Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:02 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Wah... Azmin Mahu PKR Bertanding Di Sungai Besar, PAS Di Kuala Kangsar

Posted: 19 May 2016 12:21 AM PDT

Letak jawatan exco jika PAS degil bertanding di Sungai Besar

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.


Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.

Perkara itu diputuskan kepimpinan tertinggi PAS pada mesyuarat tergempar di rumah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu lewat tengah malam semalam.

"Presiden kami berpegang kepada keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam PRK itu," kata akhbar harian berkenaan memetik sumber PAS Selangor berkenaan.

Hadi juga mengarahkan tiga exco iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak meletakkan jawatan tetapi sebaliknya bersedia untuk disingkirkan daripada kerajaan Selangor.

Dalam rundingan dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar, Azmin dikatakan memberi jaminannya beliau akan bercakap kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH, untuk tidak bertanding di PRK Kuala Kangsar bagi membolehkan PAS bertemu satu lawan satu dengan BN.

Azmin juga menjanjikan kerusi Parlimen Sabak Bernam akan diberi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang, selepas partinya tewas di situ pada 2013.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 15 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini. -FMT

ULASAN GB

Di Sungai Besar, Azmin mahu PKR bertanding. Alasannya PAS dan AMANAH hanya dapat sokongan Melayu.

Di Kuala Kangsar, Azmin mahu PAS bertanding. AMANAH dan PKR kena tarik diri.

Itu macamkah permainan Azmin. AMANAH lansung tak diberi peluang untuk bertanding di kedua-dau PRK itu.

Hello Presiden AMANAH! Tolong bersuara sikit. Tolong tegas sikit. Tolong hentikan permainan Azmin dan tolong teruskan mesyuarat PH yang ditangguhkan malam tadi angkara PKR. Konsesnsus AMANAH dan DAP memadai untuk memutuskan siapa yang sepatutnya bertanding mewakili PH di kedua-dua PRK berkenaan tanpa melibatkan PKR.

Jangan dilihat oleh rakyat dan peringkat akar umbi yang Presiden AMANAH tidak ada integriti dan maruah walaupun sudah ditipu berkali-kali oleh Azmin. Jangan jadikan alasan "politik matang" atau "politik budiman" untuk menangguhkan keputusan yang telah diputuskan oleh AMANAH Pusat supaya AMANAH bertanding di kedua-dua PRK berkenaan.




IKLAN BERBAYAR


Semakin Ramai Mahukan AMANAH Bertanding Di PRK Sg Besar & Kuala Kangsar

Posted: 18 May 2016 08:28 PM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima sokongan dari pelbagi pihak untuk bertanding di kedua-dua PRK, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Di dalam satu sidang media di Kapar hari ini, Jawatankuasa Perhubungan DAP bagi parlimen Kapar dan Shah Alam bersama-sama dengan pemimpin AMANAH telah mempersetujui dan memberi sokongan penuh agar AMANAH diberi mandat untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan mewakili Pakatan Harapan

Kelmarin, di dalam Pidato Mesra Bersama Pemimpin AMANAH di Sabak Bernam, ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu turut menyuarakan perkara yang sama dimana beliau menyatakan sokongan dan harapannya agar AMANAH akan dipilih sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


DAP melalui kenyataan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Parlimen berkenaan.

Manakala PAS pula telah mengumumkan akan bertanding dan kenyataan Presidennya hari ini menyebut "sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti itu memutuskan untuk bertanding."

PKR belum membuat sebarang pengumuman. Namun Timbalan Presidennya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sudah kelihatan "turun padang" dan beliau masih berdegil mahu berunding dengan PAS dan AMANAH agar pertandingan satu lawan satu dapat direalisasikan.

Untuk tujuan rekod, di dalam PRN Sarawak yang baru lalu, Azmin dilihat telah menghuru-harakan Pakatan Harapan sehingga akhirnya calon-calon Pakatan Harapan telah bertembung sesama sendiri yang akhirnya menyebabkan kebanyakan calon-calon Pakatan Harapan tewas di tangan Barisan Nasional.

Pakatan harapan sehingga saat ini belum bermesyuarat bagi memutuskan parti yang akan bertanding.

Naib Presiden AMANAH, Dato Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan AMANAH secara prinsipnya akan bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar meskipun pimpinan tertinggi Pakatan Harapan masih belum membuat sebarang keputusan.

"Secara prinsipnya, Amanah akan ada di mana-mana kerusi yang ditandingi Pas. Saya menjangkakan kita akan buat keputusan dan Pakatan Harapan akan umumkan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.

Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.

"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali beberapa hari lalu.

Sementara itu pihak akar umbi meminta Pakatan Harapan untuk menyegerakan mesyuarat bagi membuat keputusan dan meninggalkan parti komponen yang enggan hadir atau enggan memberi kerjasama supaya para petugas dapat menyusun gerak-kerja yang effisyien dan effektif bagi menghadapi PRK-PRK berkenaan.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -Greenboc



Comments (0)