Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar sahkan ‘warkah’ adalah tulisannya di mahkamah

Posted: 22 May 2016 08:58 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin pembangkang agar tidak menyimpang daripada perjuangan asal mereka iaitu berjuang untuk rakyat apabila mereka bekerja dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata, isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas hanya sebahagian daripada isu berkenaan.
"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani.
"Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes semakannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Anwar berkata beliau telah menghantar tiga pemimpin kanan PKR untuk berunding iaitu timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Tian Chua dan Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka untuk tidak menyimpang dan tidak membiarkan Mahathir merencanakannya kepada mereka.
Anwar juga mengesahkan bahawa suratnya yang diedarkan minggu lalu adalah sahih dan bahawa beliau menulisnya ketika di mahkamah.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana menterjemahkannya, tetapi ia perlu dibaca dalam konteks asalnya. Di mana pada mulanya ia adalah dalam bahasa Inggeris dan di tengah-tengah adalah dalam bahasa Inggeris."
"Ia pada mulanya diarahkan kepada pemimpin parti tetapi kerana ia sekarang sudah tersebar, saya berharap semua orang membacanya," katanya sambil diiringi oleh pengawal dari Jabatan Penjara.

K'jaan tak terikat ambil balik bon 1MDB AS$3.5b, kata Najib

Posted: 22 May 2016 08:50 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa kerajaan tidak terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB sebanyak AS$3.5 bilion.
"(Ini) memandangkan tiada jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan diberikan ke atas bon tersebut," katanya atasa kapasiti sebagai menteri kewangan.
Najib mengulas soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB memandangkan International Petroleum Investment Corp (IPIC) enggan mengotakan pelan penyelamat yang termeterai pada 28 Mei 2015.
IPIC dan 1MDB bertelagaha selepas sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh kepada anak syraikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.
Bayaran itu termasuk cagaran yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB sebagai pertukaran untuk jaminan IPIC kepada dua bonnya, serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar untuk melanggan aset tenaga 1MDB.
Wang itu sebaliknya dialihkan ke sebuah syarikat di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang sama dengan Aabar Investments PJS, tetapi tidak mempunyai hubungan dengan IPIC.
Perkara itu dan juga transaksi 1MDB lain, sedang disiasat di Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Luxembourg, Amerika Syarikat dan Singapura.

SAMM syorkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Sungai Besar?

Posted: 22 May 2016 08:06 PM PDT


Azhar AchilAzhar AchilSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mencalonkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN)  pada 18 Jun ini.
 Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil berkata, tanpa berselindung NGO itu menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu untuk menentang calon BN.
"Amanah harus menghantar 'general perang' terbaiknya dan sosok Mat Sabu adalah pilihan tepat.
"Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif Islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.
"Sungai Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sungai Besar," ujarnya dalam satu kenyataan.
SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana kali ini adalah PRK terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 kelak," ujarnya.
Poster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarPoster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarMenurut Azhar lagi SAMM Selangor juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan. Kawasan Sungai Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.
"SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.
"Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sungai Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.
"SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH.
"Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sungai Besar." ujarnya.

Azmin tidak akan berani pecat Exco Selangor, kata Dr Zuhdi

Posted: 22 May 2016 07:57 PM PDT


Dr Mohd Zuhdi MarzukiDr Mohd Zuhdi MarzukiTimbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada hak untuk memecat tiga exco Pas Selangor.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Pas juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.
Azmin dijangka tidak akan berani memecat tiga Exco Pas di Selangor yang sepatutnya dilakukan pada hari ini (Isnin) iaitu Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dan Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
"Kena ingat, Pas tidak makan ugutan, tengok Presiden kita pun tidak takut diugut, kita sudah biasa ada kerajaan, kita sudah biasa tidak ada kerajaan, kita memang tidak takut dengan ugutan.
"Dia hanya boleh mendapat perkenan dari Sultan, tapi dia tidak boleh pecat, selagi tidak dapat perkenan Sultan, dia tidak boleh pecat," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas Pusat pada Ahad lapor portal Agendadaily hari ini.
Zuhdi menambah, serangan Azmin itu tidak akan sesekali menjejaskan hubungan Pas dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
"Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, Pakatan Harapan masuk pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan," katanya.
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu menunggu tindakan daripada Azmin sama ada ingin terus memecat tiga exco Pas di Selangor atau tidak sebelum membuat sebarang kenyataan ekoran keputusan muktamad parti itu bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar..
Read More / Baca Lagi >>

Husam dialukan menyertai AMANAH

Posted: 22 May 2016 07:52 PM PDT

Mad Sabu mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.
mat-sabu-husam-musa
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam Musa ke parti itu setelah beliau sah dipecat dari PAS berkuatkuasa 23 April.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu juga mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.
"Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi.
"Husam adalah seorang yang bijak bestari. Dia seorang yang ada pemikiran dan mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi.
"Satu penggal saya berpengalaman dengannya di Parlimen, memang dia seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan pemerintah, khususnya dalam bidang ekonomi," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok menyatakan tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes Husam daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.
Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.

PRK medan tentukan sokongan rakyat pada PAS

Posted: 22 May 2016 07:51 PM PDT


Dr B Chandran

KUALA TERENGGANU – PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar boleh menjadi panduan untuk menilai kecenderungan semasa rakyat khususnya pengundi untuk menentukan parti politik pilihan mereka.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Dr B Chandran berkata, dengan perkembangan politik semasa yang berlaku terhadap pembangkang dan juga pergolakan dalaman BN, kedua-dua PRK itu dilihat penting sebagai panduan melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap Pas khususnya yang turut bertanding dalam PRK tersebut.
Beliau berkata, keadaan itu juga akan menentukan sejauh mana Pas melalui slogan 'Politik Matang dan Sejahtera' mampu menarik minat rakyat untuk terus memberi keyakinan kepada parti itu.
"Bagi kita, sekalipun BN kalah dalam PRK ini dan Pas menang, BN tetap menjadi kerajaan tetapi isunya adalah rakyat mahu pilih siapa. Kita juga tidak kisah jika Pakatan Harapan mahu bertanding.
"Kita mahu kaji sejauh mana penerimaan rakyat pada kita dan dalam keadaan politik sekarang, Umno bercelaru," katanya.
Sementara itu, B Chandran memberitahu pihaknya akan bertugas di kedua-dua PRK itu untuk membantu kemenangan calon Pas di sana.
Menurutnya, pihaknya akan bersama dalam kempen memenangkan calon melalui program yang akan ditentukan oleh Pas Pusat, DHPP Pusat dan juga Pas Terengganu yang diarahkan bertugas di Kuala Kangsar.
"Kita akan pergi sebelum hari penamaan calon dan akan menetap sehingga hari pengundian," katanya.
Mengulas mengenai pembabitan Parti Amanah Negara (Amanah) di kedua-dua kerusi tersebut, beliau berkata mana-mana pihak mempunyai hak untuk bertanding.
Bagi Pas katanya, ia adalah medan terbaik untuk menentukan politik matang dan sejahtera bakal diberi perhatian oleh rakyat atau sebaliknya.

Pas perlu lihat perubahan politik semasa - Azmin Ali

Posted: 22 May 2016 07:49 PM PDT

HULU KELANG - Senario politik yang berbeza perlu diambil kira oleh Pas dalam isu meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak dinafikan Pas mempunyai hak untuk mempertahankan kerusi tradisi tersebut, namun parti itu perlu melihat perubahan politik semasa.
Beliau berkata, besar harapannya supaya isu calon itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun depan.
Azmin Ali "Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha berbincang dengan semua wakil parti pembangkang sama ada Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dalam isu calon untuk menguatkan jentera sebagai persediaan menentang BN.
"Jika kita berpegang kepada objektif yang sama (iaitu) mahu menewaskan BN dan menurunkan perdana menteri, kita pasti mampu capai kata sepakat," katanya.
Ditanya sama ada isu dalaman PKR dan pentadbiran kerajaan negeri boleh memberi kesan kepada PRK nanti, beliau katanya, perkara itu tidak menjejaskan undian kepada Pakatan Harapan, sebaliknya tumpuan lebih kepada masalah rakyat.
"Kerajaan negeri bertanggungjawab dengan prinsip telus dan tulus. Jika ada aduan atau bukti melibatkan sebarang dakwaan, kita syorkan bawa kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang perlu dijelaskan dan difokuskan adalah isu rakyat (seperti) kenaikan harga barangan (dan) kos sara hidup. Saya ingatkan kepada komponen parti supaya tidak menyebar fitnah atau (melancarkan) serangan politik, sebaliknya tumpukan kepada fakta dan rekod prestasi kerajaan negeri," katanya.
Menurutnya, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada pembangkang, dengan syarat mereka bekerja keras.

Dua PRK bukti kerapuhan dua jenis pakatan - Shamsul Anuar

Posted: 22 May 2016 07:45 PM PDT


Dua PRK bukti kerapuhan dua jenis pakatan - Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi kesempatan terbaik rakyat untuk menilai kedudukan sebenar blok pembangkang di mata rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegagalan bersepakat dalam banyak perkara adalah gambaran betapa rapuhnya hubungan pakatan sesama mereka.

"Jika beginilah keadaannya bagaimana mereka mahu membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kuat. Suatu perkara yang boleh dinilai di sini adalah apabila jelas kelihatan betapa angkuhnya DAP dan PKR yang secara tidak langsung mendesak pihak lain menuruti kehendak mereka.

"Saya yakin kalau sesuatu kawasan pilihan raya itu biasa ditandingi DAP, pasti mereka bermati-matian tidak membenarkan parti lain bertanding di situ, jadi kenapa mereka hendak mendesak PAS untuk melepaskan kawasan tradisi milik PAS sendiri?" katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang kesal dengan keengganan PAS untuk berunding selain meletakkan calon di dua PRK selain ia dilihat akan menguntungkan UMNO.

Dalam pada itu, jelas Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, rakyat diminta menolak pandangan Kor Ming selain mahu pengundi menyedari bahaya seandainya beralih sokongan kepada pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat 2: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

Posted: 22 May 2016 07:37 PM PDT

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan insiden 'mata lebam' dalam prosiding semakan keputusan kes fitnah liwatnya ditolak Mahkamah Persekutuan. AnwarPerkara itu diputuskan panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Permohonan itu difailkan Anwar pada Jun 2015 bagi membuktikan dakwaan konspirasi politik dalam kes berkenaan yang  digunakan bagi semakan hukuman ke atas beliau bagi kes fitnah liwatnya.
Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh turut hadir pada prosiding itu.

PAS raih undi banyak ketika bersama parti lain – Mat Sabu

Posted: 22 May 2016 07:28 PM PDT

PAS hanya memperoleh undi yang banyak apabila parti itu bergabung dengan parti-parti lain, namun jika berseorangan, undi yang diperolehi berkurangan.
mat-sabu-pas
PETALING JAYA: AMANAH yakin dapat meraih kemenangan sekiranya diberi peluang untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, walaupun PAS telah memutuskan untuk bertanding, namun beliau yakin parti yang baru berusia lapan bulan itu bukan lagi parti nyamuk yang disifatkan sesetengah pihak sebaliknya ia mampu menyaingi jumlah undi PAS yang akan diperolehi parti Islam itu nanti.
Berdasarkan pengalamannya selama 37 tahun sebagai penceramah PAS, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa, PAS hanya memperoleh undi banyak apabila parti itu bergabung dengan parti-parti lain. Namun jika berseorangan, undi yang diperoleh mereka berkurangan.
"Begini, saya jadi penceramah dalam PAS lebih 37 tahun. Dari Ipoh sampai Johor Bahru adalah tempat PAS hilang wang pertaruhan. Selalunya kalau di Selangor, tempat yang tidak hilang wang pertaruhan adalah di Sabak Bernam dan Tanjung Karang. Sungai Besar itu parlimen baru. Lain-lain tempat itu selalunya PAS hilang wang pertaruhan.
"PAS mula mendapat undi banyak apabila bersama Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat. Undi PAS ini terlalu kecil. Sebab itu bila dia balik secara berseorangan, kita yakin dia balik kepada undi asalnya. Bukan undi yang ada sekarang yang kita melihat di Sungai Besar, PAS kalah hanya 300 lebih undi. Itu undi Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian, Mat Sabu turut berpendapat PAS hanya kukuh dari segi organisasi sebagai sebuah parti politik, bukannya undi rakyat ketika bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah bukan parti 'nyamuk’ - Mohamad Sabu

Posted: 22 May 2016 06:05 PM PDT

Mohamad Sabu
SELEPAS lapan bulan penubuhannya, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat begitu yakin untuk menakluk kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Mempertahankan bahawa kerusi Pas dalam Pakatan Rakyat kini menjadi milik mereka dalam Pakatan Harapan, Amanah kini berusaha untuk mendapatkan sokongan melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Ikuti temu bual wartawan, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA bersama PRESIDEN AMANAH, MOHAMAD SABU bagi membincangkan peluang dan matlamat Amanah yang sebelum ini dilabelkan sebagai parti serpihan Pas.
Selepas lapan bulan pembentukan Amanah, masih ada yang menganggap parti ini adalah serpihan Pas. Jadi bagaimana Amanah menepis persepsi sedemikian?
Alhamdulillah, perkembangan Amanah begitu pesat. Kami dalam Amanah ini ada di antaranya saudara Anuar Tahir (Setiausaha Agung Amanah) yang mempunyai pengalaman luas dalam arena politik dan pernah berada dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu lama. Beliau meletakkan parti Amanah ini sebagai parti yang pesat membangun dalam masa lapan bulan. Perkembangannya baik sekali. Kita sudah ada lebih daripada 145 kawasan parlimen. Ada pemuda dan wanita yang sudah berdaftar. Sekarang adalah pembangunan di peringkat cawangan-cawangan.
Pejabat kita di peringkat kawasan parlimen begitu banyak terutamanya di Johor dan Selangor. Di Johor, hampir di semua kawasan parlimen sudah ada pejabat pentadbiran dan begitu juga di Selangor.
Jadi bagi saya, di peringkat awal, dilihat sebagai serpihan Pas tetapi sekarang ia telah membesar dan anggotanya terdiri daripada pelbagai golongan termasuk mereka yang tidak berparti sebelum ini dan bekas-bekas Umno mula menyertai Amanah. Kami sudah beransur menjadi sebuah parti baharu yang bersifat terbuka dan bukan dianggotai bekas ahli Pas sahaja.
Ahli Amanah berdaftar sekitar 50,000 hingga 60,000 tetapi dalam proses pendaftaran masih banyak. Sebab ahli dalam proses sudah melebihi 100,000 di peringkat negeri dan kawasan parlimen. Sebabnya, dalam sistem key-in, kita hadapi masalah di kawasan luar bandar. Sistem key-in itu lambat. Memerlukan masa panjang.
Apa pendapat apabila ada yang mengatakan Amanah tidak akan bertahan lama dalam arena politik?
Kita hormat pandangan mereka berdasarkan sejarah yang lalu di mana parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) tidak lama, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) walaupun masih ada tetapi tidak berkembang, Parti Negara yang berhenti di tengah jalan dan Semangat 46. Oleh itu kalau ada pimpinan Pas mengatakan Amanah tidak lama saya tidak marah kepada mereka kerana itu tanggapan biasa.
Bagaimanapun kena lihat di sini, Amanah tidak buat hubungan rapat dengan pemerintah. Kita terus menjadi pembangkang dan terus melawan pemerintah. Maka ia tidak mati dan sedang berkembang. Bahkan kenyataan seorang naib presiden Pas baru-baru ini, di peringkat awal mereka mengatakan parti ini kecil, parti nyamuk, sekarang dia berkata dalam ceramah terakhirnya di Kelantan, naib presiden itu berkata, kalau Amanah bertanding, Pas mungkin boleh kalah di Kelantan tetapi kamu kena ingat apa jawapan kamu nak jawab di akhirat kelak bila parti Islam kalah di Kelantan. Ertinya dia telah akui bahawa Amanah sudah ada kekuatan. Hatta di Kelantan itu sendiri. Amaran itu adalah satu pengiktirafan kepada Amanah.
Selepas penubuhan Amanah, bagaimana hubungan saudara bersama pemimpin Pas?
Saya masih bertegur. Masih berjumpa. Saya tidak ada hal peribadi. Bagi saya kelemahan pada saya banyak tetapi bagi saya seluruh gerakan Islam di dunia ini perlu buat perubahan.
Akhlak dan akidah terpisah. Akhlak Islam ada pada orang Jepun, Korea, Finland, New Zealand. Orang Islam tiada akhlak Islam. Dia tidak jijik dengan rasuah. Ini yang paling pelik dalam dunia Islam. Dia boleh tengok pemimpin salah gunakan harta rakyat tidak seperti zaman kehebatan Islam dahulu. Kalau Islam nak naik balik, akhlak dan akidah perlu digabungkan semula.
Ketika ini Amanah dilihat mahu bertanding dalam PRK walaupun belum diputuskan Pakatan Harapan. Jadi mengapa Amanah mahu bertanding dan adakah yakin akan menang?
Amanah, secara fahaman umum adalah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan. Oleh itu sebarang kekosongan kerusi di tempat Pas, maka Amanahlah dianggap layak untuk bertanding. Walau bagaimanapun sebarang keputusan adalah melalui Pakatan Harapan. Di situ peringkat terakhir melalui Majlis Presidennya. Tetapi secara persidangan umum, kami nak bertanding di kawasan itu. Walau bagaimanapun ia mesti melalui keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Kita yakin menang di kedua-dua tempat. Kita sudah melakukan tinjauan. Walaupun tiga penjuru. Sebab kita yakin golongan pertengahan akan memihak kepada Amanah dan Pakatan Harapan. Ini kerana bila kita turun pada tiga hari lalu di Sungai Besar, sambutan yang diberikan agak luar biasa termasuklah orang veteran Pas, sahabat-sahabat. Bahkan yang memakai baju Amanah pun ada. Jadi kita yakin.
Jadi kita akan cuba memohon untuk bertanding dan Pakatan Harapan akan memutuskan. Dan kami memang ada orang, ada pekerja. Cukup. Kita boleh turunkan petugas kita. Mungkin 3,000 hingga 4,000 orang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Adakah tujuan Amanah hanya mahu membuat uji kaji sokongan rakyat?
Read More / Baca Lagi >>

PAS tak makan ugutan – Zuhdi

Posted: 22 May 2016 06:02 PM PDT

Serangan Azmin tidak sesekali menjejaskan hubungan antara PAS dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.
pas-ugutan
KUALA LUMPUR: PAS tidak terguris dengan parti sekutunya dalam pembangkang walaupun diugut.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sebagai sebuah parti yang matang PAS tidak sesekali termakan dengan ugutan mana-mana pihak, termasuk sekutunya PKR.
"PAS tidak makan ugutan. Lihat presiden juga tegas bahawa tidak takut diugut. Kita sudah biasa tidak ada kerajaan dan berkerajaan. Maka kita tidak risau dengan segala ugutan. Itu yang ditunjukkan oleh presiden," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti itu malam tadi.
Zuhdi berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras menurunkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Walaupun Azmin telah menafikan, namun Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan dakwaan itu benar, selepas Azmin dikatakan mendapat tekanan daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu meletakkan calon mereka.
Zuhdi menambah, PAS juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Hubungan PAS dengan PKR masih baik – Hadi

Posted: 22 May 2016 06:01 PM PDT

PAS masih bertegas untuk meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
hadi-pas-pkr
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan parti Islam itu dengan sekutunya PKR masih lagi baik dan berjalan seperti biasa.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan PAS dan PKR selepas timbul isu perebutan kerusi pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila parti Islam itu dan Pakatan Harapan mahu meletakkan calon.
Walaupun mengakui hubungan kedua-dua parti itu masih berjalan seperti biasa, PAS tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Hubungan PAS dengan PKR masih berjalan seperti biasa, namun kita tetap akan bertanding (di Sungai Besar dan Kuala Kangsar), malah jawatankuasa pilihan raya PAS akan mengumumkan calonnya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan parti itu di Ibu Pejabat PAS malam tadi.
Mengulas mengenai ugutan Datuk Seri Azmin Ali untuk memecat tiga EXCO PAS, Hadi berkata parti itu akan menunggu tindakan daripada menteri besar Selangor berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.
"Pasal Azmin tu kita tunggu dia buat atau tidak," katanya.
Hubungan PAS dan PKR seakan renggang apabila media melaporkan Azmin memberi kata dua kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad dan EXCO PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Azmin kemudiannya menafikan kenyataan tersebut, namun Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan apa yang disebut Azmin itu benar.

'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas' - Idris Ahmad

Posted: 22 May 2016 06:00 PM PDT

BUKIT CHANDAN - Calon yang akan mewakili Pas dalam PRK Kuala Kangsar adalah individu berintegriti, taat kepada perintah ALLAH, Rasul dan parti.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, mereka menolak memilih calon yang tidak mempunyai kesetiaan yang tinggi kerana enggan pengundi rasa dikhianati sekiranya mereka melompat parti.
Katanya, beliau berharap jentera Pas di Kuala Kangsar akur dengan pemilihan calon diputuskan oleh Majlis Syura.
'Cari modal lainlah kalau nak lawan Pas' "Pas tidak bertanding suka-suka di Kuala Kangsar sebaliknya mahukan kemenangan dan yakin ia boleh dicapai dengan kerjasama semua ahlinya.
"Bukan mustahil untuk kita menang di Kuala Kangsar. Kita harap dapat berkempen dari rumah ke rumah, (dan) berdialog kerana rakyat di sini intelektual. Kita bukan lawan dengan jentera Umno-BN tetapi kita lawan dengan jentera kerajaan. Kita patut bangga sebab kita ada kekuatan dan kita boleh terus lawan," katanya.
Beliau menempelak sesetengah pihak yang cuba mengaitkan Umno dengan Pas dan membuat kenyataan seolah-olah dua parti itu akan bersatu.
Katanya, jika Pas mahu bekerjasama dengan Umno, ia tentu tidak meletakkan 11 calon di Sarawak dan juga di Kuala Kangsar.
"Nasihat saya pada mereka, cari modal lainlah kalau nak lawan dengan Pas. Janganlah guna modal ini," katanya.

Dua kerusi PRK belum selamat, Umno berdepan penentang dalam parti

Posted: 22 May 2016 05:59 PM PDT

Atas kertas, Umno dan Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang dalam dua pilihan raya kecil (PRK) bulan depan berbanding parti pembangkang yang dilihat sudah berpecah berebut meletak calon, bagaimanapun penentangan dalam parti tidak dapat dielak.
Dalam keadaan Umno sedang bergelut dengan krisis kepercayaan dan keyakinan terhadap Presiden Datuk Seri Najib Razak, ditambah dengan penentangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua PRK ini sangat genting buat parti kaum Melayu itu.
Perpecahan dalaman berpunca daripada penggantungan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedikit sebanyak menjejaskan persediaan untuk menghadapi PRK nanti.
Tanda tanya menyelebungi mengenai pendirian yang bakal diambil Muhyiddin dan Mukhriz dalam PRK kali ini, adakah mereka akan turun berkempen untuk memastikan kemenangan Umno-BN atau sebaliknya, ia memandangkan mereka sudah ke hulu ke hilir berkempen menentang Najib.
Dalam keadaan ini, Umno-BN nyata tidak memiliki kelebihan dan dilihat tempang tidak memiliki barisan mantap untuk mempertahankan dua kerusi Parlimen.
Umno-BN akan bergerak dalam kempen ini dengan dua jeneral, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan menjadi tonggak utama menggerakkan jentera parti, sementara seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal pula tidak berada dalam barisan sama.
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Mirror Shafie berhasrat untuk turun membantu jentera Umno-BN berkempen, cuma kehadirannya tidak dialu-alukan.
Dua PRK ini akan menjadi ujian penting buat Zahid sejak mengambilalih jawatan timbalan perdana menteri daripada Muhyiddin tahun lepas dan beliau perlu membuktikan kemampuannya sebagai orang nombor dua presiden.
Tidak hanya berdepan kemungkinan bekas pemimpin yang akan berkempen untuk pihak lawan, Umno-BN juga berdepan sekumpulan kumpulan pendesak yang terdiri daripada pemimpin akar umbi.
Read More / Baca Lagi >>

BN kemuka calon 'pasti menang' pada PRK Sungai Besar

Posted: 22 May 2016 05:56 PM PDT


Mat Nadzari Ahmad Dahlan Mat Nadzari Ahmad Dahlan BN Selangor berkeyakinan tinggi pertikaian menentukan calon dikalangan parti pembangkang di negeri itu tidak memberi sebarang kebimbangan kepada Umno-BN untuk terus mengekalkan kerusi parlimen disandang dalam PRU13 lalu kata, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Beliau berkata BN berkeyakinan tinggi dan bersedia untuk menghadapi PRK di Sungai Besar dengan menampilkan calon 'pasti menang' untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen milik BN itu sejak tiga penggal pilihan raya umum diadakan.
" Kita fokus dan berkeyakinan tinggi serta sudah bersedia untuk menghadapi PRK Sungai Besar.
"Sudah buat persiapan sebaik mungkin dan mempunyai kesefahaman yang terbaik setakat ini di antara semua parti komponen dalam BN.
" Nampaknya kami sama-sama mengembling tenaga mengatur gerak kerja masing-masing untuk terus menawan hati pengundi di parlimen Sungai Besar.
"Senario yang berlaku membabitkan calon parti pembangkang tidak akan mengoncang kami dan kami tidak anggap satu 'advantage' apa yang berlaku terhadap pakatan pembangkang untuk meletakkan mana-mana calon.
"Kami terus buat kerja seperti yang telah kami rancangkan." ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Parlimen Sungai Besar mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu di Sungai Panjang dan Sekinchan dengan jumlah 42,836 pengundi. Peratusan pengundi Melayu adalah 67.18 peratus, pengundi Cina 30.68 peratus, pengundi India 1.91 peratus dan 0.23 peratus adalah kaum lain.
Dalam PRU 13 lalu Dun Sungai Panjang disandang Budiman Mohd Zohdi dari BN dan Dun Sekinchan disandang oleh Ng Suee Lim dari DAP.
Mengulas desas-desus antara tujuh nama yang dihantar kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menentukan calon bertanding di Sungai Besar terdiri daripada tiga wakil rakyat di Selangor, beliau menafikannya.
"Sudah tentu kita pilih calon yang sesuai yang kami fikir boleh membawa bukan sahaja aspirasi kerajaan kepada masyarakat dan dapat membawa masyarakat untuk melihat apakah ada lagi yang perlu kita buat untuk kepentingan dan manfaat di sana.
"Senarai calon sudah dihantar kepada PM dan terpulang pada pucuk pimpinan dan kita tidak kekeringan calon untuk menghadapi PRK.
Read More / Baca Lagi >>

'Malaysian leaders creating moronic society'

Posted: 22 May 2016 05:51 PM PDT

The Banned CNA Documentary In Malaysia (Full Video) 2015

Posted: 22 May 2016 05:50 PM PDT

Malaysia Corruption Allegations

Posted: 22 May 2016 05:48 PM PDT

Najib Razak Corruption Allegations: Malaysian government accused of media clampdown

Posted: 22 May 2016 05:44 PM PDT

TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?

Posted: 22 May 2016 08:27 AM PDT

Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya.

Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.

Hadi Awang menambah lagi, "kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti."

Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?

Adakah beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?

Dalam hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut disetujuinya menerajui Selangor?

Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"
Read More / Baca Lagi >>

Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK

Posted: 22 May 2016 08:24 AM PDT

DARIPADA blok pembangkang, setakat ini hanya Pas yang berterus terang akan meletak calon di kedua-dua PRK – Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Amanah masih berteka-teki. Pakatan Harapan dijangka akan membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat Majlis Presiden esok (Isnin).
Dilihat pada ombak yang sedang bergelombang, hampir pasti Amanah yang akan mewakili Pakatan Harapan jika mereka  membuat keputusan untuk menyertai persaingan yang dijangka sekurang-kurangnya tiga penjuru pada kedua-dua pilihan raya itu.
Jika ini menjadi kenyataan, siapa pun yang jadi calon parti itu, Amanah pasti akan kalah besar malah bukan mustahil akan hilang wang pertaruhan.
Analisis: Amanah jadi penentu siapa menang PRK Di Sungai Besar, tersebar cakap-cakap kononnya Presiden Amanah sendiri, Mohamad Sabu akan diletak sebagai calon. Sebagai satu-satunya pemimpin No. 1 parti yang tidak bergelar YB, wajarlah untuk Mat Sabu bertanding namun harus dipastikan, keputusan yang diambil itu jangan hanya akan lebih memalukan!
Meskipun kekalahan Amanah sama ada di Sungai Besar ataupun di Kuala Kangsar mudah untuk dijangka, ramai pemerhati politik berpendapat, parti itu akan jadi faktor penentu.
Analisisnya mudah. Di Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon telahpun dipilih menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 2004 lagi. Beliau dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang baik, cekap lagi bertanggungjawab. Dengan imej yang sedemikian, Noriah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar hingga masuk penggal ketiga meskipun dengan majoriti yang banyak menyusut.
Ketika pertama kali bertanding, beliau menang menewaskan Sallehen Mukhyi daripada Pas dengan 7,349 undi majoriti, Pada 2008, beliau mengatasi Osman Sabran, juga daripada Pas dengan 5,009 undi. Pada 2013, Noriah sekadar memperolehi 399 undi majoriti untuk menewaskan Mohamed Salleh M, Hussin (Pas).
Dengan perbezaan undi yang begitu hampir, Sungai Besar bukanlah kawasan yang selamat bagi BN.
Pas diura-urakan akan mencalonkan semula  Cikgu Mohamed Salleh pada PRK ini. Dengan perolehan undi sebanyak 18,296 (48 peratus) berbanding Noriah, 18,695 (49 peratus) pada PRU lalu, Pas boleh dikira mempunyai harapan cerah untuk menang pada PRK kali ini.
Noriah berjaya mempertahankan kerusinya hingga masuk penggal ketiga atas perkhidmatan yang baik. Di samping itu, ketika PRU13, isu-isu panas seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion belum lagi meletup. Itu pun beliau menang dengan undi majoriti yang sangat kecil.
Pada masa ini, senario sudah banyak berubah. Pas mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pada PRU13. Bagaimanapun peluang yang cerah itu berkemungkinan akan jadi sebaliknya jika Amanah turut sama masuk daun. Amanah menguar-uarkan bahawa kawasan tradisi di mana Pas bertanding adalah kawasan yang diperuntukkan kepadanya untuk mewakili Pakatan Harapan, termasuk di Sungai Besar.
Parti itu mengambil alih pusaka orang yang masih hidup?
Read More / Baca Lagi >>

PRK: Pertembungan PAS, AMANAH tiket BN menang bergaya - Bung Moktar

Posted: 22 May 2016 07:06 AM PDT

Bung Moktar berkata percaya situasi itu akan menyebabkan perpecahan undi parti pembangkang.
Bung-1
PETALING JAYA: Nampaknya perebutan kerusi dalam kalangan calon pembangkang akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Barisan Nasional untuk menang.
Ini kerana perebutan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar antara PAS dan AMANAH (Pakatan Harapan) bakal memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi dan menang bergaya lagi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata demikian kerana percaya situasi itu akan menyebabkan perpecahan undi parti pembangkang.
Justeru, Bung yakin jentera BN akan memanfaatkan perpecahan yang dihadapi pembangkang sekali gus dapat meningkatkan jumlah majoriti undi di kedua-dua kerusi parlimen tersebut.
"Pertelingkahan yang dihadapi pembangkang akan dimanfaatkan BN. Pertandingan tiga penjuru antara BN,PAS dan AMANAH akan memudahkan kempen untuk calon BN," katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keputusan parti Islam itu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun sebagai muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi: Ubah pemimpin sebelum reformasi sistem – Tamrin Ghafar

Posted: 22 May 2016 07:04 AM PDT

Sila baca dan fahami Perkara 36 sepenuhnya Deklarasi Rakyat ini. Ia menjawap segala keraguaan yg ditimbulkan oleh pihak2 tertentu.Saya maseh berpegang bagi melaksanakan perkara2 tersebut mesti terlebih dahulu perubahan kepimpinan dilakukan.
Kita boleh tunggu sehingga PRU 14 tetapi berkemungkinan besar keadaan Negara kita akan lebih meruncing.
Hutang Negara akan terus meningkat , kos sara hidup akan terus menekan rakyat khasnya mereka yg berada diperingkat pertengahan dan bawah.
Deklarasi: Ubah pemimpin sebelum reformasi sistem - Tamrin GhafarJumlah pengganguran setakat ini sudah mencecah 400,000. 160,000 anak kita yg lulus universiti2 dan kolej tidak dapat pekerjaan sementara 40,000 rakyat Malaysia terpaksa bekerja di Singapura dengan berbagai jenis pekerjaan sedangkan 1.5 juta rakyat Bangladesh terus diimport selain dari 5 juta rakyat luar negara yang sudah berada disini.
Dari segi pelajaran 744 anak2 kita yang cemerlang dan sudah mendapat tempat di universiti2 di luar negara tidak lagi diberi biasiswa dan pinjiman pelajaran; ini kerana Kerajaan nak menjimatkan RM244 juta sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menudoh penggangguran berlaku kerana pelajaran anak2 kita tidak setaraf.
Hampir 60 tahun UMNO/BN memerintah sepatutnya Negara kita lebih maju dan rakyat tidaklah dibebankan dng bebagai maasalah sedangkan pemimpin boleh berjoli dng wang negara.
Kita tidak tahu apa yg akan dilakukan dari sekarang sehingga PRU akan datang.
Apakah sudah pasti Pilihan Raya itu akan diadakan dan jika sekali pun diadakan apakah ianya akan berjalan dengan adil, bersih dan bebas dari segala unsur2 yg melanggar undang2 seperti yg dilakukan pada PRU 13 yg lepas?
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan WAJIB ADA KETIRISAN berlaku pada KERAjaan BN ???

Posted: 22 May 2016 07:01 AM PDT


Comments (0)