Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Azmin Ali: Selagi Najib Berada Diatas, Tak Mungkin Reformasi Boleh Berlaku

Posted: 01 May 2016 09:01 PM PDT

Lim Guan Eng Comment on beenfor entering sarawak banded since 5 May

Posted: 01 May 2016 08:56 PM PDT

Anthony Loke: Kalau Tak Ada Pembangkang Yang Kuat, Ketua Menteri Akan Rakus, Bukan Bagus

Posted: 01 May 2016 08:55 PM PDT

Azmin Ali: Sarawak Bukan Negeri Bapak Adenan

Posted: 01 May 2016 08:53 PM PDT

Deklarasi Rakyat tetap bawa kepada Majlis Raja-Raja

Posted: 01 May 2016 08:49 PM PDT

Datuk Kamarudin JaffarGerakan Selamatkan Malaysia berjaya mengumpul lebih 500,000 tandatangan melalui Deklarasi Rakyat mendesak pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ketua Sekretariatnya, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata perancangan secara tentatif sedang dipergiat supaya sasaran sejuta tandatangan berjaya dikumpulkan untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, 11 dan 12 Mei ini.
"Jumlah itu diserahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong pada tarikh ditetapkan nanti melalui penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
"Inisiatif ini adalah perancangan secara tentatif yang sedang kita bincangkan bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri," katanya kepada SelangorKini.
Sejak dilancarkan 4 Mac lalu, Gerakan Selamatkan Malaysia optimis campurtangan Majlis Raja-Raja merupakan pendekatan terpenting untuk memastikan matlamat pengunduran Najib dicapai.
"Salah satu tugas penting Majlis Raja-Raja sudah tentulah untuk menjaga keselamatan, kebajikan dan kemakmuran negara.
"Jadi tidak hairanlah apabila Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dalam sidang Majlis Raja-Raja sekitar Oktober lalu mendesak Kerajaan Persekutuan menyelesaikan kemelut 1MDB," katanya.
Deklarasi Rakyat sebelum ini dilancarkan sebagai cetusan rakyat untuk berkongsi pandangan bahawa negara ini hanya boleh terselamat jika Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

#PRNSarawak: ‘Saya akan tinggalkan Sarawak Khamis ini’

Posted: 01 May 2016 08:45 PM PDT

Lim Guan Eng berjanji tidak akan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di Sarawak, kerana tidak mahu tunduk kepada penyalahgunaan kuasa Adenan Satem.
 lim-guan-eng,sarawakKUCHING: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berjanji akan meninggalkan Sarawak menjelang Khamis ini, seperti yang ditetapkan Jabatan Imigresen Sarawak.
Tegasnya, beliau tidak akan meminta Ketua Menteri Sarawak memberi masa lebih panjang kepadanya untuk tinggal di negeri itu, kerana tidak mahu tunduk kepada penyalahgunaan kuasa Tan Sri Adenan Satem yang mengehadkan masanya di Sarawak.
"Jangan risau, saya akan pergi sebelum 5 Mei kerana saya hormat kuasa autonomi Sarawak," katanya ketika turun padang melawat pasar pagi Padawan, hari ini.
Pada 29 April lalu, Guan Eng memuat naik gambar pas lawatan (sosial) beliau ke Twitter, menunjukkan beliau hanya dibenarkan berada di Bumi Kenyalang sehingga 5 Mei ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Sri Mohamed Azmin Ali juga dilaporkan hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 2 Mei.
Guan Eng berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan kuasa Adenan yang menghalang atau mengehadkan masa mereka di Sarawak.
"Undang-undang membenarkan rakyat memasuki Sarawak untuk tujuan aktiviti politik. DAP mempunyai calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan aktiviti-aktiviti politik kami untuk membantu kempen mereka.
"Kami akan cabar penyalahgunaan kuasa Adenan di mahkamah dan kami akan pertimbangkannya selepas pilihan raya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: Nurul Izzah tetap dilarang masuk S’wak

Posted: 01 May 2016 08:42 PM PDT


Walaupun selepas menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar terus dilarang memasuki Sarawak.
Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan ahli parlimen Lembah Pantai itu dilarang memasuki negeri tersebut sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Miri pagi ini.
Dalam tweet beliau, Nurul menyatakan rasa terkejut kerana dihantar pulang walaupun selepas menghantar surat kepada ketua menteri Jumaat lalu.
"Salah guna kuasa sewenang-wenangnya yang berterusan oleh negeri," kata Nurul dalam tweetnya, dengan disertakan gambar notis sekatan kemasukannya.
Nurul pertama kali dilarang masuk ke Sarawak pada bulan Disember tahun lalu. Ini adalah susulan kepada undi oleh dewan undangan negeri Sabah yang mengharamkan Nurul menjejakkan kaki ke bumi di bawah bayu itu selepas beliau bergambar dengan Jacel Kiram.
Namun, Adenan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Nurul dan ibunya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk masuk jika mereka meminta secara baik.
Wan Azizah dibenarkan masuk ke Sarawak ketika tiba di lapangan terbang Sibu semalam, walaupun lawatan beliau itu dihadkan sehingga 5 Mei sahaja.
Lebih 40 pemimpin pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah diharamkan memasuki Sarawak, buat masa ini.
Kerajaan negeri melaksanakan autonomi imigesen sebagai sebahagian perjanjian Malaysia 1963.

Rinda, Pakan dan cabaran politik wang

Posted: 01 May 2016 08:35 PM PDT

Bawang Assan: Gempur kubu BN

Posted: 01 May 2016 08:35 PM PDT

Ngemah, terpencil namun penuh semangat

Posted: 01 May 2016 08:34 PM PDT

Isu setinggan: Kami mampu beri tanah kepada penduduk sembang Adenan

Posted: 01 May 2016 08:33 PM PDT

Tiada lagi konsesi balak di Sarawak sembang Adenan

Posted: 01 May 2016 08:33 PM PDT

PRN-11: 'Selepas 26 tahun bersama BN...'

Posted: 01 May 2016 08:31 PM PDT

#PRNSarawak: Info Grafik

Posted: 01 May 2016 08:27 PM PDT


















Muhyiddin tidak pasti nasibnya dalam UMNO

Posted: 01 May 2016 05:30 PM PDT

Jawatan hanyalah duniawi yang sementara, kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu
Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pasti nasibnya di dalam UMNO dikala ada pihak mahu mengemukakan usul memecat beliau daripada parti.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian menjawab kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang pasti keahlian Muhyiddin akan dipecat.
"Ya, seperti yang disebut oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, jika kita lantang bersuara kita akan dihukum," katanya merujuk kepada bekas pendebat terbaik Asia yang menyertai acara dialog bersama Muhyiddin semalam.
"Ini soal duniawi. Apa sahaja jawatan, ia hanya sementara sahaja. Melihat kepada isu yang berlaku hari ini saya tidak boleh berdiam diri, jadi anak muda juga perlu berani kerana mereka ini," katanya
Munyiddin berkata demikian, semasa berucap di majlis dialog bersama generasi muda bertajuk "Integriti dan masa depan kita" di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Sesi kali ini kelihatan lengang dengan kehadiran kira-kira 50 orang sahaja. Selain Muhyiddin dan pendebat terbaik Asia, panel lain dalam program ini termasuk Wan Ahmad Fahysal dan Jaziri Alkaf.
Ketika ditanya kehadiran yang kurang memberangsangkan ini, penganjur berpendapat kerana cuti panjang bersempena Hari Buruh yang kebetulan jatuh pada hujung minggu.
Sementara itu, Muhyiddin mengelak daripada mengulas sejauh mana penglibatannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak memandangkan beliau seorang Timbalan Presiden parti.
"Saya tak mahu bercakap langsung," katanya ringkas.
Kebanyakan pimpinan UMNO berada di Sarawak samada untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya 7 Mei ini atau menyampaikan khidmat selaku pimpinan Persekutuan.

Lebih 5 dekad perintah, BN gagal atasai masalah kemudahan asas

Posted: 01 May 2016 05:26 PM PDT

Lebih 5 dekad perintah, BN gagal atasai masalah kemudahan asas
Lebih 50 tahun BN menguasai Sarawak tetapi pelbagai masalah seperti hak milik tanah, perumahan mampu milik serta bekalan air bersih terus menghantui rakyat di negeri itu.
Pengarah Pusat Media Amanah, Dr Mohamad Jolhi berkata, kebanyakan calon bertanding dari Amanah mendapat aduan daripada pengundi yang tidak berpuas hati dengan masalah pemilikan geran.
"Selain isu hak milik tanah, masalah perumahan rakyat juga menjadi kebimbangan besar para pengundi. Contohnya di Muara Tuang, para pengundi mengadu kerajaan negeri kurang ambil peduli untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang sesuai.
"Di Dun Kabong, antara isu besar dan kritikal adalah berkaitan bekalan air bersih kepada penduduk. Insiden perbalahan juga didakwa sering berlaku berpunca daripada perebutan air bersih ini," ujar Dr Mohamad.
Untuk rekod, calon bertanding dari Amanah, Abang Abdul Halil Abang Naili di N16 Muara Tuang bakal berentap dengan parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pas.
Pada PRN 2011, BN menerusi PBB menang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut dengan majoriti 7,843 undi.
Sementara itu, kerusi baharu di N40 Kabong menyaksikan pertembungan calon Amanah, Jini bin Sahini dengan calon BN-PBB, Mohd Chee Kadir.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen PRN: BN tawar hadiah, Pas guna nama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 01 May 2016 05:25 PM PDT

Kempen PRN: BN tawar hadiah, Pas guna nama Tok Guru Nik Aziz
Najib Razak dan BN Sarawak masih tidak yakin untuk mengelak kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandinginya terlepas kepada parti pembangkang ketika kempen mereka sedang menguasai seluruh saluran TV dan akhbar perdana.
Bermodalkan dana yang melimpah, BN dilihat menggunakan apa cara sekalipun umpan untuk memancing 1,138,650 pengundi pada 7 Mei ini.
Di N.43 Daro dan N.44 Jemoreng – dua daripada 13 kerusi ditandingi Amanah – BN menawarkan hadiah lumayan untuk menarik kehadiran orang ramai ke program kempen yang dijadualkan akan dihadiri oleh Najib.
Berlangsung hari ini, hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta Proton dan dua unit motosikal itu dikatakan belum pernah ditawarkan dalam mana-mana lawatan Najib yang juga Pengerusi BN ke Sarawak sebelum ini.
Untuk rekod, kedua-dua kerusi Dun itu yang berada dalam Parlimen Igan masing-masing mempunyai seramai 8,491 dan 9,699 pengundi.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011, BN melalui parti tulang belakangnya di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang dengan majoriti undi yang dilihat cukup selesa.
Di Daro, calon PBB-BN, Murni Suhaili menang dengan majoriti 3,197 undi manakala Abu Seman Jahwie menang di kerusi Jemoreng dengan majoriti 2,926 undi.
Kenapa tidak gambar Hadi Awang?
Selain itu, Pas juga dilihat dalam situasi terdesak memandangkan PRN ke-11 kali ini menyaksikan pertembungan dengan Amanah yang lahir akibat kepincangan kepimpinan Pas di bawah Hadi Awang.
Pas berentap dengan Amanah di lima kerusi Dun iaitu di Beting Maro, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau.
Read More / Baca Lagi >>

‘Hati-hati propaganda BN, pemimpin datang 5 tahun sekali’ – AMANAH

Posted: 01 May 2016 05:24 PM PDT


'Hati-hati propaganda BN, pemimpin datang 5 tahun sekali' - AMANAH

Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus percaya dalam menghadapi PRN Sarawak yang sedang berlangsung sekarang ini, kerja-kerja semakin banyak dan tidak sepadan dengan kemampuan Amanah yang baharu berusia lapan bulan.
Oleh itu, beliau menyeru kepada jentera pilihan raya Amanah agar teruskan perancangan dan pengorbanan dengan meninggalkan satu ruangan yang besar dalam hati bahawa Tuhan akan menentukan segalanya.
"Tuhan akan memberi kejayaan kepada kita.
"Lapangkan dada, jangan bersedih, urus perbezaan pendapat dgn baik, jangan berkecil hati kerana ia akan menutup pertolongan Tuhan," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, AJK Amanah Nasional, Mazlan Aliman berkata, apapun yang dilalui rakan-rakan gabungan Pakatan Harapan, khususnya PKR dan DAP, ia tidak sesekali merencatkan fokus Amanah untuk memberi saingan sengit dan tidak memberi laluan mudah kepada BN.
"Jangan terpedaya dengan perang propaganda BN samada melalui media dan penggunaan IT. Ingat, BN adalah parti yang sangat korup dan menindas rakyat.
"Pemimpinnya sedang bersandiwara hanya 5 tahun sekali untuk mempertahankan kuasa pemerintahan melalui umpan dan janji manis mereka.
"Selepas pilihanraya, hakikatnya, rakyat terus di abaikan. Derita dan sengsara terus berpanjangan tanpa kesudahannya," tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Berani Ubah, Sarawak nantik apa gik?

Posted: 01 May 2016 05:18 PM PDT


13102890_10154114656104192_3466490880974443014_n copy
Versi Bahasa Melayu Sarawak
(Untuk versi Bahasa Malaysia, sila lihat di bawah)
Tinggal berapa hari jak lagik sebelum PRN Sarawak berlansung. Kinek tok semua parti yang bertanding sedang giat berkempen. Kamek sebagai anak Sarawak walaupun sik diam di sinun tapi tetap mengikuti perkembangan isu sepanjang tempoh berkempen tok.
Sebelum dari hari pernamaan calon ariya,nang macam-macam sekali jak program di polah di Sarawak. Najib nang kuang kuit jak ke sinun. Berita pasal Sarawak nang ada jak keluar lam tv. Siap ada program khas lagik ya dalam tv3 suku.
Jujur madah lah, bila hari penamaan calon hari ya,nangga nang banyak pertembungan kerusi antara sesama sidak pakatan harapan Pakatan Harapan nang geleng palak jak. Entah kenak benda ya terjadi ya kamek sik berani nak nyentuh lah. Cuma berharap benda macam tok sik lah akan jadi lagik di masa depan.
Berbalit kepada isu pilihanraya tok tek. Tahun tok bila ditangga banyak lagik sidak pembangkang yang dihalang masuk ke Sarawak. Dan kebanyakannya sidak yb YB dari DAP dan PKR. Kenak benda tok terjadi? Atas dasar apa sidak tok tek sik dibenar masuk ke Sarawak? Adakah sidak tok ncurik duit dari Sarawak? Adakah sidak tok udah memporakperandakan keamanan rakyat negeri Sarawak? Adakah sidak tok ada nganok Sarawak macam-macam? Atau sidak tok terlalu hebat sehingga kerajaan negeri Sarawak sik berani nak nyuruh sidak tok masuk sia.
Walaupun nang benar kerajaan negeri Sarawak ada kuasa untuk membenarkan siapa boleh masuk ke sia tapi salah guna kuasa tok nang sik patut berlaku. Udahlah sidak kerajaan negeri sik maok mendedahkan senarai nama nak kenak black list ya.
Jangan mikir semua ahli politik tok ada dapat duit derma 2.6 billion.Bukan sikit duit pakey meli tiket ya eh. YB pembangkang,sidak adalah ahli politik . Sama lah juak dengan ahli politik dari BN. Mun nak ngekot siapa lebih beciri perkauman tok bagus jangan disuruh sidak UMNO masuk. Sidak nakkah "MELAYU UNTUK MELAYU" ajak. Iboh lupak juak Tok Nan dirik pernah madah apa? Nya akan letak jawatan mun UMNO bertapak di Sarawak.
Jadi sepatutnya pada musim pilihanraya tok berik lah keadilan yang saksama untuk semua parti berkempen. Mun menar kita tok berpolitik secara matang. Mun benar Tok Nan tok berbeza dari Tok Uban. Sila buktikan kematangan anda Tok Nan. Kamek anak Sarawak cabar kitak untuk bertindak sewajarnya!
Berkenaan dengan isu yang dipakey semasa berkempen. Kamek secara peribadi rasa sik salah untuk makey beberapa isu nasional. Memang sik semua nya ada berkait ngan Sarawak, tapi isu kedak GST ya, memang berkait dengan seluruh rakyat Malaysia.
Kamek dirik mpun udah merasa impak GST masa nya baru dilaksanakan tahun ya tek sebab kebetulan kamek memang ada di Sarawak sepanjang 6 bulan  selepas GST ya. Keday yg selamak tok murah tempat berbeli barang keperluan jadi mahal. Mun sebelum tok macam-macam dapat dibeli kinek tok nak meli nak yg perlu pun berkira benar-benar. Ya untuk kawasan luar bandar. Mun nak bandar apatah lagik nak? Kos sara hidup nang tinggi. Tapi mun benar nak berkempen di Sarawak,seperti nak dipadah Tok Nan silalah guna isu tempatan. Isu tempatan mun nak dipakey nang banyak.
Paling utama ialah isu bekalan air bersih,isu jalan raya di pendalaman dan isu bekalan elektrik. 3 benda tok adalah benda asas keperluan manusia. Macam ney Sarawak dibawah pimpinan BN selamak 53 tahun masih belum selesei lagik isu tok? Giney rakyat di "rasuah" oleh sidak BN tok tiap kali nak pilihan raya? Berik tong biru. Polah majlis merasmi nak nurap jalan,majlis pecah tanah itu, engkah batu asas ini. Janji nya nak siap sekian sekian tarikh. Nya macam kisah speta besar Sri Aman ya. Sampey kinek sik jadi apa. Janji dari zaman Tok Uban jadi ketua menteri ya eh.
Iboh cerita nak lain. Ya cerita Pan Borneo Highway ya. Berapa kali rasmi dah. Siap nya ajak mala berubah berganti tahun. Bila di bangkit kelak lalu madah polah dirik gik mun pandey. Ya jawapan pernah kamek terimak ya dari pembantu ahli parlimen Batang Lupar. Masa ya kamek mangkit isu air rah parlimen nya. Isu bekalan air bersih adalah salah satu masalah paling utama di Sarawak. Sik tauk lah kenak sampey kinek, dah selamak 53 tahun diperintah BN kita masih mengalami masalah ya.
Sidak diam dibandar mungkin mikir tok saja jak kali kamek tok berbulak kah apa. Tapi kamek menar – menar harap kita pergi ke segala telok pisok dak kampong gak. Tangga ngan cerik dirik mpun apa dihadap orang kampong tok hamper setiap hari. Bukan saja molah cerita bah. Kamek tok dari kecik dolok sampey dah beranak tiga dah kinek tok, masalah air di parlimen Batang Lupar dan dun Beting Maro  masih sikda kesudahan.
Dan baruk tok, kamek nerimak berita yang tong biru nang galak diedarkan di seluruh kampong. Orang kampong tok nerimak ajak nak diberik. Sikda rugi nya ngambik. Tapi kinek tok sikda hujan, apa nak ditadah nak dikandang orang ngan tong biru ya?
Dan rasanya dalam tengah bulan Mac riya, jamban baru pun nak dirasmi di Kanowit. Apa benda keperluan gia pun baruk kinek kah nak diberik atau diperbaharui kepada rakyat?
(Bersambung)



Versi Bahasa Malaysia:
Berani Ubah, Sarawak tunggu apa lagi? 
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pilihanraya Sarawak berlangsung. Kini parti yang bertanding sedang giat berkempen. Saya sebagai anak Sarawak walaupun tidak menetap di sana tapi tetap mengikuti perkembangan isu semasa sepanjang tempoh berkempen ini.
Sebelum dari hari pernamaan calon tempoh hari, pelbagai aktiviti telah dijalankan di seluruh Sarawak. Najib pula memang sentiasa ulang alik ke sana. Berita tentang Sarawak pula ada sahaja yang hendak dihebahkan di TV. Siap ada program khas disiarkan TV3.
Jujur saya katakan, apabila hari penamaan calon yang lepas menyaksikan pertembungan kerusi antara sesama parti Pakatan Harapan, saya hanya mampu menggeleng kepala. Entah kenapa perkara ini berlaku. Saya tidak berani sentuh. Saya cuma berharap perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi pada masa hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

PKR setuju autonomi imigresen Sarawak kekal tetapi bukan salah guna

Posted: 01 May 2016 05:15 PM PDT


Rafizi tak kisah kalau setiap kali perlu mohon masukRafizi tak kisah kalau setiap kali perlu mohon masuk
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem kerana memberi kebenaran masuk Sarawak mengingatkan autonomi imigresen tidak sepatutnya disalahguna untuk menghalang pemimpin pembangkang berkempen.
"Saya tidak bersetuju dengan salahguna autonomi imigresen itu oleh Tan Sri Adenan Satem untuk menyekat pembangkang daripada berkempen di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Pada jam 1016 malam semalam kata Rafizi, beliau mendapat email dari En Azmi Bujang, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sarawak yang memaklumkan bahawa dia dibenarkan masuk ke Sarawak dan tinggal selama 5 hari sahaja.
"Saya mendapati ada segelintir yang tidak bersetuju apabila saya dan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis kepada Tan Sri Adenan Satem untuk masuk ke Sarawak. Bagi mereka ini satu bukti kami tunduk kepada Tan Sri Adenan Satem.
"Sebenarnya kami menghargai dan menghormati hak rakyat Sarawak mempunyai autonomi dalam perkara-perkara berkaitan imigresen. Malah ini selaras juga dengan janji kita kepada penduduk Sabah dan Sarawak bahawa Pakatan Harapan akan mengekalkan autonomi tersebut termasuk di dalam perkara-perkara berkaitan imigresen," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

ADENAN SATEM TERBUKTI LEBIH "TERUK" DARIPADA TAIB MAHMUD

Posted: 01 May 2016 05:14 PM PDT

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali antara yang dibenarkan masuk ke Sarawak, tapi hanya sehingga 2 Mei.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelumnya tidak disekat, tiba-tiba diberitahu hanya boleh berada sehingga 5 Mei saja.

Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah yang selama ini dilarang,  akhirnya dibenarkan masuk ke Sarawak, itu pun setelah menulis surat kepada Ketua Menteri, Adenan Satem. Tetapi tempohnya sehingga 5 Mei juga.

Rafizi Ramli, sebelumnya dilarang, tapi malam tadi diberi kebenaran masuk ke Sarawak selama lima hari. Bermakna, 5 Mei kena keluar daripada Sarawak.

Sejumlah yang dilarang masuk ke Sarawak, terus dihalang. Yang diberi kebenaran pula hanya diberikan ruang masa sehingga 5 Mei saja.

Azmin dilaporkan mahu datang kembali ke Sarawak pada 4 Mei, tapi nasibnya tentu saja sukar dijangka, silap-silap 5 Mei tetap diarahkan keluar daripada negeri itu.

Hari mengundi  pilihanraya negeri  ialah 7 Mei, tapi menjelang 5 Mei semua dihalau keluar daripada Sarawak. 

Secara tidak langsung, majoritinya nanti hanya  pemimpin-pemimpin UMNO dan BN saja yang dibenarkan berada di Sarawak dalam tempoh kritikal dua hari sebelum pembuangan undi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno dan BN dilarang ulas skandal 1MDB di Sarawak

Posted: 01 May 2016 05:12 PM PDT

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini lantang mempertahankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menutup mulut mereka daripada mengulas sebarang isu berkaitan syarikat sarat hutang tersebut.
Sumber mendedahkan terdapat arahan daripada pimpinan atasan supaya mengelak daripada mengulas sebarang isu menyelebungi syarikat itu yang setiap hari terdapat pendedahan terbaharu.
"Sepanjang kempen pilihan raya Sarawak kali ini, tidak kedengaran jawapan balas daripada menteri atau pemimpin Umno di Sarawak berhubung isu 1MDB.
"Difahamkan terdapat gag order (arahan) supaya menutup mulut daripada bercakap mengenai sebarang isu berbangkit," kata sumber.
Menurut sumber, pemimpin seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Salleh Said Keruak, dua pemimpin dari Borneo yang lantang mempertahankan 1MDB juga tidak banyak bercakap atau mengulas mengenai sebarang isu berkaitan syarikat itu.
"Tidak pelik kah pemimpin seperti Rahman dan Salleh yang sebelum ini menjadi panglima 1MDB tiba-tiba tidak kedengaran suara mereka?" katanya.
Sememangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bimbang dengan isu 1MDB jika sampai ke telinga pengundi Sarawak yang akhirnya akan menyebabkan mereka hilang kerusi, kata sumber.
"Walaupun isu 1MDB kompleks dan mungkin sukar difahami oleh penduduk luar bandar terutamanya di Sarawak ini, tetapi wujud kebimbangan pengundi akan terpengaruh juga dengan pembangkang," katanya.
Sumber berkata arahan tersebut datang daripada pihak atasan dan bilik perang dalam Umno sendiri kepada perancang strategi pilihan raya Sarawak.
"Yang pastinya bilik perang Umno sendiri mengeluarkan arahan tersebut kerana isu 1MDB membabitkan Umno.
"Pemimpin atasan Umno nampaknya yang mengatur strategi di Sarawak dengan menentukan isu yang perlu dimainkan di bumi kenyalang itu," katanya.

Di Sarawak, Najib buktikan kepada pengundi ‘cash is king’

Posted: 01 May 2016 05:08 PM PDT

Najib Razak Adenan Satem Rosmah
Terbukti dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengamalkan budaya "cash is king" (wang adalah raja) benar dengan beberapa pengumuman bernilai jutaan ringgit ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Dr Mahathir sebelum ini mengecam Najib kerana membeli ketua-ketua bahagian Umno sehingga ramai yang tidak menegurnya walaupun secara terang-terangan bertanggungjawab menghilang berbilion wang negara dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir juga mengatakan Najib seorang penyembah wang dengan menggunakan ia sewenang-wenangnya demi memastikan menang dalam pilihan raya negeri kali ini.
Melihat cara Najib menabur wang dengan pengumuman projek dan bantuan kononnya untuk membantu rakyat Sarawak membuktikan betapa terdesak perdana menteri yang sedang terpalit dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara dan mungkin juga dunia.
Dalam pengumuman Bajet 2016 lalu, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar, lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan pada tahun lepas dan RM2.19 bilion pada 2014.
Peruntukan tersebut dikatakan bajet untuk Sarawak memandangkan mereka akan mengadakan pilihan raya negeri, ternyata dakwaan itu benar apabila hanya semasa tempoh kempen pilihan raya projek dan bantuan yang entah tiba-tiba turun di bumi kenyalang itu.
Jika keputusan pilihan raya kali ini tidak menyebelahi Najib atau kerusi yang dimenangi semakin berkurangan, kemungkinan pentadbiran beliau akan berdepan dengan masalah memandangkan masalah sedia ada pun masih tidak selesai.
Read More / Baca Lagi >>

PIDATO "SELAMATKAN MALAYSIA" - ALOR SETAR, KEDAH

Posted: 01 May 2016 09:37 AM PDT

TAK SIA-SIA..

Posted: 01 May 2016 09:36 AM PDT

Susulan pengesahan PM Najib Tun Razak bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar Terengganu... 'Saya bersyukur dan berterima kasih kepada PM Najib' - MB Terengganu, Bernama (1/5/2016)

TAK SIA-SIA.. Sungguh berkat cium tgn yg maksum lagi mulia Panglima Perang Orang Islam.. Akhirnya jawatan MB Terengganu masih kekal buat Ahmad Razif Abdul Rahman..

Comments (0)