Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PAS: Tiada rundingan dengan PKR untuk Sg Besar

Posted: 18 May 2016 09:13 PM PDT

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiada sebarang rundingan kerusi antara parti itu bersama PKR untuk berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar.
"Tidak pernah ada rundingan (bersama PKR). Jika ada rundingan, tentulah kita tahu.
"Setakat ini kita tidak menerima apa-apa pengesahan mengenai hal itu. Kita mengetahui melalui viral di aplikasi Whatsapp, maka tidak ada pengesahan dari pihak PAS.
"Jika betul ada, biar presiden PAS yang beri pandangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Ditanya sekali lagi sekiranya terdapat rundingan bersama PKR, anggota parlimen Kota Bharu menegaskan tiada rundingan rasmi antara parti Islam itu bersama PKR.
"Rundingan tak pernah ada, tapi kalau perjumpaan saya tidak tahu. Tetapi tidak ada rundingan secara rasmi antara PAS dan PKR," ujarnya.

Tak terima surat, SMS kena pecat, kata Husam Musa

Posted: 18 May 2016 09:09 PM PDT

Give up Sg Besar seat or resign from S’gor gov’t, PAS told

Posted: 18 May 2016 09:06 PM PDT

Selangor Menteri Besar Azmin Ali says PKR has a better chance of winning in the Sungai Besar by-election as they can garner both Malay and Chinese votes unlike PAS or Amanah.
azmin-sungai-besar-1
PETALING JAYA: Selangor Menteri Besar Azmin Ali says PAS executive councillors (exco) in the state will have to resign by Monday if their party pushes ahead with their decision to contest in the Sungar Besar by-election.
Azmin, who is also deputy president of PKR made it clear to them that his party wants the seat for themselves as they stand a better chance of gaining the support of Malay and Chinese voters unlike either PAS or Parti Amanah Negara (Amanah) who would appeal only to the Malays.
However, The Star Online said that according to a Selangor PAS source, the Islamist party is standing by their decision to contest in Sungai Besar.
This was decided by PAS's top leadership during an emergency meeting at the home of its president Hadi Awang in Terengganu late last night.
"Our president is standing by the central committee's decision to contest the by-elections," the English daily reported the Selangor PAS source as saying.
Hadi also instructed the three excos namely Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi and Zaidy Abdul Talib not to resign but to be prepared to be expelled from the Selangor Government instead.
He was alleged to have said that PAS "would rather herd the cows of Umno than herd the pigs of DAP."
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Di Selangor: Exco PAS Mungkin Dipecat

Posted: 18 May 2016 09:04 PM PDT

PETALING JAYA: Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan pada Isnin jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.
Kata dua itu dilaungkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR bertanding di kerusi tersebut.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menujukan kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.
Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.
Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.
"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu," kata sumber PAS Selangor.
Hadi yang juga Presiden PAS mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya tidak meletak jawatan.
Beliau berkata parti itu bersedia untuk digugurkan daripada kerajaan negeri.
Semasa mesyuarat dengan ahli exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang cerah untuk menentang Umno di Sungai Besar.
Read More / Baca Lagi >>

Kematian Teoh Beng Hock tiada unsur jenayah - Jab Peguam Negara

Posted: 18 May 2016 08:57 PM PDT

Jabatan Peguam Negara mengesahkan selepas membuat penelitian dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang.
nancy-shukriPETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia disahkan selepas Jabatan Peguam Negara membuat penelitian dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang.
"Jabatan Peguam Negara, setelah meneliti dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Pasukan Siasatan Khas terhadap kematian Teoh Beng Hock, mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan mana-mana pegawai SPRM berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang meminta kerajaan menyatakan apakah keputusan peguam negara selepas meneliti kertas siasatan lanjutan oleh pasukan khas PDRM terhadap kematian Beng Hock.
Sebelum ini, Nie Ching menyelar tindakan SPRM yang menaikkan pangkat seorang pegawai yang dikaitkan dalam kes kematian Beng Hock.
Hishamuddin Hashim dinaikkan pangkat sebagai pengarah bahagian risikan SPRM. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah SPRM Sabah.
Beng Hock ditemui meninggal dunia pada Julai 2009 selepas jatuh dari tingkat sembilan bangunan SPRM Selangor, tempat mendiang ditahan semalaman untuk soal siasat.
Hishamuddin ketika itu bertugas sebagai pengarah SPRM Selangor.
Namanya bersama dua anggota SPRM lain, disebut dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Beng Hock.

PM perjelas sebab 1MDB tidak bayar faedah AS$50.3 juta

Posted: 18 May 2016 08:52 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, 1MDB mempunyai dana tunai mencukupi untuk melunaskan bayaran faedah AS$50.3 juta untuk bon Langat bernilai AS$1.75 bilion.
Bagaimanapun, beliau yang juga menteri kewangan berkata, 1MDB tidak membayar faedah itu ekoran pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
"1MDB mempunyai dana sejumlah RM2.3 bilion dan mampu membayar semula faedah AS$50.3 juta.
"Bagaimanapun, 1MDB tidak berbuat demikian kerana pertikaian dengan IPIC," ujar beliau dalam jawapan parlimen bertulis dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.
"Untuk makluman dewan, IPIC telahpun membuat bayaran faedah di bawah peruntukan jaminan IPIC," tambahnya.
Najib memberi maklum balas sedemikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dari DAP.
Mohd Ariff bertanya mengenai jumlah hutang yang melibatkan IPIC.
"Apakah sebab 1MDB tidak membayar semua faedah hutang AS$50 juta?" tanya Ariff.

Kerajaan tidak ada kuasa ambil tindakan terhadap pengerusi PAC

Posted: 18 May 2016 08:46 PM PDT

Eksekutif tidak ada bidang kuasa untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC.
azalina-hasan-ariffin
PETALING JAYA: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berhubung tindakannya memotong dua baris penting dalam laporan berkaitan 1MDB.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata PAC adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan mengikut peraturan 77(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Justeru itu, bukan bidang kuasa eksekutif untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC dalam perkara ini," katanya dalam satu jawapan bertulis, hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mempersoalkan adakah tindakan akan diambil terhadap Hasan.
Dua baris penting yang dipotong dalam laporan berkaitan 1MDB itu ialah mengenai kebimbangan Bank Negara Malaysia (BNM)) bahawa Good Start Limited dimiliki oleh individu dan tidak ada kaitan dengan kumpulan Petro Saudi.
Semalam, Hasan menyatakan keputusan untuk mengubah status Laporan Audit 1MDB yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi itu hanya akan ditentukan oleh Kabinet dan bukan jawatankuasa tersebut.
Katanya, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada mahu membatalkan status laporan tersebut sebagai dokumen rahsia rasmi yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) atau tidak.

Husam mahu ‘takluk’ Kelantan

Posted: 18 May 2016 08:44 PM PDT

Husam tidak menolak kemungkinan untuk kembali kepada PAS, memandangkan beliau masih ada 20 hari untuk mengemukakan rayuan.
husam 1
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa membayangkan beliau mungkin mencari strategi untuk "menakluk" Kelantan.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedang menanti tempoh "idah" bersama parti Islam itu tamat sebelum mengkaji perkara berkaitan parti dan membuat persiapan untuk mengumumkan langkah beliau dalam tempoh "tiga atau empat bulan" lagi.
"Untuk kata saya bersendirian tidak betul. Ada ADUN (Kelantan) bersama saya. Tapi tak boleh beritahulah.
"Saya telah kenal pasti 25 DUN daripada PAS dan UMNO yang boleh dimenangi," katanya beberapa kali dalam Dialog Bersama Husam yang berlangsung selama tiga jam semalam.
Kelantan mempunyai 45 DUN dengan 31 daripadanya dikuasai PAS, 12 DUN dimenangi BN, PKR sebuah kerusi dan DUN Salor yang disandang Husam.
Husam yang lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan PAS Kelantan, dipecat parti Islam itu berkuat kuasa 23 April lalu kerana didapati melanggar Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f) Perlembagaan PAS.
Ketika diasak dengan pelbagai soalan daripada hadirin mengenai masa depannya dan desakan menyertai AMANAH atau PKR untuk memimpin Pakatan Harapan di Kelantan, Husam bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri.
"Maaf kalau saya lambat (buat keputusan). Saya betul nak tahu bagaimana persiapan. Saya akan ambil masa dua bulan menziarahi kawan dan sukarelawan dan jentera yang saya boleh pilih. Saya tak ada sumber kewangan, bagaimana nak jalan?
Read More / Baca Lagi >>

'Memang la, Anwar pun dendam kat saya...' - Dr Mahathir

Posted: 18 May 2016 08:31 PM PDT


Anwar, Mahathir

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak mustahil masih wujud perasaan dendam antara dirinya dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bersama menerajui negara.
Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
"Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam," katanya, ketika ditemui, selepas hadir pada majlis perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) disempurnakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimana pun, Mahathir enggan mengulas lanjut berhubung surat berjudul 'Warkah dari penjara' oleh Anwar yang ditujukan kepada pemimpin PKR menyentuh penglibatan pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat, diketuai Mahathir.
Dalam pada itu, Mahathir menafikan dakwaan perpecahan kalangan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan berpunca daripada Deklarasi Rakyat, sebaliknya menyifatkan parti pembangkang sememangnya tidak pernah bersatu.
Menurutnya, sejak dahulu lagi parti pembangkang tidak bersatu menyebabkan BN beroleh manfaat daripada situasi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Nancy: Hanya Switzerland hantar permintaan rasmi berkaitan 1MDB

Posted: 18 May 2016 08:29 PM PDT

Daripada enam pihak berkuasa asing yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, hanya Switzerland yang telah secara rasmi menghubungi Malaysia untuk meminta kerjasama.
Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam jawapan bertulis Parlimen semalam.
Pada masa ini, katanya, kerajaan Malaysia hanya menerima satu permintaan bantuan rasmi untuk bekerjasama dengan kerajaan Switzerland dalam penyiasatan melibatkan 1MDB.
Nancy menjawab soalah Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).
Sim telah meminta kerajaan menyatakan jumlah pihak berkuasa asing yang sedang menyiasat 1MDB.
Beliau juga bertanya berapa ramai daripada mereka telah meminta kerjasama daripada kerajaan.
Selain Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong dan Australia telah dilaporkan menyiasat syarikat dana milik Kementerian Kewangan.

PAS akan tewas lawan UMNO - Husam Musa

Posted: 18 May 2016 08:12 PM PDT

Mungkin surat pemecatan tapi nama Hassan bin Musa - Husam

Posted: 18 May 2016 07:56 PM PDT


Husam Musa menyampaikan ceramahnya pada sesi dialog bersama beliau berkenaan isu pemecatan keahlian beliau di dalam PAS pada sesi dialog yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Kuala Lumpur. Foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 18 MEI 2016.
Husam Musa menyampaikan ceramahnya pada sesi dialog bersama beliau berkenaan isu pemecatan keahlian beliau di dalam PAS pada sesi dialog yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Kuala Lumpur. 

"Saya cuma dengar kena pecat melalui media dan sehingga hari ini saya masih belum terima apa-apa surat atau emel.
"Kalau betul, eloklah hantar cepat surat pemecatan keahlian saya supaya lebih senang nak bergerak."
Itu penjelasan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pada Majlis Dialog Bersama Husam Musa di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur malam tadi.
Kata Husam, berdasarkan laporan media, antara sebab dia dipecat adalah kerana duduk sepentas dengan parti pembangkang lain dan menegur kesilapan pemimpin.
"Saya nak tanya semua yang hadir jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh duduk semeja dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, kenapa saya tak boleh sepentas dengan Presiden parti pembangkang lain?
"Kalau saya dikatakan salah, apakah perbuatan Abdul Hadi dibolehkan sedangkan saya tidak sedikit pun memburukkan parti walaupun bersama pembangkang yang tidak disukai Pas," katanya.
Beliau mendakwa, Pas hari ini sudah menyimpang jauh dari hala tuju selepas kematian Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Corak kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi sudah tidak sama ketika Nik Abdul Aziz masih hidup.
"Tidak ada siapa boleh tegur pemimpin Pas sedangkan di dalam Islam sendiri memang menggalakkan umatnya membuat teguran jika ada yang silap demi kebaikan bersama," katanya.
Menurut Husam, ada baiknya Abdul Hadi meletak jawatannya jika mahukan Pas berada di landasan asal selain memperkukuhkan parti.
"Kalau pemimpin UMNO dikatakan makan dedak, pemimpin Pas juga tidak ada bezanya cuma bentuk dedaknya sahaja yang lain.
"Banyak kepincangan di dalam Pas tidak diketahui umum tetapi hakikatnya, perjuangan yang berlandaskan Islam sudah banyak menjadi pertikaian," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada lagi kerjasama Pas-PKR jika bertindih kerusi PRU14 - Hadi

Posted: 18 May 2016 07:53 PM PDT

Pas tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan blok pembangkang termasuk PKR sekiranya berlaku pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Pas tidak lagi bersama pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH), tetapi parti itu masih bekerjasama dengan PKR menerusi Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
 
Abdul Hadi AwangKata beliau, jika PKR turut meletakkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang mana Pas juga bertanding di kerusi berkenaan, maka hubungan kerjasama kedua-duanya tidak akan diteruskan lagi.
 
Bagaimanapun, pada masa sama, ujar Ahli Parlimen Marang itu, hubungan kerjasama Pas dengan PKR tidak terjejas sekiranya berlaku pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor Jun ini.
 
"Itu (PRU dan PRK) berbeza. Tidak sama. Kalau PKR letak calonnya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita akan tetap teruskan kerjasama. Tetapi dalam PRU ini (PRU14), jika berlaku pertindihan, kita tak akan kerjasama (dengan PKR) lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Isu hudud: PAS kena tipu UMNO, kata Husam Musa

Posted: 18 May 2016 07:47 PM PDT

AUDIT: Sistem IT imigresen tak dipasang walaupun RM10.3j telah dibayar

Posted: 18 May 2016 07:45 PM PDT


Penilaian selama tujuh bulan oleh ketua audit negara terhadap sistem teknologi maklumat MyIMM Jabatan Imigresen untuk membangunkan aplikasi untuk orang ramai, agensi asing dan pihak berkepentingan agak tidak memuaskan, kerana data dikatakan tidak tepat dan integritinya dipertikaikan.
Ini berikutan sistem MyIMM dan peralatan biometrik tidak dipasang dan tidak digunakan walaupun setelah membayar RM10.3 juta.
Ketua audit negara juga mendapati satu lagi pembayaran RM22.64 juta telah dibuat tetapi tanpa dokumen sokongan yang diperlukan.
Sistem MyIMM adalah untuk memantau pergerakan warganegara, penduduk tetap, pelawat asing dan pekerja asing di dalam dan luar negara.
Ia dilaksanakan di semua pusat imigresen di seluruh negara, dan pejabat atase imigresen di Bangladesh, Nepal dan Jakarta. Projek ini telah dianugerahkan melalui tender terus kepada Heitech Padu Bhd pada tahun 2010 dalam tempoh satu tahun.
Dari pemerhatian ketua audit negara, ia mendapati selain sistem tersebut dan sistem biometrik tidak dipasang sejak 2011, ia juga mendapati tiga daripada tujuh aplikasi yang dibangunkan untuk memohon dan membayar untuk visa melalui permohonan eService itu tidak digunakan.
Di samping itu, dan yang paling penting, data MyIMM tidak tepat dan integriti data dipertikaikan.
Ketua audit negara juga mendapati bahawa pengurusan pekerja asing tidak mengikut dasar atau peraturan yang betul yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan itu, dalam maklum balasnya, berkata ia tidak membayar jumlah penuh kepada kontraktor dan mengenakan denda RM1.675 juta ekoran kelewatan menyiapkan sistem tersebut.

Halang keluar seolah takut bayang-bayang sendiri – Khairuddin

Posted: 18 May 2016 07:41 PM PDT

Mengikut undang-undang apa Imigresen menghalang seseorang itu keluar negara kerana 'memburukkan kerajaan', soal peguam pula

PETALING JAYA: Menghalang pengkritik keluar negara seolah kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri, kata Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan menyifatkan sekatan itu sebagai langkah mundur negara yang sedang membangun.
"Peraturan sebegini rupa amat memalukan imej negara kita," katanya kepada FMT malam tadi, "ini salah daripada segi undang-undang dan benar-benar mempamerkan Malaysia sebagai negara yang sedang mundur ke belakang."
Beliau berkata demikian mengulas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang dilaporkan berkata Imigresen boleh menyekat rakyat daripada meninggalkan negara jika mereka memburukkan kerajaan.
Nur Jazlan juga dilaporkan berkata perjalanan ke luar negara adalah satu keistimewaan dan bukan hak.
Bagi Khairuddin pula, sekatan itu tidak wajar bagi negara demokratik kerana ia telah menafikan hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Kita bukan dalam pemerintahan tentera. Apa yang mereka (kerajaan) takut sangat?
Read More / Baca Lagi >>

‘Hudud tipu muslihat Umno memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat’

Posted: 18 May 2016 07:38 PM PDT


'Hudud tipu muslihat Umno memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat'

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha terburu-buru Pas Kelantan untuk menjayakan Hudud sebagai salah satu cabang undang-undang negara gagal. Sebaliknya, kata Husam isu Hudud dijadikan Umno sebagai perangkap untuk memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat.
"Pemimpin Pas beritahu, Umno kononnya nak luluskan tahun 2015 lalu. Mana dia Akta 355 sekarang?" tanyanya dalam dialog Husam bersama penyokong di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
"Sekarang apa dah jadi. Semua senyap saja," sambungnya.
Dalam sesi soal jawab itu juga Husam menjelaskan baiah terhadap Pas yang dibuat beliau dan lain-lain pemimpin yang kini bersama Parti Amanah Negara sudah terbatal selepas Pas berubah dan tidak lagi berpegang kepada perjuangan ketika baiah itu ditandatangani.
Menjelang dialog tersebut, media rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan Adun Salor itu tidak terlepas dari baiahnya untuk meletakkan jawatan sebagai Adun selepas dipecat dari parti itu.
Menurut Harakahdaily, bukan sekadar melompat parti, sebaliknya seseorang wakil rakyat juga perlu meletakkan jawatan apabila dipecat keahlian sepertimana ikrar dalam baiah.

Pembangkang lebih kuat dengan adanya Mahathir – Husam

Posted: 18 May 2016 07:28 PM PDT

Husam berkata, Deklarasi Rakyat umpama kapal dan tiada pihak boleh menghalang penumpang yang hendak turun selepas ia tiba di pelabuhan pertama.
husam-musa_mahathir_600
KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa yang baru dipecat PAS berpendapat, pembangkang lebih kuat dengan adanya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama untuk menjatuhkan perdana menteri.
Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, Dr Mahathir patut "melatih" pemimpin pembangkang untuk bersatu bagi mencapai matlamat mereka.
"Dr Mahathir boleh menjadi jurulatih kepada pembangkang. Pembangkang lebih kuat dengan kehadiran Dr Mahathir," katanya selepas menghadiri Dialog Bersama Husam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa parti pembangkang tidak akan dapat memenangi sebarang pilihan raya tanpa adanya kesatuan dalam pakatan mereka.
Mengenai surat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menasihatkan PKR supaya berhati-hati ketika bekerjasama dengan Dr Mahathir, Husam berpandangan, Anwar hanya khuatir mengenai arah tuju agenda reformasi dalam Deklarasi Rakyat.
"Saya yakin Anwar tak mahu memusuhi 1.27 juta rakyat yang menandatangani deklarasi itu.
"Kita faham Anwar ada kebimbangan, tapi dalam Deklarasi Rakyat tuntutan pertama ialah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) meletak jawatan tetapi tuntutan nombor dua, tiga dan empat semua tuntutan reformasi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Orang TuaTak Sopan

Posted: 18 May 2016 07:26 PM PDT

Oleh Dr Maza
Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua 'berlagak pandai' ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah.

Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis. Saya selalu bertanya: "apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.
Ketika Ibn 'Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita: "..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).
Kata Anas bin Malik : "…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami". (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.
Didik
Kita diperintahkan menyuruh anak-anak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Sabda Nabi s.a.w: "Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun" (Riwayat Abu Daud, sahih).
Ertinya ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya 'marilah bersolat'. Ertinya, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga solat sebati dengannya dan dia mengasihi solat.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO@BN mahu bantu saya gulingkan MB Kelantan – Husam

Posted: 18 May 2016 07:20 PM PDT

Husam menolak tawaran BN kerana tidak mahu kerajaan Kelantan tumbang dengan hina.
Husam-Musa_kelantan_bn_600_nw
KUALA LUMPUR: Husam Musa yang baru dipecat PAS mendakwa wakil rakyat BN menawarkan diri untuk membantu beliau dan ADUN lain di negeri itu untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menerusi undi tidak percaya.
Bagaimanapun ADUN Salor itu berkata, beliau tidak menerima tawaran itu kerana tidak mahu membangkitkan kemarahan rakyat Kelantan dan menyebabkan negeri itu dilanda krisis seperti 1977 di mana darurat terpaksa diisytiharkan dan kerajaan PAS tumbang dengan hina.
"Jika tanya BN mereka tak akan mengaku tetapi ADUN BN bersetuju beri SD (pengakuan bersumpah) untuk undi tak percaya kepada Ahmad Yakob.
"Saya ingat 1977-1978, rakyat Kelantan mungkin marah dan timbulkan krisis (seperti) dahulu. Saya tidak mahu ulang dan tidak mahu ada orang mengambil kesempatan kepada kerajaan negeri sekarang.
"Saya tak mahu kerajaan PAS tumbang dengan hina lagi," katanya di hadapan kira-kira 200 hadirin yang menghadiri Dialog Bersama Husam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak boleh, kenapa Hadi turunkan saya - kata Husam

Posted: 18 May 2016 07:15 PM PDT

'Malu PAS, teduduk Najib, 1.2 juta rakyat sokong Deklarasi Rakyat' - Husam

Posted: 18 May 2016 07:13 PM PDT

PAS, JIKA MENANG DI SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR LEBIH MENJADI ANCAMAN KEPADA PAKATAN HARAPAN

Posted: 18 May 2016 06:18 PM PDT

Pembangkang utama dalam negara sekarang ialah Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti yang meliputi semua kaum iaitu PKR, DAP dan Amanah manakala Pas adalah pembangkang yang bersendirian sejak meninggalkan Pakatan Rakyat dan hanya baru-baru ini saja menubuhkan blok ketiga bersama sebuah parti kecil iaitu Ikatan.

Selain itu, Pakatan Harapan juga adalah gabungan tunggal yang berhasrat untuk menjadi kerajaan alternatif kepada BN sedangkan Pas hanya mahu menjadi penasihat semata-mata.

Lantaran itu, sekiranya ada pilihanraya kecil di mana-mana, Pakatan Harapan semestinya lebih layak meletakkan calon untuk berlawan dengan BN berbanding Pas.

Lebih-lebih lagi dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pengundi bukan Melayu adalah 33 peratus dan 31 peratus, kesesuaian itu tentu saja lebih kepada Pakatan Harapan.

Sebagai pembangkang yang kedua, Pas boleh memilih sama ada untuk sama-sama bertanding dan membiarkan berlaku pertandingan tiga penjuru atau berunding dengan Pakatan Harapan untuk menjadikan satu lawan satu.

Jika mereka benar-benar ingin bersama dengan pembangkang menumbangkan BN dan menjadikan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai mesej penolakan terhadap Najib, Pas seharusnya lebih sedia berlembut dan bertolak ansur dengan Pakatan Harapan.

Alasan bahawa Sungai Besar dan Kuala Kangsar kawasan tradisi yang ditandingi Pas sejak merdeka tidak boleh diterima sama sekali kerana ia adalah "kawasan tradisi kalah, bukannya tradisi menang", 

Kawasan tradisi menang mungkin boleh ditolak-ansur untuk orang lain tidak kacau daun, tetapi kawasan tradisi kalah, tolak ansur untuk pihak lain mencuba sepatutnya lebih terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Caj kotak RM15, ibu bapa mahasiswa kecam UniMAP

Posted: 18 May 2016 06:13 PM PDT

Pihak universiti sepatutnya membenarkan mahasiswa menyimpan barang secara percuma bukannya menambahkan lagi beban pelajar.
unimapPETALING JAYA: Kumpulan ibu bapa pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meluahkan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan kerana mengenakan caj kepada pelajar yang mahu menyimpan barang di kolej kediaman semasa cuti semester.
Berdasarkan kenyataan yang diterima FMT, caj tersebut dikenakan menerusi pembelian kotak berjumlah RM15 setiap satu dan pelajar perlu membeli kotak yang disediakan pihak kolej kediaman itu sekiranya ingin menyimpan barang di dalam stor kolej kediaman.
Bagi ibu bapa pelajar berkenaan, menyimpan barangan dalam stor kolej kediaman tidak sepatutnya dikenakan sebarang bayaran.
Malah, pengenaan caj itu menunjukkan pihak pentadbiran UniMAP tidak mempunyai sikap bertimbang rasa kerana membebankan pelajar.
"Keputusan pihak UniMAP ini tidak langsung mengambil kira situasi mahasiswa mahasiswi yang menuntut di UniMAP yang berasal dari negeri-negeri jauh," kata mereka.
UniMAP mengumumkan penggunaan kotak khas dan pengenaan caj RM15 setiap kotak menerusi satu memorandum 16 Mei baru-baru ini. Menurut UniMAP, harga bayaran adalah termasuk sewaan stor untuk tempoh penyimpanan sepanjang cuti semester dua sidang Akademik 2015-2016.
Sehubungan itu, kumpulan ibu bapa terbabit bercadang untuk merujuk kes itu kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi kerana UniMAP menguatkuasakan undang-undang tersebut tanpa rundingan dengan pihak ibu bapa.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan siasat mangsa banjir 2014 masih tinggal di khemah

Posted: 18 May 2016 06:07 PM PDT

Pada akhir 2014, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Sabah dilanda banjir besar menyebabkan berlaku kehilangan nyawa, kerosakan dan kehilangan rumah.
Abdul-Fattah-Mahmood_kemah_banjir_600
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyiasat laporan mengenai mangsa banjir di negeri ini yang masih tinggal di dalam khemah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Beliau berkata dalam mesyuarat terakhir bersama Majlis Keselamatan Negara, dipersetujui tiada lagi mangsa banjir tinggal di dalam khemah memandangkan kerajaan negeri menyediakan kawasan penempatan khas kepada mereka.
Katanya siasatan terdahulu oleh kerajaan negeri mendapati ada sebilangan mangsa banjir yang enggan berpindah ke kawasan penempatan sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara dan memilih untuk tinggal di dalam khemah kerana mengharapkan rumah mereka dapat disiapkan dengan lebih cepat.
"Yang kedua adalah kerana mereka (mangsa banjir) itu bukan orang yang patut menerima Rumah Kekal Baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, prestasi keseluruhan projek pembinaan Rumah Kekal Baharu untuk mangsa banjir kurang memuaskan dengan 40% atau 557 daripada 1,395 unit rumah itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)