Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pas tutup pintu rundingan dengan Pakatan Harapan

Posted: 21 May 2016 08:59 PM PDT

Hadi Awang
MELAKA - Pas menegaskan rundingan bersama Pakatan Harapan bagi memutuskan calon daripada parti mana yang akan bertanding di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah tamat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pas meletakkan calonnya di dua PRK terbabit adalah muktamad.
"Pada mulanya mereka (Pakatan Harapan) minta kita berbincang dalam kerjasama pilihan raya dan kita telah menghantar wakil iaitu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Tidak sangka pula ada permintaan di kalangan mereka untuk bertanding juga.
"Oleh kerana Pas sudah tiga, empat kali bertanding di situ, ditambah pula kita punya banyak cawangan, ternyata kita berpijak di lapangan dan kita juga ada jentera pilihan raya bahkan kita menganggap kitalah yang berhak bertanding di kawasan terbabit.
"Tuntutan daripada pihak lain untuk bertanding tidak wajar. Apatah lagi kita dapat tahu mereka hendak meletakkan calon daripada  Pakatan Harapan," katanya kepada media selepas merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan 4.0 di Melaka semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Isu sampingan tidak jejas PRK Sungai Besar

Posted: 21 May 2016 08:52 PM PDT

Isu sampingan melanda KEADILAN tidak menjejaskan peluang merampas kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional (BN).
BANGUNAN SUKTimbalan Presidennya, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata fokus utama kempen tertumpu kepada permasalahan rakyat terutama berhubung kos sara hidup yang tinggi.
"Selangor juga memiliki pencapaian pentadbiran kerajaan yang baik untuk dikongsikan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Ini adalah contoh sebuah kerajaan diberikan mandat oleh rakyat yang menterjemahkan program pembangunan secara adil dan meyeluruh," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau melepaskan peserta larian King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah di sini, pagi ini.
Sebelum ini, Mohamed Azmin mencabar sesiapa yang mempunyai bukti salah laku dalam kalangan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Saya sudah membuat penjelasan kepada parti supaya tidak menggunakan  fitnah menyerang peribadi tetapi tumpu kepada fakta dan rekod  kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (Harapan).
"Jika mengikut laporan Audit Negara pada 2015 juga, jabatan dan  agensi Kerajaan Negeri menjalankan tugas dengan baik seperti Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang mencapai 93.8 peratus dari segi pengurusan kewangan," katanya.

Calon PRK dirunding, pastikan tak bertembung tiga penjuru

Posted: 21 May 2016 08:51 PM PDT

mb-markshort kemensah Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali meneruskan proses rundingan dengan PAS dan rakan Pakatan Harapan bagi menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, beliau optimistik tiada pertembungan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK berkenaan.
Katanya, beliau akan bekerja keras untuk mencapai hasrat itu demi memastikan kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak berulang.
"Ini merupakan tugas sukar. Oleh itu, saya sudah berjumpa pimpinan AMANAH, PAS, dan malam tadi baru bercakap dengan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) mengenai perkara ini.
kemensah 2"Saya dan rakan-rakan dalam kalangan pembangkang perlu memperkukuh barisan untuk menumbangkan BN," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau melepaskan peserta larian King of Kemensah Trail 2016 di Kampung Kemensah di sini, pagi ini.
Mengulas pendirian PAS untuk tetap meletak calon, Mohamed Azmin berkata ia merupakan hak PAS yang sudah bertanding di kedua kerusi sebelum ini.
"Tindakan itu difahami memandangkan ini kerusi tradisi mereka.
"Bagaimanapun, senario sudah berubah dan kita harap kebijaksanaan pimpinan yang ada mampu mencapai kesepakatan yang baik," katanya.

PAS sedia hilang tiga Exco di Selangor

Posted: 21 May 2016 08:50 PM PDT

PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hilang tiga Exconya di Selangor ekoran keputusan parti itu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.
Hadi berkata, meskipun PAS bersedia namun beliau berharap ia hanyalah sekadar khabar angin.
"Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.
"Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada PAS meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

PERANGAI, TINGKAH LAKU DR ZETI HINA & BURUK?

Posted: 21 May 2016 05:54 PM PDT


Kenapa bekas Gabenor Bank Negara  Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz bersikap mendiamkan diri dan tidak bertanggungjawab menyatakan perkara sebenar mengenai derma RM2.6 bilion?
Kenapa Dr Zeti sanggup membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dicerca, difitnah dan dihina sedemikian rupa gara-gara penyaluran derma daripada Raja Arab Saudi berkenaan?
Kenapa Dr Zeti sanggup menjadikan Malaysia – sebuah negara yang selama ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti - di hina sebegitu rupa di mata dunia?
Apa permainan Dr Zeti sebenarnya? Kenapa dia sanggup melakukan itu semua?
Hinanya manusia bernama Zeti ini dan tidak wajar dia disanjung!

Gara-gara sikap berdiam dirinya, serta gara-gara Bank Negara tidak mengumumkan ia membenarkan duit berkenaan disalurkan ke akaun peribadi Najib, satu Malaysia huru  hara dan satu dunia menghina kita...
Sedangkan,  laporan Najib menerima duit itu berpunca dari pada 1MDB tidak betul.
Di mana ketelusan Dr Zeti dan kenapakah kepercayaan kerajaan terhadapnya dikhianati?
Kesemua tuduhan terhadap Dr Zeti ini sebagai kesimpulan kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. MohdPuad Zarkashi semalam.
Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.
Yang pasti duit itu daripada Raja Saudi. Duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukan akaun rasmi sebab tujuan antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.
Najib, menurut Puad, tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.
"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepadaWall Street Journal.

"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelab UMNO Australia.
Read More / Baca Lagi >>

SIAPA SEBENARNYA ada di Turki ??

Posted: 21 May 2016 05:39 PM PDT

PELIK TAPI BENAR... Lawatan kerja Najib hanya di London & di Sochi, Russia shj.. Kenapa penerbangan pesawat 9M-NAA berulang-alik dari Turki ke Sochi sejak 18 Mei 2016 lagi ??

Bukankah Najib hadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia di Sochi, Russia sudah tamat semalam DAN kenapa penerbangan pesawat 9M-NAA tersebut bermula dari Turki & singgah pula di Sochi HARI INI ??

PAS sedia sebarang kemungkinan selepas PRK - Hadi

Posted: 21 May 2016 05:36 PM PDT

MELAKA - Pas bersedia sebarang kemungkinan termasuk menghadapi dakwaan 'kata dua' Menteri Besar Selangor supaya tiga Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.
Abdul Hadi Awang "Saya cuma mendapat khabar berita angin dan ia mungkin betul dan mungkin salah.
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.
"Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas spekulasi berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahukan tiga Exco Selangor daripada Pas meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.
Terdahulu, Pas Selangor semalam turut menyangkal spekulasi berhubung dakwaan 'kata dua' dari Azmin supaya tiga Exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika parti itu bertegas mahu calonnya bertanding dalam PRK Sungai Besar.
Malah Azmin juga turut menafikan perkara berkenaan.

NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA

Posted: 21 May 2016 05:29 PM PDT

Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal.

Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib berundur daripada jawatannya.

Najib, katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.

Hanya dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma di tangannya yang sedang tegak berdiri.

Sememangnya, Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.

Kadang-kadang, sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru ini.

Ia disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pas dan Pakatan Harapan bersediakah ganti Umno-BN?

Posted: 21 May 2016 05:23 PM PDT


Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Dalam politik 'akhirannya' lebih penting dari 'permulaannya'.
Macam tengok program gusti di kaca TV orang yang cakap banyak dipermulaan pertandingan belum tentu dia yang akan menang pada akhir pertandingan.
Kita kena faham pepatah orang Melayu ada menyebut 'Menang jadi arang kalah jadi abu'.
Kalau saya memutuskan siapa nak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar saya akan pilih parti Pas.
Pertama ini adalah Pilihanraya kecil. Pas pernah bertanding di kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan Pas adalah parti pembangkang.
Soal dia dilihat berbaik-baik dengan Umno samalah seperti Pakatan Harapan yang dilihat berbaik-baik dengan Tun Mahathir.
Matlamat Pakatan Harapan dan Pas sama. Nak gulingkan Umno-BN pada PRU14. Mengapa tidak kita kekal berfikir begitu?
Mengapa di satu pihak kita boleh berbaik-baik dengan Tun Mahathir dan di satu pihak tidak mahu sokong menyokong dengan Pas dalam Pilihanraya kecil ini?
Biasanya dalam Pilihanraya kecil 'incumbent' akan bertanding.
Incumbent di sini adalah Pas.
Hubungan Pakatan Harapan dengan Pas mesti dijaga jika kedua-duanya benar-benar mahu berkuasa di Putrajaya.
Pertandingan tiga atau empat penjuru memberi kelebihan kepada BN.
Pilihanraya di Sarawak baru saja selesai. BN Sarawak yang tidak ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain partid ari Semenanjung dengan mudah meratah Pakatan Harapan dan Pas. BN Sarawak ada senjata sulit dan tektikal moves mereka 'caught us by supprise'.
Antaranya mereka main isu kenegerian 'Kita orang Sarawak, mereka orang Semenanjung memandai-mandai nak kacau kita di Sarawak' dan banyak isu lagi.
Kita sebaliknya cuma 'gah' nak tunjuk kuat. Dalam politik tunjuk 'gah' sahaja tak cukup. Kita mesti cerdik. Bertanding tiga atau empat penjuru tak cerdik.
Read More / Baca Lagi >>

Calon faktor penentu kemenangan di PRK Sungai Besar?

Posted: 21 May 2016 05:23 PM PDT


logo PRK
Ramadan akan datang bakal menyaksikan sejumlah 42,836 pengundi berdaftar di Parlimen Sungai Besar memilih calon yang terbaik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
Berbaki 15 hari sebelum gelanggang kempen dibuka selepas penamaan calon pada 5 Jun ini, pelbagai teori dan analisis telah dibuat mengenai peluang parti-parti bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun ini.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini dilihat dalam kedudukan seimbang untuk memenangi kerusi berkenaan.
Mengulas tentang kerumitan hubungan PKR-PAS-DAP-AMANAH di Selangor, Samsul Adabi tidak menolak kemungkinan pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar membabitkan BN-PAS-AMANAH.
"Senario ini bakal memberi kesan besar sehingga membawa kepada kemungkinan PRK kali ini menjadi yang paling sengit dalam sejarah PRK sebelum menuju ke PRU14.
"DAP berharap akan ada pertandingan tiga penjuru tetapi pada masa sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nak ambil hati PAS. Ini akan wujudkan situasi menang-menang di mana pakatan pembangkang pun hadapi masalah dan BN ada masalah isu, jadi pengakhirannya faktor calon amat memainkan peranan," katanya kepada Bernama.
Samsul Adabi berkata sudah pasti, penduduk tempatan mendambakan seorang calon yang benar-benar mempunyai kredibiliti dan diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaum Cina.
Menurut penganalisis politik itu, penentuan seorang calon yang akan bertanding sememangnya amat penting dan calon itu haruslah seorang yang telah terbukti layak.
"Saya lihat kekuatan pada Budiman Mohd Zohdi (Anggota Dewan Undangan Negeri) kerana beliau sudah menang di (Dewan Undangan Negeri) Sungai Panjang dan prestasi beliau sepanjang pegang tanggungjawab sebagai ADUN memang amat baik. Jadi bila guna formula ini, maka UMNO kalau ambil pendekatan bijaksana mereka tidak akan lepaskan peluang untuk (memilih) calon seperti ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah paling sesuai di PRK serentak, kata Faiz Fadzil

Posted: 21 May 2016 05:21 PM PDT


Timbalan ketua pemuda Amanah, Faiz FadzilTimbalan ketua pemuda Amanah, Faiz Fadzil
Komposisi pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dilihat lebih sesuai untuk Amanah meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak, 18 Jun ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, Pakatan Harapan perlu memberi laluan kepada parti berkenaan bagi mendepani Pas di kerusi campuran pengundi dengan majoriti Melayu Islam itu.
"Kita berharap pimpinan tertinggi dapat mempertahankan kedua-dua kerusi itu untuk ditandingi Amanah. Beri peluang kepada Amanah sebagai parti politik yang bergerak dalam perjuangan massa," ujarnya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pemuda Amanah Nasional di Wisma Amanah lewat petang semalam.
Menurut beliau, pertembungan antara parti komponen Pakatan Harapan perlu dielakkan atas prinsip setiakawan berbeza dengan Pas yang berada di luar gabungan parti pembangkang itu.
"Pertindihan calon bertanding sesama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas tidak harus berulang pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.
"Namun, keputusan Pas untuk meletakkan calonnya tidak dapat dielak memandangkan parti itu bukannya komponen Pakatan Harapan tetapi kita menghormati semangat demokrasi untuk Pas masuk juga bertanding, " jelasnya.
Sehubungan itu, Faiz berharap seluruh pimpinan Pakatan Harapan dapat membuat keputusan tepat dan jujur bermuafakat kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan penanda aras pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Shaharuddin nafi jadi calon PKR untuk PRK Sungai Besar

Posted: 21 May 2016 05:19 PM PDT

Pengundi akan keliru dengan perjuangan PAN bukan PAS - Nik Abduh

Posted: 21 May 2016 05:18 PM PDT

Husam : Madu Atau Racun PAS?

Posted: 21 May 2016 05:18 PM PDT

Isu Najib Dan Deklarasi Rakyat Di Sisi Undang2 - Hanif Khatri

Posted: 21 May 2016 05:07 PM PDT

Agong Boleh Bertindak Berdasarkan Sumpah Perdana Menteri - Hanif Khatri

Posted: 21 May 2016 05:07 PM PDT

Tindakan Najib Tidak Masuk Akal Bagi Seorang Yang Tidak Bersalah - Hanif Khatri

Posted: 21 May 2016 05:07 PM PDT

Umno Kedah bimbang berhadapan PRU14 - Ahmad Bashah

Posted: 21 May 2016 07:37 AM PDT

Ahmad Bashah Md Hanipah ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.

"Kita harus bermula dari awal kerana persiapan untuk menghadapi satu-satu kerja besar bukan perkara mudah. Itu adalah pengalaman yang kita lalui selama ini.

"Walaupun kita dah lalui pilihan raya banyak kali, tapi kalau kita tak buat persiapan dan tak tumpu kepada gerak kerja di semua peringkat, tak mungkin kita berjaya mengekalkan kuasa apabila pihak lawan juga membuat persiapan sama," katanya.

Berucap melancarkan Jentera Gerak Kerja PRU14 Wanita Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini, beliau berkata, semua ahli dan jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan berpeluk tubuh dan selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini.

Ini kerana katanya, PRU14 akan menentukan sama ada BN berjaya atau tidak dengan pelbagai halangan dan rintangan yang ada.

"Bergantung kepada gerak kerja dan komitmen kita untuk menghadapi kerja besar yang akan menentukan kuasa kita di peringkat pusat dan negeri.

Read More / Baca Lagi >>

Pas nafi lakukan 'pembersihan' besar-besaran - Nik Abduh

Posted: 21 May 2016 07:21 AM PDT

Pas
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan 'pembersihan' besar-besaran melanda parti itu sepanjang krisis dalaman yang menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah), baru-baru ini.
Menurutnya, 'pembersihan'‎ yang berlaku itu hanya biasa-biasa sahaja meskipun ekoran daripada itu beberapa pimpinan utama parti itu meninggalkan Pas dan membentuk parti lain.
"Sebab itu tak boleh kata pembersihan besar-besaran. Pembersihan biasa. Saya sendiri dan pemimpin lain daripada awal menyebut, yang tak puas hati dengan Pas, kita selesaikan dengan cara yang baik.
"Yang sudah tak selesa dengan Pas, dia boleh keluar, tak perlu kita pecat dan boleh masuk parti-parti lain, nak aktif (berpolitik) ataupun tidak, itu terpulang.  Yang keras kepala kena pecatlah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Tahun lalu, sebahagian pemimpin dan ahli Pas meninggalkan parti dan menyertai Amanah termasuk bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, harus diakui ada ahli Pas yang meninggalkan parti dan ada juga yang memilih untuk kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana hilang wang rakyat?

Posted: 21 May 2016 06:03 AM PDT

Oleh Ong boon teck
TIDAK apa-apa yang boleh dibanggakan. Begitulah kesimpulan yang boleh diperkatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.
Sememangnya rakyat Malaysia patut marah mengenai tahap prestasi pengurusan kewangan di dalam agensi-agensi kerajaan yang amat lemah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kecuaian dan ketirisan terus berlaku menyebabkan wang negara terus hilang dengan mudah tanpa terkawal.
Tidak dinafikan seperti dinyatakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, terdapat 180 kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan mendapat penarafan Cemerlang (5 bintang), berbanding 114 pada tahun 2014.
Namun, laporan berkenaan tetap mendedahkan wujudnya kelemahan dan kekurangan ketika menguruskan wang kerajaan oleh pegawai-pegawai terbabit.
Sebagai contoh, Jabatan Audit mendapati kemudahan biometrik myIMMs yang menelan belanja RM10.3 juta telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai.
Dengan harga yang mahal, ia sepatutnya boleh mempertingkatkan kemudahan di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia. Malangnya, barang telah dibeli tetapi tidak ingin digunakan pula. Apa sebab dan tujuan?
Begitu juga dengan prestasi keseluruhan projek pembinaan Rumah Kekal Baharu untuk mangsa banjir.
Didapati hanya 40 peratus atau 557 daripada 1,395 unit rumah itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lalu. Ini menyebabkan seramai 557 mangsa banjir serta keluarga di lima negeri yang dilanda bencana alam itu pada akhir 2014 masih menetap di rumah transit, khemah dan sebagainya.
Rakyat sedar kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat setiap kali dilanda banjir. Tetapi persoalan kerap kali ditimbulkan ialah setiap kali begitu banyak wang peruntukan disediakan oleh kerajaan, namun masalah tetap gagal diselesaikan!
Di sinilah terletak keupayaan pegawai-pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terbabit menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, menguruskan wang secara telus dan berhemah.
Read More / Baca Lagi >>

Bila manusia jadi bodoh daun kering & kabel dlm longkang pula yg disalahkannya..

Posted: 21 May 2016 06:00 AM PDT

Benarlah.. Akhir Zaman Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh & Zalim

Pilih Pas atau Pakatan Harapan, PKR perlu tegas elak rakyat muak

Posted: 21 May 2016 05:58 AM PDT

Oleh Arif Atan
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.


Pada masa sama, 'ribut di cawan kopi' antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.
Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.
Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.
Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai 'u-turn' atau 'pusing roundabout tak henti' inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.
Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.
Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.
Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus 'memberi muka' kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.
Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.
Slogan Pas kononnya 'istiqamah hingga kemenangan' dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.
Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.
Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pas kuat bukan sebab Abdul Hadi, pemimpin - Nik Abduh

Posted: 21 May 2016 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan kekuatan parti Islam itu bukan bersandarkan kepada presidennya mahupun barisan kepimpinan parti.
Menurutnya, akar umbi dan sokongan rakyatlah punca kekuatan Pas selama ini.
"Pas sebuah parti yang kuat. Kekuatan kita bukan sebab presiden. Adakah sebab Tuan Guru Hadi atau pemimpin-pemimpin di sekeliling dia? Bukan!
Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz "Tetapi kekuatan itu bermula dari akar umbi, dari sokongan rakyat dalam masa yang panjang. Sebab rebahnya Pas, (bermaksud) rebahnya Islam di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Nik Abduh sempat mengimbau krisis dalaman Pas yang melanda parti itu sebelum ini.
"Pemimpin kita puja, dialah (yang) rebah. Sepatutnya Pas sudah hancur.
"Yang keluar (parti) itu, keluarlah tapi Pas terus gagah," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, pemimpin-pemimpin yang disifatkan sebagai abang-abangnya itu meninggalkan parti atau dibuang parti kerana menghidapi penyakit.
"Kekuatan Pas juga kerana Dewan-dewan Pemuda Pas ini. Pemuda kuat-kuat belaka, sihat. Yang rebah di atas itu...abang-abang kita kerana berpenyakit.
"Mereka keluar Pas, dibuang dari Pas bukan sebab Pas tapi kerana penyakit diri sendiri yang tidak diubati. Kanser itu bermula dari sel yang kecil jika tidak diubati, sama ada kena potong (buang) ataupun mati sendiri," katanya.
Mendakwa hasil pemerhatiannya, abang-abangnya meninggalkan parti juga dilihat gara-gara sudah hilang perhormatan kepada para ulama.
"Mereka hormat yang mereka mahu hormat. Mereka tidak hormat yang mereka tidak mahu hormat.
"Ini ALLAH tidak terima, jadi, jangan begitu," katanya.

PAS tetap syukur walaupun kalah, mahu tegak syiar Islam dalam PRK

Posted: 21 May 2016 05:01 AM PDT

Seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Mohd Asri Daud menyifatkan tujuan parti tersebut masuk bertanding dalam pilihan raya kerana mahu menegakkan syiar Islam dan tetap bersyukur walaupun kalah bertanding.
Mohd Asri berkata sudah memadai bagi PAS dapat berdakwah dalam setiap pilihan raya dan melihat kemelut perebutan kerusi sesama blok pembangkang hanya merugikan.
"Kita (Pas) bukan seperti parti lain sebab kita bertanding membawa misi untuk berdakwah dan tarbiah, kalau menang alhamdulilah, kalau tak menang syukur sebab dah berjaya beri dakwah kepada rakyat di sana. Ini akidah yang ada dalam perjuangan Pas.
"Kita harap parti pembangkang lain beri laluan kepada Pas. Jangan berebut kerana ia merugikan, boleh pecah undi sebab kita mahu jatuhkan pemimpin Umno," kata beliau dipetik dalam Sinar Harian hari ini.
Mohd Asri mengulas mengenai kemelut perebutan kerusi dalam dua PRK yang bakal diadakan Jun depan.
PAS sudah mengumumkan bakal meletak calon mereka dan mengataka pintu rundingan sudah tamat walaupun blok pembangkang, Pakatan Harapan masih bertegas juga mahu meletak calon mereka.
Memberi alasan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar milik mereka semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu, PAS berkata mereka paling layak untuk bertanding disitu.

Sekat Najib dari menjadikan M'sia negara kuku besi, kata Kit Siang

Posted: 21 May 2016 04:58 AM PDT

Rakyat Malaysia harus bangkit menentang rancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak's "untuk merubah Malaysia menjadi negara kuku besi", yang mana lebih sesuai untuk negara komunis, kata ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
"Apakah Malaysia dalam kelompok masyarakat yang terbuka dan demokratik atau mundur kepada menjadi autokratik dan masyarakat yang tertutup seperti regim komunis Korea Utara?" tanya Lim.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu memberikan kabinet suatu pengajaran mengenai perundangan negara, dalam hal berkenaan sekatan perjalanan ke atas sesetengah individu yang didakwa kerajaan melanggar perlembagaan persekutuan.
"Suhakam sepatutnya memberikan kabinet keseluruan tunjuk ajar mengenai hak perlembagaan dan asasi manusia rakyat Malaysia, ekoran kabinet telah menjadi satu badan dalam negara yang mengabaikan hak tersebut," kata Lim dalam kenyataannya.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan sekatan akan dikenakan terhadap pengkritik kerajaan.
Sebuah harian berbahasa Inggeris pada Rabu lalu melaporkan Jabatan Imigresen membuat peraturan dalaman untuk menyekat pengkritik kerajaan daripada ke luar negara.
Mengulas lanjut, Lim berkata, pihak kesal dengan sikap berdiam diri oleh kabinet mengenai perkara itu.
"Semalam, saya bertanya sama ada akan ada menteri yang bakal meletak jawatan jika kabinet tidak bersedia untuk membatalkan sekatan perjalanan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Comments (0)