Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:20 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Isu Satu Logo Untuk Pakatan Harapan

Posted: 10 May 2016 12:28 AM PDT

Pasca PRN Sarawak: Gagasan satu logo dan kesatuan Pakatan Harapan Oleh AMMAR ATAN, Exco Pemuda Amanah Nasional dan Mantan Presiden PMUM

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke 11 merupakan simbolik kepada kepada kegagalan Pakatan Harapan yang gagal untuk menambah inti (isi) tetapi hanya mampu menambah polemik pergeseran dan politik seksi yang kerap dimainkan oleh pembangkang.

Tanpa menafikan bahawa BN juga memperuntukkan puluhan juta wang untuk memastikan kemenangan di tangan mereka dengan pelbagai strategi kotor dan juga kesan daripada persempadanan semula. Tetapi dalam masa yang sama, Pakatan Harapan perlu sedar bahawa mereka juga lemah kerana gagal mengatasi kelemahan mereka sendiri.


Kelemahan yang paling ketara ialah kegagalan untuk menghormati keputusan mesyuarat, prinsip agree to disagree perlu dihapuskan sepertimana yang digagaskan dalam Dokumen Konsensus Pakatan Harapan yang dilancarkan pada hujung tahun lepas di SACC Shah Alam.

Kegagalan mempamerkan kesatuan sehingga menyebabkan pertindihan kerusi dan kekalahan di kerusi pertindihan adalah strategi politik bodoh yang tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah koalasi politik.


Siapa yang rugi? Asasnya sudah pastinya rakyat, kerana atas kegagalan kita mengurus persepsi dan strategi, rakyat Sarawak terpaksa terus menderita lebih lama dibawah pemerintahan korup BN.

Analisis yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Awang Azman dari Universiti Malaya sewaktu ditemu bual di Agenda Awani Khas Sarawak, beliau mengatakan bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah di Sarawak adalah bukti bahwa rakyat Sarawak sedang berada dalam sindrom kekeliruan, khususnya dalam hal pertembungan kerusi pembangkang antara DAP dan PKR.

Sewaktu Konvensyen Majlis Presiden Pakatan Harapan yang lalu saya selaku anak muda yang mewakili parti Amanah mencadangkan dengan penuh semangat bahawa dalam jangka masa panjang Pakatan Harapan (PH) perlu bergerak atas satu logo dan satu bendera.

Supaya mesejnya jelas, inilah adalah Pakatan Harapan, bukannya PKR+Amanah+DAP secara literalnya dan dalam mana-mana pilihan raya PH perlu bergerak secara koalasi dan atas satu simbol.

Dalam jangka masa panjang saya percaya PH akan "better off" dari aspek kesatuan politiknya.

Timbalan Presiden PKR mengajak PAS untuk bersama dalam DAP, AMANAH & PKR.

Secara peribadi saya bersetuju atas usaha ini, namun secara prinsipnya, usaha ini seharusnya didahului dengan perbincangan lumat dalam Majlis Pakatan Harapan, soal ia diterima atau tidak ia soal yang ke 10, tetapi perlu menghormati parti-parti yang lain, lebih baik ia dibicarakan terlebih dahulu, sebelum diberikan secara terbuka bagai seorang lagak hero yang cuba mengganti hero yang terpenjara.

Konklusinya, sebagai sebuah koalasi yang matang yang telah menghadapi pelbagai pengalaman dan siri pilihan raya, seharusnya golongan senior politik di dalam parti perlu sedar bahawa kesatuan di antara pakatan adalah kunci utama kepada ketumbukan sesebuah koalasi, isi pembawaan serta imej koalasi tidak akan sempurna tanpa ada satu kesatuan yang jelas yang dapat dibuktikan kepada pengundi khususnya rakyat Malaysia.

Sekiranya kita gagal untuk menguruskan persepsi dan konflik kita, bagaimana kita mampu memimpin Malaysia?

Anologi mudah untuk rakyat menilai kita, "gagalnya kita menunjukkan kesatuan, selama-lamanya rakyat tidak akan percaya bahawa kita mampu memimpin Malaysia." -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Memang gagasan satu logo itu menjadi hasrat kita tetapi ia amat mengerikan buat UMNO BN. Lantas RoS tidak pernah meluluskan pendaftaran ketiga-tuga parti itu semenjak Pakatan Rakyat lagi. Pelbagai helah dilakukan sehingga pernah di satu ketika ditahun 2011, GB mencadangkan agar PR mengheret RoS ke mahkamah.


Tapi PR tidak mengambil inisiatif itu sehinggalah PR terbubar dengan tersingkirnya PAS dan PR digantikan Pakatan Harapan (PH).

Satu permohonan baharu perlu dikemukakan. Sekrateriat PH perlu mengorak langkah pro-aktif mengenainya.

Namun, Azmin pula jadi penghalangnya. Katanya:


Azmin berkata demikian kerana beliau mahu autonomi. Beliau tidak mahu terikat dengan PH. Beliau ingin memberi ruang kepada PAS yang berada di luar PH. Itu masalahnya bagi PH, dan pimpinan PKR sendiri seperti tidak berupaya untuk menyekat Azmin.

Seperti yang GB sudah ulas sebelum ini, kecelaruan dan huru-hara yang berlau di dalam PH di PRN Sarawak yang baru lalu adalah disebabkan Azmin. GB masih pertahankan dakwaan tersebut.

Kita tidak tahu sampai bila PH akan berlansung di dalam keadaan begini. Selagi ada duri dalam daging, nampaknya selagi itulah PH sukar membentuk satu pakatan yang ampuh dan kukuh bagi mengalahkan BN.


IKLAN BERBAYAR


PAS Pula Ajak PKR Sertai "PASIK"

Posted: 09 May 2016 06:14 PM PDT

PAS ajak PKR sertai blok politik ketiga

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.

Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain 'strategi melambat-lambatkan permainan' akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang," katanya kepada FMT hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.

Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.

Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.

Mengulas lanjut, Zuhdi menjelaskan parti itu masih mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menetapkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP telah terputus manakala hubungan dengan PKR masih terjalin.

"Berdasarkan pemantauan PPP terhadap kenyataan-kenyataan pimpinan PAS dan PKR didapati PAS tidak pernah meninggalkan PKR tetapi PKR yang kelihatan menjauhkan diri daripada PAS," katanya.

Mengulas saranan Azmin supaya PAS kembali bersama DAP dan PKR, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin pula berpendapat parti itu selesa dan komited dengan blok politik ketiga iaitu bersama IKATAN dan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kongres Rakyat.

"PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana parti asalkan parti tersebut menghormati dasar PAS dan ketetapan dalam perjanjian kerjasama," tegasnya. -FMT

ULASAN GB

Sekarang PKR boleh membuat pilihan. Sudah ada tawaran dari rakan karib kartel Azmin iaitu PAS supaya PKR sertai Blok PASIK.

Cadangan Azmin supaya PAS menyertai Pakatan Harapan, seperti yang dijangkakan, telah ditolakk mentah oleh PAS sebaliknya kini ada tawaran semula dari PAS, PKR menyertai mereka.

Demikianlah politik.

Seperti yang GB ulas sebelum ini, setelah Azmin berjaya menghuru-harakan Pakatan Harapan di dalam PRN Sarawak, apa sebenarnya muslihat Azmin mengajak PAS menyertai Pakatan Harapan sedangkan ia lansung tidak dibincangkan bersama rakan-rakan komponen PH sendiri?

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Jadi ada baiknya kartel Azmin berbincang dengan pimpinan PKR untuk menimbangkan secara mendalam ajakan PAS itu.


IKLAN BERBAYAR


Comments (0)