Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Mahathir Di Pentas AMANAH Minta Rakyat Singkir Najib

Posted: 03 May 2016 12:34 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah hadir untuk memberikan ucapannya di pentas Parti Amanah Negara di majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pejabat parti itu di Alor Setar malam kelmarin.

Turut sama sepentas dengan Mahathir ialah Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali.

Beliau menyatakan beliau sanggiup untuk bersama-sama dengan mereka sebelum ini yang disebut sebagai "musuh-musuh politiknya" demi untuk selamatkan Malaysia, demi untuk rakyat.

Di hadapan kira-kira 10,000 orang hadirin yang datang di program berkenaan, Mahathir telah menggunakan peluang itu untuk mengkritik Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang didakwanya merupakan punca pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara ketika ini.


1MDB merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh Najib untuk melakukan pinjaman berbilion ringgit dan sekalipun ia merupakan sebuah syarikat swasta namun ianya dijamin oleh kerajaan. Akibatnya, rakyatlah yang menanggung segala bebanan hutang yang dilakukan oleh 1MDB, ujar Mahathir.

Hutang 1MDB bersama-sama kadar faedahnya kini sudah mencecah RM50 bilion.

Beliau berkata, pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.

"Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

"Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB," katanya.

Rasuah yang begitu berleluasa kini adalah berpunca dari sistem pemerintahan yang ketua pemimpinnya seorang perasuah, tambahnya lagi.

"Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah," katanya.

Mahathir juga mengkritik Najib yang menurutnya telah memperalatkan pegawai-pegawai kerajaan untuk melindunginya dari jenayah yang dilakukan. Prinsip Najib ialah "Cash is King" dengan menganggap bahawa mereka yang dirasuahnya akan menolongnya.

Begitu juga dengan kenaikan gaji minima dimana ianya tidak memberi erti apa-apa apabila nilai matawang Malaysia berbanding Amerika sudah merosot ditambahi pula dengan bebanan yang ditanggung oleh rakyat seperti pengenaan GST, kenaikan tol dan pelbagai kenaikan yang lain yang menyebabkan rakyat menjadi sengsara.

Nama Malaysia juga begitu buruk diluarnegara. Jika dahulu orang du luarnegara menyanjungi Malaysia, namun pada hari ini, mereka tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Malaysia.

Beliau menyeru rakyat untuk menandatangani Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja dan menurutnya, rajar-aja akan mendengar suara rakyat dan mempunyai pelbagai cara untuk menurunkan Najib.

Mahathir dijadualkan akan berada di Kota Bharu 4 Mei untuk program yang sama. Pengerusi gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri Kelantan, Datuk Husam Musa meminta agar tidak ada pihak terkecuali dalam kempen ini kerana ia satu mercu tanda kesungguhan rakyat untuk menentang kemungkaran terbesar negara.


Comments (0)