Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRK SG BESAR: ADAKAH JAMAL MENOLAK JADI CALON KERANA TAKUT KALAH?

Posted: 11 May 2016 07:14 PM PDT

Hari ini, Jamal Md Yunos dilaporkan akan menolak secara baik sekiranya dicalonkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan pucuk pimpinan bahawa dirinya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar akan terus menyokong parti meskipun jika tidak terpilih sebagai calon.
Saya terbuka dan memberi laluan kepada muka baru mahupun pemimpin-pemimpin yang lebih berpengalaman, ujar beliau lagi.

Semalam pula, seorang pemimpin NGO, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju membuat jangkaan awal bahawa BN pasti akan kalah teruk di Sungai Besar sekiranya Jamal dipilih sebagai calon pilihanraya kecil itu.

Kalau BN angkat Jamal sebagai calon, kemungkinan kita hanya dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong saja. Maknanya parti habis duit, kekalahan yang dapat, kata Ali Tinju.

Adakah penolakan yang dibuat Jamal ini  ada kaitan dengan jangkaan yang dibuat oleh Ali Tinju itu?

Kalau begitu, benarkah Jamal menolak jadi calon kerana takut kalah?

Tetapi, mengapa Jamal begitu cepat mengaku kalah dan seolah-olah sudah mengibarkan bendera putih sebelum turun ke medan perjuangan?
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI? NAJIB, ZAHID ATAU IGP JANGAN BERLENGAH BERI PENJELASAN

Posted: 11 May 2016 07:09 PM PDT

Jika dakwaan ini benar, ia sudah tentu sesuatu yang memalukan dan tidak sewajarnya berlaku kerana Tengku Mahkota Johor adalah pewaris Raja dan bakal menjadi Sultan Johor suatu ketika nanti.

Untuk apa baginda dipantau oleh polis cawangan khas dan telefonnya dicuri dengar?

Tidakkah sepatutnya pemantauan seperti itu hanya dilakukan kepada mereka yang merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara?

Dalam hal ini,  apakah seorang Tengku Mahkota dan bakal Sultan Johor boleh diterima akal sebagai ancaman kepada negara atau kepada sesiapa yang berkuasa?

Benarkah juga, sepertimana dakwaan Tengku Mahkota Johor, ayahanda baginda yang merupakan Sultan Johor turut sama dipantau oleh polis cawangan khas?

Meskipun sehingga ini, semunya masih boleh dianggap dakwaan semata-mata oleh Tengku Mahkota Johor, tetapi sudah tentu baginda tidak membuat dakwaan sebegitu jika maklumat yang diperolehinya tidak benar-benar asli atau kurang meyakinkan.

Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk segera memberi jawapan dan penjelasan kepada dakwaan yang dibangkitan oleh Tengku Mahkota Johor ini.

Penjelasan bukan saja penting tentang keperluan pemantauan itu dilakukan, bahkan juga mengenai siapa dan daripada mana datangnya arahan tersebut.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dilengah-lengahkan atau didiamkan begitu saja kerana ia telah pun menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat, bukan saja bagi bangsa Johor, malah rakyat Malaysia seluruhnya.

AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sungai Besar

Posted: 11 May 2016 07:07 PM PDT


Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
 Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.
"Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding.
"AMANAH akan bermesyuarat pada 15 hari bulan untuk bincang perkara ini, akhirnya kita berpandangan calon yang nak diturunkan mesti calon Pakatan Harapan," katanya kepada Malaysiakini.
Khalid berkata, meskipun membawa nama Pakatan Harapan, beliau turut berharap supaya calon dari AMANAH yang bertanding dalam PRK tersebut.
"Tapi bagi AMANAH, kalau boleh kita nak lah (bertanding), kita akan berhujah (dalam mesyuarat Pakatan Harapan), bertemu dan berbahas tapi tidak ada makna kalau kita tidak tonjolkan Pakatan Harapan," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.
Khalid, ketika ditanya tentang kemungkinan akan kalah kerana pertandingan banyak penjuru sepertimana yang berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, berkata:
"Terpulang pada PAS lah kalau dia yang nak tiga penjuru. PAS sendiri nak buat blok ketiga, jadi terpulang pada dia.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tangguh muktamar jika bertembung tarikh PRK

Posted: 11 May 2016 07:06 PM PDT

Muktamar akan diadakan selepas PRK selesai bagi membolehkan parti membuat persediaan dan berkempen dalam kedua-dua PRK.
tuan-ibrahim-pas
PETALING JAYA: PAS akan menangguhkan muktamarnya bagi 2016 yang dijadualkan bermula pada Jun depan jika PRK Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak ditetapkan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan tahunan parti Islam itu.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata barisan kepimpinan pusat parti akan membuat keputusan selepas SPR membuat pengumuman berhubung dua PRK berkenaan.
Muktamar PAS ke-62 pada tahun ini akan diadakan pada 1 hingga 4 Jun di Kota Baru, Kelantan.
Esok, SPR akan membuat pengumuman berhubung tarikh dua PRK berkenaan. Pemerhati politik meramalkan ia akan dijalankan hampir serentak penghujung bulan ini dengan tarikh membuang undi mungkin jatuh pada 4 Jun.
"Kita tunggu pengumuman dulu dan jika PRK ditetapkan pada tarikh perhimpunan kami, kita akan menangguhkannya supaya pemimpin dan ahli boleh memberi tumpuan penuh kepada PRK.
"Kita akan mengadakan perhimpunan selepas tarikh itu kerana kami akan terbabit dengan persediaan dan kempen dalam PRK berkenaan," katanya dipetik daripada Malay Mail Online.
PRK bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak minggu lalu.
Secara tradisinya, kedua-dua kerusi itu ditandingi PAS, secara satu lawan satu dengan BN.
Tuan Ibrahim berkata beliau tidak menjangkakan berlakunya pertandingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi itu kerana ia selama ini memang kerusi PAS.
Tags; Bahasa, PAS, muktamar, PRK, Sungai Besar, Kuala Kangsar, SPR.

PRK Sungai Besar: BN dijangka kalah teruk - Shukri Shuib

Posted: 11 May 2016 07:05 PM PDT


Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib

SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor.
"Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah.
"Pas kini bukan lagi anggota pakatan meskipun Sungai Besar kubu kuat parti itu. Jika Amanah bertanding, saya andaikan Pakatan Harapan akan lebih mendokong parti berkenaan berbanding Pas.
"Pas mungkin akan berhadapan dengan pertembungan hebat daripada Pakatan Harapan terutama Amanah yang ramai melihat sebagai proksi DAP," katanya.
Beliau berkata, faktor kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat juga menambah lagi kebarangkalian kekalahan BN di kerusi berkenaan.
"Pakatan Harapan (dijangka) akan cuba meminggirkan Pas dalam pakatan dan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menewaskan BN.
Read More / Baca Lagi >>

PAS minta parti pembangkang lain tidak letak calon didua PRK

Posted: 11 May 2016 07:04 PM PDT

Tindakan meletakkan calon semata-mata untuk menguji sokongan tidak akan memberikan kelebihan, sebaliknya hanya akan menguntungkan BN.
pas
PETALING JAYA: PAS menggesa parti pembangkang lain tidak menurunkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan meletakkan calon semata-mata untuk menguji sokongan tidak akan memberikankelebihan, sebaliknya hanya akan menguntungkan BN.
"Sehubungan dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan.
"Hal ini kerana, tindakan sedemikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini," katanya dalam satu kenyataaan hari ini.
Ujar beliau lagi, pemimpin di blok pembangkang perlu sedar pertembungan sesama blok pembangkang hanya akan merealisasikan bidalan "yang kalah jadi abu, menang jadi arang".
"PAS akan bertempur habis-habisan terhadap UMNO/BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, oleh itu PAS telah tegaskan akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.
Read More / Baca Lagi >>

Amiruddin letak jawatan YDP Pas Kuala Kedah

Posted: 11 May 2016 07:02 PM PDT


Amiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal AdunAmiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal Adun
Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah hari ini mengesahkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah.
"Peletakan jawatan ini hanya melibatkan jawatan Yang Dipertua Pas kawasan sahaja dan saya masih kekal sebagai ahli Pas, ketua cawangan Pas Taman Sri Putra dan Adun Pas kawasan Anak Bukit, " kata beliau dalam satu kenyataan yang disahkan setiausaha Amanah Kedah melalui status facebooknya.
Menurut Amiruddin, beliau dengan penuh rasa berat hati, maklumkan bahawa satu surat peletakan jawatan telah dihantar kepada setiausaha Pas kawasan, saudara Rashidi Razak semalam (9/5/16).
"Rasional kenapa tindakan ini dambil telah saya jelaskan sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pas Kedah," katanya
Menurutnya, perjalanan sebagai Adun Pas Anak Bukit akan dpantau sepenuhnya oleh jawatankuasa pusat khidmat wakil rakyat Anak Bukit dan saya telah dan akan terus memberi kerjasama kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 70 tahun Umno kini ‘rosak’ kerana Najib

Posted: 11 May 2016 06:58 PM PDT

Parti Umno kini 'rosak' dek akibat tindakan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan ahli akar umbi sebagai barah yang membawa kepada kehancuran masyarakat Melayu hari ini.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata Umno yang suatu ketika dahulu dihormati dan disanjungi rakyat Malaysia kini dipandang hina kerana skandal terpalit Najib.
"Selepas 8 tahun parti keramat ini dipimpin oleh Najib, Umno berada di paras paling teruk paling buruk paling hina terpalit oleh masalah peribadi yang dilakukan Najib dengan mengheret sekali parti ini ke lembah penghinaan dan lembah pendustaan.
"Jikalau ditanya sanggupkah lagi rakyat memberikan rantai emas, wang ringgit untuk parti keramat ini, jawapannya pasti tidak," kata Rushdan kepada The Malaysian Mirror.
GKCM menjadi kumpulan pendesak paling lantang mengkritik Najib dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Rushdan yang juga seorang ketua cawangan Umno berkata, lebih parah lagi apabila ahli-ahli Umno sendiri sudah menjauhi parti itu dan ini terbukti dalam mesyuarat peringkat cawangan yang seringkali tidak mencukupi korum.
"Bukan senang untuk membina parti keramat ini Presiden bersilih ganti, parti tetap utuh tapi kini nak buat mesyuarat Cawangan pun tak cukup korum.
"Sehingga ahli disajikan dengan Cabutan Bertuah untuk dapatkan korum yang dikehendaki," katanya.
Sementara itu, seorang ahli Umno,Moohamad Faizal Abdul Raub menyifatkan parti kaum Melayu itu sudah menyimpang daripada perjuangan asal dan sudah menjadi parti milik seorang individu iaitu Najib.
"Asas penubuhan Umno dan tunjang perjuangan semakin dilupakan, yang ada dalam Umno sekarang adalah perjuangan untuk pertahankan individu.
"Individu yang gunakan parti untuk kepentingan diri dan perisai melindungi kemungkaran yang dibuat. Ini sungguh memalukan," kata Faizal yang juga ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Lantang kritik pentadbiran Najib, Sultan Johor diintip polis cawangan khas

Posted: 11 May 2016 06:55 PM PDT

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sering mengeluarkan kenyataan pedas terhadap kerajaan pemerintah dipimpin Datuk Seri Najib Razak mendakwa pergerakan mereka juga diintip polis cawangan khas (SB).
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Tunku Ismail (TMJ) dimana beliau sendiri tidak mengetahui tujuan intipan tersebut ke atas mereka kerana tidak ada kesalahan yang mereka lakukan.
Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh 'Special Branch'.
"Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," dakwanya melalui status di Facebook semalam.
Baginda mempersoalkan langkah sedemikian kerana mereka bukan individu yang berbahaya yang membunuh orang.
"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," katanya.
Unit cawangan khas merupakan sayap perisikan PDRM yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara.
Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara.

SB pantau Sultan -TMJ: Tindakan melanggar privasi, keji dan memalukan

Posted: 11 May 2016 06:48 PM PDT

Pantauan polis cawangan khas (SB) sewajarnya hanya dilakukan kepada mereka yang dipercayai merbahaya, mengancam keselamatan dan keharmonian negara bukannya kepada rakyat jelata atau kerabat diRaja, tegas Jurucakap Callengers Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Bagi saya perkara ini sangat keji dan memalukan. Pantauan dari SB sepatutnya hanya dibuat kepada mereka yang merbahaya dan dianggap sebagai ancaman.
"Adakah Tengku Mahkota dan Sultan Johor satu ancaman kepada keselamatan dan keharmonian negara?
"Apa yang bersangkutan siapa yang memberikan arahan agar perbuatan keji ini dilakukan? soalnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam facebook  Johor Southern Tigers semalam yang mendakwa beliau kini dipantau oleh polis cawangan khas atas sebab yang beliau sendiri tidak ketahui.
Syed Saddiq  berpandangan TMJ dan ayahanda baginda Sultan merupakan antara pemimpin yang paling berkaliber dan berjiwa rakyat .Syed Saddiq berpandangan TMJ dan ayahanda baginda Sultan merupakan antara pemimpin yang paling berkaliber dan berjiwa rakyat .Tunku Ismail dipetik berkata selain dipantau, pihak SB juga mahukan dokumen mengenai dirinya dan ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh 'Special Branch'. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," dakwanya.
Tengku Ismail menafikan dirinya sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.
"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," kata TMJ  seperti dipetik.
Menurut Syed Saddiq lagi, sebagai anak kelahiran Johor,beliau tidak dapat menggelak perasaan marah apabila kerabat diraja yang telah banyak membantu dalam membangunkan negeri Johor diperlakukan sedemikian.
"TMJ dan ayahanda baginda Sultan merupakan antara pemimpin yang paling berkaliber dan berjiwa rakyat.
"Mereka membela nasib rakyat dan sentiasa memperjuangkan suara rakyat menentang ketidakadilan yang sedang berlaku. Namun sebagai balasan, mereka dipantau seperti penjenayah.
Read More / Baca Lagi >>

PRK: Pakatan Harapan belum putuskan calon bertanding

Posted: 11 May 2016 07:06 AM PDT

Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan tindakan untuk meletakkan calon khususnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia hanya akan dibincangkan semula selepas parti komponen PH bermesyuarat di peringkat masing-masing.
Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)"Kita belum putuskan dengan muktamad. Kita mesti tahu dalam persada politik Malaysia padang tidak sama rata untuk kerajaan dan pembangkang.
"Dalam konteks ini kita mengambil kira ini adalah PRK bukan Pilihan Raya Umum (PRU).
"Segala kekuatan kerajaan itu akan tertumpu di situ. Kita bukan sahaja menghadapi PRK tetapi dengan seluruh jentera kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendirian mereka meletakkan calon di dua kerusi Parlimen.
Parlimen Sungai Besar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Sarawak pada 6 Mei lalu.

PH adakan mesyuarat khas PRN Sarawak, mantap organisasi menuju PRU 14

Posted: 11 May 2016 07:05 AM PDT

Majlis Presiden Pakatan Harapan menetapkan satu penilaian tulus ikhlas dilakukan dan akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat untuk mengenalpasti kesalahan dan mengatasi kekurangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu.
Perkara tersebut dinyatakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media petang ini bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan yang lain di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
Selain itu katanya, mereka juga akan mengambil langkah yang perlu untuk memperbetulkan dan memperbaiki organisasi serta strategi khusus berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Wawi baruMenurut Wan Azizah, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan (KEADILAN, DAP, Amanah) telah memulakan post-mortem pada peringkat parti masing-masing.
"Perjuangan menegakkan kebebasan, kebenaran dan keadilan serta melaksanakan perubahan bukanlah mudah. Di sebalik segala cabaran yang dihadapi, kami tidak akan berputus asa.
"Sebaliknya, kami bertekad untuk berkumpul (re-group) dan memfokus semula (re-focus) serta meningkatkan iltizam untuk meneruskan perjuangan ini demi rakyat Malaysia," katanya.
Pakatan Harapan melalui Majlis Presidennya yang bermesyuarat sebelum itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang mengundi calon-calon Pakatan Harapan dalam PRN 7 Mei lepas.
"Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli parti, penyokong dan sukarelawan yang bekerja keras dan bertungkus lumus membantu calon-calon kami," kata Wan Azizah.
Read More / Baca Lagi >>

Kemenangan BN kerana Adenan bukan Najib - Dr Jeniri Amir

Posted: 11 May 2016 06:57 AM PDT

SHAH ALAM – Kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu lalu merupakan referendum untuk Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kemenangan itu juga  berdasarkan penilaian rakyat terhadap kepimpinan Adenan.
Jeniri berkata, PRN dan PRU merupakan dua perkara berbeza kerana watak, isu dan penilainya juga berbeza.
Adenan Satem Menurutnya, kemenangan BN di Sarawak disebabkan populariti Adenan yang mengatasi semua kaum selain sokongan kuat setiap masyarakat.
"Ia juga disebabkan 53 langkah transformasi yang diperkenalkan Adenan dan ia disenangi rakyat. Bahkan 'Demam Adenan Satem' juga telah 'membunuh' (secara politiknya) beberapa kerusi 'milik' DAP sebelum ini.
"Strategi politik dan aura Adenan merupakan aspek yang amat ampuh sehinggakan isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), GST dan derma RM2.6 bilion tidak berupaya mempengaruhi pengundi termasuk di kawasan bandar," katanya.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kemenangan BN pada PRN Sarawak Sabtu lalu, hanya bersifat sementara dan kejayaan itu adalah kemenangan kerajaan negeri bukan Kerajaan Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Semangat ‘Jawa’ jadi senjata kempen PRK Sungai Besar

Posted: 11 May 2016 06:54 AM PDT

Budaya Jawa dilihat masih relevan untuk dijadikan senjata dalam PRK nanti.
Awang-Azman-Awang_600
KUALA LUMPUR: Budaya politik Jawa masih relevan dan boleh digunakan sebagai senjata kempen di PRK Sungai Besar untuk menarik perhatian pengundi, kata Pensyarah Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Katanya, budaya Jawa sememangnya tidak dapat dielakkan di kalangan pengundi di Sungai Besar yang terkenal dengan sikap patuh kepada pemimpin, bersatu, tidak sabotaj dan kerja kuat.
"Budaya politik Jawa dilihat masih relevan untuk digunakan dalam PRK Sungai Besar. BN boleh menggunakan budaya politik Jawa iaitu bersatu padu bagi mencapai kemenangan.
"Tetapi kekuatan itu juga boleh digunakan pembangkang kerana PAS misalnya, juga ada semangat Jawa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Seminar Sastera dan Forum Politik Sarawak 2016 di Dewan Semarak, Akademik Pengajian Melayu, UM, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas faktor yang membolehkan parti politik menang di dua PRK yang akan datang dan sama ada BN mampu atau tidak mengekalkan kemenangan mereka seperti di PRN Sarawak.
Dr Awang berkata kekuatan BN sebenarnya terletak pada kemenangan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Raja-Raja dan Ku Li sebagai kunci penyelesaian skandal 1MDB

Posted: 11 May 2016 06:52 AM PDT

Melihat perkembangan politik dan ekonomi tanah air yang terus-menerus ditekan oleh skandal 1MDB, rakyat jelata semakin tertanya-tanya, apakah jalan keluar yang terbaik untuk memulihkan keyakinan dan integriti institusi-institusi awam?
Skandal 1MDB bukan saja melibatkan timbunan hutang yang kini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan selepas rakan penjamin 1MDB dari Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) menarik diri daripada membantu 1MDB selesaikan hutang-hutang tertunggak, malah rakyat juga semakin tertanya-tanya di mana tindakan susulan daripada pihak berwajib yang sepatutnya menjaga maslahah awam?
Apakah masih ada institusi yang masih tinggal dan tidak dinodai oleh mantra "Wang itu Raja"?
Tangan-tangan ghaib mungkin berupaya mendiamkan sebilangan besar ahli parlimen yang telah terbukti gagal menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat kerana tanpa segan silu mempertahankan 1MDB secara langsung dan tidak langsung, walaupun pendedahan demi pendedahan daripada siasatan media dalam dan luar negara terbukti benar setelah laporan khusus berkenaan siasatan 1MDB telah disahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Jikalau kita berasa kedua-dua institusi penting parlimen sudah tidak lagi mewakili rakyat dan memainkan peranan yang sepatutnya dalam menyelesaikan kemelut politik, ekonomi tanah air, apakah masih ada jalan lain yang dapat membawa aspirasi akar umbi dalam menegakkan keadilan?
Ada: Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja sebagai Punca Kuasa kerajaan Persekutuan
Dalam zaman yang menjunjung tinggi demokrasi liberal acuan Barat – meminjam istilah Francis Fukuyama sebagai hakikat "penamat sejarah" (end of history) – institusi Demokrasi Berparlimen seperti yang diajar dalam buku-buku teks sejarah dan perundangan banyak menerangkan bahawa demokrsi berparlimen di Malaysia hanyalah bersifat dwidewan (bicameral).
Hal ini salah dan tidak tepat kerana fakta ini mengabaikan satu lagi institusi terpenting yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen iaitu Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong (YDPA) bukan sekadar sosok perseorangan yang berdiri tanpa apa-apa asas keabsahan (legitimacy). YDPA adalah wakil Majlis Raja-Raja (Darbar) dalam sistem demokrasi berparlimen negara Malaysia yang terdiri daripada gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna sistem demokrasi berparlimen Malaysia bersifat tridewan (tricameral) yang mana institusi YDPA (bukan sekadar seorang Sultan menjadi Yang di-Pertuan Agong) adalah dewan tertinggi, dan merupakan punca kuasa kepada keabsahan keanggotaan ahli dalam kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Rakyat memilih wakil rakyat yang akan disahkan pelantikan mereka setelah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong selaku ketua tertinggi negara.
Asal-usul pembentukan institusi YDPA sendiri merupakan saduran daripada sistem Yamtuan Besar di Negeri Sembilan di mana Yamtuan Besar dilantik oleh empat Undang yang masing-masing punya wilayah kekuasaan di Negeri Sembilan. Malah dalam dokumen-dokumen rasmi British berhubung rundingan kemederdekaan, istilah Yang di-Pertuan Besar diguna pakai bagi merujuk kepada institusi YDPA yang ada kini.
Sama seperti YDPA yang merupakan lantikan daripada persetujuan bersama ahli Majlis Raja-Raja iaitu para Sultan dan Raja Melayu. YDPA tidak punya wilayah kekuasaan seperti seorang Sultan di negerinya tetapi memiliki kuasa yang diperturunkan oleh Sembilan Raja-Raja Melayu dalam hal-hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kuasa sebagai Ketua Agama, kuasa sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, dan kuasa melantik (dan memecat) ahli kabinet khususnya ahli kabinet yang telah khianat kepada negara.
Antara kesemua institusi yang wujud dalam sistem politik negara, Majlis Raja- Raja adalah institusi yang paling lama bertapak dan asas kenegaraan Malaysia. Ianya wujud jauh lebih lama daripada Persekutuan Tanah Melayu iaitu seawal tahun 1897 ketika British mula perkenalkan gagasan politik Persekutuan di Tanah Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas bertembung di S'wak, Pakatan mahu rapatkan semula saf

Posted: 11 May 2016 06:49 AM PDT


Pakatan Harapan akan satukan semula saf, kata ketua pembangkangPakatan Harapan akan satukan semula saf, kata ketua pembangkang
Selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu ekoran pertembungan sesama sendiri khususnya antara PKR dan DAP, Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini menzahirkan komitmen mahu memperkukuh semula muafakat ketiga-tiga parti.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, mereka berkata telah mendengar segala pandangan, keluhan dan kritikan daripada semua pihak berhubung prestasi mereka dalam PRN Sarawak yang lalu dan telah menetapkan bahawa satu penilaian yang tulus ikhlas dilakukan.
"Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan telah memulakan postmortem pada peringkat parti masing-masing.
"Kami bertekad untuk berkumpul semula (re-group) dan memfokus semula (re-focus) serta meningkatkan iltizam untuk meneruskan perjuangan ini demi rakyat Malaysia," kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membacakan kenyataan bersama itu.
Turut hadir pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden itu termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir serta dari DAP Teresa Kok.
Majlis Presiden juga katanya akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh masa terdekat untuk mengenal pasti kesalahan, mengatasi segala kekurangan tersebut.
"Kami juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan dan memperbaiki organisasi dan strategi khususnya untuk berhadapan dengan gelanggang yang lebih besar, iaitu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)," katanya.

Lim mahu Najib bentang kertas putih 1MDB

Posted: 11 May 2016 06:44 AM PDT


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan kertas putih mengenai 1MDB dalam sesi parlimen minggu depan.
Kertas putih itu perlu dibentangkan bagi menyatakan pendirian kerajaan mengenai skandal melibatkan 1MDB dengan mengambil kira laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dikeluarkan bulan lepas, kata Lim.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib juga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk perbahasan kertas putih kerajaan mengenai 1MDB.
Najib semalam berkata kegagalan 1MDB menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat "diserang" adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.
Lim ingin tahu sama ada ini adalah sebab sebenar mengapa 1MDB menjadi skandal kewangan global pertama di negara ini.
Beliau menambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui bahawa model 1MDB dengan modal rendah dan pinjaman besar adalah tidak mapan dari awal lagi.
"Apa dosa sebenar daripada skandal global 1MDB- Kegagalan IPO, model tidak mapan akibat modal rendah dan pinjaman besar atau sesuatu yang lebih asas, penipuan global sejak awal yang mencetuskan siasatan beberapa negara terhadap penyelewengan antarabangsa dan pengubahan wang haram AS$11 bilion bermula dari Singapura ke Amerika Syarikat?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Pelawaan PKR sertai kuasa ketiga bukan cadangan perdamaian PAS' - Wan Azizah

Posted: 11 May 2016 06:43 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata pelawaan PAS kepada PKR untuk menyertai 'kuasa ketiga' bukan cadangan perdamaian.
 Sebaliknya, Wan Azizah yang juga adalah presiden PKR berkata PAS bertindak balas berhubung saranan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya parti Islam itu kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14..
"Saya fikir ia adalah reaksi kepada pelawaan bukan pelawaan kami (PKR) kami, (ia) jemputan MB Selangor (Azmin).
"Saya tidak fikir itu cadangan perdamaian," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Antara pemimpin yang hadir pada sidang media itu adalah Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong
Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah supaya PKR bekerjasama dengan parti itu dan sekutu barunya, Parti Ikatan.
Read More / Baca Lagi >>

Bayaran mungkir kerana pertikaian dengan IPIC

Posted: 11 May 2016 06:42 AM PDT


1MDB hari ini berkata ia memiliki dana yang lebih daripada mencukupi untuk membuat bayaran faedah AS$52.4 juta kepada pemegang nota bon AS$1.75 bilion yang diterbitkan anak syarikatnya, 1MDB Energy (Langat) Ltd..
Bagaimanapun menurut, firma pelaburan negara itu, ia kemungkiran pembayaran hari ini berikutan pertikaiannya ketika ini dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi .
1MDB juga menyatakan bahawa ia difahamkan bahawa pihak IPIC sudah membuat bayaran berkenaan.
 "Walaupun 1MDB memiliki dana yang lebih daripada mencukupi untuk membuat bayaran faedah itu, ia setakat ini belum melakukannya untuk Nota Tenaga itu dan bagi bayaran faedah awal untuk nota AS$1.75 bilion berkadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat)," katanya.
"Semua hak 1MDB adalah terpelihara berikutan pertikaian itu," kata firma pelaburan negara itu dalam satu kenyataan media.
Syarikat pelaburan strategik itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk bekerjasama secara terbuka dengan IPIC bagi menamatkan pertikaian mereka.
Read More / Baca Lagi >>

IPIC bayar faedah selepas 1MDB ingkar lagi

Posted: 11 May 2016 06:41 AM PDT


Syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi hari ini berkata bahawa mereka telah membayar faedah sebanyak AS$52.4 juta bagi bon yang matang yang dijaminnya selepas firma pelaburan negara, 1MDB ingkar lagi hari ini.
IPIC berkata ini kali ketiga kemungkiran oleh 1MDB. Menurut syarikat Abu Dhabi itu, mereka ini akan memperhebatkan tuntutan bayaran itu kepada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai bayaran pampasan.
Katanya, 1MDB kini berhutang AS$1.2 bilion dengan tambahan faedah terkumpul.
1MDB mempertikaikan tanggungjawabnya kepada IPIC mengikut perjanjian penyusunan semula hutang yang melibatkan syarikat itu Jun lalu.

Bila manusia dah jadi bodoh, daun kering gak disalahkannya.

Posted: 11 May 2016 06:37 AM PDT


Benarlah.. Akhir Zaman Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh & Zalim

Bohong & mungkir janji wajib ada pada pemimpin UMNO..

Posted: 11 May 2016 06:11 AM PDT

Inilah sifat2 munafik yg ada pada pemimpin negara kita. Bohong & mungkir janji wajib ada pada pemimpin UMNO..

Kata boleh settle hutang #1MDB dlm tempoh 5 bulan. Ni dah 9 bulan hutang makin bertambah apa citer..

Kekhinziran Umno apakah ini hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4b. TIBA-TIBA masuk tahun baru 2016 terus jadi RM50b ??!!

Antara Arul Kanda & Najib 'Panda', siapa paling kuat menipu dgn putar belitnya ??

Posted: 11 May 2016 06:09 AM PDT

KENAPA asal aja berkaitan 1MDB pasti penuh dgn penipuan & putar belit ??

SIAPAKAH NAJIB SEBENARNYA ??

Posted: 11 May 2016 06:08 AM PDT

Allah S.W.T. Berfirman..

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam".
(QS. Ali Imran : 102)

Jika anda berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan berpandukan ajaran Islam sebenar, apakah yg anda terfikir dari kata2 seorang PEMIMPIN PERANG ORANG ISLAM Najib Razak ini..

"..kita lahir dalam UMNO,
..kita besar dalam UMNO,
..kita dewasa dalam UMNO,
DAN KITA MATI dalam UMNO !! 
- Najib Razak, 10/5/2016.

NAMPAK TAK bahana, bala & kecelakaan #1MDB itu kepada negara & rakyat !!!

Posted: 11 May 2016 06:01 AM PDT

NAMPAK TAK siri pembohongan Najib berterusan hingga ke saat ini sehinggakan Gabenor Bank Negara kata KERAjaan akan jelaskan semua hutang berhubungan dengan 1MDB..

'DUIT KERAJAAN' itu dtg dari mana ??
..DARI POKET Najib ka ?
..DARI POKET Menteri2 Umno ka?
..DARI POKET Kroni2 Umno ka?
..DARI POKET pencacai2 DEDAKERS Umno ka?

ATAU kantong2 rakyat ATAU cukai GST yg telah dikutip LEBIH RM30 BILION ITU ???

Comments (0)