Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kegagalan terbit IPO punca masalah 1MDB sembang Najib

Posted: 10 May 2016 04:57 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, kegagalan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat "diserang" adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.
"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.
 "Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.
"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 Umno yang disiarkan di saluran TV1 RTM malam tadi.
Mengulas lanjut, Najib berkata laporan mengenai 1MDB turut dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membuktikan sebarang kepincangan atau salah laku beliau dalam syarikat pelaburan strategik berkenaan.
"PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).
"Saya anggap soal 1MDB ini sebagai satu masalah perniagaan yang modelnya mungkin tak berapa sesuai, terlalu tinggi 'gearing' (tahap kadar hutang)," katanya.
Menurut perdana menteri, perkara itu sebaliknya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya.

Fitch: Keingkaran 1MDB boleh akibatkan ketidakstabilan politik

Posted: 10 May 2016 04:55 PM PDT


Keingkaran bayaran kepada pemegang bon oleh 1MDB bulan lalu boleh membawa kepada fokus yang lemah berhubung dasar dan ketidakstabilan politik di Malaysia, kata Agensi Penarafan Fitch.
"Walau bagaimanapun, risiko itu menjadi kenyataan belum lagi kelihatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
 Fitch berkata ini adalah satu-satunya ke atas ke Malaysia berikutan kemungkiran 1MDB kerana bon berkenaan tdak dijamin oleh kerajaan.
Risikonya adalah rendah walaupun pada hakikatnya kemungkiran bon berkenaan pada 2022 boleh mencetuskan keingkaran silang ke atas 1MDB yang sukuk AS$5 juta terbitannya yang dijamin oleh kerajaan akan matang pada 2039, kata Fitch.
"Menurut jaminan itu, bayaran hanya diperlukan sekiranya pemegang bon mengundi untuk mempercepatkannya mengikut klausa keingkaran silang.
"Kami percaya bahawa tidak terdapat kemungkinan majoriti di kalangan pemegang bon akan menuntut bayaran mereka dipercepatkan," katanya.
Fitch berkata 1MDB hanya akan mengheret penarafan negara menjadi lebih rendah sekiranya ia menghalang usaha Malaysia untuk mengurangkan defisit dan hutang negara serta menakutkan pelabur.
"Masalah 1MDB tidak mempunyai kesan langsung terhadap dasar, kerana kerajaan telah mengekalkan konsolidasi fiskal dan pembaharuan bajet.
"Bagaimanapun, jika keupayaan untuk melaksanakan dasar ekonomi terjejas, ini boleh memberi kesan kepada penarafan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MALU-MALU: JANGANLAH BEGITU, JAMAL!!

Posted: 10 May 2016 04:54 PM PDT


Kalau mahu katakanlah mahu, Jamal!!

Tidak usahlah berlapik-lapik di sebalik mengatakan tidak berminat dan tidak menyenaraikan dirinya sendiri antara tujuh calon untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar, tetapi menyerahkan pula kepada pucuk pimpinan sekiranya namanya dipilih juga

Ahhhh, itu dah macam mahu tapi malu....

Kalau sebagai Ketua UMNO Bahagian beliau tidak mencalonkan dirinya sendiri sebagai antara calon dalam pilihanraya, apa yang benar-benar dimahukannya sebagai seorang pemimpin?

Bukanlah semua Ketua UMNO Bahagian mengimpikan mahu bertanding dalam pilihanraya dan bergelar Yang Berhormat?

Alasan Jamal bahawa beliau hanya seorang ahli perniagaan yang ingin membantu parti dan menyokong sesiapa saja yang bertanding ternampak tidak masuk akal sama sekali kerana hampir semua wakil rakyat bukan saja terlibat dalam perniagaan, bahkan lebih laju perniagaan mereka setelah bergelar Ahli Parlimen.

Oleh itu, janganlah berlapik-lapik lagi antara mahu dan tidak mahu untuk dipilih sebagai calon.

Lagi pun sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian dan ada pula berlaku kekosongan, jika tak dipilih juga untuk bertanding, bermakna Najib dan pucuk pimpinan UMNO memang tidak mengiktiraf langsung kehadirannya sebagai pemimpin.

KENAPA NAZRI BEGITU PANTAS MAHU MENAMAKAN CALON PILIHANNYA DI KUALA KANGSAR?

Posted: 10 May 2016 04:52 PM PDT

Agak sedikit pelik apabila Nazri Aziz secara tiba-tiba memberi cadangan agar UMNO dan BN memilih bekas Adun Manong selama empat penggal, Ramly Zahari sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya, Wan Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Ramly menjadi pilihannya kerana bekas Exco Perak itu seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah merajuk, masih muda iaitu berusia 57 tahun dan tetap mendampingi masyarakat melalui Yayasan Anak Kuala Kangsar yang diasaskannya meskipun setelah tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Jika dia dipilih, mudahlah kerja kita, kata Nazri lagi.

Persoalannya, mengapa Nazri begitu pantas memberi cadangan terbuka seolah-olah mahu campurtangan dengan meletakkan rakan baiknya itu sebagai calon pilihanraya?

Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana pemimpin cuba mencadangkan nama calon pilihanraya di bahagian yang bukan diterajuinya?

Tidak bolehkah beliau menyerahkan kepada UMNO Bahagian Kuala Kangsar menyenaraikan nama calon tersebut yang kemudian akan dibawa ke peringkat UMNO negeri dan pusat untuk diputuskan secara muktamad?

Jika mahu juga mencadangkan nama pilihannya, kenapa tidak melakukannya dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Zambry Abdul Kadir di mana Nazri selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas adalah salah seorang ahli jawatankuasanya?

Sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pula, mengapa beliau tidak menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melontarkan cadangannya kepada Najib jika pilihannya tidak diterima di peringkat negeri?

Mengapa sebagai pemimpin yang ada banyak ruang untuk bersuara dalam mesyuarat tertutup, tetapi masih memilih untuk bercakap secara terbuka dan melalui media?
Read More / Baca Lagi >>

SPR bincang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 13 Mei

Posted: 10 May 2016 04:51 PM PDT

SPRSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 13 Mei ini bagi membincangkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada jam 6 petang semalam.
"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Kekosongan itu berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.
Menurutnya mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selaku Pengerusi SPR.

Isu pertindihan kerusi: Tiga senario menuju PRU14

Posted: 10 May 2016 04:50 PM PDT


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) 2016 telah menyaksikan sebanyak 26 pertandingan tiga penjuru, 12 pertandingan empat penjuru dan lima pertandingan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Jumlah kerusi melibatkan pertandingan tiga penjuru dan ke atas adalah sebanyak 43, bersamaan dengan 52.44 peratus daripada jumlah kerusi DUN Sarawak sebanyak 82.
Pertandingan tiga penjuru dan ke atas semasa PRN Sarawak adalah sesuatu yang lumrah buat orang Sarawak.
Kerana itu, biarpun pertandingan tiga penjuru dan ke atas melibatkan calon BN Sarawak, calon Bebas, calon PKR dan calon DAP di enam kawasan DUN Sarawak, hangat dipertikaikan oleh orang Semenanjung, namun impak kontroversi tersebut tidak begitu besar buat orang Sarawak.
Bagaimanapun, pertindihan kerusi melibatkan PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mungkin berlaku pada dua pilihan raya kecil di Semenanjung atau pertindihan yang mungkin juga melibatkan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), akan menjadi satu isu, khususnya di kalangan pengundi Semenanjung yang mahukan pertandingan satu lawan satu, menjadi realiti.
Bayangkan apa yang akan berlaku apabila tiba PRU14 nanti, wujud pertandingan tiga penjuru, sama ada melibatkan PAS dan AMANAH atau PKR dan DAP? Pasti peratusan mengundi akan jatuh merudum sehingga mempengaruhi keputusan semasa hari pengundian.
Apakah penyelesaian kepada masalah pertindihan kerusi antara parti-parti pembangkang? Terdapat tiga senario:
Senario pertama: Parti-parti pembangkang teruskan dengan cara rundingan sedia ada yang menyaksikan peristiwa seperti pengumuman unilateral mengejutkan parti oposisi yang lain.
Dalam konteks ini, prinsip satu lawan satu mungkin dihormati untuk sebahagian besar kerusi tetapi sebilangan kerusi tertentu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.
Meneliti perkembangan politik semasa pasca PRU13 sehinggalah PRN Sarawak 2016, maka kebarangkalian senario pertama berlaku semasa PRU14 adalah yang tertinggi.
Senario kedua: Sistem pilihan raya sedia ada, yakni sistem pengundian 'First-Past-The-Post (FPTP)' hanya memenangkan satu-satunya calon yang memperolehi undian tertinggi, biarpun dengan kelebihan satu undi berbanding dua calon yang lain dalam pertandingan tiga penjuru.
Kecacatan sistem FPTP ini mendorong parti-parti pembangkang untuk bersatu berdepan dengan BN secara satu lawan satu bagi meningkatkan peluang kemenangan.
Dalam konteks ini, peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu signifikan, malah menyerlah selepas pemenjaraan beliau dan seterusnya Pakatan Rakyat berkecai.
Apa yang berlaku kemudian dan sehingga hari ini membangkitkan dua persoalan penting, iaitu sama ada kita ubah sistem FPTP atau kita keluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara?
Read More / Baca Lagi >>

Amanah perlu kekalkan 13 Dun, nasihat penganalisis

Posted: 10 May 2016 04:49 PM PDT


Hisomudin Bakar Hisomudin Bakar Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.
Menurutnya, meskipun Amanah hilang deposit di sembilan kerusi Dun, itu bukan rekod yang menghairankan kerana parti senior lain turut mengalami nasib sama iaitu PKR (10), DAP (7) dan Pas hilang wang pertaruhan di lima daripada 11 kerusi Dun ditandingi.
"Paling penting, Amanah sebagai parti baharu jangan tinggalkan jejak di 13 Dun itu. Jentera Amanah Sarawak perlu buat daya lonjakan sepanjang lima tahun ini menuju PRN akan datang. Perkukuh bilik gerakan, tambahkan keahlian.
"Itulah sebenarnya modus operandi yang membawa kepada kejayaan beberapa calon bebas di sana sehingga undi diterima mereka mengatasi calon parti.
"Apa lagi Amanah sebagai parti yang belum berusia setahun penubuhannya tetapi berani menyahut cabaran ke gelanggang pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Nurzaiti HamdanNurzaiti HamdanDitanya keupayaan calon Amanah di Dun Balingian yang mampu mengurangkan majoriti undi calon BN, beliau berkata, faktor anak muda turut mempengaruhi pilihan pengundi.
"Selain Balingian yang menampilkan calon tempatan berusia 37 tahun, kita dapat lihat calon Amanah di Gedong dan Semop juga anak muda masing-masing berumur 30 dan 35 tahun. Walaupun kedua-dua calon itu kalah tetapi tidak hilang wang deposit dan itu satu permulaan yang baik," ujarnya.
Untuk rekod, calon Amanah, Nurzaiti Hamdan di N.58 Balingian meraih 1,244 undi manakala calon BN, Abdul Yaakub Arbi mendapat 4,208 undi dengan majoriti 2,964 undi.
Sementara itu, satu-satunya calon Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sejarah pilihan raya negara ini, Rapelson Richard Hamit di N.26 Gedong mendapat 699 undi dan Fadillah Sabali di N.42 Semop memperoleh 878 undi.
Mengulas lanjut penyertaan Amanah pada PRN kali ke-11 yang berakhir pada 7 Mei lalu, Hisomudin berkata, semakin ramai masyarakat tempatan mulai mengenali parti baharu Islam itu dan mereka menyambut baik kewujudan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Sewa tapak bazar Ramadan di Kubang Pasu RM13,250?

Posted: 10 May 2016 04:47 PM PDT


Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.Musim untuk golongan peniaga kecil di Kubang Pasu, Kedah menambah pendapatan sempena bulan Ramadan tahun ini mungkin hanya tinggal mimpi.
Hal ini kerana Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.
Beliau berpendapat kaedah menindas itu hanya memberi peluang kepada golongan kaya sekaligus menafikan hak peniaga kecil ekoran modal yang terhad.
"Biar orang yang beringgit sahaja yang berniaga. Bila kita komplen, mereka akan jawab, kita harus telus dan memberi peluang sama banyak, yakni sesiapa yang betul-betul nak berniaga akan berani lawan harga.
"Walhal sebenarnya mereka menutup peluang peniaga kecil sebaliknya hanya peniaga-peniaga bergelar jutawan senyap sahaja yang boleh dan berani lawan harga sebegitu tinggi," ujarnya.
Dalam catatannya itu, beliau juga memuat naik gambar berupa slip yang memaparkan slip pembida yang berjaya dengan kadar RM13,250 sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu, turut dikongsi di laman sosial itu senarai caj bidaan tapak 20' x 20' di hadapan Pasaraya Yawata dengan bayaran tapak paling minimum adalah RM4,240 manakala maksimum pada harga RM18,020 dengan kesemua tangga harga itu termasuk kadar enam peratus cukai GST.
Read More / Baca Lagi >>

Mesej khas buat Adenan Satem dari 'Orang Kecil'

Posted: 10 May 2016 04:46 PM PDT


Kroni Umno didahulukan, pelajar diketepikan, kata Syed Saddiq

Posted: 10 May 2016 04:42 PM PDT


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanPeminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat pembelaan sewajarnya terutama membabitkan pelajar yang gagal melangsaikan hutang, kata Jurucakap Kumpulan Challenger Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian, mengulas  dakwaan terkini oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengenepikan notis bankrap seorang  Ketua Umno Bahagian Kepong  yang dikatakan  "Berani Mati" untuk mempertahankan perdana menteri adalah tidak wajar sama sekali.
"Dikalangan pelajar yang buat pinjaman dan gagal membayar balik pinjaman, mereka boleh disenaraihitamkan dan boleh dibankrapkan, serta diugut dan lain-lain lagi.
"Budaya kita sudah berubah apabila pelajar-pelajar tertekan dengan pelbagai masalah pembiayaan pendidikan, pemimpin di atas pula sibuk menyelamatkan diri sendiri daripada tenggelam dalam pinjaman yang mereka sendiri buat.
"Sementara pelajar-pelajar yang meminjam dari PTPTN terhimpit dengan bunga yang tinggi serta elaun sara hidup yang tidak mencukupi.
"Pelajar pula terkapai-kapai mencari sumber untuk meneruskan pengajian apabila penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada lebih kurang 700 pelajar ditamatkan dan peruntukan biasiswa serta dermasiswa dikurangkan, pemimpin di atas giat meletakkan kepentingan kroni melebihi kesengsaraan rakyat," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Saddiq lagi walaupun kemestian hutang PTPN perlu dilangsaikan secepat yang mungkin, tetapi berita seperti ini membuktikan kewujudan "Double standards" dalam penilaian kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri yang juga Presiden Umno itu.
"Adalah  tidak wajar jika kroni Umno boleh didahulukan sebaliknya pelajar pula diketepikan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

MANA SATU PEMBOHONG....

Posted: 10 May 2016 04:36 PM PDT

Bank Dunia atau PANGLIMA PERANG ORANG ISLAM, Najib Razak ??

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!

Posted: 10 May 2016 04:32 PM PDT

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SEMAKIN SUSUT dah tinggal USD97 (RM381.4 bilion) sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141.4b (RM436.8 bilion)..

"Agenda Memperkasakan EKONOMI UMNOputra"

Posted: 10 May 2016 04:30 PM PDT

Haris Onn bin Hussein (adik Hishammuddin & juga sepupu Najib)

SEMALAM dah SELASA KE-46 MASIH TAK SAMAN2, KENAPA !!!

Posted: 10 May 2016 04:28 PM PDT

Satu persatu media luar negara cuba bongkarkan skandal kewangan yg melibatkan Perdana Malaysia Najib Razak..

TIDAK ADA DALAM SEJARAH MALAYSIA begitu teruk nama & reputasi nama Malaysia di persada dunia angkara manusia yg bernama Mohd. Najib Bin Abdul Razak..

DAKWAAN WSJ terhadap Najib dah berlalu 46 MINGGU.. Kata nak saman WSJ hari Selasa..

Comments (0)