Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Rafizi ulang gesaan Najib cuti hingga siasatan skandal SRC selesai

Posted: 12 May 2016 08:45 PM PDT

Suruhanjaya Diraja perlu diumumkan bagi membantu menyelesaikan dan membersihkan nama perdana menteri serta ia perlu dilakukan secara terbuka.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus diasak supaya bercuti sehingga siasatan terhadap syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd selesai.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, membolehkan siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu diumumkan untuk membantu menyelesaikan dan membersihkan nama Najib serta ia perlu dilakukan secara terbuka.
Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan TodayOnline di Singapura yang memetik kenyataan peguam cara Singapura Quek Mean Luck berhubung dakwaan terbaru terhadap Yeo Jiawei (pegawai bank yang mengendalikan urusan dana 1MDB di BSI Singapura) berkaitan pemindahan wang melibatkan SRC International.
Menurut Today Online, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat dimiliki Tan Kim Loong.
"Ini kali pertama satu bukti kukuh ditampilkan mengaitkan dana daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB yang berhutang RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebelum ia (SRC) dipindah milik kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib optimis BN akan menang PRK Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 12 May 2016 08:44 PM PDT

Najib berkata, BN akan bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam dua PRK itu.
najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yakin BN mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Keyakinan itu disuarakan Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapannya di hadapan ahli-ahli dan pemimpin UMNO sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-70.
"Selepas ini kita akan bekerja kuat. InsyaAllah selepas ini dua PRK kita akan menang dan berjaya," katanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Dua PRK itu bakal diadakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon yang terkoban dalam nahas helikopter minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN boleh mencapai kemenangan dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berdasarkan semangat yang ditonjolkan jentera akar umbi di kedua-dua bahagian terbabit ketika menjalankan tugas mereka.
"Saya dapat nyatakan saya sangat gembira dengan persiapan jentera tempatan di peringkat akar umbi kerana mereka begitu bersiap siaga sekali," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat MARA, petang semalam.
Dalam pada itu, Annuar berkata, pengalaman yang diperolehi daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak terutamanya kesatuan yang sangat baik di Bumi Kenyalang boleh digunakan dalam dua PRK di Semenanjung nanti.
"Saya percaya kita boleh ulangi di kedua-duanya (PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Di Semenanjung tidak semua sama dengan apa yang ada di Sarawak, tetapi kita dah sedia," katanya.

Muhyiddin akui gelombang politik semenanjung tidak sampai ke Sarawak

Posted: 12 May 2016 08:39 PM PDT

Bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin mengakui gelombang politik yang tercetus di semenanjung yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sampai ke Sarawak dimana menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini.
Muhyiddin menghormati hak rakyat Sarawak yang mengundi baru-baru ini, namun masih memberikan amaran gelombang politik di semenanjung masih panas dimana rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti pemerintah.
"Politik Sarawak ini jauh sedikit, saya tak nak tidakkan, itu hak rakyat Sarawak.
"Mungkin angin gelombang di semenanjung ini jauh, di sana anginnya sepoi-sepo bahasa. Tapi di sini macam gelombang. Panasnya luas biasa, walau hujan sekejap, tapi panasnya terik, panas politknya, panas cuacanya," kata Muhyiddin semasa dalam program Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Nilai semalam.
Muhyiddin menegaskan akan tetap meneruskan desakan terhadap pimpinan Umno, khususnya peletakan jawatan Presiden Datuk Seri Najib Razak walaupun BN menang besar dan mendapat mandat baharu di Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Salleh menteri yang sangat lucu, kata Zunar

Posted: 12 May 2016 08:37 PM PDT


Zunar menunjukkan karyanya kepada Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dalam pameran beliau di Geneva yang sedang berlangsung sekarang.Zunar menunjukkan karyanya kepada Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dalam pameran beliau di Geneva yang sedang berlangsung sekarang.
Kartunis Zunar atau nama Zulkiflee Anwar Ulhaque menyifatkan Menteri Menteri Multimedia dan Komunikasi, Tan Sri Salleh Said Keruak sebagai seorang menteri yang sangat lucu apabila mendakwa kartun-kartunnya mensabotaj ekonomi negara.
Dalam satu kenyataannya, Zunar berkata, lebih dari RM42 billion wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB, "kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi.
"Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!" kata Zunar dalam kenyataannya menjawab dakwaan menteri itu.
Zunar bersama kartunnya dalam pameran solo di Geneva.Zunar bersama kartunnya dalam pameran solo di Geneva.Zunar, pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu.
Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun.
Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone. Berikut adalah jawapan Zunar kepada dakwaan yang dibuat Salleh ke atas beliau.
SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.
ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.
SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.
ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Maklukh asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?
Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?
SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?
ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu. Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.
Read More / Baca Lagi >>

Sebagai anak jantan Tun M, saya sedia bertumbuk dengan Nazri - Mukhriz

Posted: 12 May 2016 08:33 PM PDT

Dr Mahathir: Rakyat Pekan usah undi Najib, biar dia tumbang

Posted: 12 May 2016 08:31 PM PDT

Biar dicela dan dicaci asalkan rakyat terbela , kata Muhyiddin

Posted: 12 May 2016 08:31 PM PDT

Mukhriz: Tak malukah Najib ambil kredit BN menang besar di Sarawak

Posted: 12 May 2016 08:31 PM PDT

BN perlukan "magic" kekalkan K Kangsar dan Sg Besar

Posted: 12 May 2016 08:26 PM PDT


 Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada "magic" untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kata A Kadir.Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin meyakini Umno-BN akan memenangi dua kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan sekiranya strategi "cash is king" Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berlegar pada kempen calon Umno itu kelak.
"Jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi "cash is king" berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu," ujarnya di dalam entri terbarunya semalam.
Kadi berkata, setelah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mohd Najib terpaksa buktikan yang beliau masih ada "magic" untuk mengekalkan dua kerusi Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Adakah sungai wang masih mengalir bagi membolehkan beliau meneruskan strategi duit itu raja?
" Kita tahu kewangan negara sempit sehingga berlaku pemotongan teruk di sana sini sementara tabung politik tersekat kerana duit "derma Arab" sudah dipulangkan dan banyak akaun luar negara berkaitan ibu duit 1MDB telah dibekukan.
"Berpandukan PRN Sarawak, sungai wang nampaknya masih mengalir dan strategi "cash is king" masih laku di kalangan pengundi luar bandar dan orang miskin." ujarya di dalam entri tersebut.
Dalam PRU13 Parlimen Sungai Besar, daripada 36,991 undi penyandangnya Allahyarhamah Noriah Kasnon memperoleh majoriti 399 sahaja. BN ditentang oleh PR-Pas.
Manakala di Kuala Kangsar, penyandang Allah yarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendapat majoriti 1,082 daripada 27,801 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan PR-PAS dan bebas.
Justeru soalnya  lagi, penyaluran "dana" tiga penjuru di kalangan Mohd Najib, Abdul Hadi Awang dan Harun Din akan menyebabkan Pas kemungkinan tidak bertanding.
"Kalau (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang mempunyai cengkaman kuku besi ke atas Pas seperti Mohd Najib ke atas Umno, Pas bukan sahaja tidak bertanding malah mungkin menyokong BN.
"Akan tetapi kalau pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, juga ada kuasa maka Abdul Hadi dan Harun, mungkin dipaksa tidak memberi laluan mudah kepada BN.
"Setelah berpecah menjadi dua dan ditolak oleh pengundi Sarawak, Pas terpaksa membuktikan yang ia masih ada 'oomph' di Semenanjung." telahan beliau.
Dalam situasi di mana BN berlawan dengan Pakatan Harapan (PH) harapan BN ujarnya lagi, lebih cerah kecuali Amanah, DAP,PKR betul-betul bersatu padu dan tidak memanjangkan pertelingkahan ketika PRN Sarawak.
"Tetapi kalau berlaku pertandingan tiga penjuru di kalangan BN, PAS dan Pakatan Harapan, harapan BN  untuk menang lagi besar.
"Sejarah memihak kepada BN dalam PRK kerana ia boleh menumpukan segala jentera, tenaga manusia dan wang di satu tempat. Dalam konteks sekarang di dua tempat.
"Contohnya ketika isu 1MDB mula panas dan ekonomi mula menurun, BN berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP dalam PRK tahun 2014. Dalam PRU 2013 DAP menang dengan majoriti 7,313 tetapi dalam PRK 2014 BN menang dengan majoriti 283.
Read More / Baca Lagi >>

ADUN Sekinchan sahut cabaran Jamal Yunos

Posted: 12 May 2016 08:23 PM PDT

Suee Lim melihat cabaran Jamal sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di PRK Sungai Besar nanti.
suee-lim-jamalPETALING JAYA: ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bersaing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, jika dipilih oleh DAP dan Pakatan Harapan.
"Saya melihat cabaran beliau sekadar gimik politik untuk meraih publisiti kerana beliau tiada kuasa atau hak untuk menentukan siapa yang akan bertanding di Sungai Besar," katanya yang dipetik Malaysiakini hari ini.
Semalam, Jamal dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mengesyorkan dirinya untuk bertanding pada PRK Sungai Besar, jika DAP menurunkan Suee Lim pada PRK itu nanti, supaya seteru politik itu dapat bersaing secara terbuka.
Jamal berkata, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk bertanding pada PRK itu, tetapi lain ceritanya jika Suee Lim diturunkan.
"Beliau kata beliau begitu hebat dan disokong ramai, jadi marilah bertanding, saya boleh bersaing dengannya secara terbuka," katanya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim: Dua PRK jadi petunjuk nasib kerusi marginal BN

Posted: 12 May 2016 08:22 PM PDT


Dua pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh menjadi petunjuk mengenai nasib 81 kerusi marginal BN - di tengah-tengah saga 1MDB dan skandal sumbangan politik RM2.6 bilion - dalam pilihan raya umum yang akan datang, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.
Malah, isu-isu kontroversi boleh menjadi referendum berhubung penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sokongan kepada BN yang dipimpinnya, kata penganalisis itu.
Adalah menarik, tegas Ibrahim, untuk melihat sama ada Umno boleh menang dua pilihan raya kecil itu ekoran isu-isu semasa, termasuk kontroversi yang menyelubungi 1MDB, isu sumbangan politik RM2.6 bilion, serta keadaan ekonomi yang memberi kesan kepada rakyat.
Ia juga, tambahnya, boleh dilihat sebagai petanda terhadap kekuatan politik Umno dalam banyak kerusi marginal, termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Datuk Noriah Kasnon dari BN memenangi kerusi Sungai Besar dengan majoriti 399 undi, atau kurang daripada satu peratus daripada jumlah pengundi, dalam pilihan raya umum 2013.
Manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN memenangi Kuala Kangsar, yang merupakan kubu kuat Umno, dengan majoriti yang lebih rendah sebanyak 1,082 undi atau kurang daripada lima peratus, dalam pilihan raya lepas.
Terdapat sejumlah 81 kerusi marginal yang dimenangi dengan majoriti kurang daripada lima peratus oleh kedua-dua belah pihak dalam pilihan raya umum lepas, di mana 51 kerusi dimenangi BN manakala 30 kerusi dikuasai pembangkang, kata Ibrahim kepada Malaysiakini.
Dua PRK tersebut merupakan yang ke-10 dan ke-11 selepas pilihan raya umum 2013, berikut nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang meragut nyawa enam orang termasuk Noriah dan Khair-il.
BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013, tetapi BN kemudian mengalahkan DAP di Teluk Intan, menjadikannya sekarang 134 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

ZUNAR JAWAB SALLEH KERUAK

Posted: 12 May 2016 08:21 PM PDT


Semalam Menteri Multimedia dan Komunikasi, Salleh Keruak dalam kenyataan medianya berkata bahawa pameran saya di Geneva bertujuan memalukan Perdana Menteri. Ini adalah kenyataan balas saya kepada Salleh.
1. SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif dari kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.
ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.
2. SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa dari mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.
ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Maklukh asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah sama ada disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?
Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?
3. SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?
ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah "2016 cartooning for Peace", saya telah dijemput oleh "Cartooning for Peace Faundation" dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya-karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu. Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun. Atara pengunjung termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Mr Guillaume Barazzone.
Sebagai menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat. Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.
Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Kerana itu juga Perdana Menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!
Read More / Baca Lagi >>

Umno pecat Mukhriz dan Muhyiddin selepas PRK, bimbang bantahan ahli

Posted: 12 May 2016 08:18 PM PDT

Usaha untuk memecat bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa ditangguh sehingga berakhir dua pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi kerana bimbang undi protes ahli parti akan menyebabkan kekalahan Umno.
Sumber dalaman mendedahkan langkah untuk memecat kedua-dua pemimpin yang lantang mengkritik Presiden Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dibuat selepas berakhir pilihan raya Sarawak.
Namun, memandangkan insiden nahas helikopter yang mengorbankan dua Ahli Parlimen Umno baru-baru ini menyebabkan pelan asal untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz terpaksa ditangguh.
"Rancangan asal untuk pecat selepas pilihan raya Sarawak, tapi dengan situasi terbaharu ini mungkin Najib terpaksa tangguh dahulu niat itu.
"Malah, Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini lantang mengecam Muhyiddin juga diam dan tidak lagi bercakap mengenai usul yang hendak beliau bawa dengan memecat bekas timbalan presiden itu," kata seorang pemerhati politik Umno yang juga ahli tetapi enggan mendedahkan identiti kepada The Malaysian Mirror.
Pemerhati tersebut mengulas mengenai kenyataan Nazri semasa kempen pilihan raya Sarawak yang mahu membawa usul untuk memecat kedua-dua pemimpin itu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi bulan ini.
Jika langkah itu diteruskan juga, kemungkinan Umno hilang dua kerusi Parlimen juga akan menjadi kenyataan mengambilkira jumlah majoriti yang kecil dimenangi semasa pilihan raya umum ke-13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tidak beriman dengan pilihan raya, tapi umum letak calon awal?

Posted: 12 May 2016 08:15 PM PDT

Sebaik tewas dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti Islam itu tidak beriman dengan pilihan raya, malah masih yakin rakyat masih menyokong mereka.
Kenyataan Idris itu secara logiknya mengikut fikiran waras atau logiknya adalah bagi menunjukkan PAS tidak kemaruk untuk bertanding dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, PAS yang sudah boleh duduk semeja dengan Umno, tiba-tiba menjadi parti terawal yang mengumumkan untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, secara tidak langsung sudah mendedahkan pekung sebenar imej parti yang sering menggunakan nama Islam itu mahu mengelirukan rakyat.
Pada mulanya berkata PAS tidak beriman dengan pilihan raya tapi kemudiaannya awal-awal sudah tamak mahu memonopoli untuk meletak calon di kedua-dua kerusi tersebut.
Lebih parah lagi, keegoan dan kebongkakan pemimpin parti Islam itu tidak mahu duduk berbincang dengan blok pembangkang Pakatan Harapan bagi menyelesaikan isu calon sudah jelas mencerminkan mentaliti lebai-lebai ini.
Mungkin dalam pilihan raya kali ini, PAS lebih selesa duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan bagaimana langkah terbaik untuk memastikan rakan baharu mereka itu dapat terus mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh: PAS akan buat kejutan di Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 12 May 2016 05:07 PM PDT


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata parti Islam itu akan membuat kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kita yakin kita boleh buat kejutan di PRK ini, Insya-Allah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS malam tadi.
Bagaimanapun Nik Abduh ketika ditanya apakah bentuk kejutan itu berkata "Cukup, tunggu mesyuarat akan datang di sini".
 Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih satu jam itu, Nik Abduh berkata pihaknya hanya membincangkan mengenai jentera di dalam kedua-dua PRK itu.
"Malam ni mesyuarat pertama tak banyak keputusan tapi lebih kepada susun jentera di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Mesyuarat tak bincang calon cuma tak dibaca (dalam mesyuarat) kali ni, (mungkin) akan ada dalam mesyuarat lain," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya,Datuk Noriah Kasnon dan di Kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala keputusan PAS mengenai PRK bergantung kepada sidang media dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
"Kita tidak bincang calon malam ini, semuanya kita tunggu SPR esok (hari ini)."
Takiyuddin berkata, dalam mesyuarat malam tadi juga pihaknya turut menubuhkan jawatankuasa bagi membuat post mortem kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah.
Dalam PRN 11, PAS kalah di semua 11 kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

DI MANA NAJIB JIKA TIADA KUASA?

Posted: 12 May 2016 04:51 PM PDT

Antara yang disebut Najib Razak dalam ucapannya sempena sambutan ke 70 ulangtahun UMNO semalam ialah "kalau takdirnya satu hari saya berselisih faham  dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar UMNO."

Wah...nampak hebat bunyinya!!

Lafaz itu bukan saja sebagai sindiran kepada Tun Mahathir Mohamad, tetapi juga menunjukkan keinginan Najib untuk memperlihatkan kononnya beliau akan menjadi seorang bekas Perdana Menteri yang baik, tidak lagi campurtangan apabila tidak lagi mempunyai kuasa dan akan setia kepada UMNO?

Apakah jaminan kata-katanya hari ini akan dikotakan di kemudian hari?

Bolehkah kita percaya begitu saja kata-kata manisnya itu?

Bila berkata demikian, bila sebenarnya beliau mahu menyerahkan kuasa kepada penggantinya atau semuanya sekadar "sembang kencang"  saja?

Tetapi sebelum itu, yang harus ditanya kepada Najib ialah mampukah beliau berselisih faham dengan penggantinya jika beliau tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa?

Dengan pelbagai isu dan skandal kewangan membelit dirinya ketika sedang berkuasa, jika tidak lagi berkuasa, beranikah beliau meninggikan suaranya kepada sesiapa?

Tidakkah nanti jika bersuara sedikit saja pun, beliau akan ditempelak balik oleh pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang sudah ada "tauke baru"  berkaitan isu 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, kemewahan Rosmah dan macam-macam lagi?

Maka, bukankah berdiam diri, akur dan tidak campur sama-sekali adalah pilihan paling selamat baginya?

Itu kalau UMNO masih berkuasa, tetapi kalau sudah jatuh ke tangan parti lain, apakah beliau masih berani mengangkat mukanya walau sedikit pun?
Read More / Baca Lagi >>

Jamal buat laporan polis nafi ugut bunuh Ali Tinju

Posted: 12 May 2016 04:50 PM PDT

Jamal Yunos berkata kenyataan Ali Tinju itu berniat jahat dan bertujuan untuk mencemar nama baiknya dan keluarganya.
jamal
PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos menafikan beliau membuat ugutan bunuh terhadap Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.
Menyusuli laporan polis yang dibuat terhadapnya hari ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tampil membuat laporan balas di Balai Polis Sekinchan, petang tadi.
Jamal berkata, tuduhan Ali Tinju terhadapnya adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencemar nama baiknya dan keluarganya.
"Disini saya ingin menafikan (kononnya saya ingin menembak dan membunuh Ali Tinju) dan pernyataan tersebut adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya.
"Saya berharap polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya dalam tangkap layar laporan polis Jamal yang diterima FMT.
Terdahulu, Ali Tinju membuat laporan polis di IPD Dang Wangi dan mendakwa Jamal menghubungi petang semalam lalu mengugut akan memukul dan menembaknya.
Ali sebelum itu dilaporkan berkata BN akan kalah teruk dalam pilihan raya kecil Sungai Besar yang akan diadakan tidak lama lagi sekiranya Jamal dipilih sebagai calon gagasan itu.
Kenyataan itu menyusuli program burger percuma untuk warga Sekinchan dan Sungai Besar anjuran Jamal. Beliau menafikan program burger itu merupakan kempen politik tersembunyi bagi melobi dirinya sebagai calon BN.

Sesi soal jawab menteri di parlimen ditangguhkan

Posted: 12 May 2016 04:48 PM PDT


Dewan Rakyat menangguhkan masa soal jawab menteri, yang menjadi sebahagian daripada usaha pembaharuan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 Setiausaha Dewan Rakyat Roosmee Hamzah dalam surat kepada anggota parlimen, yang dilihat Malaysiakini, berkata langkah itu ditangguhkan kerana belum cukup masa untuk dilaksanakannya.
Sesi itu tidak akan dibuat dalam sesi parlimen mulai 16 hingga 26 Mei depan.
Dalam surat bertarikh semalam, Roosme berkata surat keputusan itu dibuat oleh Pandikar kerana jangka masa bagi persediaan merangkumi taklimat, latihan dan simulasi masa sesi itu singkat.
Katanya, perkara itu hanya akan dilakukan dalam sidang parlimen akan datang pada 17 Oktober hingga 24 November depan.

MP terkejut pemindahan singkat setiausaha parlimen

Posted: 12 May 2016 04:47 PM PDT


Apabila Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan notis singkat, ia mengejutkan ramai ahli parlimen.
Mereka lebih terkejut apabila pegawai kanan itu yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, kemudian dipindahkan sekali lagi ke Parlimen.
 Menurut sumber, Roosme melaporkan diri semula pada 6 Mei - 11 hari selepas hari terakhir di Parlimen pada 25 April lalu.
Ini mungkin antara pemindahan yang paling singkat membabitkan sebuah jabatan kerajaan dan Parlimen.
"Beliau kini dipindahkan semula sebagai setiausaha Dewan Rakyat - jawatannya sebelum ini," kata sumber Parlimen yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.
"Beliau telah dinaikkan pangkat dari Jusa B kepada Jusa A (gred jawatan utama sektor awam)," katanya.
Sumber itu, bagaimanapun, memberitahu bahawa pemindahan berkenaan adalah "prosedur biasa dalam kerajaan" apabila ditanya mengenai sebab di sebalik pemindahannya.
Semakan di laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita mendapati perutusan Roosme dibuat sebagai ketua pengarah.
"Kami dengar ia adalah pemindahan dua hari yang begitu singkat," kata seorang ahli parlimen pembangkang.
Ahli parlimen lain mendakwa mereka telah berbincang sesama sendiri mengenai pemindahan mengejut itu.
Malaysiakini telah menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan ulasan.
Mereka adalah Roosme dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Ronald Kiandee.

Tak apa dicerca asalkan rakyat faham, kata Muhyiddin

Posted: 12 May 2016 04:44 PM PDT


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun dilabelkan dengan pelbagai perkataan, namun beliau berpendapat bahawa menjadi satu tanggungjawab baginya untuk memastikan ahli Umno memahami isu sebenar yang berlaku dalam parti.
 Menceritakan tentang Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan juga bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, beliau berkata ia bertujuan untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dilucutkan jawatan perdana menteri dan bukan untuk merosakkan Umno.
"Saya tak kisah kalau mereka kata saya ini tak berguna, tak apalah. Tun Mahathir dicerca, Mukhriz apa lagi dimaki hamun. Tapi tidak mengapa.
"Yang penting rakyat mesti faham, orang Umno mesti faham. Kita dalam parti tak ada desakan untuk jadi ahli Umno, tak ada. Kita ada dalam parti untuk berjuang untuk bangsa dan agama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah 'Selamatkan Malaysia' di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Selain itu, anggota parlimen Pagoh itu juga sekali lagi memberitahu bahawa beliau tidak kisah menjadi 'korban' dan reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya asalnya masyarakat mengetahui perkara yang melanda Najib yang juga presiden Umno iaitu berkaitan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Tak pernah berlaku dalam sejarah, mana ada perdana menteri pemimpin kita buat macam ini. Tak ada.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M sekali lagi seru orang Pekan tak beri undi pada Najib

Posted: 12 May 2016 04:43 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyeru supaya pengundi di Pekan, Pahang tidak memberikan undi kepada Anggota Parlimennya Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Mahathir, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan Najib tidak lagi dipilih menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14.
 Walaupun perkara itu dilihat sukar, namun beliau berharap agar ia dapat dilaksanakan bagi memastikan hanya Najib seorang sahaja yang 'tumbang' dan bukan parti Umno atau BN.
"Walaupun untuk kalahkan dia (Najib) kita perlu kalahkan BN tapi kalau kita bijak, kita boleh kalahkan dia di Pekan.
"Orang Umno tak payah sokong dia supaya dia boleh kalah di situ. Mungkin tempat lain beri kemenangan kepada BN. Ini adalah strategi tapi tak mudah untuk kita laksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Selamatkan Malaysia yang diadakan di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Seramai kira-kira 400 orang yang menghadiri ceramah tersebut yang turut membawa sepanduk bertulis "We Love Tun M" dan "Rakyat bersama Tun M".
Turut menjadi ahli panel dalam majlis itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain itu, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu turut meminta agar orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat yang diedarkan selepas ceramah diadakan.
Walaupun telah berjaya mengumpulkan sejuta tanda tangan, namun Mahathir berkata beliau tetap akan meneruskan usaha mengumpul tanda tangan bagi meminta Najib disingkirkan daripada jawatan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

PAS K'tan nafi wujud perpecahan selepas Husam dipecat

Posted: 12 May 2016 04:42 PM PDT


PAS Kelantan menafikan wujudnya perpecahan selepas parti itu memecat bekas naib presidennya yang juga yang dipertua PAS kawasan Kubang Kerian Datuk Husam Musa, minggu lepas.
Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau menolak dakwaan yang dilemparkan segelintir pihak, malah menegaskan parti itu masih menerima sokongan kuat di peringkat akar umbi.
"Setakat ini, perkembangan adalah positif walaupun sebelum ini dikatakan akan ada 10 wakil rakyat PAS akan keluar parti namun sehingga kini masih tiada apa-apa.
"Apa yang saya lihat sokongan di seluruh negeri masih kuat dan kita juga membuat tindakan memperkukuhkan jemaah," katanya ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Bio Kelantan 2016 di Kota Bharu semalam.
Jumaat lepas, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.
Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.
Dalam pada itu, Che Abdullah turut meminta anggota parti itu yang telah menyertai atau condong kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara agar kembali ke pangkuan PAS.

Najib Razak tidak akan khianati UMNO hingga akhir hayat

Posted: 12 May 2016 04:25 PM PDT

SPR wajar raikan PAS, elak tarikh PRK bertembung dengan muktamar

Posted: 12 May 2016 04:25 PM PDT

PAS belum ada calon khusus untuk PRK Sungai Besar

Posted: 12 May 2016 04:24 PM PDT

Comments (0)