Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK Sg Besar: ‘Pas tak ada hak’ - Izham Hashim

Posted: 15 May 2016 08:51 PM PDT

 'Pas tak ada hak' Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, tidak ada pihak yang boleh menghalang sesebuah parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi kerana negara mengamalkan prinsip demokrasi.
"Selagi parti itu berdaftar, sah di sisi undang-undang dan memenuhi syarat untuk bertanding, mereka boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang dimahukan.
"Tak ada pihak yang boleh menentukan sesebuah parti itu boleh bertanding atau tak di sesebuah kerusi yang mereka mahukan," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.
Izham berkata, tidak timbul isu Parlimen Sungai Besar kerusi tradisi Pas kerana pilihan terletak di tangan pengundi.
"Kalau kata ukur baju di badan sendiri, dah tentu Pas juga tak akan bertanding di Sarawak kerana itu bukan tempat mereka.
"Dari situ pun kita tahu parti yang berusia 60 tahun itu pun kehilangan wang pertaruhan kerana tak ukur baju di badan sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Izham sempat menasihatkan presiden Pas itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
"Biarlah mana-mana parti nak bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka mahu sekali pun kerana itu hak mereka walaupun terpaksa kehilangan wang pertaruhan," katanya.

SALAHKAH BILA TUN M MAHU BN DIKALAHKAN DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Posted: 15 May 2016 08:48 PM PDT

Ramai pemuja Najib Razak tiba-tiba bagaikan diserang demam kura-kura apabila Tun Mahathir Mohamad secara terbuka meminta agar BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Bagi Tun Mahathir, hanya dengan kalahnya BN di dua kawasan itu dapat menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat  tidak lagi menyokong Perdana Menteri itu berikutan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya telah merudumkan namanya dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Sebelum ini, Tun Mahathir sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendesak pengunduran Najib, dengan mutakhirnya mengumumkan keluar UMNO, menggerakkan Deklarasi Rakyat dan kemudian menjelajah ke seluruh negara melalui program Selamatkan Malaysia.

Maka, beriringan dengan Deklarasi Rakyat yang sudah mendapat sokongan lebih 1.27 juta penandatangan, kekalahan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tentu saja relevan dalam usaha berterusan Tun Mahathir untuk mengundurkan Najib yang sehingga ini didapati tujuh buah negara telah membuka kertas siasatan berkaitan penggubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Apakah di sebalik Tun Mahathir secara terbuka tidak lagi menyokong dan selalu mendesak pengunduran Najib, para pemujanya masih lagi mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri itu untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini?

Tentu mustahil bukan?

Oleh itu, apa yang peliknya dengan gesaan Tun Mahathir agar BN dikalahkan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini?

Lagi pula, kekalahan BN tidak menggoyahkan kedudukan kerajaan secara keseluruhan, cuma ia mampu menjadikan BN semakin tidak selamat dalam pilihanraya akan datang selagi Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.

Kalahnya BN di dua pilihanraya tersebut adalah mesej paling ampuh untuk terus menekan Najib agar memahami kehendak rakyat dengan segera berundur tanpa menunggu keputusan PRU 14. 
Read More / Baca Lagi >>

Pas Terengganu mahu ambil Dun Bandar milik PKR, kata timbalan pesuruhjaya

Posted: 15 May 2016 08:46 PM PDT


Yahaya AliYahaya Ali
Pas Terengganu mahu satu-satunya kerusi PKR di Terengganu, iaitu Dun Bandar, ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Yahaya Ali, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Pas negeri, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang ini diwakili oleh Azan Ismail, Pengerusi PKR Terengganu, wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya akan datang.
Menurut Yahaya, pihak perhubungan negeri telah nengadakan lawatan ke bilik gerakan DUN tersebut tidak berapa lama dahulu.
"Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan DUN Bandar sangat patut diberi kepada PAS,"ujarnya sebagaimana dilaporkan oleh media milik parti itu, Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Himpunan DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) yang diadakan diperkarangan Pasar Cabang Tiga di sini pada Sabtu 14 Mei.
Beliau turut menempelak pimpinan Parti Keadikan Rakyat (PKR) Terengganu yang disifatkannya sebagai 'cakap tidak berlapik'.
"Saya tadi hanya respon kepada satu kenyataan yang dibuat oleh parti lain, menyatakan dia akan bertanding di 32 DUN di Terengganu, saya respon tu, kalau dia menyebut begitu atas nama pimpinan PKR negeri khususnya.
"kita bercakap tu kena berlapik, kalau kata dia betul-betul bersedia bertanding di 32 DUN, Pas ni jauh lebih bersedia,"tegasnya.
Katanya, penyerahan DUN Bandar untuk ditandingi oleh PKR adalah satau 'pengorbanan' yang patut dihargai.
Tetapi sebaliknya, kata beliau, apabila telah dipilih sebagai wakil rakyat, pemimpin tersebut tidak menilai pengorbanan ahli-ahli Pas itu.
"Apa yang saya sebut tadi ialah kisah lama bagaimana pengorbanan Pas untuk menyerahkan DUN Bandar ini, sebenarnya bukanlah satu pengorbanan yang kecil.
"Oleh kerana calon datang pada pada masa itu sehelai sepinggang dan merayu dalam keadaan tidak ada jentera, tidak ada petugas, tidak ada kewangan,
Read More / Baca Lagi >>

AGAK-AGAK PENEROKA YANG DAH BELI TU TAHU KER TAK HARGA ASAL !!!

Posted: 15 May 2016 08:41 PM PDT

Inilah akibatnya jika KAKI RASUAH dipunggah balik dan diberi jawatan Pengerusi Felda..

ANDA SENDIRI TAHU BUKAN... Apa Dah Jadi pada Felda skrg terutamanya saham FGV!!!

KENAPA tiba2 harga rumah Felda 20,000 unit tersebut telah meningkat RM20,000 menjadi RM90,000..??!!!.. Apa nak heran. Dlm UMNO semuanya boleh 'BUAT DUIT' secara halal toyyiba... last2 siapa yg diperbodohkannya..??? Sendiri mau ingat ler..

ITUPUN MASIH TAK SEDAR2 DIRI LAGI NAK UNDI BN !!!

Posted: 15 May 2016 08:39 PM PDT

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU.. setiap kali GLC hadapi kerugian atau masalah kewangan, 'TABUNG' & dana keringat rakyat yg korang kerja siang mlm tu akan dirompak oleh 'mereka'..

Pelbagai alasan diberi dividen KWSP 2015 susut.. Rupa2nya dlm diam2 KWSP suntik RM1.3 bilion kpd MBSB...

MASIHKAH ANDA INGAT.. Apa dah jadi pada duit KWSP bagi pinjam pada..
1) RM6 bilion pada Felda/FGV
2) RM6 bilion pada syarikat MAS, last2 MAS jatuh bangkrap

Cubaan perBODOHkan & MENIPU RAKYAT !!!

Posted: 15 May 2016 08:37 PM PDT

Sampai bila nak KUAT KENCING rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm #DEDAKERS Najib ka !!!

FAKTA !!!
#1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Kit Siang gembira kembali ke Dewan, gesa terus siasat 1MDB

Posted: 15 May 2016 08:26 PM PDT


Anggota Parlimen veteran DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa gembira dapat kembali ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan sejak Oktober tahun lalu.
Lim yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah turut disambut oleh wakil rakyat DAP di pintu masuk Dewan Rakyat dengan kain rentang yang bertulis 'Selamat kembali Lim Kit Siang. Pantang berundur'.
Malah, pada hari pertamanya hari ini, Lim turut mengambil kesempatan menggesa Parlimen supaya terus melakukan penyiasatan tentang skandal 1MDB.
"Saya sangat gembira dapat kembali semula selepas tidak hadir selama enam bulan.
"Gembira, tapi saya harap dapat mendengar jawapan daripada perdana menteri, menteri (tentang 1MDB) dan Parlimen dapat melakukan tugasnya untuk membuat gesaan tentang skandal 1MDB.
"Jangan benarkan pihak lain untuk lakukan perkara itu yang mana ia sepatutnya dilakukan oleh Parlimen dan pihak berkuasa Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah mahu Parlimen bahas laporan PAC mengenai 1MDB

Posted: 15 May 2016 07:41 PM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membentangkan usul menggesa Dewan Rakyat membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan ke atas 1MDB.
Usul itu disenaraikan sebagai No 11 daripada 15 usul yang disenaraikan dalam Kertas Perintah untuk perbahasan di Dewan Rakyat.
Wan Azizah yang juga MP Permatang Pauh berkata Speaker telah berkata pada 7 April bahawa Parlimen mungkin membahaskan laporan PAC dalam sesi akan datang.
Oleh itu, beliau mahu perkara itu dibahaskan di dalam Dewan.
Beliau berkata PAC telah menyenaraikan pelbagai kelemahan dan kekangan yang dihadapi oleh syarikat dana milik negara itu, manakala tujuh negara turut menyiasat dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang menyelubungi 1MDB.
Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong, Australia dan Switzerland.
Sesi baru sidang Parlimen bermula hari ini sehingga 26 Mei.

Deklarasi Rakyat cabar sistem demokrasi pilihan raya, kata pakar

Posted: 15 May 2016 07:29 PM PDT

Seorang pakar undang-undang, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menyifatkan Deklarasi Rakyat yang dibawa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bertentangan dengan demokrasi pilihan raya yang diamalkan dalam Perlembagaan negara.
Shamrahayu dipetik berkata, deklarasi tersebut yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai asas undang-undang yang boleh memberi kesan kepada kedudukan seseorang perdana menteri yang dilantik secara sah.
"Dari sudut perlembagaan, bagi saya ia tiada kesan undang-undanglah, kalau hendak kata Deklarasi Rakyat itu satu referendum pun bukanlah kerana ia bukan satu pungutan suara.
"Ia tidak menepati kelayakan untuk referendum itu, dan Deklarasi Rakyat itu sesuatu yang mencabar demokrasi melalui pilihan raya, ia hendak masuk dalam konteks sistem kita. Ini saya fikir ia tiada kaitan dengan proses demokrasi yang kita persetujui dalam perlembagaan.
‎"Pokoknya ialah Deklarasi Rakyat itu tiada punca undang-undang, tiada kesan ke atas undang-undang dan bukan satu pungutan suara yang menepati kehendak demokrasi pun," kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu yang dipetik dalam Sinar Online hari ini.
Kumpulan Selamatkan Malaysia mengumumkan baru-baru ini mereka sudah mengumpul sebanyak 1,271,997 tandatangan Deklarasi Rakyat secara atas talian dan fizikal.
Menurut Shamrahayu, jalan terbaik dan pilihan yang ada untuk menggantikan Najib hanya menerusi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas lantik Idris Ahmad Pengarah PRK Kuala Kangsar

Posted: 15 May 2016 07:27 PM PDT

IPOH - Pas melantik Naib Presidennya, Idris Ahmad sebagai Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dilantik atas persetujuan semua pihak.
Katanya, Pas Perak mengalu-alukan pelantikan itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kemenangan milik mereka.
Idris Ahmad "Kita sudah bersiap sedia dari segi kekuatan mental, fizikal dan rohani. Insya-ALLAH, segala-galanya akan berjalan dengan baik.
"Pas akan mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat bagi membincangkan gerak kerja jentera dan sebagainya sebagai usaha memenangi PRK kali ini," katanya.
Ditanya mengenai pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengarah PRK Parlimen Kuala Kangsar bagi BN, Razman menganggap ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Katanya, memang menjadi kelaziman jawatan Pengarah PRK akan dilantik dalam kalangan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam parti.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi PRK itu.
Katanya, semua perancangan sudah diatur dengan baik dan hanya menunggu arahan daripada Pas Pusat bagi pergerakan seterusnya.
"Apa-apa pun kita tunggu arahan dari pimpinan. Sesiapa pun calon kita akan akur dan akan terus bekerja demi memenangkan Pas di Kuala Kangsar," katanya.

1MDB, RIP 2009 – 2016: RM60 BIL WENT IN, RM38 BIL WENT OUT - RM 22 BIL STOLEN?

Posted: 15 May 2016 07:24 PM PDT

For 60 billion, what did a nation get?
Image 1: The core premise of the Diagram above is that Money-In, entering 1MDB, must at least equal Money-Out. This is for the reason that everything it owns and spends on (including daily expenses) from Day One were derived from borrowings, that is, loans and money advanced. It had no internal earnings.
The conclusion to be derived from that premise and the Diagram lays in this question: Today, six years after 1MDB's creation, what has it got for 60bn ringgit? There is a metaphor cliche for the answer: garbage in, garbage out.
(To enlarge and read, click on that and other images. Source: PAC, Sarawak Report, The Edge Daily, 1MDB, Tony Pua, JMD, Wall Street Journal, Arul Kanda.)


Money in, money out: 60 in, 38 out
DIAGRAM EXPLAINED
I. Is this for real?
Two things are striking in the Diagram which is, of course, made up. Only the numbers were copied from varied sources. One, MYR 60bn went into 1MDB. Really? Two, if 'money-in' is 60, and 'out' is 50, then missing is 10bn ringgit. Can that be true? This is less than Mahathir's 42bn missing.
Answer One. Recall that every sen required of and spent by 1MDB is on loan, down to rents, salaries, paying for Arul Kanda's morning tea and the curry puffs for Rahman Dahlan when visiting. Nothing is generated internally. Therefore, money-in is … money in. Not all money-in is borrowed, such as a bank loan. An exception would be a 'donation', but it is still money in.
Which leads to the next point: Did 1MDB really borrow 60bn? In the accounts, wasn't it 42? At most it was 50, if one goes with Parliament's Public Accounts Committee (PAC).
1MDB's debt in 2014 fiscal year was stated at 42bn (2010, 4bn), a figure close to its 49bn (2010, 4bn) in total liabilities. Within liabilities is this unusual line, 'Other payables including derivatives'. It totals 4bn (2010, zero) which, as it turns out, were derived from loans. Add that to debts is 46n. Even if taking just the namesake, debt alone makes up 85 percent of liabilities (2010, 98 percent). This is like a one-in-a-million case. But 1MDB is not your normal company which, at 42bn, puts its equity-to-debt ratio at 1-to-42,000. There is no known public company in the world such as this.
Fuzzy, obfuscating language — 'fund units', 'level 3 assets' — because it is permissible riddle the critical aspects of 1MDB's accounts. Some (Eg.1, Eg.2), Arul Kanda in particular, made a big deal of the accounts as audited, therefore all monies as being accounted for and hence 'safe'. Ambiguity aside, there has been outright tampering (here, here and here).
Those aren't the only problems with the accounts which are put out as if after they had been negotiated upon between Directors and auditors. Accounts are not treated as a reflection of independent and objective financial standing — a company owning or owing such and such. Here is a share I own for which, and it is real and if sold tomorrow, I shall get so much. Instead, such things, lodged in some faraway secluded islands, are turned into an argument that leaves financial reporting as opaque as road tar, concealing truths and reality on the one part, fraud on the other.
There is another, technical reason for not to wholly rely on 1MDB's financial accounts. Each year's balance sheet captures the financial status at a fixed point in time, that is, accounting year-end. In 1MDB, Mar 31. Thus, if 100 ringgit was borrowed today and repaid a month later then repeated and repeated, this rolling debt, if stopped before year-end, isn't captured in liabilities. Nor will accounts show how the money might have been spent, producing assets and had not end up in someone's pockets.
In June 2015, USD 1bn (MYR 4bn) came into 1MDB from IPIC to repay a loan taken out earlier with Deutsche Bank and others. (This, it appears, is a matter separate from the 1MDB-IPIC quarrel over USD bonds.) This money isn't considered as debt, not in a strict sense. In the Diagram, though, the IPIC money is counted into Money-In.
The PAC report is by far the only publicly available compilation in a single document of 1MDB spanning six years, 2009 through 2015. Its report is based entirely on evidential record. No record (bank receipts and so on), no report.
But, the PAC's primary source of information is the Auditor General, an accountant. And the Auditor General's primary sources of information are 1MDB's auditors and before them Arul's accountants. See the connecting links and what this means to PAC's work? In any case, the PAC is all that one has as legitimate authority and which Najib Razak and Azalina Othman now dive into, like it was a roadside bush of tall grass, to hide themselves from a scandal pursuing them. (Before it was the Attorney General and Bank Negara.)
From available documents, the PAC listed 26 cases of money transacted and — this is crucial — all being monies registered as entering 1MDB. Registration may be in the form of revolving credit, bonds, cash and so on, but they still constitute money into 1MDB. These transactions were at a rate of one every 4 months over 6 years, and most of them were upwards of 500mn ringgit each.
Money-in totaled is 60.1bn (plus/minus 100mn for rounding up errors). This include all money in US dollar, total 10bn, which is given a ringgit value at the fixed rate of MYR3.30 to a dollar. Between 2009 and 2015, that rate fluctuated between 3 and 4 but nearly all the foreign currency loans were taken prior to 2015 when the ringgit depreciated greatly.
PAC's list and Arulian accounting share a critical difference: one speak of transaction, the other as money borrowed from a financial institution. The first encompasses the second, but not the other way around.
Answer Two. The IPIC case helps to answer Question Two: Is 10bn (60 less 50) missing? Or stolen?
Money-out is simply the flip side of money-in — and this, too, is vital — after passing through 1MDB over the past six years then aggregated. IPIC's US 1 billion: where did it go after that? Short answer: don't know but it doesn't matter since one's concern is aggregated sums. Neither the PAC report nor 1MDB accounts nor the Auditor General provides the answer.
Similarly, and on the flip side, 1MDB has recorded paying IPIC, sometime in 2015, USD 2.4bn as part of a set of penalties for reneging on a USD bond deal that promises to surrender Edra's power plants to IPIC. The payments are reflected in 1MDB's accounts, having paid into yet another faraway Caribbean island company, but not in IPIC's. On paper, 1MDB is square, which however raises another question: where did the money come from? (Recall that producing nothing, selling nothing, 1MDB brings in no money, has no cash-in-hand.)
That episode isn't talked about as a failure to probe deep because accountants don't ask themselves that sort of a question: that is, Out, where to; In, where from? Nor do they need to. Their singular preoccupation is matching total assets to total liabilities, expenses to income, left side to right side on a T-table, even if they have to drive square pegs into round holes, and even if they have to make A4 cutout paper look like banknote currency.
This is the peculiarity with 1MDB. Although subjected to the same accounting rules as a factory making soy sauce, 1MDB is not your ordinary type of business. It is not a hotel nor a factory where scrap iron enters and out comes nails sold to RPK to hang up Najib's scrotum on his bedroom wall. 1MDB financial accounts tell this difference clearly. Like it were a humongous laundry machine instead, monies, such as the IPIC billion plus the rest, are thrown in, swirls around and are tossed about the 1MDB tub. Doors open, doors close, money enter, money leave — and all for no apparent rational reason and in utter indifference to its stated purpose: buy land, build factories, sell motor oil, sell anything, make money.
If 60bn went in and out came only 50bn then the 10bn isn't missing. Not really. It has been squandered, frittered away, all on expenses including Arul's Australian steakhouse lunch, his paychecks, cocktails and as fees to his banker friends and lawyers sponging on a national debt by manufacturing agreements between IPIC and 1MDB. Each time a loan is taken — and there were dozens — it costs money, and this is paid out, ironically, from the loan itself. Bank interest, fees, commissions are all expenses. This sort of debt-related expense made up nearly all of operating in 2014 fiscal year, about two billion ringgit, though far less in the early years.
At the rate of one loan every four months — imagine ten photocopiers in two rows running dawn to dust — 1MDB make careers of people borrowing money. It looks like that's all they do: borrow money, spend money then borrow again in an endless cycle. That the 60bn should enter the company then fail to deliver the equivalent sum in assets, less, say, a billion a year for operating (6bn total after 6 years), then it is conclusive to say that 10bn is wasted. And this money squandered is worse than being stolen or missing. It is completely irrecoverable.
If, however, Jho Low had stolen the money, Khalid Abu Bakar could be dispatched to find him and then to shake him down so bad he'd throw up every sen he swallowed. Which is also to say that all monies missing or lost would have had, by its internal definition, left the company already and that they are with somebody, somewhere.
That vanished money is contained in the 50bn ringgit money-out. Less actual assets (22bn), less operating (1bn x 6 years), the missing or lost or stolen money could amount to 22bn minimum (50 – 22 – 6).
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang Boleh Menang K Kangsar, Sg Besar Asalkan Bukan Calon Pas

Posted: 15 May 2016 07:12 PM PDT

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin,


Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.

Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.

"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.

Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.

Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh

Read More / Baca Lagi >>

Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor goyah..!!

Posted: 15 May 2016 07:08 PM PDT


SELEPAS DAP mengambil keputusan memecat keahlian Adun Teluk Datok, Loh Chee Heng kelmarin kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan Dun, kedudukan Kerajaan Negeri Selangor kini dikatakan dalam keadaan kurang stabil.
Orientaldaily dalam laporannya semalam merumuskan sekiranya Chee Heng yang kini sudah bukan ahli DAP lagi, menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan negeri di Selangor.
OBT Ini kerana, sekiranya Adun Teluk Datok itu memberi sokongan kepada BN dengan melompat  ke mana-mana parti komponen dalam BN, ini akan memberi peluang kepada Pas dan BN bergabung  menubuhkan kerajaan negeri bersama.
Pada PRU lalu, Pas mempunyai 15 Adun dalam Dun Selangor dan Umno mempunyai 12 Adun. Jika dicampur dengan Chee Heng dan seorang lagi Adun bebas, iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas-Umno mempunyai 29 Adun berbanding Pakatan Harapan yang berjumlah 27 Adun.
Dengan kata lain, perbezaan dua kerusi ini akan memungkinkan kuasa tampuk kepimpinan kerajaan negeri Selangor boleh bertukar tangan pada bila-bila masa. Namun apakah Pas bersedia berpaling tadah meninggalkan rakan sekutunya, PKR untuk membentuk kerajaan baharu bersama Umno?
Kata akhbar ini lagi, inilah ujian yang dihadapi Menteri Besar, Azmin Ali untuk mengelakkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya terus berada dalam keadaan genting dan goyah.
Bagaimanapun, kata akhbar ini, Pas buat ketika ini masih tidak berganjak daripada pendirian dengan kekal bersama PKR dan DAP untuk sama-sama menerajui jentera kerajaan negeri. Tambahan pula, daripada 15 Adun Pas itu, dipercayai bukan semua wakil rakyatnya yang menyokong penubuhan kerajaan campuran dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: Penduduk mahu calon tempatan

Posted: 15 May 2016 07:05 PM PDT

BUKIT CHANDAN - Masyarakat setempat mahu calon tempatan mengisi kekosongan dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.
Penduduk, Mohd Roshila Othman, 44, berkata, calon tempatan pastinya lebih diterima penduduk memandangkan penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad merupakan anak tempatan.
politik Menurutnya, warga Kuala Kangsar senang dengan kepimpinan arwah lebih-lebih lagi apabila Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu kerap turun padang bertemu masyarakat.
"Sememangnya dalam pemilihan calon, penduduk pastinya mahu individu itu adalah orang tempatan. Dulu kami dapat orang tempatan, jadi kami mahu teruskan legasi tersebut.
"Lagipun, rakyat terbiasa dengan kekerapan Datuk Wan bertemu masyarakat. Jadi, sudah pasti mereka mahu tradisi itu diteruskan," katanya.
Pendapat sama turut dikongsi Anuar Sallehuddin, 62, yang beranggapan calon tempatan lebih memahami kehendak dan masalah penduduk setempat.
Ujarnya, ia juga memudahkan pengundi kerana sebut sahaja nama mereka, pastinya penduduk tempatan kenal dengan calon tersebut.
"Masih ada pemimpin di Kuala Kangsar yang mempunyai kredibiliti untuk diletakkan sebagai calon," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, seorang wartawan bebas, Wan Khairul Wan Mat Isa turut merasakan rakyat Kuala Kangsar lebih memilih untuk mengundi calon tempatan.
Menurutnya, orang tempatan lebih dikenali selain mereka mempunyai lebih semangat untuk membawa pembaharuan demi kebaikan penduduk di parlimen ini.
"Sekiranya calon adalah orang luar, saya khuatir perkara-perkara membabitkan semangat membangunkan Kuala Kangsar mungkin tidak begitu menjadi.
"Saya yakin ada anak tempatan yang layak untuk bertanding dalam PRK kali ini. Kalau tiada pilih bulu, pastinya nama anak tempatan akan mengisi nama calon dalam PRK Kuala Kangsar," katanya.

Azmin: Tolak Najib, Reformasikan pentadbiran negara

Posted: 15 May 2016 07:03 PM PDT

Pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah jaminan sistem pentadbiran negara dapat dipulihkan secara menyeluruh ke arah pembentukan negara sejahtera.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Reformasi negara dapat dipulihkan sekiranya semua masyarakat mengembeling usaha menyokong pembetukan deklarasi ke arah mewujudkan pentadbiran bersih dan amanah.
Deklarasi Rakyat"Kita bersatu untuk turunkan Najib, tetapi kita mesti ingat kita tidak boleh berseorangan dalam perjuangan ini. Apa yang penting masyarakat perlu sedar, turunnya seorang Perdana Menteri, Reformasi belum tentu boleh berlaku.
"Lihat sahaja sebelum ini, apabila Tun Mahathir memberikan laluan kepada Tun Abdullah, negara masih tidak selamat dan kucar kacir. Bila Tun Abdullah turun, naik (mentadbir) Najib lagi parah.
"Sebab itu tuntutan serta deklarasi kita mahu Najib turun daripada tampuk pemerintahan dan Reformasi dibela selari dengan hasrat rakyat untuk hidup dalam negara aman dan makmur," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Siapakah Hishamuddin Rais?

Posted: 15 May 2016 07:01 PM PDT


Jika rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayauan hari ini gagal, maka dia akan menghabiskan sembilan bulan merengkok di penjara.
Hishamuddin Rais dijatuhkan hukuman penjara itu di bawah Akta Hasutan selepas disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi pada 15 Januari lalu.
Hishamuddin mengemukakan rayuan dan hari ini Mahkamah Rayuan Putrajaya akan menentukan sama ada ia diterima atau ditolak.
Hishamuddin bukan asing kepada kehidupan dalam tahanan. Beliau telah ditahan lapan kali di Malaysia - yang paling lama ialah menjadi tahanan selama 26 bulan di Pusat Tahanan Kamunting dari 2001-2003, dua kali di India, sekali di Rusia dan sekali di Australia.
Tetapi siapakah Hishamuddin Rais?
Tanya mereka dari Universiti Bangsar Utama (UBU), yang diasaskannya pada lewat 1990-an untuk belia yang semakin matang semasa tempoh politik yang tidak menentu dalam sejarah Malaysia.
Tanya orang lain lagi, mereka akan berbicara mengenai kolum makanannya.Yang lain akan ingat skrip televisyen beliau untuk drama dan komedi TV - antaranya adalah 'Mencari Anak Wayang', yang disiarkan sebanyak 123 episod.
Dia telah menulis lagu dan sekurang-kurangnya satu pementasan - 'Bilik Sulit' - yang pertama kali dipaparkan di Malaysia pada 2005, kemudian pada 2008 dan 2013 dan ditutup di London selepas jelajah selama sebulan di UK pada April 2014.
Paling baru, Hishamuddin juga telah melakukan komediri - semuanya untuk menyebarkan mesej bahawa Malaysia memerlukan demokrasi, secara jelas dan mudah. Tetapi mesej ini tidak selalunya diterima dengan baik.
"(Malah pada hari ini) saya boleh mengatakan bahawa di tempat-tempat tertentu, saya tidak boleh buat persembahan komediri. Nampaknya, Hishamuddin tidak boleh terlibat. komedi politik saya dilihat sebagai menyinggung, subversif dan bahaya kepada kelab ini," katanya dalam temu bual dengan Malaysiakini baru-baru ini.
Setelah tinggal di buangan selama 12 tahun, dia mengambil beberapa tabiat orang Eropah - dia memakai cravats dan pelbagai jenis topi.
Read More / Baca Lagi >>

Annuar selar dendam kesumat Mahathir yang membuak pada Najib

Posted: 15 May 2016 06:54 PM PDT


Tun M cuba melindungi punca sebenar dengan mencari dan mereka-reka alasan yang lebih noble dan mudah diterima untuk membunuh karakter Najib dan dengan melancarkan "hate campaign".Tun M cuba melindungi punca sebenar dengan mencari dan mereka-reka alasan yang lebih noble dan mudah diterima untuk membunuh karakter Najib dan dengan melancarkan "hate campaign".Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesa pembangkang bersatu dengan meletakkan satu calon sahaja untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Kecil (PRK), 18 Jun ini.
Beliau mendakwa, Mahathir mempunyai dendam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Kenyataan terbarunya menggesa pembangkang bersatu meletakkan satu saja calon untuk mengalahkan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta menyeru pengundi supaya menolak BN adalah manifestasi jelas dendam beliau yang membuak-buak sehingga kini kerana telah hilang segala pertimbangan politik dan maruah diri.
"Tun M diketahui mempunyai dendam peribadi terhadap Najib terutama apabila Najib memberi kedudukan kabinet kepada Khairy Jamaluddin yang merupakan rival menewaskan anaknya Mukhriz.
"Najib tidak menyokong anaknya Mukhriz memenangi Naib Presiden Umno dan yang paling melukainya apabila Najib tidak membela anaknya Mukhriz yg di tolak oleh seluruh pimpinan negeri Kedah dan menyebabkan Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan MB Kedah," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bekas presiden Umno ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati, Sabtu lalu, mahu kedua-dua kerusi tersebut hanya ditandingi satu lawan satu sahaja.
Mahathir berkata, ia bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pembangkang seperti berlaku dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sebelum ini.
Ahli Parlimen Ketereh ini berkata, dengan itu harapan dan perancangan Mahathir melihat anaknya menapak ke hirarki parti yang lebih tinggi kepimpinan parti gagal sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul: Najib must show ‘political will’ on 1MDB

Posted: 15 May 2016 06:53 PM PDT

Malaysians urgently need answers especially in the light of international investigations discovering fraud and corruption related to the company.
nurul-najib
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak should summon up the necessary political will in eradicating corruption by declassifying the Auditor-General's Report on 1MDB, said Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar in a statement.
"There should also be fresh investigations by the Auditor-General (AG) on the latest alleged fraud on a deal between 1MDB and Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC)."
Malaysians urgently need answers especially in the light of international investigations discovering fraud and corruption related to 1MDB, added Nurul who is also PKR Vice-President.
However, she doesn't hold out much hope given that Najib would be "conveniently absent" from Parliament when it convenes on Monday. "Najib chasing investors in London, instead of attending a global anti-corruption event in that city, speaks volumes."
In London, Najib was expected to deliver a speech on opportunities for UK businesses in Malaysia. "Efforts to attract investment into the Malaysian economy rings hollow and fruitless, if the money is at risk of becoming possibly misappropriated for the private gain of a select few at the expense of the people," warned Nurul. "The ongoing 1MDB scandal provides the evidence."
"Najib missed the golden opportunity to address corruption allegations related to 1MDB, and ultimately clear himself in the process."
The Prime Minister snubbing the global anti corruption conference shows a misplaced sense of priorities, charged Nurul. "The Global Anti-Corruption, attended by many world leaders, provides the best platform to showcase resolve along with other nations to root out grand corruption."
"The eradication of corruption was fundamental in the pursuit of economic growth."
She went on to point out that Malaysia ranked 54 among 168 countries last year on the Corruption Index, tumbling two places downwards from 2014. "This is a phenomenon that Transparency International Malaysia president Akhbar Satar attributes to the recent controversy surrounding 1MDB."
Read More / Baca Lagi >>

Mereka ini bekerja untuk SIAPA ??!!.. Untuk rakyat atau Najib ?

Posted: 15 May 2016 05:22 PM PDT

Inikah muka2 yg diharapkan rakyat utk mengembalikan keyakinan & kepercayaan rakyat terhadap Bank Negara M'sia mahupun Peguam Negara ??

Jika diamati dalam2, wajah mana satukah yg benar2 ada nur dlm menegakkan kebenaran & melawan segala kebobrokan pemerintahan & pemimpin Umno/BN ???

"Sama-sama ukur baju", Amanah jawab Pas

Posted: 15 May 2016 05:19 PM PDT


Mohamad SabuMohamad SabuDemi megembalikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan satu-satunya saingan kepada BN, Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu antara syor yang akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan Pakatan Harapan sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat," katanya pada sidang media di Wisma Amanah semalam.
Mohamad berkata, Amanah belum memutuskan soal calon kerana sebarang keputusan berkenaan PRK ini hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Bagaimanapun ujarnya, Amanah mempunyai senarai pendek calon-calon berkaliber yang sedia untuk di ketengahkan.
Ketika ditanya peluang Amanah jika berlaku pertembungan beberapa penjuru termasuk dengan Pas, Mohamad merujuk sejarah PRK Bukit Selambau pada 2009 di mana PKR yang mewakili Pakatan Rakyat ketika itu menang dengan cemerlang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.
Ditanya jika ada gesaan pemimpin tertentu agar Amanah tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas, Mohamad berkata ia akan dibincangkan di mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
"Parti dalam Pakatan Harapan hanya ada tiga, DAP, Amanah dan PKR. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain," tegasnya.
Ketika diminta mengulas gesaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Amanah mengukur baju di badan sendiri, Mohamad dalam nada berseloroh mahu Pas juga berbuat parkara sama.
Read More / Baca Lagi >>

Pas pertaruh bekas calon PRU13 di Sungai Besar?

Posted: 15 May 2016 05:17 PM PDT

Pas pertaruh bekas calon PRU13 di Sungai Besar?
Mohamed Salleh M Husin (kiri), Muhammad Razali
SUNGAI BESAR – Pas Kawasan Sungai Besar dijanga mempertaruhkan empat nama kepada Majlis Syura Ulama sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan seorang calon yang bakal dipilih mewakili parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Antara nama yang disebut-sebut termasuklah bekas calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mohamed Salleh M Husin yang hanya tewas majoriti 399 undi kepada calon BN, Allahyarhamah, Datuk Noriah Kasnon.
Mohamed Salleh yang disapa 'Cikgu Salleh' adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan itu mempunyai pengaruhnya tersendiri, apatah lagi berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan komoditi dalam PRU lalu.
Selain Mohamed Salleh, Pas juga bakal meletakkan calon pilihan parti itu iaitu, Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Fadzin Taslimin yang memimpin Pas kawasan itu sejak 25 tahun lalu.
Dua lagi calon yang turut disebut-sebut bakal menentang BN dalam PRK Sungai Besar termasuklah Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Sungai Besar, Nazri Sarbini dan Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Muhammad Razali Saari.
Bagaimanapun, cakap-cakap politik meramalkan Muhammad Razali yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sungai Panjang antara nama popular dan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.
PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Turut terkorban dalam insiden itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

NGO Pro BN buat laporan polis terhadap kartunis Zunar

Posted: 15 May 2016 05:16 PM PDT


Zulkarnain MahdarZulkarnain MahdarPakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan polis terhadap kartunis Zunar yang dikatakan mengaibkan kerajaan dan pemimpin Malaysia di luar negara.
Laporan polis itu dibuat oleh presiden NGO Pro BN Zulkarnain Mahdar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Dalam laporan polis itu, Zulkarnain mendakwa Zunar atau nama sebenar Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque antara lain telah menghina dan mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib  Razak menerusi karikatur di pameran kartun di Geneva, Switzerland, pada 4 Mei lalu.
Ia berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kebebasan bersuara di negara ini.
Pameran itu anjuran Yayasan Kartun Switzerland (YKS).
Zulkarnain berkata, "NGO Pro BN percaya YKS tidak mendapat maklumat yang benar mengenai situasi politik di Malaysia.
"Sehubungan dengan itu satu memorandum bantahan akan dihantar kepada YKS agar ia menarik balik anugerah kepada Zunar.
"Jika tidak, NGO Pro BN akan mengadakan demo aman di hadapan ibu pejabat Yayasan tersebut," kata Zulkarnain dalam kenyataan selepas membuat laporan polis itu semalam.
Read More / Baca Lagi >>

What next for Save Malaysia?

Posted: 15 May 2016 05:11 PM PDT

The Citizens' Declaration has more than a million signatures, but the King cannot dismiss a PM, thanks to Mahathir's 1993 moves.
gerakan-selamatkan-malaysia
The Citizens' Declaration can be said to have finally lived up to its name, now that 1.27 million citizens across the the country have allegedly signed it. That represents a large enough voice for it to be taken seriously.
Some may say a million is an insignificant portion of the country's population, which is about 30 million, but no one can deny that the number has a symbolic impact. It gives a kind of legitimacy to the claim that there is popular support for the cause behind the declaration, which is the removal of Prime Minister Najib Razak.
The leader of the cause, former prime minister Mahathir Mohamad, has said that he was now seeking an audience with the Yang Dipertuan Agong to submit the signatures to him.
However, what comes next is the difficult part. As we have heard most reassuringly from our ministers over the past week, a million signatures or no, the King does not have the power to remove a prime minister arbitrarily. The mechanisms Mahathir put in place in 1993 to ensure royal interference would never be a factor in his administration are now coming back to haunt him.
However, the goal here is much simpler than to ask the King to dismiss the Prime Minister. It is to make him acknowledge that a significant number of his subjects are opposed to Najib's rule.
As the champions of Islam and defenders of the people, the sultans and the Yang Dipertuan Agong will at least have to give consideration to the fact that a million of their subjects are protesting. Although they are ostensibly apolitical, their word still carries weight among the rural folk. The King's acceptance of the signatures may be enough to serve as a word of royal disapproval, which will speak volumes to those still hesitant to sign up for the cause.
Making a major figure of authority acknowledge the legitimacy of a cause may be more effective than going on road shows. It may not bring about Najib's resignation, but if it makes him and his men uncomfortable, that would be as good a sign as any to Mahathir's forces that they are headed down the right path.
Make no mistake about this; the Save Malaysia campaign has barely begun. More likely than not, we'll be able to judge the result only after GE14. It will be a long, arduous trek to the goal, and the Najib administration will only be too happy to throw a wrench in the works whenever possible.

Pakar: Tunggu sahaja pilihan raya Tun M

Posted: 15 May 2016 05:09 PM PDT

TUn M
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menghantar Deklarasi Rakyat yang ditandatangani kepada Yang di-Pertuan Agong tidak akan memberi sebarang kesan kepada kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Felo Utama Pusat Kajian Syariah dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, ‎Deklarasi Rakyat tidak memberi kesan terhadap perundangan negara.

"Dari sudut perlembagaan, bagi saya ia  tiada kesan undang-undanglah, kalau hendak kata Deklarasi Rakyat itu satu referendum pun bukanlah kerana ia bukan satu pungutan suara.

"Ia tidak menepati kelayakan untuk referendum itu, dan Deklarasi Rakyat itu sesuatu yang mencabar demokrasi melalui pilihan raya, ia  hendak masuk dalam konteks sistem kita... ini saya fikir ia tiada kaitan dengan proses demokrasi yang kita persetujui dalam perlembagaan.

‎"Pokoknya ialah Deklarasi Rakyat itu tiada punca undang-undang, tiada kesan ke atas undang-undang dan bukan satu pungutan suara yang menepati kehendak demokrasi pun," katanya kepada Sinar Online.

Shamrahayu diminta mengulas signifikan tindakan Mahathir untuk menyerahkan kesemua Deklarasi Rakyat yang ditandatangani kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Mahathir sebelum ini berharap Tuanku dan Raja-Raja Melayu akan menerima maklum akan penolakan terhadap kepimpinan  Datuk Seri Najib Tun Razak bukan perkara kecil yang dibangkitkan atas motif politik.

Read More / Baca Lagi >>

Pengerusi BERSIH dilarang keluar M'sia, tak dapat terima anugerah di Korea Selatan

Posted: 15 May 2016 05:08 PM PDT


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah tidak dapat menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju di Korea Selatan bagi pihak gabungan itu kerana beliau tidak dibenar meninggalkan Malaysia.
Beliau tidak dibenarkan melepasi pintu imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata anggota urusetia BERSIH, Mandeep Singh.
"Tiada penjelasan diberikan kecuali bahawa ia adalah arahan Putrajaya," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi, Maria berkata beliau tidak pernah dilarang daripada meninggalkan Malaysia sebelum ini dan telah pergi ke New York, Geneva dan London sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei.
Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju adalah satu anugerah oleh Yayasan Memorial 18 Mei Korea Selatan sebagai mengiktiraf mereka yang memajukan hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan.
BERSIH telah dipilih sebagai penerima bersama anugerah itu tahun ini, dengan aktivis Vietnam Nguyen Dan Que.

Comments (0)