Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


#PRNSarawak: Agenda pembangunan BN tidak tulen, kata Wan Azizah

Posted: 02 May 2016 09:09 PM PDT

Presiden PKR berkata pembangunan di Sarawak masih di paras minimum sungguhpun diperintah BN lebih 50 tahun.
wan-azizah-BN
SIBU: Agenda pembangunan yang dirangka BN sekadar untuk memancing undi, menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata pembangunan di Sarawak masih di paras minimum sungguhpun diperintah BN lebih 50 tahun selepas pembentukan Malaysia, lapor Borneo Post.
"Saya baru pulang daripada berkempen di Saribas. Lima kampung dalam kawasan itu tidak mendapat bekalan air bersih. Mereka ambil air daripada sebatang sungai.
"Sungai itu ada buaya – rakyat terpaksa membahayakan diri setiap kali pergi ke situ," katanya kepada pemberita di Bandong Walk.
Mengulas mengenai Lebuhraya Borneo, Azizah berkata: "Saya terdengar mengenai Lebuhraya Borneo semasa saya di sekolah menengah lagi. Hari ini, projek lebuhraya masih belum selesai."
Media itu melaporkan Wan Azizah berharap PKR dapat mengekalkan tiga kerusi yang dimenangi pada pilihan raya negeri lalu, namun beliau tidak optimis angkara pemindahan undi daripada satu kawasan mengundi ke kawasan lain.
Mengulas hubungan PKR dan DAP, Wan Azizah berkata hubungan kedua parti di Semenanjung adalah baik, menurut laporan itu. Beliau berharap undi di kawasan-kawasan yang menjadi medan pertembungan antara mereka tidak pergi kepada BN.

#PRNSarawak: Info Grafik - Pakatan Harapan

Posted: 02 May 2016 08:58 PM PDT


































































































7 Tawaran Amanah untuk Rakyat Sarawak

Posted: 02 May 2016 07:57 PM PDT


Royal Bank of Scotland disiasat berkaitan skandal 1MDB

Posted: 02 May 2016 06:15 PM PDT


The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.
Menurut Financial Times, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) telah melancarkan siasatan berkaitan dengan akaun pelanggan-pelanggan tertentu dengan Coutts.
 Coutts merupakan bekas cabang Swiss bank swasta RBS, yang telah dijual kepada Union Bancaire Privée.
Menurut laporan itu, RBS mendedahkan mengenai siasatan itu pada 29 April dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Ia telah dilaporkan sebelum ini, dan kemudiannya disahkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai 1MDB, bahawa AS$1.03 bilion dana 1MB dalam usahasama dengan PetroSaudi International telah dilencongkan ke Good Star Ltd.
Dana yang dilencongkan ke Good Star itu masuk ke akaunnya di bank Swiss di RBS Coutts.
Siasatan mendapati Good Star tidak berkaitan dengan usahasama 1MDB-PetroSaudi, satu maklumat kritikal yang mana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengaku memadamnya daripada Laporan PAC selepas ditegur oleh anggota pembangkang dalam jawatankuasa itu.
Portal pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa Good Star dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Jho Low.
Aliran dana yang dikaitkan dengan 1MDB kini sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara - Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Singapura.

ASAL BN SENTUH PASTI JAHANAM !!!

Posted: 02 May 2016 05:57 PM PDT

KENAPA berita2 sebegini di negeri2 BN TAK MAHU DISIARKAN di TV3suku, TV1 & TV2 mahupun media massa UMNO untuk tatapan rakyat ???

Adakah TV3suku, TV1 & TV2 hanya memaparkan keburukan negeri2 pembangkang semata-mata ???

Buat pengundi2 di Sarawak, anda nilaikanlah sendiri..

PENTINGNYA TONG BIRU terhadap rakyat Sarawak..Negeri paling maju sembang Zahid...!!

Posted: 02 May 2016 05:55 PM PDT

INI KISAH BENAR.. Dengan adanya TONG BIRU 1Malaysia perasaan bimbang rakyat diserang buaya telah menurun..

Heeeee.

SIAPA NAK SELAMAT DARI DISERANG BUAYA UNDILAH BN !!!.. Kerana TONG BIRU penyelamat nyawa anda..

MEF jangka 30k pekerja diberhentikan sebelum Julai jika PGM2016 berkuatkuasa

Posted: 02 May 2016 08:40 AM PDT

Majikan mungkin melakukan "retrenchment" sebelum Julai bagi mengelakkan tanggungan kos seperti pembayaran faedah berhenti kerja yang lebih tinggi selepas tempoh itu
Shamsuddin Bardan
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.
"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.
Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan "retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Read More / Baca Lagi >>

MB T'ganu ajak semua pihak terus bekerja demi rakyat

Posted: 02 May 2016 08:39 AM PDT


 Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berharap semua pihak dapat bersama-samanya terus bekerja untuk kebajikan rakyat berikutan segala kekalutan dan isu yang berlaku telah berakhir.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak bersama bergerak ke hadapan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan yang mustahak adalah bekerjasama serta terus memastikan perkhidmatan dan apa sahaja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Besut hari ini susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan terus meneraju kerajaan Terengganu.
Najib berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah hormati pilihan Mejar Zaidi, hasrat perangi fitnah Umno disanjung

Posted: 02 May 2016 08:37 AM PDT


Mejar B Zaidi AhmadMejar B Zaidi Ahmad
Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati pilihan yang dibuat bekas ahlinya Mejar (B) Zaidi Ahmad memilih untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.
"Amanah ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan pengorbanan semasa beliau bersama Amanah.
"Semoga segala sumbangan dan pengorbanannya akan diterima Allah sebagai satu amalan soleh dan diberikan ganjaran yang setimpalnya, kata setiusaha agung Amanah, Mohd Anuar Tahir dalam satu kenyataan hari ini.
Dari apa yang dijelaskan, kata Anuar penyertaan Zaidi bersama DAP adalah untuk menangani fitnah yang terus dilemparkan terhadap DAP khususnya oleh UMNO dan pihak-pihak tertentu bahawa DAP adalah parti anti-Melayu Islam yang mana Amanah menganggap cita-cita tersebut sebagai cita-cita yang murni, kerana ingin membela pihak yang dizalimi dan difitnah.
"Amanah menyedari bahawa perkauman adalah senjata paling ampuh yang kembali digunakan UMNO, maka keinginan Mejar Zaidi untuk mematahkan senjata ini difahami dan dikongsi bersama. Akan tetapi Amanah mempunyai kaedahnya tersendiri," katanya.
Rakan-rakan dalam Amanah kata beliau terus mendoakan semoga beliau terus maju dalam usaha memperjuangkan keadilan dan kebajikan bagi rakyat melalui DAP.
"Keputusan beliau untuk menyertai DAP adalah hak dan pilihan beliau sendiri.
"Tindakan beliau tidak dilihat sebagai pengkhianatan terhadap Islam dan tidak juga dianggap menyalahi akhlak Islam," katanya.
Menurut beliau, Amaah sebagai sebuah parti Islam sentiasa menganggap penubuhan Amanah dan pendekatan yang dipilihnya adalah satu ijtihad yang tidak semestinya dipersetujui dan dipatuhi oleh setiap individu Muslim.
"Ianya adalah satu pendapat dan pandangan berhubung cara mencapai cita-cita menjadikan Islam sebagai asas kepimpinan dan pemerintahan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Semua perlu bersama jelajah Deklarasi Rakyat di Kota Bharu 4 Mei ini, kata Husam

Posted: 02 May 2016 06:57 AM PDT

Seluruh rakyat Kelantan dijemput bersama jelajah Deklarasi Rakyat yang dijadualkan di Kota Bharu 4 Mei ini yang bakal menghimpunkan pemimpin pelbagai latarbelakang bagi berkempen menurunkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri.
Pengerusi gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dalam sidang akhbar petang tadi mahu tidak ada pihak terkecuali dalam kempen ini kerana ia satu mercu tanda kesungguhan rakyat untuk menentang kemungkaran terbesar negara.
"Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa keadaan kepimpinan negara sekarang amat kronik dan boleh dikategorikan sebagai satu perlakuan jenayah," katanya.
Acara 4 Mei yang akan diadakan di bandar baru Tunjung itu menurut beliau akan melibat tokoh besar termasuk Tun Mahathir Mohamad, Dato' Wan Adul Rahim Wan Abdullah, Mohamad Sabu, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Mahfuz Omar dan ramai lagi.
Acara malam itu katanya bermula solat maghrib, solat hajat dan solat isyak sebelum acara kemuncak berjalan.
Oleh kerana Tun Mahathir akan berucap awal kerana jadual ketat, beliau mengingatkan orang ramai supaya sampai ke tempat program lebih awal.
"Ini acara jelajah deklarasi dan bukannya penamat kempen Selamatkan Malaysia.
Kempen tandatangan deklarasi akan diteruskan hingga matalamat yang dirancang berjaya," katanya.
Rancangan selepas tandatangan deklarasi menurut beliau ialah seluruh rakyat akan diminta membuat laporan polis terhadap penyelewengan yang dilakukan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Sarawak Mahukan PEMIMPIN bukan PEMIMPI..

Posted: 02 May 2016 06:47 AM PDT

Bila bapak bayi bersuara.. "'Saya tidur macam bayi selepas selesai isu calon" - Adenan Satem, AstroAwani (26/4/2016)

Sampai kiamat lah mereka terus membisu tuli kerana '"BN BERI NIKMAT"..

Posted: 02 May 2016 06:44 AM PDT


WOWW !!!.. Inilah peranan sebenar Panglima Perang Orang Islam bg menjamin gugurkan kes murtad..

Ularmak2 Umno berani tegur Panglima Perang Orang Islam ??

Najib tak bodoh TAPI PENGUNDI BN YANG BODOH..!!

Posted: 02 May 2016 06:43 AM PDT

PERINGATAN SEKALI LAGI...
Bila PRN Sarawak 2011...
JANJI NAK SIAPKAN 2013
Bila PRN Sarawak 2016...
Roboh signboard lama, ganti yg baru...
JANJI NAK SIAPKAN PULA 2018
Apa ada hal.. kena tipu pemerintah 100 kali pon TATAP SOKONG BN... WE LOVE NAJIB !!!

Adakah UMNO sudah berdaftar di Sarawak tanpa kita ketahui ATAU SEBALIKNYA ??

Posted: 02 May 2016 06:38 AM PDT

PKR, DAP, PAS dan Amanah adalah parti yang sah berdaftar di Sarawak manakala UMNO tidak...

TETAPI, KENAPA pimpinan pembangkang dihalang dan disekat sedangkan pimpinan UMNO dibenarkan pula keluar masuk dan bermastautin sehingga selesai pilihanraya ???

Apakah peranan pemimpin UMNO berduyun2 masuk Sarawak sedangkan sebahagian pimpinan parti pembangkang yg sah berdaftar di Sarawak dihalang masuk ??

TAHUKAH ANDA, pada 11/5/2011 Ahli UMNO Batu Pahat, Johor, Ibrahim Jeman telah mencadangkan untuk menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak bagi mengantikan Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS).

Rupa-rupanya ada pengecut di Sarawak pasang kain rentang haram untuk burukkan DAP

Posted: 02 May 2016 06:35 AM PDT

SIBURAN, 2 MEI: Calon DAP bagi DUN N19 Mambong, Sanjan Anak Daik, mengecam perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memburuk-burukkan DAP dengan memasang kain rentang tanpa logo atau nama yang memfitnah parti itu dekat sini, hari ini.
sanjandaikSehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat pihak yang melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu atas prinsip demokrasi dan pilihanraya adil serta saksama yang didukung negara ini.
"Sejak awal, DAP bertanding dalam pilihanraya negeri ini secara adil, tetapi nampaknya ada orang yang cuba bermain kotor untuk mendapatkan kelebihan dalam pilihanraya.
"Walaupun DAP menghormati demokrasi dan prinsip pilihanraya adil, perbuatan mencetak dan menyebar kain rentang yang memfitnah DAP itu menunjukkan bahawa wujud cubaan jahat untuk menjatuhkan imej parti kepada penduduk," katanya dalam satu kenyataan media.
banner
Sanjan yang juga Setiausaha DAP Mambong itu berkata demikian ketika mengulas pemasangan kain rentang tanpa logo atau nama yang berbunyi "DAP tidak boleh dipercayai" di kawasan berkenaan.
"Pasukan kempen saya akan membawa perkara ini kepada SPR dan kami akan menggesa SPR menyiasat kes ini secara serius.
Read More / Baca Lagi >>

Khazanah negara hak rakyat, bukan milik Najib

Posted: 02 May 2016 05:00 AM PDT

Hasil kekayaan negara perlu dikongsi secara adil pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata prinsip keadilan perlu dipupuk dalam pentadbiran negara bagi memastikan hasil kekayaan dapat disalurkan kepada seluruh rakyat.
NAJIB BANGLADESH"Saya menggesa dalam sistem ekonomi ini, kita perlu melaksanakan prinsip pengagihan adil kepada semua kaum.
"Jangan kira kaum, agama dan bangsa sebab khazanah negara ini milik rakyat Malaysia dan bukannya milik Najib atau Rosmah.
"Apakah kita tidak boleh laksanakannya?" kata Mohamed Azmid ketika berucap dalam program ceramah "Selamatkan Malaysia" di Alor Setar, Kedah malam tadi.
Mohamed Azmin turut merujuk kecekapan dan kejayaan pentadbiran negeri di bawah Pakatan apabila berjaya menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara kini.
Beliau percaya, keberkesanan itu terhasil daripada sistem pentadbiran adil dan telus diamalkan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.
"Sebelum ini Najib serang kita, kata Pakatan tidak mampu mentadbir dan urus ekonomi. Tetapi Alhamdulillah, sekarang kita tadbir dua negeri paling kaya di Malaysia iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
"Selangor saja kini menjadi penyumbang terbesar KDNK negara yang mana 25 peratus jumlah itu adalah datang dari bumi Selangor," katanya.

AUTONOMI IMIGRESEN SARAWAK SEPATUTNYA DIMANSUHKAN, HANYA MEWUJUDKAN KEANGKUHAN

Posted: 02 May 2016 04:59 AM PDT

Menjawab kritikan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bahawa negeri Sarawak bukan milik bapa Ketua Menteri, Adenan Satem, sebaliknya ia adalah milik rakyat negeri itu,  Timbalan Presiden PBB, Abang Johari Abang Haji Openg jelas hanya mempamerkan keangkuhan dalam percubaan mempertahankan tindakan "bossnya" itu.

"Azmin kata Sarawak bukan negeri bapa Adenan.

"Biar saya jawab, memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa atau datuk kau (Azmin), " katanya.

Woii, angkuhnya....
Beginikah tingkah laku seorang pemimpin, penuh dengan keangkuhan dan kesombongan?

Setelah beberapa sekatan kemasukan dilaksanakan dan jika dibenarkan pun hanya sehingga 5 Mei saja, hari ini Nurul Izzah Anwar pula menjadi mangsanya.

Sehingga bila sekatan ini akan terus berleluasa dan dijadikan senjata oleh pihak yang takut kehilangan kuasa?

Jika tidak diberi pengajaran pada 7 Mei nanti, keangkuhan dan kesombongan itu bukan saja akan terus berleluasa, malah lebih merosakkan semangat keMalaysiaan sesama kita.

Demi kebaikan dan kesejahteraan bersama, sudah sampai masanya autonomi imigresen itu dihapuskan sama sekali. 

Sabah, Sarawak dan Semenanjung seharusnya tiada sempadan yang sengaja direka-reka. Lagi pula hanya orang Semenanjung tidak bebas mahu ke sana, tetapi mereka bebas datang ke sini bila-bila masa.

#PRNSarawak: 24,604 pemilih awal akan mengundi esok

Posted: 02 May 2016 04:58 AM PDT



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia melaksanakan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) esok, melibatkan 24,604 pemilih di 79 pusat pengundian.
Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata pengundi terbabit terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka, yang akan mengundi di 100 tempat mengundi di pusat-pusat berkenaan mulai 8 pagi hingga 5 petang.
"Saya berharap perjalanan (pengundian awal) berjalan lancar esok, dan semua pengundi awal akan mengundi di tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kuching, hari ini.
Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas.
Setelah selesai pengundian awal esok, kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira mulai 4 petang pada hari pengundian biasa, 7 Mei ini, di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.
Takun juga berkata persiapan SPR menghadapi hari pengundian biasa pada 7 Mei, kini hampir siap sepenuhnya.
Hari ini (2 Mei) merupakan penghantaran terakhir kertas undi, dakwat pilihan raya dan kelengkapan bagi pengundian biasa ke kawasan-kawasan pedalaman menggunakan tiga buah helikopter dan dua pesawat 'fixed wing', katanya.
"Sebanyak 41 DUN yang perlu dihantar kelengkapan pilihan raya menggunakan helikopter dan pesawat 'fixed wing' merangkumi zon Sibu, Sri Aman, Miri dan Batu Danau di Limbang," katanya.
Takun turut meninjau proses penghantaran terakhir kelengkapan mengundi itu di hangar Hornbill Skyways, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul : Tiada lagi rayuan, tak perlu lagi percaya pembuli

Posted: 02 May 2016 04:53 AM PDT


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak akan menulis satu lagi surat rayuan kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem walaupun beliau terus dihalang daripada memasuki negeri itu.
"Ada yang bertanya kepada saya jika saya akan menghantar satu lagi surat rayuan. Saya tak fikir.
"Ada had untuk penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya. Kita tidak perlu memberikan kepercayaan lagi kepada pembuli," katanya kepada Malaysiakini hari ini selepas tiba di Kuala Lumpur berikut pengusiran beliau dari lapangan terbang Miri pagi tadi.
Beliau sebelum ini melahirkan rasa terkejut apabila diusir walaupun telah menghantar surat kepada ketua menteri pada Jumaat lepas.
Nurul Izzah pertama kali mendapati dirinya dihalang daripada memasuki Sarawak pada Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, Adenan berkata beliau akan menimbang untuk membenarkan Nurul dan ibunya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke negeri itu jika mereka memohon secara 'sopan' untuk dibenarkan masuk ke Sarawak.
Wan Azizah dibenarkan masuk ke Sarawak selepas mendarat di lapangan terbang Miri semalam, walaupun perjalanan beliau terhad sehingga 5 Mei, dua hari sebelum hari mengundi.
Surat terbuka
Nurul Izzah telah menulis surat terbuka kepada Adenan dengan menyatakan larangan berterusan beliau ke Sarawak membuktikan pembangkang berjaya menolak manifesto BN dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.
Katanya, ia dapat dilihat lebih jelas apabila Adenan dan BN terpaksa membuat banyak perubahan dan janji berkaitan isu-isu autonomi dan hak-hak tanah adat di Sarawak.
Beliau menggesa Adenan, yang menyifatkan dirinya sebagai berbeza daripada bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk berpegang kepada janjinya.
"Marilah kita bersaing dengan cara yang sihat dan membawa Sarawak ke jalan kejayaan yang sebenar," katanya.

Najib jamin gugurkan kes murtad rakyat S'wak, kata Adenan

Posted: 02 May 2016 04:50 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.
Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.
"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, kolumnis Stephen Ng dalam komennya di Malaysiakini mengkritik Adenan dan mempersoalkan sama ada penganut Kristian akan mengundi ketua menteri itu dengan 'hati yang tulus', dengan memetik kes Rooney yang tidak dapat diselesaikan.
Adenan dalam kenyataan itu memohon maaf atas kelewatan mengumumkan resolusi kes itu.
"Saya mesti memohon maaf atas kelewatan kerana saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu hari ini," katanya.
Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tekanan Pilihanraya: Zahid mahu tengok, siapa anggota PGA akan pangkah?

Posted: 02 May 2016 04:49 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk Pasukan Gerakan AM (PGA) di Kuching, sehari sebelum anggota pasukan itu membuang undi esok.
Peruntukan RM100,000 diberikan kepada surau dan gereja bagi anggota yang beragama Islam dan Kristian, manakaka RM50,000 lagi bagi Persatuan Keluarga Polis (Perkep).
Zahid berkata beliau juga akan mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menaikkan elaun anggotanya, namun menyatakan beliau mahu 'melihat' siapa akan mereka undi terlebih dahulu.
"Tan Sri IGP pun bisik dengan saya tiap-tiap kali mesyuarat, 'elaun anak-anak buah saya macam mana?
"Tuan-tuan dan puan-puan, buktikanlah kepada saya. Saya cakap saya buat.
"Tetapi (saya) nak tengok dulu, (anda akan) pangkah siapa?," katanya pada majlis di kem batalion ke 11 PGA di Kuching.
Zahid menambah beliau juga merancang untuk menaiktaraf unit PGA kepada jabatan penuh.
"Apabila ia jadi sebuah jabatan maka ada naik pangkat. Ada nombor satu, nombor dua, nombor tiga.
"Saya jaga anak buah saya naik pangkat, tetapi sebelum ini dibuat, saya nak bukti dulu. Kalau bukti memalukan susahlah saya nak minta dengan YAB PM. Insha Allah kita buktikan dulu nanti perjuangkan," katanya.
Perkenalkan calon BN
Turut hadir ialah Khalid dan Presiden SUPP, Dr Sim Kui Hian yang bertanding bagi kerusi Batu Kawah.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah kemuka 7 tawaran untuk rakyat Sarawak

Posted: 02 May 2016 04:46 AM PDT


7 tawaran Amanah Sarawak Saksikan video klip di facebook rasmi Amanah7 tawaran Amanah Sarawak Saksikan video klip di facebook rasmi Amanah
13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding dalam piliharaya negeri (PRN) Sarawak mengeluarkan tujuh tawaran dalam usaha mereka mendapatkan sokongan dalam pengundian yang dijadualkan Sabtu ini.
Ketuanya, Mohamad Fidzuan Zaidi ketika melancarkan tawaran itu memohon kepada rakyat Sarawak mengundi Amanah di tempat-tempat parti itu bertanding.
"Amanah pilihan kami dan rakyat Sarawak," katanya.
Taujuh tawaran itu katanya, dimulakan dengan janji akan menjadi pembangkang yang kuat dalam pentadbiran Sarawak.
"Ini bermaksud kami akan memastikan ketua kerajaan negeri tidak melakukan keputusan sewenang-wenangnya dan mengutamakan kepentingan rakyat dalam membuat segala polisi dan dasar negeri," katanya.
Senarai tawaran-tawaran lain yang dikemukakan adalah sebagaimana berikut,
Tawaran kedua, reformasi pentadbiran tanah untuk memperjuangkan pemilikan geran tanah rakyat yang mereka duduki dan beli. Isu ini telah berdekad lamanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Amanah menawarkan tokoh aktivis untuk tujuan ini.
Tawaran ketiga, memansuhkan GST, iaitu menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan negeri agar menekan kerajaan pusat supaya memansuhkan terus cukai GST yang memberi kesan langsung kepada semua lapisan rakyat. Cukai ini ternyata memberikan beban berganda kepada semua rakyat khasnya di negeri Sarawak.
Tawaran keempat, memperjuangkan peluang pekerja dalam industri hiliran iaitu mengalakkan kegiatan industri hiliran kepada sumber asli negeri khasnya balak, sawit dan minyak untuk mencipta pekerjaan untuk anak negeri. Menggunakan kuasa veto kerajaan negeri untuk mengawal kemasukan pekerja asing. Memastikan pekerja asing yang masuk bekerja di sektor yang perlu sahaja bukan merampas ruang pekerjaan yang sepatutnya di isi oleh anak Sarawak.
Kelima pembangunan di kawasan pedalaman, bagi memastikan kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan dan infrastruktur untuk kepentingan ramai berbanding kepentingan peribadi sehingga projek rakyat di kesampingkan. Projek seperti perumahan mampu milik, bazar perniagaan dan kemudahan jeti di kawasan nelayan dan petani perlu diberikan keutamaan.
Read More / Baca Lagi >>

Video Muara Tuang: Petugas kami tak buka baju - AMANAH

Posted: 02 May 2016 04:46 AM PDT


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyangkal dakwaan terdapat petugasnya yang membuka baju parti itu selepas ditegur oleh Calon PBB kerusi Muara Tuang, Datuk Idris Buang.
Pengarah pilihan raya AMANAH, Dr Hatta Ramli berkata, dakwaan itu pelik memandangkan kelihatan Idris seakan-akan membuat gimik sendiri untuk kempennya.
"Saya pelik seorang calon sendiri merakamnya menunjukkan gimik. Saya rasa siapa boleh saja lakonkan panggil seorang tanggalkan baju BN dan pakai baju Amanah dan jadikan video.
"Video sangat murah dan sepatutnya kita tidak komenlah benda-benda macam tu," katanya kepada pemberita di Hotel Grand Continental, Kuching, hari ini.
Dalam satu video berdurasi 3.02 minit di Facebook, Idris, pada Sabtu lalu menunjukkan dua orang lelaki memakai baju Amanah dan selepas ditegur calon PBB itu, kedua mereka membukanya dan memakai pakaian biasa.
Muara Tuang menyaksikan perlawanan antara Idris (PBB) bertembung dengan Zulkipli Ramzi dari PAS dan Abang Abdul Halil Abang Naili dari AMANAH.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud dari BN menang dengan majoriti 7,843 undi.

Nurul Izzah gesa Adenan “bersaing secara sihat”

Posted: 02 May 2016 04:44 AM PDT

Matlamat Adenan selari dengan manifesto pembangkang, hujah Izzah
Nurul-IzzahKUALA LUMPUR: Nurul Izzah menggesa Ketua Menteri Sarawak supaya "bersaing secara sihat" dan membenarkan pembangkang masuk ke Sarawak, susulan sekatan keatasnya hari ini.
Merujuk Adenan dengan gelaran Tok Nan, Izzah menggesa beliau supaya tidak menuruti langkah bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jadi Tok Nan yang mengaku lain dari Taib Mahmud dan lain dari Najib, buatlah cara lain dari mereka. Ajulah kita bersaing dengan sihat dan embak Sarawak tok ke mercu kejayaan yang sebenar," tulis dalam satu surat terbuka kepada Ketua Menteri hari ini.
Izzah berhujah janji dan usaha Adenan selari dengan manifesto pembangkang, kerana PKR juga menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pertahan autonomi dan pemeliharaan tanah adat.
"Hampir 200 kes tanah adat diperjuangkan oleh peguam-peguam KEADILAN yang juga calon pada PRN 11 ini. YB Baru Bian, YB See Chee How, saudari Jamilah Baharuddin, saudara Abun Sui, saudari Athina Sim dan ramai lagi," katanya.
"Bayangkan jika kami tetap menambah kerusi dan mengurangkan majoriti calon-calon BN, walaupun dalam keadaan dilarang masuk akan menguntungkan bukan mengurangkan suara rakyat Sarawak dalam Dewan nanti."
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terbang ke Miri pagi Isnin tetapi dihalang Imigresen di Lapangan Terbang.
Seoerti pimpinan pembangkang yang disekat sebelum ini, surat yang menyatakan beliau dilarang masuk berserta tandatangan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sarawak, Ronnie William Matakim diserahkan kepadanya.
Dalam surat terbukanya, Izzah menerima janji Adenan untuk memberi laluan masuk sekiranya surat meminta kebenaran ditulis dengan baik.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Sarawak perlu ingat 25 ahli parlimen mereka luluskan GST, kata Azmin

Posted: 02 May 2016 04:43 AM PDT

image
Pengundi Sarawak perlu ingat kesusahan dan kenaikkan kos sara hidup berpunca daripada 25 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari bumi kenyalang itu yang menyokong meluluskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali.
Berucap semasa ceramah Selamatkan Malaysia di Kedah semalam, Azmin berkata tidak adil jika rakyat negeri tersebut menyalahkan pembangkang dengan menghukum tidak membenarkan wakil rakyat mereka masuk untuk berkempen di Sarawak.
"Adenan Satem (Tan Sri Adenan Satem) bagi tahu kerana ini autonomi Sarawak. Saya bagi tahu dia, kalau benar dia nak kembalikan hak rakyat Sarawak, bukan hukum saya dan pimpinan.
"Tapi hukum ahli-ahli Parlimen BN dari Sarawak seramai 25 orang yang bersekongkol dengan Najib untuk meluluskan GST hingga membebankan rakyat," katanya dihadapan kira-kira 10,000 hadirin.
Azmin juga menyelar pentadbiran Adenan yang melayan orang semenanjung dengan angkuh dan seolah-olah mereka tidak layak berada di negeri tersebut walhal Sarawak juga termasuk dalam negara Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)