Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:19 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Najib Sendiri Kata Tiada Hudud Di Malaysia

Posted: 27 May 2016 12:33 AM PDT

Teka-teki Hudud

Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.

Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.


Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.

Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang menangguhkannya?

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.

Benarkah ia semata-mata sebab itu?

Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan sepanjang masa?

Selain itu, tidakkah juga usul boleh dibentangkan terlebih dahulu, cuma perbahasan saja yang ditangguhkan?


Dalam konteks Umno dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?

Mengapa sepantas itu Umno tiba-tiba berubah?

Adakah kelulusan pembentangan ini bertujuan mengikat Pas untuk terus "kacau daun" bertanding dan menolak sebarang kompromi dengan PKR dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang?

Pas yang boleh dikatakan tiada harapan untuk mendapat undi bukan Melayu sekarang ini, maka dengan kerjasama melalui usul hudud itu akan membolehkan Pas memperolehi lebih sokongan daripada blok undi Melayu yang pro pembangkang berbanding calon Pakatan Harapan yang turut bertanding.

Natijahnya, hanya blok undi Melayu pro pembangkang yang akan berpecah, manakala yang pro kerajaan tetap tidak berubah dan terus terarah kepada BN.

Dengan sedikit sokongan pengundi bukan Melayu, maka kelebihan tentu saja akan memihak kepada BN berbanding Pakatan Harapan. C

alon Pakatan Harapan, walaupun mungkin mendapat lebih sokongan bukan Melayu, tetapi kemenangan mereka boleh dinafikan melalui undi Melayu yang lebih kecil dan berpecah dengan Pas.

Pas yang terpaksa berbahagi dua undi blok Melayu pro pembangkang dengan calon Pakatan Harapan, tetapi tidak mendapat sokongan bukan Melayu, hakikatnya tidak mungkin menang, baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, Pas mungkin boleh berpuas hati meskipun kalah kerana usul hudud mereka yang diberi pertimbangan oleh kerajaan sudah boleh dianggap sebagai kemenangan.

Dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan ini, sudah barang pasti kempen Pas di kedua-dua pilihanraya ini tidak lagi menyasarkan keburukan Umno, isu 1MDB, wang RM2,600 juta dan hal-hal berkaitan Najib dalam kempen-kempennya.

Penangguhan usul sehingga Oktober juga tidak terkecuali bertujuan memberi ruang kepada Umno yang dikelilingi oleh parti-parti kompenan dalam BN yang diketahui menolak hudud agar tidak terlalu terbelenggu dengan isu tersebut dalam menghadapi dua pilihanraya yang dianggap penting untuk menguji sokongan rakyat terhadap Najib.

UMNO mungkin boleh melembutkan hati rakan-rakan komponennya bahawa yang diberikan mereka setakat ini hanyalah kebenaran kepada Pas dalam membentangkan usul, bukannya sokongan terbuka kepada hudud.

Persoalannya ialah apa pendirian Umno dan BN selepas pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau ketika pengundian di Parlimen setelah usul dibentangkan Oktober nanti?

Atau lebih jauh, benarkah Najib dan Umno benar-benar mahukan hudud dilaksanakan? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Bertempik sorak PAS sejak semalam. Cuma baca, bukan bentang jauh lagi nak berbahas, itu pun macam dah kena histeria.

Umum mengetahui UMNO bersandiwara, kerana selama ini Najib sendiri dan lain-lain pemimpin UMNO juga menolak hudud.



Tapi bagi PAS, tak apalah asal dapat bacakan RUU Persendirian, itu modal penting untuk PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Yang dibacakan oleh Haji Hadi hanyalah pindaan EKJS, bukan hudud. Di dalam media sosial pula, PAS memainkan isu "takfiri". mengkafirkan AMANAH kerana kononnya "menentang" hudud.

Kalau yang dibentang itu bukan hudud, mengapa pula serang orang lain dan memfitnah mereka kononnya mereka menentang hudud? Sungguh jahat perangai PAS ini. Sudah lah bodoh dan bangang ditipu UMNO berkali-kali, lepas tu nak fitnah orang lain pula dengan mengkafirkan mereka atau nak pertikaikan keislaman mereka.

Hukum kebenaran dan keadulan akan terus berjalan. Rakyat Malaysia rata-rata tahu episod semalam adalah sandirwara PAS-UMNO.


IKLAN BERBAYAR


PAS UMNO Permainkan Hukum Allah, Agenda Kempen PRK

Posted: 26 May 2016 09:15 PM PDT

PAS akui kerjasama dengan Umno, akan guna hudud bagi PRK

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).


"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.

Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.

"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.

"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.

Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.

Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAH akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.

"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.

"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.

"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya

Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu. -mk


CATATAN SENJA DI PARLIMEN

Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.

Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.

Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.

Ini bermakna kenyataan bil persendirian dizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manipulasi.

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.

Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian dari atur mainan demokrasi.

Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang.

Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Semua pihak yang berkolobrasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik.

Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah 'jual agama' sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.

Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.

Catatan Parlimen
26 Mei 2016

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia


ULASAN GB

GB dah banyak kali ulas bab hudud ini. Ia bukan hudud, tapi pindaan EKJS. Digembar-gemburkan ia sebagai hudud kononnya nanti untuk memerangkap mereka yang menolak usul berkenaan sebagai penentang hudud.

Ada beberapa yang menarik hari ini:

1) RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir, tetapi ia dipercepatkan. Ia amat mengejutkan. YB Khalid Samad, MP Shah Alam bertanya mengenai pertimbangan-pertimbangan yang digunakan sehingga Private Members' Bill itu boleh diutamakan dari urusan-urusan lain supaya mudah untuk ahli parlimen lain mempelajarinya untuk pembentangan Private Member's Bill pada masa akan datang. Tetapi ada pihak yang tak tentu pasal menuduh Khalid menolak RUU tersebut.

2) Yang membawa usul supaya ia dipercepatkan ialah wakil Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Ini lagi pelik dan macam tak percaya. Mungkin PAS terlupa nak menasihatkan ahli-ahli parlimen wanita UMNO supaya datang ke parlimen menutup aurat. Sedangkan di dalam Islam ulama-ulama fiqh menyatakan menutup aurat itu WAJIB. Kalau ya pun nak bersandiwara, suruhlah ahli parlimen yang lebih bersopan untuk membawa usul berkenaan....

3) Marang kemudiannya memohon pembentangan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen berikutnya pada Oktober nanti. Paling pelik. Dia mencadangkan, dia mohon menangguhkan, Supaya tak diperpanjangkan hari ini kerana akan menyebabkan BN berantakan setelah MCA juga menentangnya(?)

Kemudian timbul pula tuduhan-tuduhan di laman sosial golongan tegar PAS menyatakan AMANAH tolak hudud. Malah sebelum ini pun dah dituduh sebagai balaci DAP kerana bersekongkol menolak hudud.

AMANAH tidak pernah menolak hudud, tetapi AMANAH tidak percaya UMNO menyokong hudud. AMANAH berpegang kepada fatwa Ketua Ulamak Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, yang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan HUDUD.



Di negara ini bukan sahaja bukan Islam, DAP, MCA dan MIC tak faham hudud, UMNO sendiri belum faham mengenainya. Perlaksanaan hudud bukan main belasah sahaja, ia perlu perancangan, perlukan pendidikan terlebih dahulu, malah kehidudpan Islam perlu ditonjolkan terlebih dahulu. Sehingga hari ini, Kelantan pun masih gagal untuk menunjukkan sistem kehidupan Islam yang baik malah isu-isu pembalakan haram dan kehidupan mewah pemimpin-pemimpin PAS di negeri menimbulkan tandatanya apakah benar PAS sudah melaksanakan kehidupan Islam di sana?

Tiba-tiba bising nakkan hudud, atau ia hanya agenda untuk menutup kelemahan-kelemahan PAS di negeri yang diperintah PAS yang hutangnya kini lebih dari RM1.3 bilion berbanding Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dengan hutangnya hanya RM69.3 juta? Negeri mana yang lebih Islamik pemerintahannya atau Islam menggalakkan hutang seperti Kelantan?

Berbalik kepada hudud, Haji Hadi sendiri pernah menyatakan Hudud Bukan Agenda Utama.


Hari ini, Ketua Pemuda PAS sendiri mengakui bahawa PAS akan guna hudud bagi PRK yang akan datang ini. Hudud dijadikan bahan dagangan untuk 'melariskan' sokongan terhadap PAS dan UMNO. Alangkah buruknya sifat sedemikian. Menjual agama untuk kepentingan politik.

Jelas hudud bukan kerana Allah, tetapi untuk menipu rakyat dan meraihkan sokongan. Al-Quran mendedahkan ...

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedang mereka tidak sadar. Al-Baqarah:09

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan terhukum di dunia (ditipu UMNO) dan di akhirat (kerana menipu untuk habuan dunia).




IKLAN BERBAYAR


Comments (0)