Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Isu KTMB: 'Kalau salahkan Mahathir, orang marah'

Posted: 20 May 2016 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR - "Berniaga nasi lemak pun boleh untung". Demikian reaksi Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan mengenai situasi terkini melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurutnya, KTMB hari ini sedang nazak dan perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan ia menerima nasib sama seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS).
"Meniaga nasi lemak pun boleh untung. Kita (KTMB) hari-hari rugi. Bagilah tambang itu naik mengikut harga sebenar. Barulah kita boleh naik. Jangan asyik salahkan KTMB.
Isu KTMB: 'Kalau salahkan Mahathir, orang marah'
"Sekarang kita luahkan sebab KTMB sedang nazak. Selamatkan KTMB! Sebab itu kita berhimpun, menyuarakan rasa hati. Kita tidak berpiket. Ini perjuangan, kalau bukan kita, siapa lagi nak berjuang?," katanya pada Himpunan Bantahan Pengambilalihan Aset Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), di sini, hari ini.
Beliau sempat menyingkap sejarah dan meletakkan punca KTMB berada dalam situasi hari ini gara-gara kesilapan dalam dasar kerajaan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"KTMB tak boleh diswastakan. Kalau saya salahkan Mahathir, orang marah saya. Tapi puncanya siapa yg swastakan?
"Kalau tak diswastakan, kita tak apa-apa. Gaji kita rendah. Malah lagi rendah dr penjawat awam. Saya menjerit sana sini, orang marah RUM tapi orang tak pandang RUM kerja tengah panas, tinggal anak panas nak beri perhidmatan kepada orang ramai," katanya.
Mengulas lanjut, beliau akui netizen marah dengan KTMB apabila perkhidmatan tergendala namun perkhidmatan terpaksa ditahan sementara sebelum ini gara-gara landasan keretapi retak.
"Kita 'delay' orang marah. Netizen marah bila kita tahan perkhidmatan sebab tapi kita terpaksa buat demi keselamatan.
"Kita dah minta sistem itu 10 tahun dulu. Baru skrg nk luluskan. Siapa jadi mangsa? KTMB juga dipersalahkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa banjir kilat boleh saman PBT

Posted: 20 May 2016 08:08 PM PDT

Sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan.
SyahredzanJohan
KUALA LUMPUR: Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota baru-baru ini, boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.
Peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata mangsa perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.
"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.
"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya ketika
dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata proses melibatkan pakar ini biasanya memerlukan kos yang tinggi dan hal itu membuatkan mangsa menganggap ia membebankan dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.
"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas Sarawak, Azmin kini tersepit di dua PRK

Posted: 20 May 2016 08:05 PM PDT


Azmin dikatakan tersepitAzmin dikatakan tersepit
Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali dikira pihak yang paling tersepit menjelang pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selepas Dap dan penyokong Pakatan Harapan menyerang beliau ekoran pertembungan sesama calon mereka di Sarawak, kini beliau berdepan dengan serangan dari pemimpin Amanah dan Pas pula ekoran dari usahanya mahu PKR bertanding di Sungai Besar.
Ini kerana pemimpin Amanah menganggap kerusi itu adalah sepatutnya milik Amanah apabila parti pecahan dari Pas itu menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan selepas hancurnya Pakatan Rakyat.
Belum reda serangan itu, Pas pula kini menyerang Azmin selepas beliau dikatakan memberi kata dua kepada tiga Exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor agar Pas menarik diri dari bertanding di Sungai Besar atau ketiga-tiga mereka meletakkan jawatan dari Exco kerajaan negeri Selangor.
Ekoran itu ketiga-tiga mereka bersama beberapa pemimpin dari Selangor terbang ke Marang bagi bertemu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu itu.
Dalam pertemuan itu Hadi memutuskan agar Pas terus bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama mengarahkan agar ketiga-tiga mereka kekal dalam kerajaan negeri atau tidak meletakkan jawatan.
Azmin bagaimanapun menafikan memberikan kata dua itu selepas ia disiarkan oleh media dan berkata beliau akan terus berunding dengan
pemimpin Pas mengenainya.
Sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan Pas menulis dalam Facebook mereka menyerang Azmin ekoran dari kata dua Azmin itu.
Ketua Pemuda Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dan AJK Pas Pusat, Mokhtar Senik.
Nik Abduh mempertikaikan rundingan yang diusahakan Azmin dan menegaskan Pas akan kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK ini.
"Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13," tulis Nik Abduh.
Belum reda dengan ugutan itu, sekali lagi Azmin diserang beliau selepas berkata Hadi tidak tahu apa yang berlaku dalam parti itu ekoran kenyataannya Pas tiada perundingan dengan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

'Warkah Anwar, warkah pencerahan'

Posted: 20 May 2016 08:01 PM PDT

Berulang kali saya menekuni warkah Anwar Ibrahim dari penjara. Saya bersyukur sebagai ahli biasa parti Keadilan, saya berpeluang menelaah watikah yang sangat bermakna. Warkah yang bagi saya menjadi pencerah kepada kekeliruan yang
membenak dalam minda masyarakat akar umbi, khususnya penyokong parti pembangkang.
Sejak terlibatnya beberapa kepimpinan Pakatan Harapan dengan kempen Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad, ada bisik-bisik tidak senang diperingkat masyarakat awam yang tertanya-tanya apa sebenarnya kehendak kepimpinan Pakatan Harapan menyokong kempen ini.

Buktinya, dalam tiga forum mengenai Deklarasi Rakyat yang saya ikuti, sangat jelas orang awam khususnya anak muda sangat dingin dalam melayani Deklarasi Rakyat ini. Akibat Deklarasi Rakyat ini juga, kumpulan pro-perubahan yang melatari perjuangan rakyat selama ini juga terpecah-pecah. Ada yang memilih untuk menyokong, ada yang menentang dan
ada juga yang berkecuali lalu berdiam. Keadaan ini sudah pasti menggugat keutuhan jentera perubahan dalam berhadapan Barisan Nasional yang sentiasa ditopang kuasa wang ringgit.

'Tidak selesa' 
Orang awam, khususnya penyokong pembangkang yang tidak selesa dengan kempen Deklarasi Rakyat sudah pasti merasa tenang dengan hadirnya Warkah Anwar ini. Paling kurang, mereka memahami bahawa individu yang disepakati oleh semua komponen Pembangkang bakal menjadi perdana menteri Malaysia, juga mengambil pendirian untuk berbeza
dengan kempen Deklarasi Rakyat.

Selama ini ramai yang kecewa apabila melihat seolah-olah pemimpin pembangkang jatuh ke dalam kepentingan politik Tun Mahathir. Media sosial dilimpahi sumpah seranah anak muda pro-reformasi terhadap pemimpin pembangkang yang sepentas dengan Tun Mahathir. Warkah ini semestinya memberi gambaran kepada masyarakat di luar sana bahawa kebimbangan mereka juga dikongsi oleh Anwar Ibrahim dari dalam penjara, dan boleh dikatakan Anwar telah bersuara bagi pihak mereka.

'Pergiat agenda reformasi'

Publik atau penyokong pembangkang yang tidak senang dengan kempen Deklarasi Rakyat pada awalnya bingung apabila Anwar dikatakan turut bersetuju dengan inisiatif ini. Namun warkah ini memperjelas segalanya. Anwar bersetuju dalam
kerangka yang sangat berwaspada. Dalam warkah tersebut Anwar menyatakan kebimbangan dan harapan agar jentera parti mula meletakkan jarak dengan kempen deklarasi ini.

Saya kira Pakatan Harapan sudah memulakan inisiatif persis seperti yang disarankan oleh Anwar melalui warkahnya. Iaitu biarlah Pakatan Harapan yang mengelola dan meneraju kempen atas nama dan intipati yang ditetapkan pembangkang,
bukan Tun Mahathir. Perkara ini sudah bergerak di Parlimen Pandan apabila Pakatan Harapan melancarkan Kempen Muafakat Selamatkan Malaysia yang mengandungi tiga tuntutan iaitu Bebaskan Institusi, Undur Najib dan Bebas Anwar.
Tuntutan bebas Anwar dalam kempen ini menetapkan jarak dan perbezaan antara Deklarasi Rakyat dan Muafakat Selamatkan Malaysia. Namun nama Muafakat Selamatkan Malaysia ini kian tenggelam bersama tuntutan Bebas Anwar dan
kempen Deklarasi Rakyat terus dominan.

Anwar melalui warkahnya tegas menyatakan walaupun di pentas Deklarasi Rakyat pemimpin pembangkang petah berceramah malah sinikal terhadap sejarah lama dengan Tun Mahathir, namun yang dominan tetap Tun Mahathir. Kempen
itu sudah dimiliki sepenuhnya oleh Mahathir dan pasukannya.

Read More / Baca Lagi >>

Sungguh mudah jadi KERAjaan lanun.. SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST 6%.

Posted: 20 May 2016 07:58 PM PDT

Laki bini boros berbelanja terbang ke luar negara ke sana ke mari guna harta kerajaan & wang rakyat...

Bertanding Dua PRK; Keputusan PAS Muktamad - Hadi

Posted: 20 May 2016 07:13 PM PDT

KENAPA PM Najib Razak & menteri2nya suka menipu rakyat ??

Posted: 20 May 2016 05:55 PM PDT

MASIH INGAT KENYATAAN INI !!!..

"Setiap sumbangan yg ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samada di peringkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan bersendirian."

- Ucapan Najib semasa MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH di PICC Putrajaya. (27/02/2012)

KENAPA UMNO suka menipu & perbodohkan rakyat.. !!!

Boleh rujuk di sini: http://bit.ly/1TvHQCV

Kenapa mereka bersedih ??

Posted: 20 May 2016 05:53 PM PDT

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..Subsidi Tepung RAKYAT,
..Subsidi Beras RAKYAT,
..Subsidi Minyak RAKYAT,
..Subsidi Gula RAKYAT,
..Subsidi Elektrik RAKYAT
DIHAPUSKAN..???!!

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..Rakyat terbeban kos sara hidup gara2 GST 6% ??

ADAKAH MEREKA sedih kerana...
..aset negara TNB tergadai pada komunis-China kerana nak bayar hutang 1MDB ??

Pembangkang takkan berjaya atasi BN jika...

Posted: 20 May 2016 05:47 PM PDT

Suasana pilihan rayaPembangkang tidak akan berjaya mengatasi BN sekiranya masih berpegang kepada ideologi perjuangan berbeza.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, perpecahan yang diwujudkan oleh pembangkang telah membuka banyak ruang buat BN mendominasi dan meraih undi setiap kali pilihan raya.
Kata Sivamurugan, perpecahan dan perbezaan pendapat antara parti pembangkang akan membuatkan rakyat mudah terkeliru. Pengundi akhirnya beralih menyokong BN yang dilihat lebih matang.
"Kelemahan pembangkang sentiasa nampak ketara kerana mereka tidak bersama. Masing-masing mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan BN yang mengguna pakai logo dan manifesto yang sama ketika bertanding.
"Pembangkang juga memecahkan undi apabila lebih daripada satu calon turun bertanding," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau menambah, pembangkang perlu melahirkan satu ideologi bersama sekiranya mahu mengatasi BN.
"PKR, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP dan Pas, semuanya mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.
"Mereka perlu selesaikan terlebih dahulu permasalahan dan perselisihan yang berlaku sesama mereka dan kemudian baru fokuskan kepada pilihan raya," katanya lagi.

Rayuan isteri pramugara MH370 buat Tun Mahathir

Posted: 20 May 2016 05:39 PM PDT

Dia muncul sebagai peserta terakhir yang diberi peluang bertanya soalan kepada Tun Dr. Mahathir pada majlis dialog anjuran Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di Subang Jaya di sini semalam.
Ketika bekas Perdana Menteri itu menerima soalan bertalu-talu daripada peserta sebelum itu seperti isu 1MDB, siapa pengganti yang sesuai jika Perdana Menteri meletak jawatan, Deklarasi Rakyat, pencen dengan aman, sistem pendidikan kebangsaan dan nasib 6,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad yang dibuang kerja, wanita ini tampil mengejutkan hadirin apabila dia memperkenalkan diri sebagai isteri pramugara pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.
Sebelum meneruskan soalan, Intan Maizura Othman, 36, sempat memohon maaf kepada Dr. Mahathir dan hadirin kerana dia tiba-tiba berasa agak gementar.
Barangkali dengan kekuatan semangat waris lain yang hadir, Intan mengagahkan dirinya juga dengan mula bertanya soalan dengan lancar.
Namun dia akhirnya tewas dalam rayuannya kepada Dr. Mahathir apabila tangisan dan sebak mula menguasai diri sambil tokoh negarawan itu memandangnya sayu dan sesekali menganggukkan kepala kepada setiap butir ayat yang dilontar.
"Saya percaya Tun ramai kawan-kawan, kabel besar agaknya. Boleh tak Tun kongsi kat mana kapal itu Tun? (menangis). Apa jadi dengan kapal itu?
"Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.
"Sudah jumpa menteri, polis. Anak saya masih sampai sekarang bertanya? Kubur bapa dia di mana? Kalau Tun ada info, tolonglah beritahu saya dan waris lain," katanya dalam nada getar sebelum mengucap terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana sudi mendengar.

Read More / Baca Lagi >>

Azmin memang ugut pecat EXCO PAS – Ulama

Posted: 20 May 2016 05:32 PM PDT

Azmin didakwa bertindak sepertu itu kerana menerima tekanan daripada pemimpin Pakatan Harapan supaya meletakkan calon di Sungai Besar.
Khairuddin-Aman-Razali-azmin
PETALING JAYA: Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.
Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.
Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.
"Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya kepada FMT.
Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka.
"Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia 'melibas' semua orang termasuk Presiden PAS," katanya.
Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

KECUALI JIKA BERANI ISYTIHAR KEMBALI BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG, PAS SEBAIKNYA DILUPAKAN SAJA

Posted: 20 May 2016 08:45 AM PDT

Sementara Pas terus mendesak agar mereka diberi peluang bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama banyak pihak juga bimbang terhadap lenggok perjuangan sebenar parti Islam itu sekarang ini.

Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ada kebimbangan yang sama bahawa jika hanya Pas yang dibiarkan berlawan tanpa disertai calon yang mewakili rakyat untuk menolak Najib Razak, ada kemungkinan ia akan menarik diri di saat-saat akhir dengan tujuan memberi kemenangan percuma kepada BN.

"Kita tidak hairan jika ini yang akan dilakukan oleh Pas.

"Hadi Awang nampaknya sudah terima "cash is king"  Najib walaupun dunia menganggap beliau pemimpin yang kuat rasuah," kata Tun Mahathir dalam tulisan di blognya.

Hakikatnya, kebimbangan dan ketidakpercayaan massa terhadap Pas yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah sesuatu yang sudah merata di mana-mana. Pas tidak lagi dilihat seperti Pas yang dahulu, malah Hadi Awang yang dulunya tidak lekang dengan perkataan taghut, kafir assabiyah dan seumpamanya terhadap UMNO dan BN, kini dilihat sudah berubah hampir 180 darjah.

Sebaliknya kini, ungkapan terbiasa dilafazkan Hadi Awang ialah barua, mencerca Amanah, memusuhi DAP mirip seperti UMNO, malah disertai dengan perkataan seperti "babi DAP" sedangkan sebagai ulama dan pemimpin dalam masyarakat berbilang kaum, ungkapan seperti itu tidak seharusnya dilafazkan terhadap pihak lain, jika benar ingin bersama-sama menyingkirkan Najib

Lagi pun DAP adalah parti berbilang kaum yang mana orang Melayu dan Islam, selain ramai menjadi ahlinya, turut ada yang terpilih sebagai Ahli Parlimen juga.

Jadi wajarkah DAP dilabelkan sedemikian rupa?

Berbalik kepada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, keinginan Pas yang tidak mahu Pakatan Harapan turut meletakkan calon seharusnya tidak dilayan sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

WASABI (Wa Sapu Billion)

Posted: 20 May 2016 06:13 AM PDT












MSO: Kalau saya jadi Mat Sabu dan Hadi Awang

Posted: 20 May 2016 06:03 AM PDT

MSO

Mat harus berani dan bijaksana.
Kekesalan kepada kepimpinan parti agama Pas hari ini dan juga cara berfikir pemimpinnya menyebabkan orang atas pagar, (mereka yang baru hendak berjinak dengan parti pembangkang setelah "tersendur" kesekian lama dalam kandang kerajaan), serta sebilangan anak muda menjadi serabut dengan politik.

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsa disambut dalam keadaan tidak menggembirakan, walhal kedua pilihan raya itu merupakan medan penglipurlara terbaik bagi mereka. Ulah dan sikap pembangkang yang tidak sekata dan saling menunjukkan keras kepala, menyebabkan orang atas pagar mual dengan politik "Keluarga 69" itu.

Perkembangan ini semua menjadikan minat umum sebelum ini yang terdorong untuk menumbangkan BN kerana tidak betah dengan telatah dan jenayah pemimpinnya jadi teralat. Apa mendukacitakan lagi, kekacauan dalam kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan malas untuk berpartisipasi seperti sebelum ini. Kurang ghairah untuk menanti dan menyertai pilihan raya kecil berkenaan.

Bolehkah keadaan ini, dan mood orang ramai yang serabut dengan ulah pembangkang ini dipulihkan, dan kedua pilihan raya kecil itu diselamatkan untuk jadi medan penglipulara kepada mereka yang anti BN dan Najib Razak? Atau tepatnya untuk melihat terlaksananya Deklarasi Rakyat melihat Najib tersembam?

Jawabanya boleh kalau pmimpin parti pembangkang masing-masing insaf, peduli, memahami kehendak dan naluri orang ramai khasnya mereka yang sudah mualloya dengan BN. Bagaimana caranya? Salah satu cara dan formula terbaik bagi saya, Pas dengan Amanah kena selesaikan dahulu pertikaikan mereka, perbalahan di antara kedua kumpulan seagama dan sebangsa bahkan sealiran (idealogi) ini dilengsaikan dulu. Pas dan Amanah perlu duduk dalam satu masjid atau surau. Mereka perlu kembalikan diri kepada akar politik asal mereka, bersaudara dan berukhwah.

Saya melihat geram dan marah Pas kepada Amanah mengatasi geram dan marah parti agama itu kepada DAP dan PKR. Ertinya yang bermasalah besar dan keras kepala di sini ialah Pas dan Amanah. Mereka seakan tidak berhenti daripada marah dan rasa dendam atas apa yang berlaku. Seolah-olah negara ini menjadi rebutan di antara mereka berdua dan bukannya rebutan dengan UBN.

Kedua-duanya harus faham dan menerima hakikat, apabila mereka sudah sah bercerai dan edah rujuk sudah habis, serta masing-masing sudah ada wadah, mereka perlu akur dengan keadaan dan suratan itu. Politik memang begitu. Pas kena redha dan menerima apa yang berlaku. Begitu juga dengan Amanah, harus menerima bahawa Pas adalah parti yang perlu dihormati. Amanah kena terima Pas sebagai kakak sulungnya manakala Pas pula menerima Amanah sebagai adik bongsu. Keperluan bagi kedua-dua mereka ketika ialah memperkukuhkan parti masing-masing dan menjaga kredibiliti di mata khalayak.

Amanah atau Pas tidak perlu lagi bergaduh dan saling mengatakan antara satu sama lain. Budaya takfir dan berbalas tembak hentikan segera. Mereka harus sepakat sebagai parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang satu untuk menumbangkan BN dan membebaskan rakyat dari hegemoni kekuasaan UBN. Amanah tidak boleh sangsi dengan azam Pas itu dan dalam masa sama Pas perlu membuktikan mereka ikhlas? Begitu juga Pas tidak boleh menganggap Amanah sebagai pengkhianat. Apabila Amanah sudah sah sebagai sebuah parti maka kewujudannya perlu dihormati dan diikhtiraf.Read More / Baca Lagi >>

PRK: Azmin enggan mengalah, terus bincang dengan PAS

Posted: 20 May 2016 05:33 AM PDT

"Perbincangan akan tetap diteruskan," tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketegasan itu diutarakan menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa parti Islam itu akan tetap bertanding di dua pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun akan datang.
Malah, Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata pihaknya akan menemui PAS lagi kerana matlamat Pakatan Harapan adalah untuk menumbangkan BN.
"Perbincangan sedang berjalan sehingga 5 Jun.
"Insya-Allah, kalau boleh hari-hari saya nak jumpa (Mustafa Ali). Itu semua sahabat kita dalam perjuangan. Matlamat kita nak lawan BN sahaja," kata ADUN Bukit Antarabangsa kepada pemberita, di Sekinchan, hari ini.
Sebelum ini, Azmin dikatakan telah bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar sebelum mahu melanjutkan rundingan bersama presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.
Malaysiakini hari ini melaporkan PAS meminta semua anggotanya agar itu tidak terlibat dengan spekulasi tentang kedudukan exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, Mustafa yang juga bekas setiausaha agung PAS itu meminta semua anggota PAS agar fokus kepada dua pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Malah, Mustafa turut menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding pada dua kerusi Parlimen- Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

APABILA WANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN DAN PERTIMBANGAN

Posted: 20 May 2016 05:03 AM PDT

Rakyat Malaysia sudah 'muak' mendengar cerita rasuah di sana-sini yang dilakukan oleh pihak tertentu di negara ini, samada oleh pemimpin politik ataupun oleh para pegawai tinggi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Ungkapan yang berbunyi 'cash is king' bukan sahaja  sentiasa 'dilagu' dan 'didendangkan' oleh ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, malah 'budak sekolah' yang 'berhingus' ( yang tinggal di Lembah Kelang ) juga sudah mula memperkatakannya. Mungkin yang tidak memperkatakannya ialah golongan yang masih dalam 'kegelapan' yang tinggal di kampung-kampung pingitan atau pun oleh peneroka FELDA yang hanya memikirkan tentang harga kelapa sawit dan getah yang semakin menurun. Mungkin…
            Kesan 'cash is king' amat buruk sekali. Ada juga rakan-rakan yang menyamakan sebagai 'harima mengaum'. Dan apabila 'harimau' sudah 'mengaum', maka mata yang celik boleh tertutup, telinga yang boleh mendengar akat 'terpekak' dengan sendirinya, mulut yang boleh bersuara akan terus 'dibisukan', tenaga fikiran yang boleh berfikiran secara kritikal dan rasional terus 'dibodohkan'. Golongan yang bertenaga kuat dan gagah akan dapat dilemahkan apabila 'harimau mengaum'.
            Rakyat merasa hairan dan bingung melihatkan keadaan yang berlaku dalam negara kini. Apa tidaknya. Tentulah tidak pernah dirasakan keadaan yang sedemikian berlaku dalam negara Malaysia yang dicintai ini. Para pemimpin (jikalau boleh digelar sebagai pemimpin) yang menjadi wakil rakyat samada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri hampir keseluruhannya (wakil rakyat BN) 'terkedu' dan tidak dapat berkata-kata, menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan 'arahan' pemimpin di atas.
            Ada pihak yang mengatakan sikap yang sebegini sebagai 'herd mentaliti' ia itu mengikut saja apa yang diarahkan oleh pimpinan dengan tidak memikirkan tentang baik buruknya. Tidak pernah lagi berlaku keadaan sebegini samada pada zaman Tunku Abdul Rahman ataupun zaman Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan malah pada zaman Tun Mahathir juga tidak berlaku keadaan sedemikian walaupun sudah kelihatan 'bunga-bunga' yang keadaan akan bertukar menjadi keadaan seperti yang dialami kini.
            Agak pelik dan amat menghairankan melihatkan tindakan kepimpinan negara yang melarang sebarang kritikan dan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Larangan ke Sarawak misalnya merupakan seuatu tindakan yang langsung 'tak masuk akal' bagi sesiapa yang berfikiran waras. Kita tahu bahawa tercatatnya syarat berkenaan telah pun termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia dulu, tetapi tentulah ada kekecualiannya dan terpulanglah kepada para pemimpin untuk memberikan pentafsiran yang sesuai.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak tidak perlu menteri Islam, kata penganalisis

Posted: 20 May 2016 04:52 AM PDT

Ini kerana jumlah masyarakat Islam di negeri itu hanya 28% saja.
Awang-Azman-Awang_sarawak_600
PETALING JAYA: Tidak seperti di Semenanjung, Sarawak tidak memerlukan menteri khusus mentadbir urusan agama Islam memandangkan umat Islam di sana ialah golongan minoriti, kata Pensyarah Kanan Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Beliau berkata, jumlah masyarakat Islam di negeri itu kira-kira 28% saja.
"Institusi sedia ada seperti mufti, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Agama Islam Sarawak sudah memadai untuk menjaga hal ehwal Islam. Tidak perlu ada menteri portfolio agama," katanya kepada FMT.
Katanya, isu keperluan menteri agama tidak relevan kerana urusan seperti pengurusan baitulmal, hukum adat istiadat serta peranan menasihati yang di-pertua negeri dan ketua menteri digalas institusi tersebut.
Dalam pengumuman Kabinet baharu kerajaan negeri, portfolio menteri muda di Pejabat Ketua Menteri (hal ehwal Islam) yang sebelum ini disandang Datuk Daud Abdul Rahman tiada dalam senarai.
Beberapa pihak sebelum ini menyatakan harapan agar bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya yang kini menjadi Adun Jemoreng dilantik sebagai menteri muda memegang portfolio agama.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem juga dilaporkan berkata, Juanda ialah agamawan yang diperlukan Sarawak memandangkan sikapnya liberal dan berpandangan luas.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli PAS jangan terseret isu kedudukan Exco Selangor -Mustafa Ali

Posted: 20 May 2016 04:49 AM PDT

PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Mustafa-Ali_selangor_pas_60
PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa seluruh jentera dan ahli parti Islam itu supaya tidak terseret dengan spekulasi mengenai kedudukan EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Menurutnya, ahli-ahli PAS perlu fokus kepada kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana, soal kedudukan itu pastinya akan ditangani secara tertib dan bijaksana.
"Tidak timbul soal Exco PAS meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan. Teruskan pemantapan jentera PRK di semua peringkat kerana PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan Mustafa adalah respons kepada The Star Online yang melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu tiga exco PAS Selangor bahawa mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS berdegil dengan keputusan bertanding di PRK Sungai Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS terkilan kenyataan Azmin

Posted: 20 May 2016 04:48 AM PDT

Sebagai pemimpin politik, Azmin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Presiden PAS lebih mengetahui permasalahan yang berlaku dalam parti.
Nik-Mohamad-Abduh_azmin-ali_hadi-awang_pas_600
PETALING JAYA: Pemuda PAS terkilan apabila pemimpin kanan parti politik melabel Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dipercayai ditujukan kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti yang dilaporkan media awal pagi tadi.
"Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata, ulama tu tak tahu apa pasal agamanya," katanya.
Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, Azmin dipetik sebagai berkata, beliau "bersimpati" dengan Abdul Hadi yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin ketika dihubungi FMT berkata, kenyataan Azmin itu sengaja diputar belit untuk mencetuskan perpecahan antara PAS dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Jika satu lawan satu, Pas mungkin tarik diri, kata Tun Mahathir

Posted: 20 May 2016 04:45 AM PDT


Tun Mahathir MohamadTun Mahathir Mohamad
Tidak mustahil untuk Pas menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini jika berlaku pertandingan dua penjuru memandangkan hubungan baik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam entri terbarunya di laman chedet.cc, Tun Mahathir menyifatkan kemungkinan itu sebagai 'tidak menghairankan'.
"Pas mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat (pembangkang) tidak meletak calon, Pas akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.
"Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh Pas. Hadi nampaknya sudah terima 'cash is king' Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah.
"Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah," ujarnya.
Beliau bagaimanapun menyarankan rakyat agar menyokong siapa juga yang melawan BN sebagai 'calon rakyat'.
Bagaimanapun beliau yakin jika pembangkang meletak lebih daripada satu calon perpecahan itu akan memberi kemenangan kepada BN.
"Rakyat (pembangkang) perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon Pas ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan Pas.
"Sebab itu untuk mengelak perpecahan di kalangan rakyat, jika Pas letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon Pas supaya Pas menang besar dan BN kalah besar.
"Kalaupun Pas menang, ia tidak dapat mendiri kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya," tulis Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan PKR Didakwa Pinggir Anwar Demi Mahathir

Posted: 20 May 2016 04:42 AM PDT

'Bukan Deklarasi Rakyat, Tapi Deklarasi Mahathir'

Posted: 20 May 2016 04:42 AM PDT

Mengapa jadikan Tun M ibarat panglima?

Posted: 20 May 2016 04:42 AM PDT

Dakwaan salah laku rasuah spesifik kepada individu

Posted: 20 May 2016 04:41 AM PDT

Abdul Hadi Awang nafi keluarkan kata kesat terhadap DAP

Posted: 20 May 2016 04:41 AM PDT

Comments (0)