Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:01 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] AMANAH Sedia Tanding PRK Sg Besar & K Kangsar, Akan Bawa Ke Msyrt PH

Posted: 15 May 2016 12:01 AM PDT

Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) pagi ini menyatakan bahawa parti itu akan mengemukakan calonnya untuk bertanding di kedua-dua pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Kenyataan itu diumumkan oleh Presiden AMANAH, Tn. Hj. Mohamad Sabu sebentar tadi di Wisma Amanah.

Mohamad Sabu hari ini juga menerima memo dari sebuah NGO, Otai reformasi, yang diantara lain mendesak supaya Pakatan Harapan (PH)diperkukuhkan dengan AMANAH bertanding di kedua-dua PRK berkenaan mewakili PH.


"Kuwujudan Amanah bukan pengganti malah menjadi lebih baik dari Pas dalam Pakatan yang ditukar menjadi Pakatan Harapan yang menjadi harapan kepada rakyat Malaysia," kata jurucakapnya kepada media di Wisma Amanah hari ini.

Mohamad Sabu menyatakan bahawa beliau akan membawa keputusan mesyuarat AMANAH Pusat dan juga hasrat NGO berkenaan bersama-sama dengan hujjah-hujjah AMANAH di mesyuarat Pakatan Harapan yang akan berlansung malam ini di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Di dalam perkembangan berkaitan, DAP semalam telah menyatakan pendiriannya bahawa parti itu tidak berminat untuk bertanding pada PRK berkenaan.

Setiausaha Agungnya. Guan Eng berkata segala keputusan akan dibuat selepas mesyuarat peringkat Majlis Presiden atau Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dijalankan.

Pas sebelum ini telah memutuskan akan bertanding di kedua-dua kerusi namun sedia berunding dengan PKR mengenainya.

"Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS dan oleh kerana itu, Pas telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua parlimen ini," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tokoh veteran DAP pula, Lim Kit Siang sebelum ini menyatakan bahawa beliau yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerajaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin.

Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka akan kalah.

"Kalau Amanah bertanding di PRK ini, semua parti dalam PH akan sama-sama kerja keras untuk pastikan kemenangan,"
katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -Greenboc




IKLAN BERBAYAR


Boikot PRK Jika PH Tak Tanding Mana-mana PRK

Posted: 14 May 2016 08:50 PM PDT

Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.

"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, Jumaat malam.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.

Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.

Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -MD


PRK: PAS kena guna petunjuk PRU 2004 bukan 2013

KUALA LUMPUR: PAS perlu menjadikan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) 2004 sebagai petunjuk kepada kekuatan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bukannya keputusan PRU lalu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, PAS bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, berbeza dengan keadaan sekarang di mana parti itu tidak lagi bergabung dengan DAP dan PKR.

"Keputusan PRU ke-13 bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS, kerana cerminan yang lebih tepat ialah PRU tahun 2004.

"Calon PAS dalam dua PRK ini tidak akan mendapat undi yang banyak berbanding pada PRU lalu, kerana PAS telah mengesampingkan segmen pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti komponen Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRU 2013, PAS hanya kalah tipis pada calon BN, dengan kekurangan 339 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Ia jauh berbeza pada PRU 2004, di mana PAS kalah dengan kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Justeru, beliau mengingatkan PAS agar mengambil kira perbezaan dua keputusan PRU tersebut jika ingin menang dalam dua PRK yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

"Ia lebih relevan berbanding angka-angka pada PRU 2008 dan 2013, dan harus diambil kira jika objektif utama adalah untuk mempertimbangkan cara terbaik bagi memenangi PRK ini dan terus memberi tekanan kepada Najib,"
kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Beliau turut memaklumkan, Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat keputusan berhubung kedua-dua PRK tersebut, terutama soal meletakkan calon.

Beberapa pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sebelum ini mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak bertanding di sana, memandangkan ia adalah kerusi tradisi PAS dan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.
-FMT


ULASAN GB

Suka atau tidak suka, terima atau tidak, realiti senario politik Malaysia ialah BN vs PH.

Blok lain selain darinya tidak ada apa-apa signifikannya.

Justeru itu kita perlu realitik di dalam membuat keputusan samada untuk menyertai dan menyokong mana-mana blok untuk sesuatu pilihanraya kecil atau umum

GB telah pun menerima maklumat bahawa pihak akar-umbi AMANAH yang mahukan AMANAH bertanding di kedua-dua PRK yang akan datang ini. Dan ini adalah realitik berdasarkan kepada kenyataan di atas tadi.

PAS perlu melihat, seperti kata pemimpin veteran DAP, Sdra Lim Kita Siang kepada keputusan PRU 11, bukan PRU13. Kerana semasa PRU13 PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kini PAS berada di luar PR, justeru adalah tidak logik untuk mengguna-pakai keputusan PRU13.

Jika melihat kepada keputusan PRU 2004 iaitu sebelum terbentuknya PR, ternyata PAS kalah dengan agak besar iaitu kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Jadi apabila wal-hasil balim asal, iaitu PAS tidak lagi bersama PR, maka kepututusan PRU2004 itulah yang sepatutnya menjadi panduan untuk PAS.

Berbalik kepada PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Beberapa kumpulan akar-umbi sudah pun membuat keputusan mendesak pimpinan PH untuk memberi laluan kepada AMANAH untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Namun kita tidak dapat menghalang Majlis presiden untuk membuat keputusan yang upset, iaitu hanya membiarkan PAS yang bertanding melawan BN. Jika berlaku keadaan demikian maka, ada saranan dari akar umbi AMANAH untuk "memboikot" PRK tempat yang PH tidak bertanding itu.

GB tertarik dengan satu komentar di blog ini yang kebetulan menyamai keputusan yang dibincangkan sesama blogger PH sebelum ini:

Amanah, DAP, PKR, semua duduk diam2 jgn keluar duit, jgn keluar berkempen Dan ahli& penyokong jgn keluar mengundi. Begitu juga ahli2 UMNO team B. Biar Penykong NaJib dan walaun (PAS) saja bertempur, kita lihat siapa yg kuat.



IKLAN BERBAYAR


Comments (0)