Followers

Nuffnang

Komentar Kini

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:21 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


HUSAM MUSA JATUH CINTA?

Posted: 17 May 2016 05:57 PM PDT



Penulis kenal Husam Musa sama macam penulis kenal Mohammad Sabu, akan tetapi kedua dua tokoh ini tidak mengenali penulis.

Maka tidak salah dengan pendapat penulis yang berbunyi: Husam Musa sudah lama jatuh cinta dengan umno.

Ini bukan prejudis. Husam Musa akan marah apabila kita cakap yang dia sudah jatuh cinta dengan parti umno.Biarkan, memang itulah hakikatnya

Sebab itu, dia tidak buat hal yang bukan bukan sepanjang duduk dalam Pas, termasuk lemparkan batu sembunyikan tangan.

Tindakan Husam Musa semasa jadi exco, orang yang disayangi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat banyak merugikan Pas sepertimana di sebut oleh Abang Jak baru baru ini.

Tidak dinafikan beliau juga amat berjasa besar kepada pas kerana Berjaya memperolehi  premium tanah FeLDA seluruh negeri kelantan yang tidak dibayar selama ini.

Husam Musa tidak akan pilih parti Amanah. percayalah,kerana beliau tidak pernah selari (ngang) dengan Muhamad Sabu semasa duduk  bahtera Pas.Beliau tidak sekali kali iktiraf Mat Sabu sebagai presidennya.

Atas sebab itulah dia tidak bertindak lari macam G18, selepas kalah teruk dalam Muktamar tempohari.

Sesungguhnya dia selama ini semamangnya tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kebanyakan tidak sedar bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang gemar lempar batu sembunyikan tangan. Akan tetapi ramai kalangan orang pas tidak menyedarinya sehingga tergamak di dewa dewakan.

Malah ada kalangan pemimpin pas yang mengatakan beliau satu satunya tokoh wibawa dan akan menjadi nahkoda bahtera pas selepas ini.

Demikian juga Mat Sabu. Kebanyakan cermahnya boleh merugikan pas.Mengapa tidak. Allah larang mengejek dan menghina batang tubuh sesame manusia dengan gelaran yang buruk buruk.

Akan tetapi beliau sangat gemar dan cenderung dengan gaya ceramah tersebut walaupun pas telah adakan garis panduan agar nama baik parti tidak tercalar.




Comments (0)