Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:07 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Siapa Lantik Azmin Wakili PH Berunding Dengan PAS?

Posted: 22 May 2016 12:20 AM PDT

Pilih Pas atau Pakatan Harapan, PKR perlu tegas elak rakyat muak

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.

Pada masa sama, 'ribut di cawan kopi' antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.


Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.

Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai 'u-turn' atau 'pusing roundabout tak henti' inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.

Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.

Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.

Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus 'memberi muka' kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.

Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.

Slogan Pas kononnya 'istiqamah hingga kemenangan' dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.

Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.

Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.

Tanggapan sesetengah pimpinan PKR kononnya Pas diperlukan kerana kekuatan akar umbi sudah tidak relevan lagi pada masa ini memandangkan trend kepimpinan Pas yang lemah lagi melemahkan kemaraan gabungan pembangkang untuk menumbangkan rejim Umno-BN.

Sebaliknya, PKR harus membulatkan tekad menyokong dan bekerjasama dengan Amanah yang diterajui Mohamad Sabu kerana lebih relevan dengan mood perubahan rakyat.

Bahkan, dakwaan tentang kekuatan akar umbi Pas termasuk kuantiti dan kualiti jentera pilihan raya di segenap peringkat juga pada masa ini sebenarnya sudah berada dalam lipatan sejarah.

Ramai ahli Pas kini dipanggil 'harum manis' iaitu di luar nampak hijau – Pas tetapi pandangan politik cenderung kepada 'oren' – Amanah.

Mereka yang tidak senang dengan wajah Pas hari ini hanya menanti masa untuk berhijrah kepada Amanah dan langkah itu dijangka lebih cepat jika beberapa pemimpin Pas seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar berbuat demikian terlebih dahulu.

Buktinya, bukan satu rahsia lagi, apabila banyak mesyuarat Pas di peringkat cawangan dan kawasan bermasalah lantaran tidak cukup ahli.

Sebahagian besar kekuatan itu bersama anggota yang rajin 'buat kerja' sudah berpindah kepada Amanah ditambah gandingan barisan pemimpinnya yang teguh tekad politik mereka jauh berbeza dengan Pas.

Hal ini dapat dilihat pada kepimpinan Pas yang berdepan krisis budaya politik keliru dan lagi mengaibkan sejak penyingkiran pemimpin yang profesional dan rasional pada muktamar Pas tahun lalu.

Hanya yang tinggal dalam Pas pada masa ini ulamak dalam bidang agama manakala ulamak dalam bidang lain pupus dan jika ada pun, peranan mereka sudah terpencil.

Lihat saja reaksi penyokong Pas pada status Facebook Naib Presiden parti itu, Datuk Iskandar Abdul Samad tentang perlunya seorang bapa mendapatkan pandangan anak-anak walaupun mempunyai kuasa 'veto'. Rata-rata komentar mereka mengecam Iskandar kerana menganggap Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas arkitek dan pensyarah itu menyindir Presiden Pas.

Lain pula halnnya dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. Bekas pegawai kanan Kastam yang pernah dinasihatkan berhenti itu dalam status Facebook terbaharu meletakkan komentar, "Selamat berjuang khadam DAP" pada pautan berita internet bertajuk, "Da'i terkenal Rohingya dibunuh secara sadis di Yangon, Burma".

Menyimpang jauh lari daripada agama Islam yang membawa rahmat sekalian alam, kenyataan Razman dilihat tidak lebih bernada hasutan apabila mengaitkan DAP dengan kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam.

Justeru, PKR perlu segera kembali fokus kepada Amanah dan DAP yang merupakan rakan komponen Pakatan Harapan. Hentikan daripada melayan Pas jika tidak mahu melihat pengundi jemu atau keliru ketika hari semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). -Arif Atan/MD

ULASAN GB

Memang pelik perangai Azmin Ali ni.

Entah bila kala dan bila masa beliau dilantik menjadi wakil Pakatan Harapan (PH) untuk bernegosiasi dengan PAS kita pun tak tahu. Mungkin masuk bakuil kot, melantik diri sendiri!

Azmin sudah huru-harakan PH semasa PRN Sarawak yang baru lalu, sekarang dia mahu huru-harakan PRK pula.

Sungguh jahat peranan yang beliau mainkan ini.

Lansung tidak berpegang kepada Perjanjian Pakatan Harapan dengan membelakangkan parti komponen lain iaitu AMANAH dan DAP.

GB sudah menyatakan sebelum ini hasil dari pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin di Sarawak, PKR seluruhnya akan menimpa bencana.

Setelah mengkhianati DAP di Sarawak, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PKR bakal terima bahananya akibat perbuatan Azmin. PH huru-hara dikerjanya semasa PRN Sarawak. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.

Dah pun berlaku. PKR kini benar-benar ditimpa bencana hasil pengkhianatannya terhadap rakan dalam PH. PKR berantakan kini. Surat Dari Penjara tidak mendapat sokongan lagi, persengketaan pimpinan PKR sudah tidak menjadi rahsia lagi khuususnya diantara Rafizi dan kartel Azmin dan Azmin mencipta musuh-musuhnya sendiri di dalam PKR dan PH.

Teruskan kerja-kerja jahat kamu wahai Azmin, dan kamu akan tetap menerima hukumannya.


IKLAN BERBAYAR


Nizar Paling Layak Jadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Posted: 21 May 2016 09:38 PM PDT

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.

Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.

Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.


PH dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad ini untuk membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi menentukan parti dan calon yang akan mewakili pembangkang pada 18 Jun nanti.

Meskipun PAS telah menyenarai pendek enam calon untuk dua PRK itu, namun ia dikatakan tidak akan menjejaskan keputusan yang akan dibuat PH nanti.

Nizar berkata, AMANAH akan mengadakan ceramah politik di Kuala Kangsar dan masa serta maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun ini.

Ia susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau 5 Mei lalu. -FMT

ULASAN GB

Datuk Ser Nizar, sekalipun bukan dilahirkan di Kuala Kangsar, namun bukan sahaja seluruh rakyat Perak, seluruh rakyat Malaysia juga mengenalinya.

Siapa yang tak kenal dengan bekas Menteri Besar Perak yang kerajaannya dirampas secara tidak demokratik oleh Najib setahun selepas PRU12 dahulu.

Malah Nizar menjadi ikon kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini ketika itu. Walaupun PAS hanya menang enam kerusi DUN, DAP (18) dan PKR (7), namun PR telah mencapai persetujuan untuk memilih Nizar sebagai Menteri Besar.

Dan sekalipun kerajaannya dirampas, Nizar berjaya menjadi ahli parlimen selepas itu apabila menang di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dengan majoriti yang agak selesa iaitu sebanyak 2,789 undi. malah calon PAS selepasnya, Idris Ahmad yang bertanding mewakili PR di dalam pilihanraya umum 2013 pun hanya mmenang dengan majoriti sekitar 900 undi sahaja.

Jarang sekali seorang ahli dari parti pembangkang boleh menang di dalam sesebuah pilihanraya kecil dengan majoriti yang agak besar, tapi Nizar membuktikan di sebaliknya.

Justeru itu, cahaya kemenangan untuk Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan amat cerah jika meletakkan Nizar sebagai calon di PRK Kuala Kangsar.


IKLAN BERBAYAR


Comments (0)