Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


3 Penjuru: PKR Bakal Dihukum Pengundi Sarawak?

Posted: 02 May 2016 01:05 AM PDT

Tindih kerusi: PKR gagal jadi orang tengah

PKR dilihat gagal memainkan peranan sebagai orang tengah dalam PRN Sawarak. - Foto Bernama SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat situasi yang melanda Pakatan Harapan dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak membuktikan PKR gagal memainkan peranannya sebagai orang tengah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis berkata, dalam keadaan ini, parti-parti pembangkang perlu mengambil iktibar atas pertindihan sehingga sebelas kerusi Dun di negeri itu dan mencari jalan menanganinya.


"Sepatutnya perkara ini disusun lebih awal, capai kata sepakat sebelum pencalonan lagi. Sekiranya ada konsensus di hujung terowong pun, itu lebih baik berbanding mereka meneruskan dengan meletakkan calon masing-masing di kawasan yang bertindih itu.

"Jika isu ini dapat diuruskan sebelum PRN, masyarakat akan dapat melihat keharmonian dalam Pakatan Harapan itu. Jadi, apabila sudah berlaku seperti ini, mereka (pembangkang) perlu mengambil iktibar kerana masyarakat di Semenanjung pun memerhati perkara ini,"
katanya kepada Sinar Online.

Selepas penamaan calon PRN Sarawak, berlaku pertembungan di enam kerusi Dun antara PKR dengan DAP iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang.

Sementara pertindihan tiga Dun antara PKR dengan Pas iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir manakala dua Dun antara Pas dengan DAP di Dun Samalaju dan Pujut.

Namun PKR dan DAP memilih untuk terus bergerak ke depan dan hanya akan berbincang isu pertindihan itu selepas hari pengundian, 11 Mei ini.

Menurut Shamsinor, apa yang berlaku di Sarawak itu jelas menjejaskan imej PKR sebagai orang tengah kepada rakan pakatannya termasuk Pas.

"PKR ini orang tengah, parti banyak kawan tapi kalau ini ditunjukkan sebagai contoh...sukarlah.

"Ditambah pula apabila nama Datuk Seri Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) naik walaupun beliau tidak mengiakan dakwaan, begitu juga beberapa nama pemimpin lain di peringkat pusat yang disebut dalam menentukan kerusi di Sarawak itu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya situasi sama masih berulang lama Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, Pakatan Harapan akan dilihat sebagai satu pakatan yang longgar.

"Tapi saya yakin pembangkang akan bincang dan elak berlaku pertindihan lagi pada Pilihan Raya Umum nanti dengan menjadikan kes di PRN Sarawak ini sebagai satu iktibar. Sebab kita bercakap bukan tentang satu atau dua kerusi. Itu yang pelik.

"Sebelum ini, saya menjangkakan akan ada pertindihan antara Pas dengan DAP sahaja ataupun Pas dengan Amanah. Tak sangka PKR pun yang sepatutnya menjadi orang tengah dalam Pakatan itu ada pertindihan juga," katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah 'move on' yang diambil PKR dan DAP dalam isu pertindihan kerusi itu cara terbaik buat masa ini.

"Sepatutnya mereka perlu selesaikan lebih awal isu ini tapi sekarang sudah gagal...kalau nak tarik diri pun tak boleh. Tak apalah mungkin itu menunjukkan kelemahan pembangkang tapi kena fikirkan cara terbaik selepas ini jika tidak mereka akan dilihat tidak bersatu dan gagal," katanya.

Katanya, pembangkang perlu meneliti kembali dasar mereka bersatu namun masih berebut kerusi dan kuasa.

"Tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Semua bersalah. Ini bukan lagi isu satu parti yang buat kesalahan. Ini menunjukkan kegagalan peringkat kepimpinan tertinggi PKR untuk menyelesaikan isu ini.

"Kegagalan ini mungkin berpunca daripada tidak ada satu suara pemutus utama iaitu Pakatan Harapan yang akan memutuskan siapa bertanding setiap kerusi," katanya. -SH


PKR: Dakwaan Azmin langgar perjanjian DAP tidak tepat

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dakwaan timbalan presiden parti itu melanggar perjanjian dengan DAP berhubung pilihan raya negeri Sarawak adalah tidak tepat.

"Laporan Malaysiakini semalam mengenai timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa memungkiri perjanjian rundingan kerusi di Sarawak adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini semalam, melaporkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai mendakwa Azmin memungkiri janjinya.

"Pada 7 April, kedua-dua, Azmin dan saya menanda tangani perjanjian rundingan pengagihan kerusi.

"Beliau tidak sepatutnya memungkiri perjanjian itu, ia menampakkan kepada yang lain seolah-olah (anda) menelan kata-kata sendiri," Lim dipetik sebagai berkata.

Nurul Izzah, yang juga pengarah pilihanraya nasional PKR, berkata, ada beberapa fakta yang harus diperbetulkan.

"Azmin hanya menanda tangani senarai pada 7 April 2016 dan 'secara prinsipnya' seperti yang dilakukan oleh wakil DAP, menandakan ia belum dimuktamadkan.

"Selepas itu, ada mesyuarat lain dan rundingan selanjutnya berlangsung. Parti kemudiannya memberi kepercayaan kepada Azmin untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pimpinan negeri kita di Sarawak.

"Komunikasi selanjutnya berterusan dengan DAP sehingga malam sebelum hari penamaan calon, namun malangnya, tidak berjaya.

"Oleh itu, tidak sepatutnya ada rundingan lanjut tentang pemungkiran perjanjian seperti itu," jelas Nurul Izzah.
-mk


ULASAN GB

Sebolehnya, GB enggan campurtangan hal-hal parti orang lain, tetapi apabila ia "mengusik" Pakatan Harapan, mahu tidak mahu, kita terpaksa bersuara.

Daripada kronologi kemelut pertindihan kerusi yang berlaku diantara parti-parti komponen PH, jelas menunjukkan PKR sebenarnya yang bersalah. Kerana, sudah ada persetujuan di peringkat awal bahawa senarai pada 7 April 2016 telah dipersetujui 'secara prinsipnya'. Walaupun ia bukan muktamad, tetapi PKR TIDAK memberi kata muktamadnya sehingga ke malam terakhir sebelum penamaan calon. Bagaimana komponen PH yang lain boleh menerima sikap PKR tersebut?

DSAI menyatakan masih ada ruang untuk rundingan, tetapi ia tidak dimenafaatkan oleh PKR untuk melakukan rundingan dengan DAP. Yang ada hanyalah hujjah-hujjah dari kartel yang "recalcitrant" di dalam PKR yang mahu pertandingan 3 penjuru diteruskan.

Dengan maaf, WAWI kelihatan tidak bermaya, tidak mampu untuk merungkai kemelut yang berlaku. Malah di dalam banyak keadaan, beliau bersama dengan anaknya Nurul Izzah mempertahankan Azmin. Itu bukan cara yang betul untuk menjadi orang tengah.

Itu sebab mengapa, Dato Zaid Ibrahim menyarankan agar DAP meluapakan PKR, sebaliknya perkukuhkan hubungan dengan AMANAH. Walaupun dengan dua parti sahaja, ia lebih baik dari mempunyai rakan seperti PKR, yang menikam rakan dari belakang seperti yang dilakukan PAS terhadap Pakatan Rakyat.

Tidak mengapa, let bygones be bygones. Kita serahkan kepada hukum kebenaran dan keadilan berjalan. GB khuatir, rakyat Sarawak akan membenamkan PKR kali ini kerana umum melihat sememangnya PKR bersalah di dalam pertindihan kerusi di dalam PH.

Pertembungan PAS-PKR Pula Untungkan Siapa?

Posted: 01 May 2016 07:40 PM PDT

Pertembungan PKR-DAP kelebihan pada PAS – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU: Pertembungan sesama sekutu Pakatan Harapan, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka memberi kelebihan kepada PAS.

Keyakinan itu disuarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping sokongan rakyat pelbagai kaum kepada parti Islam itu sangat baik sebagai alternatif mewakili pembangkang untuk menolak Barisan Nasional (BN).


"(Adakah pertindihan kerusi antara PKR dan DAP akan beri kelebihan kepada PAS?) Kemungkinan ia membawa kesan lebih posifif kepada kita (PAS)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Abdul Hadi pada masa sama yakin bahawa PAS akan memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi pada pilihanraya tersebut.

"Sambutan dari masyarakat dari semua kalangan sangat baik, termasuk yang bukan Islam. (Memandangkan) Kita telah menampilkan calon dari pelbagai kalangan termasuk wanita dan bukan Islam walaupun jumlahnya 11 kerusi tetapi sudah cukup untuk memberi mesej pada penduduk Sarawak.

"Kita yakin daripada (11 kerusi) dua kerusi (kita akan menang) dan mungkin ada lagi tambahan yang lain, antaranya di kawasan yang melibatkan pertandingan bekas wakil rakyat DAP yang bertanding BEBAS melawan DAP," katanya menjawab jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti itu.

PKR dan DAP akan bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei ini apabila kedua-dua parti itu gagal mencapai kata putus bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Sementara itu, PAS pula akan meletakkan calon di 11 kerusi yang turut ditentang bekas sekutu mereka, PKR, DAP dan AMANAH, antaranya di kerusi Samalaju (PAS, DAP dan BN), Lambir (PAS, PKR dan BN), Pujut (PAS, DAP, BN dan BEBAS), Samariang (PAS, BN dan AMANAH), Muara Tuang (PAS, BN dan AMANAH), Sadong Jaya (PAS, BN, AMANAH dan BEBAS), Sebuyau (PAS, BN dan AMANAH), Beting Maro (PAS, BN dan AMANAH), Kakus (PAS, PKR dan BN), Jepak (PAS, PKR, BN dan BEBAS), Pantai Damai (PAS dan BN).

ULASAN GB

Akihrnya PAS memperlihatkan ia sebuah parti opportunistik apabila menyakan pertembungan PRK-DAP akan memberi kelebihan kepadanya. PAS tidak hiraukan kepentingan perpaduan di kalangan parti pembangkang.

Bererti PAS suka dengan situasi sedemikian supaya PAS dapat memungut laba hasil pertembungan PKR-DAP itu.

Di Selangor PAS bukan main ampu Azmin dan PKR untuk pertahankan status quonya mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP supaya tak hilang jawatan exco dan 5,000 jawatan lantikan politik di negeri itu.

Di Sarawak lain pula ceritanya, dia suka dan bertepuk tangan melihat PKR dan DAP berlaga.


Malah di tiga DUN, iaitu di Lambir, Kakus dan Jepak, PAS berlawan dengan PKR.

Jika PAS menyatakan pertembungan PKR-DAP beri kelebihan kepada PAS, sekarang pertembungan PAS-PKR di tiga DUN itu pula beri kelebihan kepada siapa jika bukan BN?

Setakat ini, alhamdulillah, hanya AMANAH sahaja yang tidak bertembung melawan mana-mana komponen parti Pakatan Harapan.

Comments (0)