Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Tiada penyelewengan, kecelaruan dalam akaun, urus tadbir 1MDB’ - Sembang Najib

Posted: 24 May 2016 08:52 PM PDT

Memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan tadbir urus 1MDB.
"Sebaliknya terdapat kelemahan di dalam urus tadbir syarikat," kata Najib ketika menjawab soalan bertulis Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Mahfuz dalam soalannya memuinta Najib selaku menteri kewangan menyatakan bentuk tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat.
"PAC telah meminta agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengambil tindakan selanjutnya.
"Justeru, Ketua Polis Negara telah memaklumkan bahawa pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan siasatan dan tindakan lanjut," kata Najib.

Keistimewaan Pasport

Posted: 24 May 2016 08:24 PM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. Dan sekarang penapisan media cara Najib akan dieksport. Media asing mesti diletakkan di bawah kawalan sepertimana media Malaysia dikawal. Semua laporan hendaklah memuji 1MDB, Petro Saudi, Kepulauan Cayman, Kepulauan British Virgin, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib, 2.3 bilion Ringgit yang telah dikembalikan, pemecatan ahli-ahli parti dan pemimpin yang gagal untuk memuji kesemua di atas dan lain-lain lagi.

2. Bagaimanakah penapisan media asing dan kawalan akan dilakukan? Mudah sahaja. Pasport adalah keistimewaan. Lucutkan rakyat Malaysia akan keistimewaan ini.

3. Tarik balik pasport mereka jika mereka gagal untuk memuji Najib ketika bercakap kepada media asing. Ini adalah satu perkara yang betul dan benar-benar demokratik yang perlu dilakukan. Semua negara berdemokrasi di dunia tarik balik pasport rakyat mereka jika mereka memberitahu kepada media asing perkara yang buruk tentang pemimpin-pemimpin mereka. Rakyat Malaysia, di bawah demokrasi Najib perlu melakukan perkara yang sama.

4. Saya akan memulakan dan menjadi contoh dengan memuji tinggi melangit Najib dan 2.6 bilion ringgit dalam akaunnya apabila berada di luar negara. Mana-mana ucapan yang saya sampaikan di luar negara dan mana-mana jawapan saya dalam temu bual dengan media asing akan mengetengahkan penangkapan demokratik Najib dan penahanan sesiapa yang gagal melaporkan kepada polis mengenai tindakan Najib untuk menyelamatkan negara ini dengan cara mengisytiharkan pengkritik-pengkritik sebagai pengganas. Saya akan terus menurus bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam yang mana orang-orang Arab telah memberikan kepada beliau USD 681 milion. Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan UMNO untuk tidak bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit dalam akaun pemimpin besar itu.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas dana Pak Arab, dana mana pula Umno nak guna dalam PRK?

Posted: 24 May 2016 08:18 PM PDT

PAS hari ini mempersoalkan dana daripada negara mana pula yang akan digunakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun depan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berfikiran jika semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu BN menggunakan dana daripada seorang saudagar Pak Arab, bagaimana pula pihak kerajaan akan mencari dana untuk menghadapi dua PRK yang dilihat penting bagi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
"Di pilihanraya umum ke 13, kempen BN dikatakan dibantu menggunakan dana derma saudagar Arab.
"Dana siapa pula yang bakal digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini? Dan dana mana pula yang digunakan ketika di PRN Sarawak?
"Melihat cara BN berkempen dengan janji RM792 juta di Sarawak, tidak dinafikan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu petempuran sengit antara BN dan PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata rakyat kini sudah muak dengan kerajaan dan hilang kepercayaan terhadap cara Najib menangani pelbagai skandal yang terpalit dengan kerajaan.
"Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM and pemimpin BN membuat kenyataan seperti "GST diterima rakyat".
Read More / Baca Lagi >>

PKR sepatutnya sokong Pas bukan letak calon - Penganalisis

Posted: 24 May 2016 08:16 PM PDT

Penganalisis politik menyifatkan PKR sepatutnya menyokong keputusan Pas untuk bertanding di kedua-dua kerusi tradisinya, Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan sebaliknya.
Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, sekiranya pertembungan antara PKR dan Pas berlaku di dua PRK itu, ia akan memberi kesan panjang selain penyokong pembangkang juga akan keliru dengan situasi itu.
"(PKR sepatutnya sokong calon Pas?) Memang itulah sepatutnya. PKR ini tali yang mengikat DAP dan Pas, menjadi orang tengah dan kurang patutlah jika PKR meletakkan calon. Sebab PKR sudah tahu rakanya nak letak calon dan dia pun nak letak calon juga.
"Cuma jika benar-benar berlaku pertembungan antara Pas dan PKR dalam PRK di Sungai Besar misalnya, memang peliklah sebab mereka bersama-sama membentuk kerajaan di Selangor.
"Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat jika benar-benar mahukan kemenangan, mereka memang perlu mendapatkan kata putus isu pencalonan ini segera. Selepas itu barulah perancangan strategi kempen itu boleh bermula," katanya kepada Sinar Online.
Mengulas soal keyakinan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di PRK tersebut, beliau menyarankan agar parti baharu itu melupakan hasrat tersebut.
"Saya rasa Amanah jangan bertandinglah. Amanah baru lagi. Jika kita mahu melihat satu pertandingan yang cantik antara BN lawan dengan salah satu parti, pada saya, Pas lah. Amanah ini, saya kurang yakin dengan kekuatan akar umbinya untuk mendapatkan sokongan sebab pengundi-pengundi Melayu khususnya ada kesetiaan.
"Seperti penyokong Umno. Kadang-kadang jadi macam mana sekalipun, mereka tetap sokong Umno. Macam Pas juga. Walaupun kata Pas ada pelbagai isu, tapi mereka tetap sokong Pas," katanya.
Melihat peluang Pakatan Rakyat Selangor untuk memenangi kerusi di Parlimen Sungai Besar penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata mungkin jika Pas mahu berkompromi, parti Islam itu boleh menyerahkan kerusi di Parlimen tersebut.
"Bolehlah (kompromi) jika itu yang dirasakan terbaik. Berkompromilah. Jika Pas rasa pendiriannya itu (tanding dua-dua PRK) yang betul, teruskanlah tapi akan ada akibatnya. Maksudnya, mungkin ada perpecahan hubungannya dengan PKR. Selepas itu, Pas mungkin akan memikirkan blok ketiga ataupun bersama dengan BN.
"Saya nampak Kerajaan Negeri Selangor boleh beri tumpuan kepada Sungai Besar kerana kemenangan (BN) pada PRU13 pun majoritinya kecil. Jadi, mungkin boleh mereka (Pakatan) bergabung untuk kalahkan BN di situ. Kalau di Kuala Kangsar agak sukar kerana di situ kubu kuat Umno sejak dulu," katanya.
Mengimbau PRK Pengkalan Kubor di Kelantan pada 2014, Dr Azizuddin berkata PKR sanggup melepaskan kerusi itu untuk Pas dan kali ini tiba giliran Pas namun parti Islam itu tidak berbuat sama untuk PKR.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH: Buktikan kemampuan bukannya menuntut

Posted: 24 May 2016 08:14 PM PDT

PRK ini memberikan peluang untuk AMANAH memperolehi kedudukan di hati rakyat.
khalid-samad_amanah_undi_600
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) seharusnya membuktikan kemampuan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dan bukannya mengikut langkah PAS yang sekadar melakukan tuntutan semata-mata.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, parti yang baru sahaja ditubuhkan itu harus membuktikan kemampuan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan parti politik pembangkang.
"Ianya sering disebut, AMANAH pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH (Pakatan Harapan) seperti yang pernah diambil PAS dalam PR (Pakatan Rakyat). Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula AMANAH menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu," katanya.
Menulis di blog, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyatakan PRK ini memberikan peluang untuk AMANAH memperolehi kedudukan di hati rakyat.
"Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan AMANAH mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ia dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah 'ke sana sini' PAS," jelas beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Rayuan Utusan gagal, mahkamah perintah bayar Anwar RM200k

Posted: 24 May 2016 08:10 PM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan oleh syarikat akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang telah diperintahkan membayar RM200,000 kepada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah.
Walau bagaimanapun, mahkamah memerintahkan faedah dikenakan dari tarikh penghakiman dan bukan dari tarikh pemfailan.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Prasad Sandosham berkata pihaknya tidak bersetuju dengan hujah peguam Utusan."
Beliau juga memerintahkan Utusan membayar kos RM5,000.
Hakim-hakim yang lain bersidang sama hari ini adalah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
Anwar memenangi samannya terhadap Utusan dan ketua editornya Datuk Abdul Aziz Ishak pada tahun 2013, berikutan penerbitan akhbar itu, memetik wawancara dengan BBC pada tahun 2012, bahawa bekas ketua pembangkang itu menyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hue Siew Kheng mengarahkan akhbar itu membayar ganti rugi RM200,000.

Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok tentukan calon PRK

Posted: 24 May 2016 08:05 PM PDT


PKR tidak menarik diri daripada rundingan itu, walaupun selepas pemimpin Pas bertegas akan bertanding di kedua-dua PRK.PKR tidak menarik diri daripada rundingan itu, walaupun selepas pemimpin Pas bertegas akan bertanding di kedua-dua PRK.Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat Majlis Presidennya di Parlimen pada Khamis ini untuk membincangkan isu meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ia dimuktamadkan.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, PKR tidak menarik diri daripada rundingan itu, walaupun selepas pemimpin Pas bertegas parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua PRK berkenaan.
"Setakat yang kita tahu, kita ada masa sehingga 5 Jun untuk berunding," katanya yang merujuk kepada hari penamaan calon untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar lapor FMT hari ini.
Sebelum ini, PKR dilaporkan mahu Pas hanya bertanding di Kuala Kangsar dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan untuk bertanding di Sungai Besar.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilaporkan sebagai berkata, parti itu mahu menurunkan calon di kerusi terbabit kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina berbanding Pas atau Amanah yang hanya cenderung kepada Melayu.
Isnin lalu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengumumkan tiga nama, termasuk Presidennya, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub antara calon yang dicadangkan parti itu.
Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas yang parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen terbabit memandangkan ia adalah kerusi tradisi mereka selama ini.
Hadi berkata, perbincangan dengan PKR telah tamat. Pas membuat keputusan muktamad untuk bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan akan mengumumkan calon Pas pada Jumaat ini.

Skandal 2.6B: Bekas ketua CID KL buat laporan polis kedua terhadap AG

Posted: 24 May 2016 08:02 PM PDT

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwanya beri keterangan palsu dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salah laku membabitkan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Laporan polis itu dibuat Jumaat lepas, dan ia dibuat selepas Apandi tidak menunjukkan sebarang bukti, seperti penyata bank, untuk membuktikan dakwaan bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi dan bahawa AS$620 juta, dan bukan AS$650 juta, telah dikembalikan oleh Najib kepada putera raja itu.
Mat Zain mendakwa terdapat fakta penting yang bercanggah atau mengelirukan jika seseorang itu membandingkan carta aliran transaksi dan penyata transaksi yang diperolehi dan diterbitkan semula oleh media tempatan antarabangsa dan tempatan, seperti Wall Street Journal, bersama-sama dengan kenyataan Apandi.
Beliau memberi contoh di mana carta aliran yang khusus menunjukkan pemindahan AS681 juta dari Tanore Finance Corp, melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, ke akaun peribadi Najib, yang telah dibuat di antara 21 Mac 2013, dan 25 Mac 2013.
Bagaimanapun, dalam laporan polis itu, Mat Zain berkata Apandi dalam sidang akhbar itu yang membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku, berkata bahawa deposit dibuat di antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dengan tarikh-tarikh berkenaan berbeza daripada carta aliran transaksi itu.
Katanya, urus niaga terperinci dan tepat mengenai pengirim, bank yang menghantar dana, penerima, jumlah dan tarikh serta masa deposit dan pengeluaran, boleh dilihat melalui penyata bank, dan peguam negara mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa penyata berkenaan.
Carta aliran itu, tambahnya, menunjukkan pemindahan balik AS$650 juta pada 30 Ogos 2013, dari akaun peribadi Najib kepada pengirim asal melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, yang dimiliki oleh Tanore Finance Corporation.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: 'Dr M pun tak dapat bantu jika pembangkang berpecah'

Posted: 24 May 2016 07:16 PM PDT

Kempen Tun Dr Mahathir Mohamad menentang BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan banyak dapat membantu peluang pembangkang kerana mereka tidak bersatu untuk mendapat manfaat daripadanya, kata para penganalisis.
Pengarah program Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata kehadiran Mahathir hanya boleh memberi faedah kepada pembangkang jika mereka bersatu.
"Memandangkan bahawa pembangkang berpecah dan bergerak dalam arah yang berbeza, maka saya fikir ia adalah sukar walaupun bagi seseorang berkedudukan seperti Mahathir untuk menarik pengundi supaya menyokong mereka," kata Ibrahim kepada Malaysiakini.
Dalam pertandingan banyak penjuru yang menurut Ibrahim berkemungkinan berlaku, undi Melayu untuk pembangkang akan berpecah kepada dua - mereka yang kekal menyokong PAS dan yang cenderung menyokong parti-parti lain seperti Parti Amanah Negara (AMANAH).
Secara realistiknya, tegas Ibrahim, peluang pembangkang untuk merampas kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dari BN adalah kecil.
Pada pandangan beliau, peluang Pakatan Harapan untuk menarik pengundi Melayu dari PAS adalah kecil ekoran perselisihan di antara mereka dan kekurangan kepimpinan Melayu yang kuat.
Sebaliknya, ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara, Datuk Mohamed Mustafa Ishak, percaya pembangkang akan mendapat manfaat daripada kempen Mahathir untuk mereka, sekiranya PRK bagi dua kerusi tersebut, membabitkan satu lawan satu.
Umno, katanya, akan perlu berdepan dengan pakatan pembangkang dan ia perlu membuat persediaan untuk menghadapi Mahathir dan ia akan menjadi sukar untuk Umno.
Tetapi, seperti juga Ibrahim, Mustafa berkata, isu yang paling penting ialah sama ada pertandingannya satu lawan satu atau banyak penjuru.
"Beliau (Mahathir) juga berkata beliau mengharapkan pertandingan satu lawan satu. Jika ia satu-lawan satu, maka pembangkang mungkin mempunyai peluang," tegas Mustafa.
PRK itu, katanya, adalah penting kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin menunjukkan bahawa BN masih lagi popular.
Najib, katanya, mahu menunjukkan bahawa di sebalik semua isu-isu lain - 1MDB serta kritikan Mahathir terhadap Najib - BN masih boleh menang.
Manakala Mahathir pula, tambahnya, mungkin menggunakan peluang itu untuk berkempen untuk Deklarasi Rakyat dan meneruskan serangannya terhadap perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa pembangkang tidak mudahkan BN menang PRK - Tuan Ibrahim

Posted: 24 May 2016 07:14 PM PDT

Jika dilihat cara BN berkempen pada PRN Sarawak, dua PRK akan datang ini bakal menyaksikan pertempuran sengit BN dan PAS.
tuan-man
PETALING JAYA: PAS berharap parti pembangkang lain yang tidak sudi membantu parti Islam itu pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak menyusahkan usaha mereka untuk merampas kerusi Parlimen itu.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga percaya tiada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin pembangkang ingin terus melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin BN lain membuat pelbagai kenyataan.
"Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM dan pemimpin BN membuat kenyataan seperti 'GST diterima rakyat'," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, jika dilihat cara BN berkempen pada PRN Sarawak, beliau percaya dua PRK yang akan menjelang ini menyaksikan satu pertempuran sengit antara BN dan PAS.
Ini kerana, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman ada mengeluarkan kenyataan kerajaan BN menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena PRN kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

PKR-PAS masih bincang PRK Sg Besar, Kuala Kangsar - Shamsul Iskandar

Posted: 24 May 2016 07:13 PM PDT

Shamsul Iskandar berkata, masih ada masa untuk berunding dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
PRK
PETALING JAYA: PKR akan meneruskan perbincangan dengan PAS mengenai isu meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga ia dimuktamadkan Pakatan Harapan (PH).
Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, PKR tidak menarik diri daripada rundingan itu, walaupun selepas pemimpin PAS bertegas parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua PRK berkenaan.
"Setakat yang kita tahu, kita ada masa sehingga 5 Jun untuk berunding," katanya yang merujuk kepada hari penamaan calon untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pakatan itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden di Parlimen pada Khamis ini untuk membincangkan isu itu.
Sebelum ini, PKR dilaporkan mahu PAS hanya bertanding di Kuala Kangsar dan memberi laluan kepada calon PH untuk bertanding di Sungai Besar.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilaporkan sebagai berkata, parti itu mahu menurunkan calon di kerusi terbabit kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina berbanding PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Bapak DEB, Anak 2.6B

Posted: 24 May 2016 05:38 PM PDT





BALA 1MDB SEMAKIN DEKAT

Posted: 24 May 2016 05:33 PM PDT

Pada Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu.

Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan dakwaan wujud jenayah salah urus dalam firma tersebut.

Itu berita kira-kira lima bulan yang lalu.
Hari ini, pejabat Peguam Negara Switzerland mengumumkan telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan 1MDB.

Mengikut Kanan Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah yang munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutama berkaitan penggubahan wang haram atau kesalahan rasuah yang tertentu.

"Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan kesalahan penggubahan wang haram dan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan BSI SA diuruskan sewajarnya," kata pejabat Peguam Negara Switzerland lagi.
Di Singapura pula, susulan tindakan kerajaan Switzerland tersebut, pihak berkuasa kewangan negara itu iaitu MAS atau The Monetary Authority of Singapore telah mengarahkan cawangan Bank BSI di republik itu ditutup.

Penarikan balik status kepada sesebuah bank saudagar oleh kerajaan Singapura ini adalah yang pertama sejak 32 tahun yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA di M'sia mudah & pantas sudah 'dibersihkan' ??!!

Posted: 24 May 2016 05:29 PM PDT

HAKIKATNYA.. "Kecuaian & Kebodohan tidak boleh didakwa" -SPRM, 10/10/2013.

Kenapa pihak berkuasa masih membisu nak dakwa 1MDB ??

Posted: 24 May 2016 05:28 PM PDT


BUKTI DAH ADA !!!

Inilah undang2 di 'Negara Islam' Malaysia..

Posted: 24 May 2016 05:27 PM PDT

NAMPAK TAK !!!.. APA NAK HERAN.. Sebab tu yg samun 2.6 BILION Tak Ditangkap, Tak Didakwa..

Sangka baik.. Entah-entah dia curi tepon tu, pemadam berbentuk tepon kot. Harganya mungkin kurang dari RM2.. Sbb tulah denda & tempoh penjara sikit aja..

1MDB: Malaysia Siasatan Kena Tamatkan...Singapura Bank Kena Tutup..!!!

Posted: 24 May 2016 05:24 PM PDT

Gara-gara 1MDB cawangan Swiss Bank, BSI di republik itu DITUTUP kerana terkait dengan skandal pengubahan wang haram #1MDB.

Apa kata BSI pindah beroperasi jer kat Malaysia..?? K'jaan pun memang tengah berusaha menarik syarikat luar beroperasi di negara ini.. pemegang akaun pertama.. Najeeb Razak...ha..ha..ha...!!!

BETAPA KEJAMNYA KERAjaan UMNO/BN skrg !!!

Posted: 24 May 2016 05:21 PM PDT

Kepada pemilik kenderaan yang berumur lebih 10 tahun, anda wajar rasa terhina dengan kenyataan dari kuli2 kerajaan M'sia di bawah kepimpinan najib Razak yang tidak mahu melihat kenderaan lebih umur 12 tahun atas jalanraya.

Apakah kita ini terlalu bangsat di mata kerajaan ??

Bayangkan bagaimana perasaan anda sebuah keluarga miskin/ sederhana telah selesai hutang kereta. Tiba2 disuruh/ paksa lupus kereta tersebut..

Adakah keluarga tersebut mampu beli kereta sekali lagi DAN BERHUTANG SEKALI LAGI sedangkan mereka baru saja terlepas dari hutang-hutang bayar kereta ??

Lagi... lagi... Mat Sabu, dakwa BN di Sungai Besar

Posted: 24 May 2016 05:16 PM PDT


Datuk Jamal Md Yunos Datuk Jamal Md Yunos BN Selangor melihat Parti Amanah Negara (Amanah) ketandusan calon sesuai apabila bercadang untuk mempertaruhkan  pemimpin tertinggi parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar.
Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos juga mempersoalkan tindakan Amanah yang bercadang untuk meletakkan calon luar seakan menutup peluang kepada calon anak tempatan.
"Saya dapati Amanah ada calon dianggap sesuai diperingkat Sungai Besar ini.
"Saya kenal beberapa individu yang dilihat lebih berkelayakan daripada Mat Sabu (Mohamad Sabu).
"Antaranya seorang yang saya kenal dia bekas ahli Pas yang sudah sertai Amanah. Dia berkelulusan dari Universiti Al Azhar.
"Saya kenali dia dan keluarganya yang juga berpengaruh kepada penduduk Sungai Besar.
"Sekiranya Amanah tidak melihat atau terlepas pandang calon anak tempatan sepertinya disenaraikan sebagai calon Amanah untuk menentang BN, rugilah," ujarnya kepada Malaysia Dateline tanpa mahu mendedahkan nama individu yang dimaksudkannya itu.
Jamal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad pada Isnin berkata, parti itu akan menyenaraikan nama Presidennya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayob dan Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin serta menyenaraikan beberapa nama lain pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Tambah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ini lagi, sekiranya mana-mana pemimpin kanan parti itu sama ada Mohamad atau Salahuddin terpilih sebagai calon Amanah di Sungai Besar ini menunjukkan pemimpin utama lebih mementingkan jawatan dalam parti berbanding memenuhi aspirasi pengundi untuk melihat calon yang dekat di hati mereka.
"Saya dapati kebanyakan pemimpin pakatan pembangkang mereka masuk politik hanya kejar cita-cita untuk berebut dan pegang jawatan. Itulah yang berlaku di PRN Sarawak.
"Kerusi PKR dan DAP yang dimenangi berkurangan bukannya bertambah kerana mereka tidak bersatu untuk menentukan siapa calon pada kerusi dipertandingkan untuk menentang calon BN.
"Sikap tamak mengejar jawatan, tiada sepakatan bersama dalam gabungan pembangkang sebaliknya lebih mendahulukan perjuangan peribadi dan parti masing-masing.
"Sedangkan pengundi di luar bandar berbeza dengan pengundi di kawasan bandar dan pinggir bandar.
"Di luar bandar pengundi akan lebih selesa dengan pemimpin yang mereka kenali dan senang bergaul. Memilih calon tempatan adalah strategi terbaik berbanding pemimpin utama parti walaupun mereka dikenali atau sudah lama dalam berjuang parti tetapi belum tentu pemimpin itu dekat di hati pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

PKR’s dangerous flirtation with PAS

Posted: 24 May 2016 05:12 PM PDT

The public won't trust a party that sleeps with one that has hurt it before.
wana zizah hadi
It appears that PKR leaders do not know what the electorate wants. The rakyat do not want wishy-washy politicians. We want firm leaders who have our interests at heart. We do not want race and religion to set us apart. We know that we can move forward only when we have strong leaders who would not allow themselves to be stabbed in the back twice.
We certainly won't trust a political party that vacillates from one viewpoint to another or make an alliance with a known enemy.
Soon after the Sarawak state election, PKR Deputy President Azmin Ali horrified us when he expressed an intention to invite PAS back into the opposition coalition for GE14. This week, it was PKR President Wan Azizah Ismail's turn to shock us. She suggested that PKR could talk with PAS about the upcoming by-elections in Sungai Besar and Kuala Kangsar.
Why does PKR want to do business with PAS? Joining up with PAS and Hadi Awang is like taking a step into the unknown. Can Hadi be trusted after all his machinations against the opposition coalition and the deals he has made with Umno-Baru?
Is Wan Azizah a stickler for punishment, or has Azmin Ali managed to convince her of PAS' shining qualities? Is there a plot of some kind that we're yet to uncover?
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan wujud rasuah wang, wanita: Rafizi perlu lapor ke SPRM

Posted: 24 May 2016 05:10 PM PDT


Rafizi RamliRafizi RamliSetiausaha Agung PKR Rafizi Ramli perlu membawa bukti berhubung dakwaan berlaku rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ,sebagaimana  diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu lewat malam tadi.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam mesyuarat itu telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit  Rafizi dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu.
"Biro politik telah membuat ketetapan bahawa saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak SPRM.
"Pada masa yang sama, Biro Politik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti," ujarnya dalam satu kenyataan rasmi parti itu lewat malam tadi.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pada Isnin lalu, mahu mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor berikutan pendedahannya mengenai satu perbualan aplikasi WhatsApp, yang mana mendakwa wujud permintaan "untuk mendapatkan wanita" sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

6,000 pekerja MAS terabai sejak diberhentikan - NUFAM

Posted: 24 May 2016 05:04 PM PDT

PKR: Rafizi perlu serahkan bukti 'rasuah wanita' kepada SPRM

Posted: 24 May 2016 05:04 PM PDT

Hukuman pemimpin pemberontak ditangguh lagi?

Posted: 24 May 2016 07:46 AM PDT

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka menjadi topik perbincangan utama Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat ini
Azalina
KUALA LUMPUR: Perkara tindakan keatas pemimpin-pemimpin pemberontak UMNO mungkin tidak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat ini, memandangkan parti Melayu itu berdepan dengan cabaran pilihan raya.
Datuk Seri Azalina Othman Said membayangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun nanti menjadi agenda utama mesyuarat, manakala perkara hukuman keatas beberapa pemimpin pemberontak UMNO mungkin dibincangkan pada 'kiraan lain'.
"Saya rasa mesyuarat 27 Mei ini akan ada banyak perbincangan pilihan raya kecil yang lebih penting," katanya kepada pemberita.
"Rakyat di sana (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) memerlukan pengganti wakil rakyat yang boleh menjalankan kerja dan komitmen mereka.
"Saya rasa yang nak gantung itu mungkin kiraan lain. Perkara utama mesyuarat bagi saya sekarang ini adalah menggerakkan BN dan UMNO kepada persediaan Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Sembang Santai bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya dan Mahasiswa Anak Johor di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

"Menang Untung, Kalah Balik Modal": BN tidak kisah berapa penjuru pun

Posted: 24 May 2016 07:44 AM PDT

SUNGAI BESAR - BN sentiasa bersedia untuk berdepan satu lawan satu atau pun pertandingan tiga penjuru sekiranya pembangkang masih gagal mencapai persefahaman untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, PRK Parlimen itu juga merupakan cerminan tentang keupayaan sebenar pembangkang dalam menyelesaikan krisis sesama mereka.
BN tidak kisah berapa penjuru pun "Saya rasa PRK ini jika keduanya (Pas dan Amanah) bertanding mereka terpaksa membuktikan siapakah yang mempunyai ramai pengikut sama ada Pas atau pun Amanah yang lebih kuat.
"Eloklah mereka bertanding, lagi pun ia tidak akan menukarkan kerajaan. Saya suka melihat perkara ini berlaku," katanya pada Sidang Media selepas Program Bertemu Nelayan di Warung Kopi Jeti Nelayan Sungai Haji Dorani, di sini.
Ahmad Shabery berkata, untuk mengukur kecerdikan dan kepandaian sesebuah parti dan seseorang pemimpin itu sebenarnya diukur sejauhmana mereka berupa menyatukan masyarakat dan kepelbagaian dalam masyarakat.
"(Pilihan Raya Negeri) di Sarawak kita dah nampak..buktinya mereka tak cerdik mana, tak boleh selesaikan masalah sesama sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan Selangor supaya memberi penjelasan berhubung cadangan mengenakan cukai jeti terhadap nelayan di negeri ini.
"Saya sendiri belum dapat kepastian sebenar kerana ada nelayan yang beritahu saya terdapat kemungkinan bahawa kerajaan negeri akan mengenakan cukai terhadap jeti-jeti di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)