Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:15 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Tulisan Kata PH Mungkin Dibubarkan Adalah Karut & Fitnah

Posted: 11 May 2016 12:44 AM PDT

Pakatan Harapan Mungkin DiBubarkan - Bang Mat Salahkah PKR & DAP.

PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) masing2 tewas disemua kerusi yg ditandingi pada PRN Sarawak semalam.

PAN tewas dikesemua 13 kerusi yg ditandinginya. PAS pula tewas disemua kerusi 11 kerusi itu adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Kuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Benteng Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Namun PAS menerima lebih banyak undi berbanding PAN dalam pertembungan mereka di Sarawak khususnya Beting Maro.


Presiden PANtxx, Mat Sabu berkata, perebutan kerusi yg ditandingi oleh PKR dan DAP antara faktor yg menyebabkan Pakatan Harapan tewas di kebanyakan kerusi yg ditandingi oleh ketiga2 parti berkenaan.

Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini.

" Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak," tegas Mat Sabu

PRN Sarawak kali ini menyaksikan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri di enam kerusi DUN walaupun kononnya ketiga2 parti membawa nama Pakatan Harapan.

PKR menuduh DAP tamakkan kerusi manakala DAP mendakwa kerusi yg ditandingi terbabit wajar diberikan kepada parti itu kerana lebih sokongan ke atas DAP di kawasan terbabit.

Ketika ditanya, Mat Sabu mengatakan akan menilai semula pakatan harapan dan tidak mustahil akan dibubarkan. -siemen-melayumaju

ULASAN GB

Tersebar di media sosial sebuah entri di blog media pro-BN, kononnya Pakatan harapan (PH) bakal dibubarkan dan katanya, Presiden AMANAH menyalahkan PKR dan DAP.

Tulisan itu disebarkan secara meluas melalui dinding-dinding facebook kumpulan anti-PH termasuk pascai.

Itulah kerja mereka. Menulis fitnah, menulis perkara yang tidak ada kemudian menyebarkannya dengan harapan rakyat termakan dengan fitnahnya itu.

Digunakan gambar lama pimpinan AMANAH sedang membuat sidang media. Di dalam gambar itu ternyata ada wajah Pengerusi AMANAH Perak, Sdra Asmuni Awi sedang semua orang tahu Asmuni kini belum sihat seperti sedia kala dan masih menerima rawatan.

GB tak perlu untuk menghubungi pimpinan AMANAH untuk mengesahkan berita itu kerana sudah ternyata ia adalah pembohongan dan fitnah semata-mata.

GB yakin Mohammd Sabu tidak pun ditanya atau ditemuramah, tetapi sengaja direka untuk menyedapkan cerita khayalan mereka.

Agaknya budak-budak UMNO ni tak berimankah dengan menulis perkataan fitnah dan mencarut dan tak pernah baca Al-Quran?


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10




IKLAN BERBAYAR


Selepas Tragedi Semenyih & Sebuyau: Apa & Siapa Selepas Ini?

Posted: 10 May 2016 05:26 PM PDT

SRI AMAN 8 Mei – Seorang penduduk rumah panjang di Kampung Seduku di sini mendakwa melihat sebuah daripada empat helikopter yang melalui kampung tersebut pada Khamis lalu, dipanah petir.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mona Lipek, 40, memberitahu, dia sedang berehat di beranda rumahnya apabila melihat empat helikopter melintasi kawasan perkampungan mereka menuju ke arah Sebuyau.

Menurutnya, dia melihat helikopter keempat yang berada di belakang sekali tiba-tiba dipanah petir menyebabkan kelihatan tidak stabil.


"Disebabkan takut, saya terus masuk ke dalam rumah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

"Pada masa sama, cuaca yang ketika itu hujan bertukar menjadi ribut dan angin kencang menyebabkan bunyi helikopter itu tidak kedengaran lagi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, sebuah helikopter jenis AS350 yang disewa dari Filipina oleh syarikat Hornbill Skyways untuk kegunaan semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak, terhempas di Sebuyau semasa dalam perjalanan dari Betong ke Kuching

Lima penumpangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun terbunuh manakala juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas masih belum ditemukan. (Mayat Rudolf Rex Ragas telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi semalam di sekitar kawasan Triso, Sebuyau -GB)

Menurut Mona, jarak helikopter keempat dengan tiga pesawat lain di hadapannya kelihatan agak jauh semasa kejadian berlaku.

Seorang lagi penduduk, Gelang Kadir, 39, mendakwa beberapa pokok kelapa bergoyang manakala rumahnya terasa bergegar apabila sebuah helikopter terbang rendah melintasi perkampungan mereka kira-kira pukul 4.30 petang pada hari kejadian helikopter membawa rombongan kenamaan itu dilaporkan terhempas.

"Saya sedang memasak apabila terasa rumah bergegar dan bumbung pula seperti mahu tercabut. Apabila memandang ke luar tingkap, saya nampak sebuah helikopter terbang begitu rendah seperti mahu melakukan pendaratan cemas," dakwanya.

Tambahnya lagi, dia juga mendengar bunyi letupan tetapi tidak pasti sama ada datang dari helikopter itu atau bunyi petir.

Seorang nelayan, Arif Johari, 40, pula memberitahu, rakannya yang sedang bertukang juga mendakwa melihat sebuah helikopter terbang rendah menuju arah Sebuyau.

"Secara tiba-tiba helikopter itu hilang dari pandangan mungkin disebabkan keadaan hujan dan angin kencang pada masa itu," katanya. -UM

ULASAN GB

Pada petang kejadian itu, apa yang GB dapat ingat ialah sewaktu itu GB sedang bersiap untuk solat Asar. Tiba-tiba bunyi petir yang kuat dengan cuaca mendung. Tingkap cermin kaca rumah GB terasa bergegar beberapa saat.

Terdetik di dalam hati GB, perkhabaran apakah yang Allah hendak sampaikan ini?

Tak sangka pada sebelah malamnya ada mesej di Whatsapp menyatakan sebuah helikopter membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak. Tak sangka pula jarak begitu jauh, GB terdengar petir di Semenanjung, kejadian berlaku di Sarawak.

Dan GB pun membuat satu entri di blog ini dengan tajuk "[TERKINI] Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak" dengan beberapa kali pengemaskinian.

Kemudian GB teringat tentang begitu banyak kes kapalterbang dan helikopter terhempas atau hilang di zaman pemerintahan PM yang ada kini.

Dan yang paling hampir ialah tragedi Semenyih yang telah meragut nyawa 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.

Waktu itu GB telah memberi amaran dan amaran itu GB salin semula di dalam satu entri berasingan selepas kejadian tragedi di Sebuyau itu.

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu.

Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Dan apa yang GB jangka dan bimbangkan seperti yang GB tuliskan di atas berlaku lagi semalam!


Ajal maut memang di tangan Tuhan, namun kita perlu belajar dari kejadian-kejadian yang kerap menimpa itu. Masih enggankah untuk sedar atau mahu tunggu siapa lagi selepas ini? Kita tidaklah berdoa supaya kejadian itu berulang lagi, tetapi langkah untuk tidak bertaubat dan tidak berubah memang mengundang pengajaran yang lebih hebat lagi.



IKLAN BERBAYAR


Comments (0)