Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:03 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Bersediakah Zuraida Desak PKR Lepaskan Kerusi DUN Bandar?

Posted: 17 May 2016 12:47 AM PDT

Pas ghairah rampas kerusi

SHAH ALAM - "Perkara biasa bagi penyandang sesebuah kerusi untuk mempertahankan hak mereka," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri.

Menurutnya, Hadi hanya mahu mempertahankan hak parti dan menjaga maruah dalam kalangan akar umbi dan pengundi mereka.


"Pas sebenarnya sekadar mengeluarkan komen awalan bagi menunjukkan minat dan keghairahan mereka untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar menjelang PRK nanti," katanya.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya berbincang untuk mencapai kata putus sebelum meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar.

"Objektif kita cuma satu iaitu menumbangkan BN dan perbincangan adalah cara terbaik sebelum membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, Pakatan Harapan dan Pas dapat duduk berbincang untuk mendapatkan persetujuan bagi memenuhi prinsip satu lawan satu di PRK Sungai Besar nanti.

"PRK Sungai Besar akan menjadi penanda aras pada PRU14 nanti sekiranya ada kesepakatan antara Pakatan Harapan dan Pas.

"Kalau ada perbincangan yang bawa kepada kata putus terbaik, kita tak ada masalah untuk berikan laluan," katanya. -SH


Isu kerusi Dun Bandar, PKR kata Pas mabuk

PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.

Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

"Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

"Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas," katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.

Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.

Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.

Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.
-MD


ULASAN GB

Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Ketua Wanita PKR menyatakan

"PRK Sungai Besar akan menjadi penanda aras pada PRU14 nanti sekiranya ada kesepakatan antara Pakatan Harapan dan Pas.

"Kalau ada perbincangan yang bawa kepada kata putus terbaik, kita tak ada masalah untuk berikan laluan,"

Maksud Zuraida, PKR tak ada masalah untuk beri laluan kepada PAS untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan jika perbincangan dengan PAS itu berjaya.

Soalnya di PRN Sarawak lalu, berjayakan PKR menjadi "orang tengah" berbincnag dengan PAS untuk mengelak pertindihan pencalonan? Jawapannya TIDAK BERKJAYA. Malah PAS turut menghantar calonnya dimana PKR bertanding iaitu di Kakus, Jepak, Lambir dan Pantai Damai.

Relevankah lagi untuk mengadakan perbincangan dengan parti yang suka tikam belakang itu?

Kedua, kini di Terengganu, PAS tuntut kerusi DUN Bandar.

ADUNnya, YB Azan Ismail menempelak tindakan PAS itu dan menyatakan kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan. Azan menyatakan jangan layan orang gila nanti jadi gila sama.

Kalau ikut formula Zuraida (salah seorang kartel Azmin Ali), elok jika adakan perbincangan dengan PAS.

Bolehkah Zuraida mewakili PKR menyatakan perkataan yang sama iaitu " kita tak ada masalah untuk berikan laluan kepada PAS" di kerusi Terengganu itu?


IKLAN BERBAYAR


Bila Presiden PAS Ke Iran, Kenapa Tak Tuduh Dia Syiah?

Posted: 16 May 2016 06:48 PM PDT

Adakah Presiden Pas diresapi Syiah? soal AJK Amanah Kedah

Ketika Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang dan Timbalannya Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menjadi sasaran para penyokong Pas kerana menghadiri Persidangan Persatuan Ulama Resistensi Sedunia di Beirut, Lubnan, 5 Mei lalu, kehadiran Presiden Pas dalam mesyuarat Majma' Taqrib Bainal Mazahib yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember tahun lalu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Kedah.


Menurut Ustaz Ridzwan Abu Bakar, jika kehadiran dua pemimpin Amanah dalam sidang ulama di Beirut itu dijadikan bukti kononnya mereka pengikut Syiah dan Amanah telah diresapi ajaran Syiah, adakah kehadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang ulama di Tehran membuktikan beliau menganut ajaran Syiah dan Pas telah diresapi Syiah?

"Dua tiga hari ini, ruang maya kita dipenuhi dengan persoalan kehadiran Penasihat Umum Amanah dan Timbalannya dalam satu pertemuan di Beirut, Lubnan yang turut dihadiri oleh agamawan Syiah dan pemuka Hizbullah," kata Ridzwan.

Menurut Ridzwan, tiga persoalan telah dikemukakan para penyokong Pas berhubung pertemuan itu:

1. Ini menjadi bukti Amanah telah diresapi Syiah.

2. 'Berdosa' hadir dalam pertemuan itu kerana turut dihadiri oleh agamawan Syiah.

3. 'Berdosa' hadir kerana (persidangan itu) dibiayai Iran (yang bermazhab Syiah).

Sehubungan itu, beliau menyiarkan dua foto kehadiran Abdul Hadi dalam Muktamar Taqrib Bainal Mazahib (persidangan pendekatan antara mazhab) pada bulan Disember 2015 di Tehran, Iran dan melontarkan tiga soalan berikut:

1. Penganjur muktamar tersebut adalah Iran, apakah tidak berdosa hadir pertemuan tersebut?

2. Apakah Pas juga diresapi Syiah kerana Presiden Pas hadir dalam muktamar tersebut?

3. Apakah 'tidak salah' Presiden Pas hadir di majlis yang sama dengan Mufti Syria (yang bekerja dengan Presiden Bashar al Asad)?

"Untuk 'pandangan' lanjut akan menyusul. Kita mula dulu dengan soalan.

"Saya sekadar bertanya untuk merangsang kita supaya berfikir dengan betul dan adil," ujar beliau di laman facebooknya. -MD


Abdul Hadi bersama Mufti Syria (Mufti Kerajaan Bashar al-Asad) dalam bengkel sempena Muktamar Pendekatan antara Mazhab di Tehran, Iran pada Disember 2015.



ULASAN GB

Demikianlah sikap PAS. Menuding sejari ke orang lain, tidak disedari empat jari menunjuk kearah dirinya sendiri.

Dah tak ada isu untuk menyerang AMANAH, maka kini ditimbulkan isu Syiah.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan PAS itu yang berfahaman Syiah. Suka menkafirkan orang, suka berdendam kesumat dan menganggap hanya mereka beragama Islam, orang lain tidak. Menggunakan taktik IS untuk menyerang mereka yang dianggap "musuh" termasuklah menyebarkan tohmahan dan fitnah.


IKLAN BERBAYAR


Comments (0)