Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PM tak boleh ulas mengapa PAC tak panggil Jho Low sembang menteri Umno

Posted: 23 May 2016 09:15 PM PDT

Perdana Menteri tidak boleh memberi maklum balas mengenai alasan mengapa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dipanggil untuk memberi keterangan di prosiding  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB.
Ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, kerana PAC adalah sebuah  jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 77 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang meminta perdana menteri menyatakan mengapa Jho Low tidak dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC mengenai 1MDB walaupun beliau diakui sebagai penasihat syarikat itu  dalam laporan PAC.
"PAC adalah jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan mengikut Peraturan 77 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Justeru, bukan bidang kuasa eksekutif untuk memberi maklum balas berkaitan perkara ini," kata Azalina dalam jawapan bertulis di parlimen.
Low adalah Penasihat Khas Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dijenakan semula sebagai 1MDB.
Menurut lapran The Wall Street Journal, urusan kewangan Jho Low sedang di bawah penelitian penyiasat antarabangsa  yang menjejaki wang lebih AS$6 bilion yang didakwa disalurkan keluar dari 1MDB antara 2009 dan 2015.
PAC pernah menyatakan minat untuk memanggil Jho Low atas peranannya dalam TIA, tetapi memutuskan untuk tidak meneruskan perkara itu selepas Datuk Hasan Arifin mengambil alih jawatan pengerusi badan itu.
Akhir tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke luar negara bagi merakamkan kenyataan Low.

Najib sembang Lembaga Penasihat 1MDB yang dia ketuai tiada fungsi pentadbiran

Posted: 23 May 2016 09:14 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lembaga penasihat 1MDB yang diketuainya  tidak mempunyai fungsi pentadbiran dan hanya bertindak sebagai penasihat kepada firma pelaburan milik negara itu.
"Semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," katanya.
Najib berkata demikian kepada soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), dalam jawapan bertulis di parlimen atas sifatnya sebagai menteri kewangan.
Ko menyoal mengenai peranan lembaga penasihat yang dipengerusikan oleh Najib sendiri, dan sama ada perdana menteri dan anggota lain yang terbabit dalam merangka strategi pembiayaan, pembelian dan penjualan aset 1MDB.
Beliau juga bertanya sama ada perdana menteri dan anggota panel penasihat lain telah diberikan taklimat sepenuhnya mengenai urusan-urusan berbilion dolar 1MDB.
Najib dalam jawapan berasingan kepada satu lagi soalan Ko berhubung topik yang sama berkata laporan 1MDB yang disediakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini tidak menunjukkan sebarang bukti salah laku yang didakwa dilakukan olehnya.
"Tiada sebarang bukti di dalam laporan PAC yang menunjukkan salah laku oleh perdana menteri dalam pentadbiran 1MDB," katanya.
Ko juga menyoal sama ada Najib membaca dokumen-dokumen 1MDB yang memerlukan  tandatangan beliau untuk kelulusan dan jika perdana menteri memahami kandungan dokumen sebelum menurunkan tandatangan beliau.
"Saya ingin bertanya jika perdana menteri telah diperdaya oleh Pegawai Eksekutif 1MDB dan pegawai-pegawai beliau untuk menandatangani dokumen yang membenarkan pemindahan berbilion ringgit," soal Koh.

Najib dakwa tak tandatangani pemindahan AS$3.5b untuk Aabar BVI

Posted: 23 May 2016 09:11 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemindahan AS$3.5 bilion daripada 1MDB kepada entiti di British Virgin Island yang dipercayai adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.
Ini kerana, katanya, tandatangan beliau sebagai perdana menteri di bawah Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB tidak diperlukan dalam transaksi tersebut.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 1MDB telah membuat beberapa pembayaran berjumlah AS$3.5 bilion kepada Aabar Investments PJS Limited.
"Semua pembayaran tersebut telah dibuat berdasarkan beberapa perjanjian yang dimeterai dan segala tindakan pengurusan dalam konteks tersebut adalah mengikut kelulusan atau arahanlembaga pengarah...," katanya.
"Bagi tujuan transaksi tersebut, tiada keperluan untuk mendapat kelulusan bertulis daripada perdana menteri di bawah Artikel 117 M & A," kata Najib dalam jawapan bertulis di parlimen kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
M&A itu memberi Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, budi bicara bagi perkara-perkara tertentu berkaitan dana kekayaan berdaulat milik negara itu.
Pua menyoal sama ada perdana menteri memberi kelulusan bertulis kepada 1MDB, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk membuat bayaran wang itu kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI).
Aabar Investment PJS adalah anak syarikat IPIC manakala Aabar Investment PJS Limited, sebuah entiti luar pesisir yang berdaftar di BVI, adalah sebuah syarikat yang tidak sama sekali mempunyai kaitan dengan firma dana kekayaan milik Abu Dhabi.
Wang AS$3.5 bilion telah disalurkan ke syarikat yang salah itu dan sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu menjelaskan kedudukan wang berkenaan.

Adakah anda juga akan jual undi? Katakan RM48,000?

Posted: 23 May 2016 09:05 PM PDT

Seorang petugas kempen PKR merayu supaya difahami realiti kehidupan rakyat pendalaman Sarawak di tengah-tengah kritikan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung isu politik wang.
Leon Lee, memberitahu satu forum di Kuala Lumpur mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak malam tadi bahawa beliau terkejut dengan respons media sosial dari Semenanjung Malaysia selepas PRN 7 Mei lalu.
Lee berkata, antaranya kritikan kerana dikatakan menjual undi mereka untuk RM300, manakala yang lain secara tersirat berkata mereka layak mendapat kerajaan yang korup kerana terlibat dalam politik wang.
"Kadang-kadang kita perlu memahami apa yang rakyat Sarawak hadapi - realiti yang membebankan, kesukaran hidup yang mereka hadapi dari hari ke hari.
"Hanya apabila kita faham, maka kita mempunyai peluang untuk menang. Jika kita terus menghentam dan memanggil mereka 'bodoh'; setiap kali mereka tidak mengundi anda, anda tidak kenal pasti puncanya dan anda tidak akan menang," katanya.
Untuk menggambarkan hal itu, Lee meminta hadirin mengangkat tangan jika mereka tidak sanggup untuk menjual undi mereka dengan harga RM50.
Selepas banyak tangan diangkat, dia menaikkan jumlahnya kepada RM1,000, kemudian RM30,000, dan akhirnya RM48,000. Pada masa itu hanya beberapa kerat di khalayak yang masih mengangkat tangan.
Angka RM48,000, jelas Lee, adalah berdasarkan kepada purata pendapatan tahunan di Kuala Lumpur, menurut beberapa sumber yang mendakwa ia RM4,800 sebulan, yang dibundarkannya kepada RM4,000 sebulan.
Menurutnya, jumlah RM300 itu adalah apa yang diperolehi oleh penduduk pedalaman Sarawak dalam setahun.
Menurut Jabatan Perangkaan, pendapatan isi rumah median di Kuala Lumpur adalah RM7,620 sebulan pada 2014, manakala pendapatan isi rumah median di Sarawak ialah RM3,778 sebulan.
Lee menjelaskan bahawa selepas lima jam menaiki bot panjang ke kawasan pedalaman Sarawak, maka tidak ada bekalan elektrik, air bersih, telefon atau sambungan Internet.
'Coca-Cola barang mewah'
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan tubuh 6 jawatankuasa siasat pegawai terlibat rasuah

Posted: 23 May 2016 09:00 PM PDT

Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dan salah laku.
ali-hamsa_laporan_600_1
PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan enam jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat 10 teguran punitif seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 18 Mei lalu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata siasatan itu melibatkan empat kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perdana Menteri.
"Siasatan ini bertujuan memperoleh keterangan yang relevan daripada aspek kesaksian dan keterbabitan pegawai dalam kes yang dilaporkan.
"Sekiranya wujud asas kukuh ada pegawai didapati melakukan salah laku atau kecuaian, maka tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi bersama media susulan laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 1.
Beliau berkata terdapat 751 teguran membabitkan 708 korektif dan 43 punitif dalam LKAN Tahun 2015 Siri 1.
Katanya, teguran korektif membabitkan penambahbaikan sistem dan prosedur manakala teguran punitif adalah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas.
"Sebanyak 43 teguran punitif membabitkan empat kementerian, dua Badan Berkanun Persekutuan, tujuh kerajaan negeri dan dua syarikat persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Husam mahu suruhanjaya diraja siasat kepupusan hutan di Kelantan

Posted: 23 May 2016 08:44 PM PDT


Husam mahu suruhanjaya diraja selamatkan hutanHusam mahu suruhanjaya diraja selamatkan hutan
Adun Salor, Datuk Husam Musa mencadangkan suruhanjaya bebas diraja dibentuk bagi mengatasi masalah besar yang sedang dihadapi rakyat Kelantan iaitu kepupusan hutan, bukan lagi pembalakan haram atau kecurian kayu balak.
"Pembalakan haram atau kecurian kayu balak hanya akan mengurangkan hasil negeri dan menyebabkan pengurusan kerajaan lemah, tetapi proses kepupusan hutan akan menyebabkan berlaku perubahan ekosistem dan cuaca yang menjurus pelbagai bencana," katanya dalam sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Bachok malam tadi.
Beliau mendedahkan kelulusan membalak di kawasan hutan simpan dan kebenaran membersih hutan miskin untuk aktiviti pertanian komersil boleh membawa kepupusan hutan jika 'trend' pentadbiran sekarang berterusan.
"Saya ada maklumat lengkap berkaitan kelulusan demi kelulusan untuk pembalakan hutan simpan yang semakin berleluasa selepas kerajaan pasca Tok Guru mengambilalih kuasa," katanya.
Apa yang mengejutkan adalah kelulusan-kelulusan ini diberi kepada beberapa pemain sama dalam kerja-kerja membalak berkenaan.
"Sebenarnya apabila saya tidak lagi dilantik dalam kerajaan saya bercadang untuk buat kerja lain dan saya tidak ambil kisah pada peringkat awal, namun saya terus dikejutkan dengan maklumat-maklumat yang disampaikan kepada saya berkaitan pengurusan khazanah negeri khususnya kelulusan kawasan balak yang sama sekali tak masuk akal," katanya.
Lebih mengejutkan beliau ialah kelulusan atas nama pertanian komersil yang melibatkana apa yang dipanggil hutan miskin.
"Hutan miskin ini kawasan yang telah pernah ditebang kayu-kayu besar tetapi masih banyak lagi kayu bersaiz sederhana dan kecil, apabila dilulus untuk aktiviti pertanian akan ditebang habis atau kita kata "kokot pelicin"," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Politik wang, taruhan kemenangan BN Sarawak

Posted: 23 May 2016 06:58 PM PDT

Amalan politik wang oleh pentadbiran Barisan Nasional Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) awal bulan lalu didakwa mendorong kepada faktor kemenangan besar parti itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba' Kalalan, Baru Bian, berkata kepimpinan BN Sarawak seolah-olah menjadikan wang sebagai 'akses' membeli undi masyarakat di Sarawak.
"Dua hari sebelum pengundian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman untuk meluluskan beberapa projek pembangunan dan pembinaan jalan dan sekolah di kawasan pendalaman.
PRN SARAWAK"Tanpa segan silunya, ini menjelaskan bagaimana politik wang itu berlaku. Lebih mengecewakan juga apabila wujudnya kegiatan penyerahan wang tunai kepada pengundi sebelum dan selepas waktu mengundi.
"Penduduk menerima sejumlah wang (suapan) pada kadar RM50 sehingga RM1,000 sementara ketua-ketua kampung pula menerima wang berjumlah RM1,000 dan mencecah ribuan ringgit lagi," kata Adun KEADILAN itu.
Beliau berkata demikian pada forum "Sarawak election – Lessons learnt and the way forward" di KL Selangor Chinese Assembly Hall, di sini malam tadi.
BN sebelum ini berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak selepas menang besar pada PRN ke 11 dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Sementara KEADILAN berjaya mengekalkan tiga kerusi iaitu di Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan untuk penggal kedua berturut-turut. Manakala DAP memenangi tujuh kerusi berbanding tahun sebelumnya, 12.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tsunami Ringgit’, badai bumi kenyalang – Athina

Posted: 23 May 2016 06:57 PM PDT

Bumi Kenyalang dilanda 'Tsunami Ringgit' ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung awal bulan lalu.
Calon KEADILAN N18 Serembu, Athina Klaywa Sim tidak terkejut dengan situasi tersebut sejak Barisan Nasional mentadbir Sarawak lebih 50 tahun lalu.
PILIHANRAYA SARAWAK
"Sepanjang 27 tahun saya menetap di Serembu, saya kurang pasti entah berapa kali atau tidak pernah langsung barangkali Ketua Menteri turun meninjau penduduk di Serembu.
"Tetapi ketika kempen pilihan raya berlangsung, Tan Sri Adenan Satem mengambil peluang meninjau keadaan penduduk di sini.
"Pada masa sama, mereka (BN) menabur pelbagai janji-janji jutaan Ringgit kononnya untuk bangunkan negeri kami. Mudahnya saya jelaskan berlaku 'Tsunami Ringgit' waktu itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum "Sarawak election – Lessons learnt and the way forward" di KL Selangor Chinese Assembly Hall, di sini malam tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan, Baru Bian, Aktivis Politik; Leon Lee dan Dekan Pusat Pengajian Asasi Umum (UNISEL); Dr Hamdan Salleh.
Athina berkata, pentadbiran BN Sarawak gagal memacu kepada kemajuan negeri walaupun Malaysia kini menuju ke arah Wawasan 2020.
"Apa jaminan masa depan rakyat Sarawak? Berbaki kurang empat tahun sebelum Wawasan 2020 direalisasi, adakah ia sudah mampu untuk dicapai?
"Lebih 50 tahun berlalu, mana kemudahan elektrik dan air di kawasan luar bandar Sarawak?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Gaya mewah melampau Taib Mahmud dicemuh

Posted: 23 May 2016 06:56 PM PDT


Bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun beristerikan wanita Lubnan pada 2011Bekas Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun beristerikan wanita Lubnan pada 2011Viral di media sosial sejak semalam apabila gaya melampau mewah Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-80 menerima cemuhan orang ramai.
Rata-rata netizen mengecam majlis yang diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun perkahwinan Taib dengan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib itu kerana dilihat jauh berbeza dengan realiti kemiskinan majoriti rakyat di Sarawak.
Turut tersebar foto yang memaparkan penampilan seksi wanita berasal dari Lubnan yang dikahwini Taib sejak lima tahun lalu serta hadiah istimewa berupa sebuah kereta jenama Bentley berwarna putih.
Hadiah kereta mewah daripada pengeluar British yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta itu dikatakan pemberian seorang tetamu kehormat utama (VVIP) dari Semenanjung.
Kecenderungan ramai netizen yang berkongsi beberapa foto terbabit juga kebetulan berlaku selepas BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu dengan menyapu 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan.
Sementara itu, Utusan Borneo atas talian semalam melaporkan majlis hari jadi Taib yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sarawak, 21 April itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Taib dapat hadiah kereta mewah ketika rakyat Sarawak masih dihimpit kemiskinan dan mengalami masalah infrastrukturTaib dapat hadiah kereta mewah ketika rakyat Sarawak masih dihimpit kemiskinan dan mengalami masalah infrastrukturSelain itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, menteri-menteri dan menteri-menteri muda serta ahli keluarga juga dilapor hadir.
Senarai gaji juga viral
Dalam perkembangan berkaitan, senarai gaji ahli pentadbiran serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak berkuatkuasa pada 2013 lalu juga muncul viral kembali di kebanyakan kumpulan WhatsApp dan Facebook.
Gaji untuk Ketua Menteri yang diumum naik daripada RM13,000 kepada RM39,000 manakala kenaikan gaji Adun sebanyak 233 peratus menjadi RM15,000 berkuatkuasa juga pada ulang tahun kelahiran Taib ketika itu turut diperkatakan netizen.
Read More / Baca Lagi >>

"Menang Untung, Kalah Balik Modal": Pas punca mesyuarat Majlis Presiden tangguh

Posted: 23 May 2016 06:54 PM PDT

 Wan Azizah Wan Ismail KUALA LUMPUR - Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.
"Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.
"Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadualkan diadakan semalam, bagi membincangkan parti dan calon mereka di dua PRK itu, ditangguhkan sebanyak dua kali selepas ditunda pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, tarikh baharu mesyuarat itu masih belum dimuktamadkan sehingga satu keputusan diambil sama ada mahu melibatkan Pas atau sebaliknya.
Kelmarin, Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa tidak menerima sebarang pengesahan rasmi berkaitan mesyuarat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM Awak Kat Mana..!!!

Posted: 23 May 2016 06:05 PM PDT


"Kadang-kadang nak makan pun teringat adakah mereka juga makan macam saya ?" -Jamil Khir Baharom, Menteri Hal Ehwal Agama (14 April 2009).

Jika libatkan pemimpin pembangkang, SPRM macam lipas kudung nak siasat LGE. Tapi kalau libatkan UMNO/BN.. hurmmm sendiri mau ingat ler..

BAM Awak Kat Mana ..!!!

Posted: 23 May 2016 06:02 PM PDT

2014.. Sentuhan Izuan Ibrahim bantu Jepun julang Piala Thomas..

2016 pula.. Sentuhan Misbun Sidek bantu Denmark julang Piala Thomas..

PADAN MUKA Malaysia, khususnya Persatuan Badminton Amatur Malaysia (BAM)... kerana kebodohan, keangkuhan & keras kepala BAM terhadap Datuk Misbun Sidek (Nusa Mahsuri) dahulu..

PADAHNYA Malaysia MASIH TERUS gagal utk menjuarai Piala Thomas.. tetapi pasukan Denmark terus bijak ambil peluang berguru dgn Datuk Misbun Sidek HANYA SELAMA 2 MINGGU SAHAJA telah berjaya bawa pulang Piala Thomas ke Denmark.

Sediakan skuad pelapis mulai sekarang ??? SEBELUM INI KAMU BUAT APA !!!

Posted: 23 May 2016 06:01 PM PDT

..ATAU..."Sejak awal lagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah melakukan kesilapan apabila tidak telus dalam pemilihan pemain.." kata bekas jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek. (22/5/2016)

..ATAU...KJ nak bagi alasan sama "TAK SEDAR" RM100 juta dah kena songlap dlm kementeriannya..

Cash Is King: BN guna pendekatan 'munasabah' tarik pengundi muda

Posted: 23 May 2016 05:57 PM PDT

Barisan Nasional (BN) mempunyai beberapa pendekatan yang disifatkan sebagai 'munasabah' dalam usaha memikat pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri itu berkata pendekatan mesra golongan muda tersebut akan disesuaikan mengikut situasi setempat.
"Kita mempunyai beberapa pendekatan munasabah yang disesuaikan dengan situasi setempat. Kita yakin kaedah itu akhirnya akan menerobos minda kumpulan sasaran (golongan muda)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan pimpinan BN Selangor di Sekinchan semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai pendekatan tersebut.
Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Mengenai usaha menarik pengundi bukan Melayu, Ahmad Zahid berkata Umno akan bekerjasama dengan parti-parti komponennya dalam kempen PRK itu nanti.
Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden Umno, berkata parti itu juga memberi mandat sepenuhnya kepada kepimpinan BN Selangor dan jentera parti di Sungai Besar untuk memastikan kemenangan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Unlikely for PKR to win Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 05:53 PM PDT

The party would be better off concentrating its energy on healing its internal rift in preparation for GE14.
pkr-sungai-besar-1
Any wishful-thinking PKR supporter who was in denial about a split in the party would have had his illusion shattered by Anwar Ibrahim's letter to party leaders, which was leaked to the public last week.
In fact, pundits had long observed that the two main factions in the party were operating almost independently of each other, with those aligned to party president Wan Azizah Ismail focusing on Anwar's release from prison and the group led by her deputy, Azmin Ali, focusing on accumulating power for itself.
Anwar's letter made it obvious that what might at first have been just a fissure was turned into a gulf by the Save Malaysia campaign. Azizah's faction is ever distrustful of former PM Mahathir Mohamad, the de facto leader of Save Malaysia, but this is a sentiment not shared by the other side, as evidenced by Anwar's expression of unhappiness over the eagerness of "some party leaders" to support Mahathir's campaign.
Azmin himself has apparently made something of a mess of his party. Many blame him for the souring of relations between PKR and DAP. He must certainly take the blame if the Sarawak PKR chief was telling the truth when he said it was Azmin who told him to be in charge of deciding where the party should contest in the recent Sarawak election.
But neither is Azizah helping to make PKR a more credible political organisation. Her faction certainly needs to move beyond fighting merely for Anwar's release from prison. It's unwillingness to evolve past that point is detrimental to the party as it prepares for the next general election.
Read More / Baca Lagi >>

Kasih Azmin pada Pas, bukan Amanah?

Posted: 23 May 2016 05:52 PM PDT


Amanah atau PasAmanah atau Pas
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sepatutnya dijadualkan semalam ditangguh lagi buat kali kedua. Muafakat antara parti komponen Pakatan Harapan untuk menentukan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih diselubungi teka-teki.
Walau bagaimanapun, Amanah hari ini telah membuat keputusan muktamad untuk tetap bertanding pada PRK serentak, 18 Jun ini ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih lagi mahu berunding dengan Pas.
Sebelum ini, Pas memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak bertanding di "kerusi tradisi Pas kalah" itu. Bahkan, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin turut mengumumkan pintu rundingan dengan mana-mana pihak sudah ditutup.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming juga mengakui Pas sejak dua minggu lalu tidak melayan tawaran terbuka Pakatan Harapan negeri itu untuk Pas memilih bertanding sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar.
Namun, masalah besar dilihat timbul apabila 'kasih' Azmin pada Pas melalui apa yang dipanggilnya berunding terus ditagih dan suaranya jelas melampaui peranan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Melihat situasi ini, ada pendapat mendakwa Azmin memang diberi mandat oleh partinya untuk berunding dengan Pas yang sebelum ini menjadi faktor Pakatan Rakyat lintang-pukang juga pemecah saf kepimpinan parti itu sendiri pada tahun lalu.
Justeru, pemencilan suara Wan Azizah menjelang PRK bukan satu menghairankan sekaligus mengukuhkan persepsi umum wujudnya konflik dalaman PKR yang muncul atas semangat Reformasi itu.
Mampukah Azmin mengurus Hadi?
Selfie Azmin bersama HadiSelfie Azmin bersama HadiDalam masa sama, situasi tarik tali antara Azmin dan Hadi terus berlaku biarpun Azmin mengakui telah bertemu dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Hubungan tegang antara Azmin dan Hadi seterusnya dapat dilihat apabila Menteri Besar Selangor itu secara sinis bersimpati dengan Hadi kerana tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajuinya sendiri.
Bahkan, Azmin sebelum ini dikatakan memberi kata dua kepada Exco Pas terbabit agar meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk masuk bertanding.
Walaupun beliau menafikan hal itu, tetapi Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kemudiannya mengesahkan dakwaan tersebut.
Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut dilapor menganggap Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan kononnya tidak mengarahkan Exco Pas berbuat demikian jika Pas terus bertanding di Sungai Besar.
Berbeza dengan reaksi Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga salah seorang daripada Exco terbabit, beliau enggan mengesahkan arahan berkenaan.
Oleh sebab itu, tempoh kurang dua minggu menjelang penamaan calon, 5 Jun ini menyaksikan sejauhmana Azmin masih sabar untuk mengurus Hadi yang umum dikenali sebagai pemimpin yang tiada nilai budi bicara dan timbang rasa itu.
Azmin abai Amanah
Read More / Baca Lagi >>

Squabbling for the sake of squabbling

Posted: 23 May 2016 05:50 PM PDT

It isn't likely that any of the opposition parties can win in Sungai Besar and Kuala Kangsar.

As PKR, PAS, and Amanah try to outbid each other to be the opposition party challenging Barisan Nasional in Sungai Besar and Kuala Kangsar, it appears that more thought is given to posturing than to the question of winning. The essentials of the contest will always boil down to whether or not any opposition candidate can actually win in these constituencies.
The Sungai Besar seat was created in 2003 and has never been held by anyone but the late Norian Kasnon of BN. However, PAS has done significant groundwork there, as evidenced by Noriah's thin majority in the 13th general election. She beat the Islamist party's candidate, Salleh Husin, by only 399 votes.
Given PAS' near success in 2013, it is understandable that it would insist on contesting in the by-election there. One can't fault it for wanting to test whether voter support for it has improved since then. However, the changes to the status quo of the opposition itself will be a factor. A three-way contest will cause a split in the opposition votes. The question to ask is this: are the opposition voters loyal PAS followers or are they Pakatan supporters?
BN's hold on Kuala Kangsar is a lot stronger. The seat was first won by Abdullah Abdul Rauf of the Alliance in 1959, and it has never fallen to the opposition. Still, GE13 saw PAS winning 47% of the votes to BN's 51%. That was certainly a much smaller margin than when the seat was held by Rafidah Aziz, but still well beyond any margin of error that would require a recount.
Kuala Kangsar has been something of a forgotten seat in this current silly season, but it is hard to imagine PAS or Amanah wresting the seat away from BN given the latter's strength there.
We can make one siimple conclusion, and that is that neither PAS nor PKR nor Amanah is likely to win either of the two seats. No doubt Sungai Besar will be a good test for PAS, but its chances there are still slim. When it comes to by-elections, BN will always use the full force of its election machinery.
Read More / Baca Lagi >>

Ilham Centre dapati Pas tidak serius menentang BN

Posted: 23 May 2016 05:41 PM PDT

Pas dan AmanahPas dan Amanah
Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar.
Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah.
"Kenyataan (Pas) itu tidak serius untuk menentang BN. Sikap Pas hanya memecah ombak dan juga gelombang yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk meraih lebih banyak undi," ujarnya dipetik dalam satu program bual bicara di Astro Awani malam tadi.
Mengulas lanjut pertembungan Pas dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun depan, beliau menyifatkan Pakatan Harapan terpaksa berdepan senario kepimpinan Pas pada masa ini.
"Sebab itu Pakatan Harapan tidak boleh membiarkan hanya PAS berdepan dengan BN. Pakatan Harapan terpaksa menyusun strategi mereka untuk meraih sokongan terbanyak supaya beralih daripada parti yang tidak serius untuk menang (Pas) kepada Pakatan Harapan yang lebih serius (menentang BN dan memenangi pilhan raya)," jelasnya ketika ditemubual perantara, Nazri Kahar.
Pas selesa
Ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya kedua-dua kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi parti itu, Hisommudin menganggap Pas begitu selesa dengan pendiriannya untuk berdepan dengan BN walaupun tanpa Pakatan Harapan.
"Hakikatnya, selepas perpecahan Pas pada muktamar (tahun) lepas, Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor.
"Walaupun Amanah satu jenama baru, Pas perlu melihat keupayaan ini sebab undi yang diperoleh sebanyak 43 peratus pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang diperoleh daripada pengundi Melayu lalu sudah tentu akan berpecah lagi. Pas hanya dapat 18 peratus. Bagi saya tidak mungkin Pas boleh mengambil undi 43 peratus itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Sekat Saya Dari Mengadap Agong - Tun Mahathir

Posted: 23 May 2016 05:32 PM PDT

Kalau Tidak Ada Penjelasan, Saya Anggap Duit Itu DICURI ! - Tun Mahathir

Posted: 23 May 2016 05:32 PM PDT

Anak Cucu Kita Kena Tanggung Beban Sebab Najib Hilangkan Duit - Tun Mahathir

Posted: 23 May 2016 05:31 PM PDT

Rakyat Langkawi Talqinkan Najib Di Bumi Mahsuri - Anina Saadudin

Posted: 23 May 2016 05:30 PM PDT

Ada banyak lagi masa bincang calon PRK, kata Azmin

Posted: 23 May 2016 05:30 PM PDT

Anwar: Jangan ikut agenda dia

Posted: 23 May 2016 07:53 AM PDT

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta pemimpin PKR supaya tidak mengikut agenda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan kenaikan harga barang, kebajikan dan kontroversi berhubung Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) perlu diberikan perhatian dan menjadi agenda utama.
"Kekalkan kerjasama tidak timbul perkara itu... kita kata jangan lupa agenda, bukan ikut agenda dia (Mahathir) tetapi ikut agenda rakyat. Harga barang macam mana, kebajikan macam mana dan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) macam mana, jangan ikut sistem kroni dan rasuah serta kezaliman lalu. Itu mesej saya," katanya ketika ditanya pemberita berhubung kerjasama PKR dengan Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas keputusan permohonannya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini ditolak untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya, atas alasan keterangan itu tidak relevan dan tidak signifikan.
Anwar turut mengesahkan penyebaran sepucuk surat baru-baru ini ditulisnya sendiri ketika berada di mahkamah.
Katanya tujuan surat itu ditulis pada peringkat awal hanya untuk rujukan kepimpinan dalam parti PKR bagi mengingatkan mereka supaya tidak menyimpang daripada perjuangan asal.
Read More / Baca Lagi >>

UNDILAH BN !!!.. Satu persatu aset2 negara bakal tergadai..

Posted: 23 May 2016 07:00 AM PDT

Firma minyak Rusia mungkin beli aset Petronas setelah Najib kembali dari Russia ??

RUPA2NYA.. Firma minyak dan gas Rusia, Zarubezhneft mungkin membeli aset Petronas, kata Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak setelah beliau menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia.

INGAT !!!.. Apa dah terjadi selama Najib memerintah negara ???

1. Najib terpalit dgn skandal kewangan terbesar negara 1MDB
2. Aset TNB dah tergadai pada komunis -China

ADAKAH aset Petronas juga bakal tergadai kelak ??!!!

Comments (0)