Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Profession "Guru" Dihina, Diarah "Belajar" Tepuk Tangan

Posted: 26 May 2016 12:21 AM PDT

Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan

Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru peringkat negeri 24 Mei lalu, semua guru-guru di negeri itu diarah berlatih tepuk tangan setiap hari.

Arahan itu dikeluarkan oleh pengarah pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin melalui sistem pesanan Whatsapp yang kemudiannya di print skrin dan kini menjadi viral.


"Saya sudah sampai rumah tetapi otak saya masih terkial-kial (mendengar) kata YAB MB tentang cikgu-cikgu kita yang tidak tepuk tangan kepada YAB MB.

"Saya minta esok tolong buat latihan tepuk tangan selama 5 minit untuk membiasakan tepuk tangan di kalangan guru-guru.

"Setiap perhimpunan pun latih mereka tepuk tangan dengan tunjukkan bukti bergambar kepada saya.

"Mohon tindakan tuan puan, tiada pengecualian," tulis Shafruddin dalam arahan itu dengan disambut oleh pegawai-pegawai kanannya akan dilaksanakan segera.


Ekoran arahan itu, pelbagai video dan gambar dipaparkan dalam laman sosial bagaimana guru-guru di Terengganu belajar tepuk tangan.

Gambar dan video ini diambil bagi menyahut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu untuk menunjukkan bukti arahan itu dipatuhi tetapi selepas itu ia disebarkan ke laman sosial.

Di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam, semua guru-guru dilatih bertepuk tangan bagi menyambut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu.

Mereka beramai-ramai bertepuk tangan sempena perhimpunan pagi mereka.

Ia juga dilakukan di lain-lain sekolah-seluruh Terengganu bagi mematuhi arahan pengarah pendidikan itu.

Sementara itu, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dalam kenyataannya berkata, tindakan guru tidak bertepuk tangan terhadap MB Terengganu ini adalah lambang penolakan masyarakat terhadap Razif sebagai menteri besar terserlah.

Katanya, kebiasaannya warga guru bukanlah jenis yang suka tunjuk boikotnya dalam majlis-majlis kerajaan. Jika mereka bencikan kerajaan Umno BN, mereka jadi 'silence voters', katanya.

Tetapi fenomena sekarang, guru-guru berani bersuara dalam facebook, di kedai-kedai kopi, terkadang di pejabat secara terang-terangan, katanya.

"Saya punya ramai kenalan guru yang boleh jadi bukti dan saksi," kata Faizul dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Istana Terengganu telah mengarahkan agar Razif menyerahkan semua anugerah kebesaran kepada beliau termasuk gelaran Datuk Srri.

Ekoran itu, MB Terengganu kini menjadi satu-satunya MB Melayu yang tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran. -MD



ULASAN GB

Demikianlah betapa hinanya peofession "guru" diperlakukan oleh politikus. Tak cukup dengan anak murid diarahkan beratur panjang-panjang menyambut sang menteri kini guru jadi sasaran lantaran tak bertepuk tangan sewaktu MB Terengganu sedang berucap, kebetulan MB itu seorang bekas guru besar.




IKLAN BERBAYAR


Kawan Baik PAS, PERKASA Tanya Tu, Boleh Menangkah Tanpa Undi Cina?

Posted: 25 May 2016 10:19 PM PDT

Sg Besar: Bolehkah PAS dapat undi Cina, tanya PERKASA

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjangkakan pertemuan antara PKR dan BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dilihat lebih sengit dan menarik jika dibandingkan dengan parti politik pembangkang yang lain.

Kata beliau, sekiranya kerusi itu ditandingi PAS, beliau khuatir sekiranya undi masyarakat Cina di Sekinchan tidak memihak kepada parti Islam itu.


"Ia pertandingan yang bagus kalau PKR lawan BN. Masa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), PAS masih bersama Pakatan Rakyat, PAS meletakkan calon PAS waktu itu dan pengundi-pengundi Cina yang tinggal di Sekinchan mengundi PAS.

"Tapi dalam pilihan raya kecil sekarang, adakah pengundi-pengunci Cina akan undi PAS.

"Saya percaya kalau PAS bertanding, PAS tak dapat undi Cina. PAS juga tak dapat sokongan ahli PAS yang sokong AMANAH.

"Ada ahli PAS yang tolak pimpinan ulama, PAS akan hilang dua punca undi. Jadi bukan sahaja penting untuk satu lawan satu tetapi mesti parti yang betul,"
kata bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, petang ini.

Bagaimanapun, pendapatnya berbeza pula di PRK Parlimen Kuala Kangsar apabila beliau melihat PAS lebih sesuai meletakkan calon mereka di situ.

"Kalau di Kuala Kangsar kalau satu lawan satu PAS dengan BN dan parti-parti lain tak masuk ia akan jadi sangat menarik dan rakyat pun boleh buat pilihan yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang masing-masing mahu meletakkan calon, ia hanya akan memberikan kelebihan kepada BN.

"Kalau pembangkang semua nak bertanding ia akan beri kelebihan kepada BN.

"Ingat tak kita bagaimana keputusan di PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding (satu lawan satu) walaupun by election tapi PKR menang besar," katanya. -mk


PAS tidak perlu bertanding di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - MTRK

BACHOK: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) menyarankan supaya PAS tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Presidennya, Azmi Ali menjelaskan, bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan umat Islam Melayu, PAS sepatutnya memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding.

Katanya, ini sebagai timbang balik apa yang dilakukan oleh BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Cempaka, Kelantan pada tahun lepas yang mana UMNO tidak bertanding di kawasan berkenaan.

"Inilah medan terbaiknya (Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Melayu sepatutnya tunjuk sikap bersatu seperti saranan Ketua Penerangan UMNO. PAS sewajarnya beri laluan kepada UMNO.

"Beri kemenangan tanpa bertanding sebab pilihan raya ini tak sampai dua tahun lagi. Ia membazir dan lagi banyak perpecahan (berlaku) dalam kalangan Melayu.

"UMNO pernah buat pengorbanan, kerusi Cempaka diberi kepada PAS," ujarnya.

Katanya, walaupun kerusi Sungai Besar merupakan kerusi diwarisi PAS, namun atas dasar menjaga keharmonian PAS sewajarnya tidak bertanding.

Katanya, Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan UMNO merupakan parti yang majoritinya ahlinya disertai oleh umat Islam Melayu dan jika pertandingan tiga penjuru berlaku sudah pasti ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Melayu.

Pada masa kini PAS dan UMNO berdepan krisis perpecahan dalam kalangan ahli mereka dan apabila berlaku pertandingan sudah pasti perpecahan yang berlaku itu semakin merebak.

Katanya sebagai pemimpin Islam, mereka perlu berpandangan jauh dan terbuka dalam menerima saranan demi perpaduan umat Islam.

Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis tautan perpaduan di Kampung Teratak Pulai, Jelawat di sini siang tadi.
-astroawani


ULASAN GB

Adik beradik dah bersuara. Pessimis dengan PAS. Boleh menangkah PAS tanpa pengundi Cina? Hanya nak harapkan undi Melayu... pun akan berpecah.

Kaum Cina khususnya DAP sudah membuat pengumuman akan memberikan undi mereka kepada calon AMANAH yang akan mewakili Pakatan Harapan.

Dengan perpecahan undi Melayu kepada 3 atau 4 parti, iaitu BN, PAS, AMANAH dan kemunkinan PKR juga, bererti masing-masing kini perlu mengharap undi bukan-Melayu.

Berdasarkan di atas kertas jika keadaan itu berlaku, AMANAH berada di posisi terbaik jika undi bukan Melayu sudah dapat digenggam dan hanya memerluakn sekitar 15%-20% sahaja pengundi Melayu. Lagi banyak parti nak bertanding lagi bagus sebenanrya untuk AMANAH.

PAS diminta untuk tidak bertanding oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Tetapi PAS itu angkuh dan sombong. Dia ingin orang lain laluan kepadanya tetapi dia sendiri tidak akan memeri laluan kepada pihak lain. Itu sikap PAS, sikap yang tak pernah mengenang budi dan yang tak pernah ingat jasa orang lain terhadapnya.

Kini PKR sedang cuba kononnya berunding dengan PAS supaya memberi laluan untuknya bertanding. Ingat PAS akan dengar? Tak mungkin. PKR pun akan turut dikencingkan.

Malah ahli PKR sendiri sudah perasan hal ini.


PAS mendakwa kerusi tersebut adalah kerusi milik tradisinya. Ya betul, tradisi kalah, kata astroawani dalam wawancaranya dengan Pengarah ILHAM CENTER.

Namun PAS tak peduli itu semua. Walaupun katanya tak gila kuasa, tetapi hakikatnya PAS memang sebuah parti gila dan mabuk kuasa. Di dalam partinya sendiri pun disingkir orang-prang yang tak sebulu dengan janggut dan serban mereka seperti yang berlaku di muktamar PAS tahun lalu dimana golongan progrsif diketepikan sekalipun golongan progrsif inilah yang banyak mengangkat martabat PAS sehingga PAS berada di tahap sekarang. Golongan progresif inilah yang membentuk AMANAH yang kini lebih diterima rakyat.
Di fitnah dan dimakinya sebagai BROKER, BARUA, TOLOL, BABI, BALACI dan seumpamanya.
Jadi sebenarnya mereka hipokrit, mereka munafik, tak gila kuasa kata mereka, sednag mereka sendiri takut hilang kuasa sehinggakan masih terus mahu duduk kerusi exco Selangor walaupun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Apa yang disebut di atas, PAS itu parti yang angkuh, adalah benar. Dan hanya menunggu hukum kebenaran dan keadilan berjalan untuk menghumbankan PAS kelaur dari arus perdana politik negara ini.


IKLAN BERBAYAR


Comments (0)