Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Rundingan Kerusi: Azmin simpati pada Abdul Hadi

Posted: 19 May 2016 09:13 PM PDT

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersimpati dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #Smart Selangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian PAS berhubung pertemuan parti itu dengannya.

PAS Perak minta AMANAH cermin diri sebelum tanding

Posted: 19 May 2016 09:10 PM PDT

PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.
Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (AMANAH) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.
"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di Ipoh, semalam.
Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.
"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.
"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin PKR dedah surat Anwar untuk jadi hero?

Posted: 19 May 2016 09:07 PM PDT

Difahamkan, ramai pemimpin PKR tidak puas hati dengan tindakan pembocor rahsia itu dan mereka bercadang mengemukakan usul dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit.
Wan-Azizah_anwar_surat_6000
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR didakwa mendedahkan surat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semata-mata untuk menjadi hero.
Menurut laporan China Press, Wan Azizah membacakan surat sepanjang lapan muka surat itu dalam mesyuarat tertutup Biro Politik PKR pada 10 Mei lalu.
Difahamkan, seorang pemimpin PKR bertindak mendedahkan isi kandungan surat itu ketika berada di Kedah dan dia kemudiannya turut memberitahu wartawan portal berita mengenai surat berkenaan.
Sumber itu berkata, sesetengah pemimpin parti itu menafikan kewujudan surat berkenaan sebelum ini bagi mengelakkan Wan Azizah disiasat Kementerian Dalam Negeri.
Tambah sumber itu lagi, pendedahan surat itu akan menyebabkan pihak berkuasa memantau lebih ketat perjumpaan Anwar dengan peguam dan ahli keluarganya.
Difahamkan, ramai pemimpin PKR tidak puas hati dengan tindakan pembocor rahsia itu dan mereka bercadang mengemukakan usul dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin jawab fitnah kempen burukkan penjawat awam Selangor

Posted: 19 May 2016 09:05 PM PDT


Azmin Ali 2Azmin Ali 2Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas tuduhan amalan rasuah membabitkan pentadbiran kerajaan negeri itu kononnya "wujud permintaan perempuan" apabila berurusan dengan Kerajaan Negeri disiarkan oleh sebuah  portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.
Azmin berkata, ia merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kempen fitnah yang terancang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.
"Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri.
"Ia juga sekaligus menafikan sumbangan majlis eksekutif yang telah menyumbang dengan cekap dan bertungkus lumus kepada usaha Kerajaan Negeri membawakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi pada negeri ini," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi menteri besar  tengahari ini.
Kenyataan itu menyebut pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah.
"Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekalipun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.
"Menuding jari kepada Kerajaan Negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
"Dasar yang didukung adalah bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa tolak ansur terhadap elemen rasuah.
"Namun pada masa sama, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab." ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mesej Dato Paduka Husam Musa sangat jelas.

Posted: 19 May 2016 09:04 PM PDT

Oleh Noor Muhammad Md Norani
Setelah dibuli oleh kerajaan negeri Kelantan dengan soalan-soalan beliau yang bukan sahaja tidak dijawab, malah diakhiri pula dengan pemecatan beliau (walaupun masih belum diterima surat rasminya), beliau nekad bangkit untuk melawan.
Kelantan adalah tanah tumpah darah beliau yang wajib diselamatkan daripada terus dijarah oleh penguasa korup bertopeng agama. Untuk itu, DHM telah mensasarkan sejumlah 25 DUN yang bakal dirampas daripada UMNO dan PAS pada PRU14 nanti.
Dan beliau memerlukan undi daripada belia-belia yang pernah menyokong beliau satu ketika dahulu ketika beliau menjadi calon Parlimen PRU13 di Putrajaya.
Kendatipun begitu, soalan seterusnya yang masih belum dijawab oleh Husam adalah,
'Parti mana yang boleh menawarkan pakej menarik untuk DHM melaksanakan misi tersebut?'
PKR, DAP atau Amanah?
Dan Dato Husam mengakhiri sesi dialognya pada malam ini dengan soalan kepada pimpinan dan ahli PAS,
"Di mana Islamnya PAS setelah pemergian Arwah TGNA?"

Mat Taib bakal calon PKR di Sungai Besar ?

Posted: 19 May 2016 09:02 PM PDT


Tan Sri Muhammad  Muhd TaibTan Sri Muhammad Muhd TaibParti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.
Sebuah blog pro Umno memetik sumber yang rapat dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali  merangkap Timbalan Presiden PKR  itu , dijangka akan mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan Pas untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar.
Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin sudah "berkampung" di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan.
Sumber juga menyebut kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan "tambahan" sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.
"Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah "kepercayaan" kaum Cina sejak kebelakangan ini.
"Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan." kata sumber dipetik.
Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor akan datang.
Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini kata sumber, bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Pemikiran Za’aba mengenai orang Melayu

Posted: 19 May 2016 09:01 PM PDT

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Ketika orang Melayu bergelut dengan pelbagai krisis – politik, ekonomi, social, jati diri dan pelbagai lagi, saya teringat Pendeta Za'aba, tokoh intelektual ternama yang mencetuskan pemikiran baru mengenai orang Melayu.
Saya membaca kembali buku tulisan Allahyarham ini, yang berjudul 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri', terbitan Dewan Bahasa pada tahun 1987. Sebuah buku yang sarat dengan kritikan tajamnya mengenai sesetengah perangai orang Melayu.
Tulisannya itu menggambarkan hasratnya untuk memberikan kekuatan berfikir dan jati diri orang Melayu hingga mampu menghadapi cabaran masa kini.
Ini pemikiran yang dicetuskannya lebih setengah abad lalu, tetapi tetap masih releven hingga kini, bahkan pemikirannya itu sangat perlu diangkat segera untuk menjawab segala tantangan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang ini.
Beliau mengkritik sifat sesetengah orang Melayu yang sentiasa mahu bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan orang lain, enggan berakhtiar sendiri. Hanya mahu berdoa, tapi enggan berusaha dan malas berfikir.
Za'aba juga mengkritik cara sesetengah orang Melayu dalam melaksanakan tuntutan Islam yang menurutnya banyak percaya pada jampi mentera dan ikut-ikutan pada perbuatan sesetengah 'orang alim', tetapi sebenarnya ada yang tidak menurut kehendak Islam sebenar.
Pendeta Za'aba mahu orang Melayu bersikap progresif, dynamic, rajin berfikir dan berusaha, melaksanakan Islam yang benar-benar menepati kehendak Al-Quran dan Sunnah.
Walaupun beliau seorang pendeta bahasa Melayu, namun pemikiran dan kritikannya ternyata ia seorang yang dapat menguasai ilmu sains social, politik, malah ilmu Islam dengan baik.
Beliau menguasai bahasa Inggeris dan Arab dan mengkaji Al-Quran serta hadis sejak zaman remajanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ: Jho Low lucut aset termasuk karya seni berikutan siasatan

Posted: 19 May 2016 08:51 PM PDT

Jutawan Jho Low terus menjual pelaburannya bernilai puluhan juta dolar ketika siasatan berterusan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Kali ini, beliau dilaporkan menjual sebahagian daripada pelaburannya yang paling terkenal di Amerika Syarikat, termasuk lukisan sepasang penagih dadah oleh artis avant-garde Jean-Michel Basquiat yang bernilai AS$35 juta.
Februari lalu, beliau menimbulkan kekecohan di dunia seni dengan menjual antara lain, karya Claude Monet dan Pablo Picasso.
Lukisan-lukisan itu dijual pada harga kira-kira AS$54 juta, yang menyaksikan "kerugian luar biasa".
WSJ yang memetik sumber yang biasa dengan siasatan melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat urusan kewangan Low di Amerika Syarikat dan di luar negara.
Juga dilaporkan bahawa penyiasat percaya hartawan berusia 35 tahun itu menggunakan dana firma pelaburan Malaysia yang kontroversi, iaitu 1MDB bagi membeli sebahagian karya seni dan hartanahnya.
Malaysiakini tidak boleh mengesahkan tuntutan dalam laporan WSJ itu.
Bulan lalu, Low menjual karya agung koleksi seni AS$ 300 juta miliknya - iaitu lukisan Basquiat pada 1982 yang bertajuk 'Dustheads' - melalui rumah lelongan Sotheby pada nilai AS$35 juta. Beliau membuat kerugian sebanyak AS$13.8 juta.
Taikun itu dilaporkan membeli lukisan berkenaan pada bulan Mei 2013 di Christie New York pada harga AS$48.8 juta.
Low juga bersetuju untuk menjual kepentingannya di Park Lane Hotel di Manhattan - sebuah hotel 46 tingkat menghadap Central Park - untuk harga yang tidak didedahkan.
Read More / Baca Lagi >>

MB Selangor nafi dakwaan minta perempuan, wang untuk urusan negeri

Posted: 19 May 2016 08:49 PM PDT

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri sebagai fitnah.
Beliau juga berkata pentadbirannya berdepan fitnah "jijik", "jahat", "semberono" dan terancang bagi melemahkan semangat penjawat awam negeri.
"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," katanya.
Dalam perbualan Whatsapp yang bocor semalam, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa mendapat aduan permintaan untuk mendapatkan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri.
Beliau bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas atau menafikan perkara itu tetapi mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR berpotensi memusnahkan parti.

"Sekarang tak kira dia lelaki, wanita atau putera UMNO.. KERJA MEREKA JADI PENYAMUN.."

Posted: 19 May 2016 08:22 PM PDT



Gaya kemewahan seorang First Lady Of Malaysia, FLOM..

Posted: 19 May 2016 08:19 PM PDT


Nizar calon PH di Kuala Kangsar?

Posted: 19 May 2016 08:09 PM PDT

Nizar enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.
Mohammad-Nizar-Jamaluddin_kuala-kangsar_600
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.
Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.
Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.
PH dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad ini untuk membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi menentukan parti dan calon yang akan mewakili pembangkang pada 18 Jun nanti.
Meskipun PAS telah menyenarai pendek enam calon untuk dua PRK itu, namun ia dikatakan tidak akan menjejaskan keputusan yang akan dibuat PH nanti.
Nizar berkata, AMANAH akan mengadakan ceramah politik di Kuala Kangsar dan masa serta maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun ini.
Ia susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau 5 Mei lalu.

Mahathir tiada agenda peribadi, namun harus berhati-hati

Posted: 19 May 2016 08:07 PM PDT


Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah  Mohamad Sabu memilih untuk percaya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang agenda peribadi dalam gerakan Deklarasi Rakyatnya namun mengakui tetap berhati-hati dengan penglibatan Mahathir.
 Dalam satu temubual eksklusif yang disiarkan Sinar Online hari ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai  Mat Sabu dipetik berkata, pada pandangannya Dr Mahathir tiada perancangan untuk dirinya sendiri, sebaliknya untuk kumpulannya, wallahualam jelasnya.
"Kita mengetahui, umurnya 91 tahun, pada pandangan saya, beliau tidak ada perancangan untuk dirinya tapi jika untuk kumpulannya, Wallahualam.
 "Soal apa nawaitu (niat) Dr Mahathir, kita tidak tahu tapi zahirnya beliau mahu bersama untuk membuat pembetulan terhadap apa yang berlaku di Malaysia," katanya mengulas mengenai surat teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Bekas Ketua Pembangkang itu melalui surat panjang lebar baru-baru ini menegur kerjasama pembangkang dengan Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat.
Sementara itu, Mat Sabu melihat usaha menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang dijalankan itu sebagai titik permulaan kepada negara ini bagi mana-mana pemimpin yang menyeleweng pada masa akan datang.
"Penglibatan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib, saya sokong kerana bagi kita, jika Najib menyeleweng dan rakyat bangun untuk menolaknya, ia akan menjadi pengajaran, suatu permulaan di Malaysia ini.
"Jika naik Pakatan Harapan esok dan kemudiannya menyeleweng, kita mahu beginilah sikap rakyat, menolak. Akhirnya, kebaikan akan datang kepada rakyat. Inilah yang berlaku di negara lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Perak tidak gentar hadapi lawan - Razman

Posted: 19 May 2016 08:05 PM PDT

Razman Zakaria
IPOH - Pas Perak tidak gentar berdepan dengan mana-mana calon termasuk bekas tokoh parti itu yang mewakili Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu ditekankan kerana Pas sendiri pernah berhadapan dengan bekas presiden parti itu, Tan Sri Mohd Asri Muda pada PRN Kelantan di era 1978.
"Kalau ikut sejarah , lawan yang kita hadapi bukan calang-calang. Pas pernah berdepan dengan bekas presiden, Tan Sri Asri yang mewakili Berjasa suatu ketika dulu.
"Walaupun dikatakan kebanyakan pimpinan Pas ketika itu ikut beliau, namun kita tetap tak berpecah dan terus bertanding," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Perak, di sini, semalam.
Razman berkata, kerjasama yang berlaku dalam Pakatan Harapan juga tidak menggambarkan kesepakatan dan perkara itu dibuktikan melalui PRN Sarawak lalu.
"Baru berpakat, tiba-tiba PRN Sarawak mereka bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi. Di Sungai Besar pun (perebutan), antara PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Jadi, jelas nampak mereka tiada hala tuju," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kepincangan blok pembangkang semakin tidak dapat dielak menjelang PRK

Posted: 19 May 2016 08:01 PM PDT

Nampaknya usaha untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi Parlimen yang disandang mereka dalam Pilihan Raya Kecil semakin mudah apabila kepincangan sesama parti blok pembangkang sudah tidak dielakkan lagi.
Tidak dapat dinafikan Umno juga mengalami perpecahan dalaman, namun parti komponen mereka masih utuh menyatakan sokongan kepada parti utama pemerintah tersebut namun situasi berbeza dihadapi blok pembangkang.
Nampaknya, isu perebutan kerusi masih tidak menemui jalan penyelesaian dan dijangka ia akan berlarutan sehingga tiba hari pilihan raya nanti.
Dalam situasi ini, Umno dilihat mempunyai kelebihan meskipun wujud perpecahan dalaman kerana mereka tidak perlu pening kepala dalam menentukan parti yang layak bertanding cuma hanya berdepan masalah memilih calon, satu masalah yang kecil dan mudah ditangani.
Bagi sebelah pihak pembangkang, tidak mahu tidak mereka akan bertembung sesama sendiri lagi sekali mengulangi episod semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak dan mereka masih tidak belajar daripada kesilapan.
PAS nampaknya masih menggunakan hujah kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah milik mereka atas alasan mereka bertanding semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu tanpa mempertimbangkan pada ketika itu Pakatan Rakyat masih wujud.
Sekarang, pakatan tersebut sudah hancur malahan masing-masing sudah mempunyai blok masing-masing.
Cerita perebutan kerusi dengan PAS satu perkara, seperkara lagi bibit-bibit perpecahan dalam parti komponen Pakatan Harapan, PKR juga semakin terdedah sedikit demi sedikit.
Kem Menteri Besar Azmin Ali nampaknya sedang bertarung dengan kem Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia semakin meruncing dengan pendedahan surat dari penjara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nyata, bekas ketua pembangkang itu tidak selesa dengan tindakan timbalan presiden PKR yang menjalin hubungan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Luka lama kembali berdarah lagi dan tidak dapat dinafikan Anwar tidak dapat memaafkan individu yang pernah memasukkannya ke dalam penjara.
Cakap-cakap orang politik dalam PKR mengatakan perpecahan tidak dapat dielak dan dua PRK bakal menentukan hala tuju politik parti reformasi tersebut, sama ada bersama Wan Azizah atau Azmin.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Negara: WSJ guna cara pengecut elak disaman sembang Salleh

Posted: 19 May 2016 07:57 PM PDT

Hakikatnya ialah laporan mereka ditulis berdasarkan khabar angin, dan merupakan pembohongan bermotifkan politik, katanya.
salleh-keruak_wsj_600KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kerana terus membuat dakwaan palsu tetapi memetik pihak yang tidak dinamakan sebagai sumbernya.
Ini, katanya, cara pengecut untuk mengelak daripada disaman.
"Kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama, sebab mereka tidak akan dapat (menyatakannya)," kata Salleh dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com. yang menyelar laporan WSJ tentang Malaysia.
"Hakikatnya ialah laporan mereka ditulis berdasarkan khabar angin, dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang mereka terima tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya, demi memaparkan satu lagi tajuk berita sensasi," katanya.
Salleh berkata meskipun sumber tanpa nama mereka itu sering kali terbukti tidak benar, misalnya dalam laporan palsu berhubung gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu, namun WSJ terus membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.
Katanya, bukanlah satu kebetulan apabila semua laporan WSJ tentang Malaysia sejak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan kempen anti Najib ditulis berdasarkan kepada satu perkara – apa yang mereka dakwa sebagai memetik sumber tanpa nama dan penyiasat tanpa nama.
"Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi semua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?
"Jika tidak, bagaimana mereka harapkan apa yang mereka tulis boleh dipercayai, sedangkan sudah beberapa kali laporan mereka itu dibuktikan tidak benar," kata Salleh.
Artikel terkini WSJ, sekali lagi memetik sumber yang tidak dinyatakan, berkaitan dakwaan pembelian hartanah di London.

Skandal 1MDB: Mahkamah S'pura diberitahu, Yeo Jiawei cuba sembunyi jejak

Posted: 19 May 2016 07:54 PM PDT

Bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei cuba menyembunyikan jejaknya dengan memberitahu orang lain supaya memadamkan emel dan mengelak daripada disoal siasat oleh pihak berkuasa, demikian mahkamah Singapura diberitahu semalam.
Peguamcara kedua Singapura, Kwek Mean Luck berkata demikian ketika memohon tambahan tempoh reman selama dua hingga tiga minggu lagi terhadap Yeo, yang ditahan dalam siasatan berkaitan dengan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.
Edge Singapura melaporkan Kwek sebagai berkata adalah dipercayai tertuduh mungkin meminta orang lain supaya menyembunyi dan menyesuaikan maklumat.
Akhbar itu melaporkan Kwek berkata bahawa Yeo memainkan peranan penting di dalam kes itu sejak tiga tahun lepas.
Yeo menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan yang didakwa berkaitan dengan SRC.
Peguamnya, Philip Fong, bagaimanapun berhujah bahawa penyiasat mungkin sudah pun tahu maklumat yang mereka berkata mereka sedang cari.
Beliau berkata Yeo telah disiasat sejak tahun lepas dan telah disoal siasat sepanjang masa sejak dia ditangkap.
Fong berkata tidak ada apa-apa lagi yang tertuduh belum beritahu.
"Tertuduh nampaknya seperti sudah menjalani hukumannya," katanya.

Kesepakatan Pakatan Harapan diuji minggu depan

Posted: 19 May 2016 07:51 PM PDT

Oleh ARIF ATAN
Menjelang berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu depan, banyak pihak sedang menanti sejauh mana penentuan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepada Amanah.

Pada ketika Pas jelas sudah memberi amaran kepada parti pembangkang lain untuk hanya memberi laluan kepadanya, pertembungan paling kurang tiga penjuru pada pembuangan undi 18 Jun nanti tidak dapat dielak. Mungkin setelah mengukur baju di badan sendiri – meminjam peribahasa disebut Abdul Hadi Awang yang difahami dituju kepada Amanah – Pas tanpa mengambil kira senario politik BN dan pembangkang yang berbeza selepas tiga tahun tetap berdegil untuk membolot kedua-dua kerusi tersebut.
Hadi barangkali lupa rekod Pas mengurangkan majoriti undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 lalu adalah kerana penyokong PKR dan DAP turut mengundi Pas yang berada dalam gabungan parti pembangkang.
Pada masa sama, serangan bertubi-tubi Mahathir ke atas Najib serta isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal juga bakal memberi tempias kepada pengundi tetapi tidak semestinya mereka bersedia untuk memangkah Pas yang semakin 'mesra' Umno.
Selepas Hadi sepentas dan sedondon berbaju merah jambu dengan Najib tahun lalu, hari ini penceramah TV, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias memuat naik gambarnya bersalaman dengan Datuk Dr Haron Din selepas mesyuarat Majlis Perundingan Islam Kluster Dakwah yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas itu.
Tidak hairanlah banyak pihak menganggap PRK di Selangor dan Perak menguji semangat setiakawan antara PKR, Amanah dan DAP yang berpayung di bawah Pakatan Harapan sekali lagi diuji.
Hal inilah yang ditekankan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada 15 Mei lalu dengan antara lain mengingatkan tidak harus ada usaha mencari formula mahupun pendekatan lain.
Beliau turut menyeru sekutu Pakatan Harapan menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin sekadar menyingkirkan Najib di belakang Pakatan Harapan.
"Amanah mahukan PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus bina keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan mencabar BN sebagai kerajaan menanti," tegasnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

GENIUS SANGATKAH ANAK TIRI NAJIB?

Posted: 19 May 2016 05:31 PM PDT

Sebelum ini, anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dilaporkan memiliki dua hartanah di Amerika Syarikat iaitu kondominium mewah di Park Laurel, New York berharga AS$33.5 juta dan sebuah lagi dalam bentuk rumah agam di Beverly Hill bernilai AS$17.5 juta.

Pembelian kedua-dua hartanah itu, menurut WSJ sedang disiasat oleh FBI kerana didakwa datangnya daripada sumber 1MDB yang dilencongkan berjumlah AS$50 juta.

Kini WSJ mendedahkan lagi bahawa FBI turut menyiasat hartanah lain milik Riza di Kota London bernilai RM137.6 juta, juga kerana dikhuatiri pembeliannya menggunakan dana daripada 1MDB.
Banyaknya harta anak tiri Najib? Kaya sangatkah dia?

Sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, kenapa tidak pernah pula kita mendengar mengenai pemilikan harta, kerjaya atau apa-apa kejayaan anak tirinya itu?
Read More / Baca Lagi >>

Pas tak takut ugutan PKR, tetap tanding 2 kerusi - Mohd Amar

Posted: 19 May 2016 05:29 PM PDT

Pas tidak akan tunduk kepada ugutan daripada mana-mana pihak termasuk PKR kerana keputusan parti itu untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah muktamad.
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, partinya tidak terkesan dengan ugutan sesetengah pihak dan akan tetap bertanding dalam dua PRK itu.
Mohd AmarBeliau mengakui Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar namun tiada sebarang keputusan dicapai.
Azmin, ujar Mohd Amar mencadangkan Pas memberi laluan kepada parti pembangkang lain untuk bertanding di Sungai Besar.
Cadangan itu, ujar beliau telah dibawa ke peringkat atasan dan keputusannya Pas tidak akan memberi laluan kepada parti pembangkang lain untuk bertanding di dua PRK tersebut.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan bercakap kepada pemberita dalam majlis sambutan hari hutan sedunia di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, semalam.
Beliau turut mendesak DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati hak Pas untuk bertanding di kerusi tradisi parti itu.
Walaupun menganggap dua kawasan itu sebagai 'kawasan tradisi', Pas tidak pernah memenangi dua kerusi parlimen tersebut.
Pemangku menteri besar Kelantan itu juga memaklumkan bahawa majlis syura ulamak Pas akan bermesyuarat pada 22 Mei bagi menentukan calon untuk dua PRK itu.
Pas ujarnya telah menyenaraikan tiga nama calon tempatan bagi setiap PRK untuk dipilih majlis syura.
Read More / Baca Lagi >>

EXCO Selangor nafi dakwaan ‘permintaan perempuan’

Posted: 19 May 2016 05:26 PM PDT

Amirudin menggesa pihak yang mempunyai bukti supaya membawanya kepada pihak berkuasa.
Amiruddin Shari
SHAH ALAM: EXCO Selangor, Amirudin Shari mendakwa tidak pernah dengar mengenai dakwaan kononnya terdapat "permintaan perempuan" selain wang ketika berurusan dengan kerajaan negeri itu.
ADUN Batu Caves itu turut menasihat mana-mana pihak yang mempunyai bukti terhadap dakwaan itu supaya menyerahkan kepada pihak berkuasa.
"Saya tidak suka dakwaan macam ini. Setakat ini tak ada dengar, kalau (sesiapa) ada bukti khusus bawa ke pihak berkuasa.
"Tanya dialah (Rafizi Ramli), saya tak tahu. Kalau dia enggan komen, saya pun enggan komen," katanya ketika ditemui dalam satu program semalam.
Satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerima aduan berhubung "permintaan perempuan" ketika berurusan dengan kerajaan Selangor tersebar semalam.
Dalam perbualan kumpulan WhatsApp 'SOLIDARITY FOR ANWAR' itu, Rafizi dikatakan sedang mengumpul maklumat berkaitan dakwaan itu dan "ada hadnya sebelum buat expose (pendedahan) mengenai parti sendiri."
Read More / Baca Lagi >>

'Amanah tak pujuk Husam, terpulang pada dia'

Posted: 19 May 2016 08:42 AM PDT


Mohamad Sabu KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memberitahu pihaknya tidak memujuk ahli Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata pilihan terletak di tangan Husam untuk memutuskan laluan perjuangannya.
"Kita tidak memujuk. Husam seorang yang bijak bestari, ada pemikirannya cuma, kita mengalu-alukan (beliau bersama kita).
"Kita mengalu-alukan orang seperti beliau untuk berada dalam Amanah. Tapi beliau seorang yang bijak, jadi, ikut dialah, mana-mana (parti) dia nak pilih," katanya dalam temu bual khas dengan Sinar Online, hari ini.
Pas memecat Husam berkuat kuasa 23 April lalu namun Husam menganggap beliau masih ahli Pas susulan belum menerima sebarang notis sehingga hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad atau Mat Sabu mengakui mengiktiraf Husam sebagai seorang yang berkebolehan khasnya dalam bidang ekonomi.
"Beliau seorang yang mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi. Satu penggal saya berpengalaman dengan beliau di Parlimen.
"Memang beliau seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan tumpuannya dalam bidang ekonomi," katanya.
Semalam, Husam meminta diberikan tempoh tiga hingga empat bulan sebelum membuat pengumuman terhadap penyertaannya dalam mana-mana parti politik.

Zairil gesa kerajaan dedah keuntungan ‘cukai minyak’

Posted: 19 May 2016 07:24 AM PDT

Zairil Khir Johari berkata kerajaan akui adakalanya pengguna terlebih bayar untuk minyak
zairil-khir-johari_fuel-tax_600
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP menggesa kerajaan mendedahkan jumlah 'cukai minyak' yang dipungut selepas Kementerian Kewangan mengakui harga runcit untuk minyak tidak mencerminkan harga sebenar.
Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) berkata Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis memaklumkan lantaran turun naik harga minyak yang tidak stabil, adakalanya kerajaan tersubsidi harga atau pengguna terlebih bayar.
Menurut Zairil, sekiranya harga runcit lebih tinggi, maka kerajaan akan mengaut keuntungan yang boleh disifatkan sebagai 'cukai minyak'.
"Rakyat berhak tahu jumlah keuntungan yang diterima kerajaan," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen.
Beliau juga mengkritik Putrajaya kerana enggan memberikan jawapan yang jelas berhubung perkara ini.
"Rakyat terbeban dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatn). Kini, kita terpaksa menanggung 'cukai minyak'."

Peralatan JPAM dibeli dalam keadaan terdesak – Shahidan

Posted: 19 May 2016 07:21 AM PDT

Kalau tidak cukup aset, orang mengadu atau anggota tidak pakai pakaian yang selamat pun orang mengadu, kata menteri
Shahidan-Kassim_jpam_laporan_600
KUALA LUMPUR: Keperluan yang mendesak ekoran banjir besar pada 2014 menyebabkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa menerima kasut getah, papan luncur dan jet ski yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembelian barangan berkenaan dibuat berdasarkan peraturan Pembelian Darurat yang membolehkan pembelian dibuat segera atau serta merta di mana kelewatan perolehan akan memudaratkan dan menjejas perkhidmatan dan kepentingan awam.
"Semua pembelian terpaksa dibuat serta merta mengikut peraturan Pembelian Darurat. Kalau tidak cukup aset, orang mengadu atau anggota tidak pakai pakaian yang selamat pun orang mengadu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015, Siri 1 yang dikeluarkan semalam, tiga jenis peralatan yang dibekalkan kepada JPAM iaitu 1,010 pasang kasut getah, lapan jet ski dan 64 'papan luncur' adalah berwarna kuning dan bukannya berwarna oren serta tidak dicetak dengan perkataan "HAK KERAJAAN MALAYSIA".
Read More / Baca Lagi >>

BN hilang sejuta undi sekiranya peniaga online dicukai – IKHLAS

Posted: 19 May 2016 07:17 AM PDT

Pertubuhan usahawan menyarankan kerajaan supaya tidak membebankan peniaga kecil dengan cukai baharu kerana mereka sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi
Mohd-Ridzuan-Abdullah_online_undi_6001
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan hilang lebih sejuta undi sekiranya kerajaan mengenakan cukai keatas perniagaan dalam talian (online) tahun hadapan.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata ramai dalam kalangan peniaga atas talian merupakan peniaga muda yang menceburi bidang keusahawanan untuk mencari rezeki.
Katanya, golongan peniaga kecil ini akan membantah sekiranya kerajaan menambahkan beban mereka dengan cukai baharu disaat mereka terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
"Sekiranya kerajaan terus melaksanakan cukai keatas perniagaan atas talian, kedudukan BN akan terjejas kerana dari segi sokongan golongan muda akan hilang malah lebih satu juta undi (kepada) BN akan hilang pada PRU akan datang.
"Disaat rakyat ketika ini sedang menghadapi peningkatan kos sara hidup, jangan melampau sangat menekan rakyat," katanya kepada FMT.
IKHLAS menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya membatalkan cadangan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)