inilah realitinya !!

WAYANG DAH BERMULA..

Posted: 29 May 2016 04:46 AM PDT

Nampaknya rakan sebantal tidur Umno, MCA sudah mula tonjolkan wajah sebenarnya..

Apa akan jadi pada BN jika MCA, MIC & GERAKAN keluar dari BN ??!!!.. Adakah ia satu rahmat atau bala pada Umno & Najib ???

UMNO..MCA..MIC...MEREKA SERUPA..!!!

Posted: 29 May 2016 04:44 AM PDT

Inilah wajah sebenar Umno & BN pergunakan agama (hudud) utk menyelamatkan legasi Umno utk kekal memerintah sampai kiamat.

Bila sebahagian pemimpin DAP tidak setuju dgn hudud, DAP dilabel sbg anti-Islam.

TETAPI jika pemimpin2 & menteri dalam BN terutaman MCA, MIC, GERAKAN menentang & ugut nak letak jawatan menteri dalam kabinet jika hudud dilaksanakan, MENGAPA MCA, MIC & GERAKAN TIDAK DICOP 'anti-Islam' ?? !!

MENGAPA pemimpin UMNO Najib Razak & kuncu2nya terus membisu bila pemimpin2 dlm BN sendiri ugut, tolak & menentang hudud !!!

Bila si jahil agama ingin berbicara tentang agama..

Posted: 29 May 2016 04:42 AM PDT

Rupa2nya tahap ilmu agama pemimpin2 Ameno sungguh tinggi darjatnya..

Ada kesalahan teknikal printing ka ??

Posted: 29 May 2016 04:38 AM PDT

KENAPA tiba² nak dekat PRK Sungai Besar & PRK Kuala Kangsar 'master head' muka depan Utusan berwarna HIJAU ??

Ketidakhadiran calon BN dalam kempen mula timbulkan isu

Posted: 29 May 2016 01:27 AM PDT


Mastura calon BN Kuala Kangsar hanya berada di atas kereta tanpa boleh bertemu pengundi kerana masih dalam edah.Mastura calon BN Kuala Kangsar hanya berada di atas kereta tanpa boleh bertemu pengundi kerana masih dalam edah.
Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen kini mula menimbulkan persoalan kepada orang ramai.
Ini menimbulkan tandatanya apakah Mastura akan terus dinamakan sebagai calon BN atau tidak menjelang penamaan calon 5 Jun ini.
Ini kerana, masih tidak terlewat untuk BN menukar calonnya kerana lawan mereka Pakatan Harapan juga belum mengumumkan calon mereka.
Orang ramai mula terasa apakah wajar beliau dinamakan sebagai calon sedangkan tidak boleh keluar rumah untuk bertemu pengundi.
Bagi blogger Shabuddin Hussin, pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.
"Apakah Umno sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai duduk di rumah, dipilih sebagai calon?" tanya beliau dalam tulisannya.
Pemimpin Umno mula menepis isu itu dengan berkata, ia tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang, lapor Bernama.
Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata ketidakhadiran calon dalam kempen PRK itu bukanlah kali pertama berlaku di negara ini.
 Khairy mengambil contoh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, Selangor, M.Manoharan yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 tetapi tidak berkempen kerana sedang menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
 "Manoharan yang dalam ISA bukan sahaja boleh bertanding, malah menang sebagai ADUN," katanya ketika berucap pada program Pemuda Prihatin Kuala Kangsar di sini hari ini.
 Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ketidakhadiran Mastura dalam kempen PRK Kuala Kangsar kerana edah dan ia dibuat setelah mendapat nasihat daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
 "Mufti Perak beritahu hukum edah itu memang betul, beliau tidak boleh keluar rumah, tapi tidak dihalang untuk bertanding," kata Khairy.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)