Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AKTA 355: RANG UNDANG UNDANG MAHKAMAH SYARIAH - BUKAN BERKAITAN HUDUD

Posted: 27 May 2016 09:51 AM PDT

AKTA 355: RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH- HADI AWANG BIDAS DAP

Posted: 27 May 2016 09:44 AM PDT

Akta 355: PAS tak bimbang akta hudud jejas undi bukan Melayu, kata Nik Abduh

Posted: 27 May 2016 09:42 AM PDT

Akta 355: Impak pembentangan RUU berkaitan hudud

Posted: 27 May 2016 09:40 AM PDT

Akta 355: Beri masa anggota Parlimen bahas isu hudud - Mohd Amar

Posted: 27 May 2016 09:39 AM PDT

Dua Adun bertembung di Sungai Besar ...calon terus...!!!

Posted: 27 May 2016 09:37 AM PDT


Dr Rani (tengah) diumumkan sebagai calon Pas di Sungai Besar.Dr Rani (tengah) diumumkan sebagai calon Pas di Sungai Besar.
Dua Adun iaitu Adun Meru dari Pas, Dr Abdul Rani Othman dan Adun Sungai Panjang dari Umno, Budiman Zohdi akan bertembung di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Kedua-dua dijangka akan bertembung dengan calon dari Pakatan Harapan yang akan diumumkan namanya 1 Jun ini.
Nama Budiman diumumkan naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala nama Dr Rani diumumkan oleh Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Di Kuala Kangsar pula, bekas calon Pas di Parit, Dr Najihatulsalehah Ahmad diumumkan sebagai calon parti itu dalam PRK berkenaan.
Dr Najihatul adalah ketua muslimat Pas Perak.
Sehingga kini, BN dan Pakatan Harapan belum mengumumkan calon mereka untuk PRK kawasan ini.

Ketua muslimat Perak calon PAS Kuala Kangsar

Posted: 27 May 2016 09:36 AM PDT

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan.
Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di Kuala Lumpur malam ini.
Dr Najihatussalehah,50, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.
Beliau yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kuala Kangsar pada petang esok, manakala Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.

AMANAH umum calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Rabu

Posted: 27 May 2016 08:22 AM PDT

Antara nama yang diletakkan sebagai calon termasuk Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan dan bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu ini.
"Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)," kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata calon juga tidak dikhususkan daripada kalangan anak tempatan.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.
Ia susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas.

ADUN Meru calon PAS di Sungai Besar

Posted: 27 May 2016 08:01 AM PDT

PAS mengumumkan Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, sebentar tadi.
Turut hadir naib presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ketua pemuda PAS, Presiden IKATAN Tan Sri Shiekh Kadir Fadzir dan ADUN Sabak Bernam Sallehen Mukhyi.

Nasib Muhyiddin masih di awang-awangan

Posted: 27 May 2016 07:51 AM PDT

Nasib timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan masih belum dibincangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Perkara itu disahkan oleh pelbagai pemimpin MT Umno ketika ditanya pemberita ketika meninggalkan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata parti itu mempunyai perkara lebih penting untuk dibincangkan berbanding isu Muhyiddin.
Anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata akan mencadangkan penyingkiran Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan nasib Muhyiddin tidak dibincangkan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Muhyiddin digantung pada 26 Februari lalu.
Beliau sebelum itu dilucutkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana lantang mengkritik Najib dalam isu 1MDN dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Beliau kini berganding bahu dalam Dekralarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib sebagai perdana menteri.
Mahathir sebelum ini berkata lebih 1.2 juta orang telah menandatangani deklarasi itu, walaupun terdapat pertikaian berhubung keaslian penandatangan.

Khalid nak saman Berita Harian putar belit perbahasan parlimen

Posted: 27 May 2016 07:46 AM PDT


Khalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.comKhalid menunjukkan muka hadapan akhbar Berita Harian pada sidang media di Shah Alam. Foto Malaysiakini.com
Muak dengan sikap akhbar arus perdana yang memutarbelitkan pendirian Parti Amanah Negara (Amanah)  berhubung usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 yang dibentangkan Presiden Pas di Dewan Rakyat petang semalam, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap akhbar Berita Harian.
Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengakui sudah menghubungi peguam dan mengarahkan dikeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
"Amanah akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan Amanah di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Tambah beliau, surat tuntutan itu akan dihantar selewat-lewatnya Selasa depan.
Berita Harian dalam laporannya hari ini menyiarkan tajuk utama "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, Amanah bantah" merujuk kepada usul persendirian yang dibawa Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang semalam.
Usul yang berada di penghujung senarai itu didahulukan atas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga ahli parlimen Papar.
Khalid berkata, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
"Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Saya lebih bimbang Najib musnahkan negara

Posted: 27 May 2016 07:41 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad sering dituduh musuh politiknya sebagai sengaja menentang Datuk Seri Najib Razak bagi membuka laluan kepada masa depan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Mahathir bagaimanapun hari ini sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan segala langkah diambilnya demi kebaikan negara.
"Saya tak bimbang masa depan politik Mukhriz. Saya lebih bimbang untuk menahan Najib daripada memusnahkan negara ini," katanya dalam tulisan di blog.

Mahathir mendakwa "konco-konco" perdana menteri sering mengulangi dakwaan itu bagi mengalihkan perhatian terhadap dakwaan salah laku ketua mereka.
Beliau juga mendakwa kegagalan mendapatkan sokongan Mukhriz menyebabkan langkah diambil untuk menurunkanya sebagai menteri besar Kedah.

KANTOI !!!..SIAPA YANG MENIPU..??

Posted: 27 May 2016 06:40 AM PDT

Siapa sebenarnya yg menipu tentang pemilikan sebenar Good Star Ltd itu, PetroSaudi International ATAU Jho Low ??

Terang2 tertera pendedahan dari WSJ mengenai isi kandungan surat Bank Negara M'sia (BNM) 'sahkan' Good Star Ltd milik Jho Low..

SEBAB ITULAH KERAjaan mengklasifikasikan segala kandungan yg berkaitan 1MDB sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 AGAR RAKYAT TAK BOLEH TAHU KEADAAN & FAKTA SEBENAR KEBOBROKAN 1MDB.

KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT

Posted: 27 May 2016 06:36 AM PDT

Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?

Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.

Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan "hadiah" berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.

Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.

Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan.

Dengan usul hudud yang diberi kebenaran, kempen Pas di dua pilihanraya ini adalah lemah lembut terhadap Najib dan UMNO, sebaliknya akan bertukar keras dan agresif terhadap Pakatan Harapan.

Oleh itu, sebarang keputusan, sama ada BN menang atau kalah, yang lebih terkesan dengannya ialah Najib.

Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah mesej yang semakin jelas tentang penolakan daripada rakyat terhadap Najib. Untuk memulihkan kembali sokongan rakyat menghadapi PRU 14, cara yang paling mudah tentu saja Najib mesti diundurkan dengan seberapa segera.

Jika tidak, dengan Najib, UMNO dan semua pemimpinya sekali akan terkubur dalam pilihanraya umum nanti.

Tidak mustahil, kekalahan BN juga secara perlahan-lahan akan merangsang kumpulan Zahid Hamidi menerima hakikat bahawa Najib adalah beban yang tidak boleh diselamatkan lagi sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir, bahkan mungkin mula bertindak secara diam-diam untuk memberi lebih tekanan kepada pengunduran Perdana Menteri.

Kiranya calon BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah kemenangan mutlak bagi Najib. Bukan saja Najib akan berbangga dengan kemenangan itu kerana menganggap sebagai penerimaan rakyat terhadapnya dan gambaran pengundi tidak terkesan dengan isu 1MDB, kekayaan keluarga, pembaziran, kemewahan dan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi, malah semua pemimpin UMNO yang sudah terhutang budi "cash is king"  akan lebih mendewa-dewakan lagi Najib.
Read More / Baca Lagi >>

PRK bukan kayu ukur sokongan terhadap kepimpinan negara - Zambry Kadir

Posted: 27 May 2016 06:33 AM PDT

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya di Kuala Kangsar, manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar di Sungai Besar.
najib election
KUALA LUMPUR : Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak boleh sama sekali dilihat sebagai kayu ukur tahap sokongan kepada kepimpinan negara.
Ini kerana banyak isu hanya terdapat di kawasan PRK tersebut dan tiada di tempat lain, katanya lagi.
"Saya fikir PRK tidak boleh menjadi referendum terhadap kepimpinan negara, walaupun ramai yang menganggap demikian. PRK adalah PRK, ia juga banyak dipandu oleh sentimen tempatan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Sementara itu beliau mahu BN mencontohi gerak kerja BN Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Beliau menggesa kempen yang lebih sederhana dan tenang, lebih-lebih lagi kerana ia akan berlangsung dalam bulan Ramadan.
"Kita berharap kemenangan (di Sarawak) akan dapat memberikan momentum dan nafas baru kepada UMNO dan BN di negeri-negeri lain, untuk menumpukan usaha bagi menjamin kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, dan seterusnya PRU 14 nanti."
"Kita juga mengambil kira faktor yang menyumbang kepada kemenangan di Sarawak. Semoga ia menjadi pengajaran dan panduan di negeri lain," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Akta 355: Pas hanya 'dikencing' Umno, kata Asmuni

Posted: 27 May 2016 05:56 AM PDT


Asmuni AwiAsmuni AwiPas akan terus menjadi mangsa penipuan Umno di sebalik apa yang dianggap kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.
"Semuanya sekadar lakonan menjelang PRK (pilihan raya kecil) ini. Pas hanya 'dikencing' Umno. Selepas 20 tahun terhalang, baru (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah) boleh dibentang di Parlimen. Tapi mengapa Marang (Hadi Awang) minta tangguh pula, tidak teruskan perbahasan?
"Selepas ini, bila pula perbincangan usul? Paling penting, perbincangan akan berlaku atau tidak? Seolah-olah Umno hanya benarkan Pas bentang tapi bahas tidak boleh," ujarnya ketika ditemui selepas taklimat jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Pejabat Amanah parlimen itu malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak wujudnya kerjasama di antara Pas dan Umno di sebalik penangguhan  perbahasan RUU itu semalam yang mulanya terletak di aturan mesyuarat ke-15.
"Kalau tidak kenapa Marang minta tangguh? Mungkin itulah syarat Umno kepada Pas. Tak mustahil mereka sudah berpakat," jelasnya.
Sehubungan itu, Asmuni berpendapat pembentangan RUU berkenaan bakal menjadi modal kempen paling lumayan bagi Pas memancing sokongan pengundi Melayu.
Sebaliknya, jelas beliau, di pihak parti komponen BN pada masa sama menyatakan bantahan secara terbuka termasuk ugutan untuk keluar dari BN.
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Hadi selar DAP tak beradab, puji MCA, MIC, Gerakan

Posted: 27 May 2016 05:49 AM PDT


Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang
Tatkala Presiden Pas dilapor mengecam DAP kerana membantah pembentangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh beliau di Dewan Rakyat petang semalam, tanpa disedari parti komponen BN khususnya MCA yang dipuji beliau kerana 'lebih beradab' rupa-rupanya turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Marang itu.
Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.
"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan.
Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.
Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.
Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.
Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Laporan akhbar Cina yang memuatkan serangan Presiden MCA terhadap Umno dan Pas dalam isu pembentangan RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang. Foto Malaysiakini.comLaporan akhbar Cina yang memuatkan serangan Presiden MCA terhadap Umno dan Pas dalam isu pembentangan RUU Persendirian Ahli Parlimen Marang. Foto Malaysiakini.com
Dalam perkembangan berkaitan Abdul Hadi dilapor Utusan Online membidas DAP yang membantah usaha beliau membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.
Abdul Hadi yang kesal dengan tindakan DAP itu turut menyifatkan parti tersebut sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.
Malah jelas beliau, tindakan serta pendekatan ditunjukkan DAP itu berbeza dengan parti bukan Islam lain antaranya MCA, MIC dan Gerakan yang masih mempunyai adab bagi menghormati Islam dan penganutnya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH – Hadi

Posted: 27 May 2016 05:46 AM PDT

Pakatan Harapan boleh lupakan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata presiden parti Islam itu.
Hadi-Awang_pakatan_pas_6005
MARANG: PAS bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan pembangkang yang menyertai pakatan itu memandangkan selama ini PAS banyak berkorban untuk menyelamatkan reputasi pakatan pembangkang.
"Kalau nak suruh PAS bekerja bagi pihak dia, PAS memang tidak boleh terima lagi sebab banyak kawasan yang kita lepaskan kepada mereka sebelum ini yang tidak diambil peduli, hanya orang PAS yang buat kerja untuk mereka.
"Mereka (pembangkang) hanya datang waktu pilihan raya, sudah berapa banyak pilihan raya orang PAS yang kerja kuat sebab mereka bekerja sepanjang masa," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.
Katanya, beliau yakin PAS boleh memenangi kedua-dua kerusi berkenaan tanpa sokongan pakatan itu memandangkan PAS sudah bertapak lama di dua-dua kawasan berkenaan dan rekod pilihan raya sebelum ini PAS berjaya meningkatkan majoriti undi walaupun gagal merebut dua kerusi Parlimen itu.
"Kita tidak beri apa-apa harapan kepada Pakatan Harapan sebab kita yakin dengan kekuatan kita sendiri..ini parti yang baru nak bertunas, sedangkan kita dah bertunjang di situ," katanya.
Mengulas mengenai calon yang bakal diketengahkan pada PRK tersebut, Abdul Hadi kata PAS akan mencalonkan empat nama yang telah dipersetujui Majlis Syura.
Read More / Baca Lagi >>

Jamil Khir: Usul Hadi bukan mahu wujudkan undang-undang baharu, tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan.

Posted: 27 May 2016 05:36 AM PDT

Pindaan sebaliknya akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA: Usul untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, bukan bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.
"Pindaan ini akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan.
"Kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun, antara perkara yang akan disentuh di dalam pindaan yang dibentangkan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Jamil Khir berkata, sebagaimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan, melalui cadangan pindaan usul persendirian itu, ia hanya terpakai kepada orang-orang Islam di negara ini dan tidak memberi kesan langsung kepada golongan bukan Islam, selagi hak beragama yang diamalkan bersikap aman dan damai terhadap Islam.
"Ia juga tidak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi tidak bentang usul Hudud – Najib

Posted: 27 May 2016 05:33 AM PDT

Presiden UMNO berkata UMNO telah menjelaskan perkara itu kepada komponen BN
najib hadi
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO telah menjelaskan kepada parti-parti komponen BN bahawa usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan pindaan perlaksanaan hudud.
Sebaliknya, usul itu bertujuan memperkasakan Akta Mahkamah Syariah, dan menyentuh isu hukuman keatas penganut agama Islam sahaja.
"Mereka ingat Hadi Awang bawa isu hudud. Saya nak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud.
"Ia untuk meningkatkan hukuman seperti menaikkan (kadar) rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam, dan kaedah merotan bukan untuk mencederakan," jelasnya kepada pemberita di sidang media seusai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti Melayu itu petang tadi.
Najib berkata demikian mengulas perletakan jawatan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Dr Leong Yong Kong hari ini sebagai membantah usul Hadi itu.
Perdana Menteri menjelaskan bukan mudah untuk melaksanakan rang undang-undang agama Islam memandangkan ia perlu memuaskan beberapa peringkat keputusan.
"Bukan terlalu mudah untuk melaksanakan (undang-undang Islam). Ia perlukan perkenan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Agama Islam dan pindaan undang-undang di Parlimen," katanya.
Sementara itu, ahli MT UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata parti komponen BN telah menerima penjelasan berhubung usul Hadi itu.
"Perdana Menteri telah menjelaskan kepada parti komponen dan mereka faham," katanya kepada pemberita di ruang legar Menara Dato' Onn.

Abdul Hadi: DAP mahu memusuhi Islam

Posted: 27 May 2016 05:31 AM PDT

Abdul Hadi Awang MARANG - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.
Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.
"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Amanah (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.

AMANAH wakili Pakatan di Sg Besar dan K Kangsar - Khalid Samad

Posted: 27 May 2016 04:56 AM PDT

Usul Hadi pelik, tutup krisis pada PRK - Khalid Samad

Posted: 27 May 2016 04:55 AM PDT

Khalid: Isu hudud, 'agenda kembar' UMNO dan PAS

Posted: 27 May 2016 04:54 AM PDT

"Ratu Naga" denies database deal for names in Citizen's Declaration

Posted: 27 May 2016 04:52 AM PDT

Comments (0)