Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SKANDAL SRC: BERITA BURUK DARI SINGAPURA

Posted: 14 May 2016 06:56 PM PDT

Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib?

Mahathir akan kerja keras kalahkan BN di K Kangsar dan Sg Besar

Posted: 14 May 2016 06:38 PM PDT


Tun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala KangsarTun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan berhadapan dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahkan juga ketumbukan yang dipimpinan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Ikrar Mahathir untuk mengalahkan calon BN ini dibuat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Turut serta adalah semua pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan yang menyokong Mahathir dalam Umno namun Pas menolak untuk menyertainya walaupun Pesuruhjaya Pas Selangor dijadualkan menyertai majlis ini pada awalnya.
Mahathir mengajak semua pihak bersatu untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa mengira siapakah calon yang akan melawan BN samada dari Pas atau Pakatan Harapan.
"Jangan kira siapa calon ini walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.
"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam pilihan raya kecil ini," kata Dr Mahathir disambut tepukan gemuruh orang ramai yang memenuhi padang stadium itu.
Menurut Mahathir, Najib sekarang adalah hamba kepada kerajaan negeri Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

"Kabinet negeri urusan Sarawak bukan Putrajaya"

Posted: 14 May 2016 06:34 PM PDT




SHAH ALAM – Penganalisis politik mengingatkan bahawa kuasa melantik barisan menteri kabinet di Sarawak terletak di tangan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem dan Putrajaya tidak sepatutnya campur tangan.
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, apa yang berlaku hari ini dibimbangi akan mengeruhkan hubungan antara dua kuasa pentadbir itu.
"Kita perlu ingat juga kuasa autonomi Sarawak. Pelantikan itu kuasa Sarawak bukan Putrajaya.
Barisan Kabinet baharu Kerajaan Negeri Sarawak "Kita tidak mahu seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini nanti mengeruhkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya yang akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak sedangkan Putrajaya perlu fokus isu besar, isu nasional ataupun dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung ini," katanya kepada Sinar Online.
Adenan mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk tiga timbalannya tetapi terdapat laporan menyebut ketua menteri itu tidak memenuhi janji sebelum pilihan raya untuk meletakkan wakil Cina sebagai timbalan ketua menteri.
Namun menurut laporan Sarawak Voice, posisi itu dibayangkan oleh Ahmad Zahid kepada Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian untuk dibisikkan kepada Adenan apabila membentuk kerajaan bukan dijanjikan Adenan.
Hari ini memetik laporan Malay Mail Online, Ahmad Zahid berkata terdapat usaha bagi meminda Perlembagaan Sarawak supaya membolehkan lebih daripada tiga timbalan ketua menteri dilantik.
Sementara itu, menurut Dr Awang, satu jawatan menteri penuh dan dua jawatan menteri muda dari kaum Cina dalam Kabinet Sarawak hari ini sudah memadai berikutan SUPP tidak menang besar dalam pilihan raya lalu.
Dr Awang turut menyifatkan pelantikan Kui Hian yang menjadi wakil rakyat pertama kali itu dan terus diangkat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan sesuatu yang luar biasa kerana tidak berlaku seperti kelazimannya.
Read More / Baca Lagi >>

Sokongan 1.2 juta tandatangan, gelombang Reformasi tuntut Najib undur

Posted: 14 May 2016 06:30 PM PDT

Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.
Deklarasi Rakyat"Pada ketika itu kita ketepikan isu peribadi dan latar belakang politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia.
"Kesepaduan inilah mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.
"Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata demikian pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin seru rakyat ketepi isu peribadi, bersatu tuntut Najib undur

Posted: 14 May 2016 06:25 PM PDT


Azmin dan Mohd Sabu bersama Mahathir kempen jatuhkan NajibAzmin dan Mohd Sabu bersama Mahathir kempen jatuhkan Najib
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu semua pihak mengenepikan isu peribadi dan latar belakang politik dalam usaha selamatkan Malaysia.
"Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia," kata beliau berkata pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadiHimpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi
Beliau berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.
"Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini," katanya.
Kesepaduan inilah katanya mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.
"Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan," katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M – Makan dedak, sampai polis tak nampak Najib seleweng duit?

Posted: 14 May 2016 06:24 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada pihak polis sudah menjadi pemakan dedak (rasuah) sehingga tidak dapat menghidu jenayah menyeleweng yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Berucap dalam program Selamatkan Malaysia semalam, bekas perdana menteri itu membidas pihak penguatkuasa yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat sudah menjadi pelindung kepada penjenayah.
"Kita dapati agensi-agensi yang kita tubuh untuk jaga kepentingan rakyat seperti wakil rakyat, polis, AG (Peguam Negara) dan lain-lain, mereka bukan jaga kepentingan kita rakyat, mereka jaga kepentingan penjenayah.
"Oleh sebab itu tidak ada tindakan diambil terhadap Najib biarpun kita semua tahu jenayah yang beliau lakukan," kata Dr Mahathir dalam program semalam di Stadium Melawati, Shah Alam.
Dr Mahathir kemudiaan menanyakan soalan kepada pihak polis sama ada mereka sudah mendapat dedak sehingga tidak nampak jenayah penyelewengan duit yang dilakukan oleh Najib.
"Saya nak tanya anggota polis, awal tidak tahu ke Najib itu sudah menyeleweng duit, takkan awak bodoh sangat.
"Atau dedak sudah masuk dalam mulut telinga sampai jadi pekak bisu dan buta," soal beliau.
Dr Mahathir menyifatkan tindakan polis yang membisu membabitkan jenayah yang dilakukan Najib sebagai tidak masuk akal walhal seluruh rakya mengetahui penyelewengan dilakukan oleh beliau.
"Semua dunia tahu, seluruh dunia tahu, tapi jentera yang ditugas untuk tentukan jenayah tidak berlaku tapi mereka lah yang melindungi penjenayah," katanya.
Beliau juga membidas tindakan pihak polis yang memberi tekanan dan mengancam gerakan rakyat bagi mendesak peletakan jawatan Najib.
"Kita dapati polis sekat gerakan rakyat untuk bersihkan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan pendesak Umno, GKCM turun beri penerangan dalam dua PRK

Posted: 14 May 2016 06:22 PM PDT

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib dan sudah menjelajah ke seluruh pelosok negara bakal turun memberi penerangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
The Malaysia Mirror difahamkan kumpulan pendesak yang terdiri daripada pemimpin akar umbi Umno itu akan berkempen bersama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi meneruskan desakan terhadap Najib.
Sumber dalaman memberitahu kumpulan itu dalam rancangan menyelaras dan mengumpul kekuatan pemimpin cawangan dalam dua kawasan parlimen bagi membolehkan mereka turun sama dalam tempoh kempen pilihan raya nanti.
"GKCM tidak menolak juga akan turun padang dalam dua PRK nanti bagi memberikan penjelasan dan penerangan mengenai isu-isu semasa.
"Beberapa tokoh heavyweight Umno yang tersingkir kerana menentang Presiden dijangka akan turun bersama GKCM nanti," kata sumber itu kepada The Malaysian Mirror.
Sumber tidak menamakan pemimpin utama Umno yang akan turun bersama GKCM, namun diketahui dalam program sebelum ini pemimpin yang sering tampil atas pentas mereka terdiri daripada bekas timbalan presiden Tan Sr Muhyiddin Yasin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Malah dalam satu majlis di Kedah, Team B baharu Umno juga diumumkan dengan penampilan ketiga-tiga pemimpin tersebut bagi mencabar Team A, yang diketuai Najib.
Menurut sumber, isu-isu semasa yang menyentuh kredibiliti Najib seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib menjadi tumpuan utama GKCM apabila turun padang dalam PRK tersebut.
"GKCM akan menumpukan kepada isu 1MDB dan 2.6 bilion kerana masih banyak perkara yang belum terjawab.
"Isu-isu ini memerlukan penjelasan, selain itu cukai GST yang membebankan juga menjadi perhatian GKCM," katanya.
Dua pilihan raya ini penting bagi menguji kepercayaan rakyat ke atas Najib walaupun baharu saja menang besar di Sarawak baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kembalikan kuasa Agong: Najib harus pertimbang cadangan Sultan Johor

Posted: 14 May 2016 06:19 PM PDT

Titah Sultan Johor itu harus disokong bagi memastikan kuasa Agong berada pada kedudukan paling tinggi.
ramlah-adam
PETALING JAYA: Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan seharusnya dipersetujui.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, ia sekali gus memperkukuh kuasa Agong itu sendiri yang dilihat berada pada kedudukan tertinggi memutuskan sesuatu keputusan berbanding Parlimen.
Katanya, Agong sebagai pembuat keputusan terakhir sebelum ini pernah dilaksanakan, namun kuasa tersebut telah ditarik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
"Dulu sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pernah timbul isu ini. Ketika itu Sultan Johor dalam giliran menjadi Agong. Dr Mahathir buat pindaan perlembagaan terhadap kuasa veto Agong dengan menarik semula kuasa tersebut.
"Ia melibatkan, sesuatu rang undang-undang harus diluluskan oleh Agong dalam tempoh 30 hari dibentang tetapi jika Agong tidak meluluskannya dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan lulus secara automatik.
"Oleh yang demikian saya menyokong cadangan Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kuasa itu tepat pada masanya. Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkan semula perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li mahu Laporan Audit disebar untuk umum selepas kontroversi laporan PAC

Posted: 14 May 2016 06:17 PM PDT


Ku Li mahu laporan audit disebar untuk umumKu Li mahu laporan audit disebar untuk umum
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai "Rahsia Rasmi", diubah kepada "untuk tatapan umum" dengan segera.
"Ini penting kerana dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam.
"Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau hal ini berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.
Beliau risau mengenai perkara ini kerana negara semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.
Dengan adanya pemadaman laporan PAC katanya, laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang tidak boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Menurut beliau pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang disebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Pastikan BN Kalah Di PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

Posted: 14 May 2016 06:11 PM PDT

#SelamatkanMalaysia : Kerana Najib, pimpinan pembangkang satu pentas dengan Tun M

Posted: 14 May 2016 06:10 PM PDT

#SelamatkanMalaysia : Walau jasad dikurung, jiwa kita tetap merdeka

Posted: 14 May 2016 06:09 PM PDT

Mari 'bertumbuk' dengan rakyat di Sg.Besar dan K.Kangsar - Azmin

Posted: 14 May 2016 06:08 PM PDT

#SelamatkanMalaysia Mat Sabu : Azmin takkan halang warga Sarawak masuk Selangor

Posted: 14 May 2016 06:07 PM PDT

#SelamatkanMalaysia Tun M : Biar satu lawan satu PRK ini, fokus kalahkan BN

Posted: 14 May 2016 06:06 PM PDT

Tun M Akan Hantar Gambar Sejuta Tandatangan Ke Istana

Posted: 14 May 2016 08:55 AM PDT

Himpunan Selamatkan Malaysia: Hadi, Haron Din Bagi Peluang Kepada Najib

Posted: 14 May 2016 08:52 AM PDT

Misi Himpunan Selamatkan Malaysia Hangat

Posted: 14 May 2016 08:49 AM PDT

DEKLARASI RAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA - SELANGOR

Posted: 14 May 2016 08:47 AM PDT

Trend pengundian Sarawak: Mata hati atau mata wang?

Posted: 14 May 2016 07:12 AM PDT

Hampir seminggu berlalunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, namun banyak pihak menganggap pertindihan kerusi antara parti pembangkang – PKR, DAP, Amanah dan Pas – sebagai punca BN meraih kemenangan besar pada keputusan 7 Mei, Sabtu lalu.
Hal itu tidak dapat dinafikan tetapi dilihat masih dalam konteks teknikal termasuk kesan persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana majoriti daripada 82 kerusi Dun yang ditandingi masih lagi tidak melibatkan pertembungan parti pembangkang.
Aspek lain perlu disedari adalah nilai sosio-politik masyarakat setempat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut banyak menyumbang kepada pola pengundian yang menyaksikan BN menawan 88 peratus kerusi ditandingi.
Selain berjayanya sentimen anti-Semenanjung juga sebenarnya anti-Malaysia serta kempen Sarawak For Sarawakians seperti dapat dilihat pada papan kempen yang tidak lebih hanya propaganda BN untuk terus berkuasa, satu lagi ciri yang sangat dominan dalam kebanyakan pengundi Bumiputera di Sarawak ketika musim pilihan raya ialah wang.
Bukan sekadar tuduhan tetapi pengalaman hampir seminggu di kawasan majoriti Melayu Sarawak sebelum hari membuang undi mendapati gejala tersebut begitu menonjol.
Walaupun tidak dinafikan pilihan raya menuntut perbelanjaan yang besar tetapi pemerhatian terhadap interaksi antara jentera pilihan raya Amanah di Dun Sadong dengan penduduk tempatan mendapati hampir semua segi atas pertimbangan wang.
Mata wang
Gejala tersebut dilihat begitu konsisten dan ironinya berlaku di kerusi yang tidak melibatkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti Amanah, Pas, PKR mahupun DAP.
Memilih pemimpin dengan mata hati bukan dengan mata wang meminjam pesanan Jalaluddin Ab Manap, 80, atau lebih dikenali Pak Amjal ketika di markas Amanah tidak keterlaluan dikatakan bukan menjadi pegangan majoriti pengundi di Bumi Kenyalang.
Pemilihan mereka banyak bergantung kepada parti mana yang memberi lebih banyak habuan. Tidak hairanlah, BN terus menang besar hasil penyelewengan dana serta salah guna lembaga kerajaan untuk parti selain eksploitasi terhadap akses media yang hanya menyebelahi mereka. Realitinya, wang menjadi punca utama parti pembangkang kalah teruk.
Segala-galanya wang. Ada wang semua kerja jalan. Kebanyakan pengundi di Sarawak menganggap pilihan raya sebagai peluang besar untuk mereka mengaut sebanyak mungkin wang bukannya satu peluang untuk mengubah kehidupan lebih baik pada jangka panjang.
Anak Melayu Sarawak kelahiran Saratok mahu dikenali sebagai Hamizan, 32, merupakan penjawat awam yang kini berkhidmat di Putrajaya sejak 2008 lalu turut mengakui hakikat tersebut berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
Beliau yang juga anak kepada pemimpin tempatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kampungnya secara sarkastik mencadangkan parti pembangkang menyediakan dana jauh lebih besar pada PRN akan datang berbanding pilihan raya baru-baru ini jika mahu meraih kemenangan.
"Sebulan sebelum penamaan calon, orang PKR atau Amanah sudah boleh datang jumpa ketua-ketua tempatan atau suku kaum termasuk Pemuda dan Wanita PBB.
"Berikan RM2,500 sebagai contoh kepada Pemuda dan Wanita parti komponen BN di sesebuah kampung itu untuk dia agihkan pula kepada pengikut-pengikut mereka bagi tujuan gerak kerja parti termasuk tampal poster dari rumah ke rumah," ujarnya ketika ditemui.
Selanjutnya, beliau menganggap Pas sudah tidak relevan dengan mood perubahan rakyat dan tidak lebih hanya pengacau dalam pilihan raya.
Beliau berkata, PKR dan Amanah sekali lagi harus membawa sejumlah wang lagi untuk tujuan kempen pula sehingga tiba hari pengundian.
Pendapat Hamizan itu dilihat selari dengan trend penawaran hadiah lumayan yang dapat dilihat pada slot cabutan bertuah sepanjang berlangsungnya ceramah kempen.
Umpan lumayan
Read More / Baca Lagi >>

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir malam ini

Posted: 14 May 2016 07:11 AM PDT


Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas SelangorPresiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor
Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.
"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif
Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.
"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya
Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

Pemimpin Umno jangan gila jawatan - Syed Ali Al-Habshee

Posted: 14 May 2016 07:10 AM PDT

Ahli dan pemimpin Umno diingatkan agar tidak ghairah mengejar kedudukan dan jawatan sebaliknya perlu berjiwa besar dengan mengambil pendekatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, akibat terlalu gilakan kedudukan, dikhuatiri seseorang itu akan cenderung melakukan perkara yang melanggar tatasusila parti.
Syed Ali Alhabshee Malah katanya, kadang-kala berlaku pertelingkahan sesama ahli parti bersabit penentuan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK).
"Pada hemat saya, tanpa jawatan penting pun kita boleh mencurahkan khidmat bakti kepada Umno dan rakyat, jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan sayangkan parti," katanya melalui blog Umno Cheras.
Beliau turut  mengingatkan semua pemimpin bahawa rakyat sedang memerhati perlakuan pemimpin Umno termasuk di peringkat cawangan dan bahagian.
Dalam pada itu, beliau berkata perbuatan khianat kepada parti dan terlalu gilakan kedudukan serta jawatan perlu dihindari bagi memastikan Umno dipandang mulia.
"Jika gejala seperti itu berterusan berlaku, lambat laun dikhuatiri Umno akan menjadi rosak dan akhirnya dicemuh oleh rakyat.
"Inilah mencetuskan persepsi negatif terhadap parti dan kepimpinannya apabila berlaku fitnah-memfitnah dan provokasi sesama ahli Umno," katanya.
Malah katanya situasi itu tidak mustahil akan berlanjutan sehingga musim PRU akan datang.
Katanya, Umno memerlukan keahlian yang sayangkan kepada parti dan setia kepada pemimpin walaupun ketika parti dilanda masalah atau krisis.

KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB

Posted: 14 May 2016 06:13 AM PDT

GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

MP DAP tuntut Pandikar mohon maaf kerana didakwa gagal 'tepati janji'

Posted: 14 May 2016 06:06 AM PDT


Seorang ahli Parlimen DAP hari ini menuntut permohonan maaf dari Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana didakwanya gagal menepati janjinya untuk melaksanakan pembaharuan Parlimen.
 Ia berhubung dengan penangguhan sesi baru soal jawab menteri, yang pada mulanya dijadualkan dilaksanakan dalam sesi Parlimen mulai 16 Mei hingga 26 Mei, seperti yang dilaporkan pada hari Khamis.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan berkata, sekitar setahun lalu, Pandikar telah mencabarnya dan ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, mengosongkan kerusi mereka jika pembaharuan yang dijanjikan dilaksanakan pada awal tahun ini.
Lim bertanya sama ada Pandikar akan memohon maaf kepada mereka "atau adakah beliau masih mahu kami meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau telah gagal menepati janji-janjinya?".
Dilaporkan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosmee Hamzah dalam surat kepada ahli Parlimen, yang dilihat oleh Malaysiakini, berkata ia ditangguhkan kerana tidak cukup masa untuk dilaksanakan.
Surat bertarikh 11 Mei itu menyatakan bahawa Pandikar telah membuat keputusan itu kerana jangka masa bagi persediaan merangkumi taklimat, latihan dan simulasi masa sesi itu, terlalu singkat.
Sei soal jawab menteri hanya akan dilaksanakan pada sesi Parlimen pada 17 Oktober hingga 24 November.
Read More / Baca Lagi >>

DAP adukan kes ADUN ke SPRM

Posted: 14 May 2016 06:05 AM PDT


DAP Selangor merujuk salah seorang ADUN mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan untuk kawasan diwakilinya.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, berdasarkan siasatan pihaknya parti itu mengemukakan laporan kepada SPRM bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
"Laporan itu dibuat di SPRM Selangor di Shah Alam pada 11Mei lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengumuman Pua itu dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai mengumumkan parti itu memecat ADUN Telok Datuk Loh Chee Heng (gambar).
Terdahulu Tan berkata pihaknya berpendapat Loh perlu dipecat selepas didapati menyalahgunakan peruntukan diberi kerajaan negeri kepada kawasannya.
Tan berkata keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu prosidng awal hari ini.
Tan yang juga anggota parlimen Cheras memaklumkan siasatan dalaman dibuat satu aduan bertulis terhadap Loh diterima pada Mac lalu.
"Siasatan dalaman oleh Jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Loh," katanya.
Kata Pua, DAP Selangor menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu dikaitkan dengan Loh selama lapan minggu dan keputusan mengenainya diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)