Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:14 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Berduyun Warga Beting Maro Hadir Program AMANAH

Posted: 30 Apr 2016 11:05 PM PDT

Malam tadi, warga Beting Maro berpusu-pusu menghadiri program "Beting Maro Bersama Selebriti" yang diadakan di Kampung Pusa Tengah.

Penampilan Wan Aishah Wan Ariffin, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, bersama-sama dengan Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak/Lawan) Pengerusi Amanah Sik di dalam program berkenaan berjaya memikat hati penduduk Beting Maro.

Rakyat berbilang bangsa, keturunan dan agama tidak melepaskan peluang untuk datang mendengar dan melihat kedua-dua selebriti berkenaan malah ada turut bersama-sama di dalam rancangan "Karaoke islamik" yang dianjurkan sempena kempen calon N29 Beting Maro, Sdra Hud Andri Zulkarnaen.

Aishah mendendangkan beberapa lagu diselang seli dengan kuiz hal-hal berkaitan Parti Amanah bersama hadirin.

Persembahan video sebelum majlis berkenaan juga menarik perhatian para hadirin yang datang dari segenap ceruk Beting Maro yang tercicir dari kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih di bawah pemerintahan dan pentadbiran Barisan Nasional di Sarawak.

Hud Andri akan mencabar penyandang Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan akan ditentang oleh calon PAS, Hamidah Mokhtar.

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi.

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.















Mej Zaidi Sertai DAP, Apa Yang Kalutnya?

Posted: 30 Apr 2016 03:15 PM PDT

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH

DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.


Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.

Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

'Ini adalah sebuah negara yang bebas'

Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.

Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.

Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.

ULASAN GB

1) Adalah hak mana-mana ahli parti untuk menyertai mana-mana parti lain yang dikehendakinya. AMANAH takkan tuduh Mejar Zaidi sebagai pengkhianat sepertimana tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap ahli-ahli PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH. Yang peliknya, kemasukan Zaidi ke dalam DAP dibisingkan sangat oleh PAS, bukan AMANAH. :-)

2) Di dalam kenyataan DAP hari ini, 8 orang Melayu yang menyertai DAP. 1 dari AMANAH, 2 daripada PAS, 5 yang lain tak disebut dari parti apa, mungkin tidak berparti. Tetapi yang lebih dicanangkan oleh macai PAS ialah seorang dari AMANAH itu, iaitu Zaidi, manakala yang 2 dari PAS tak pula dihebohkan.

3) Kenyataan Zaidi dipuji. Katanya: "Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan."

4) Almarhum TGNA sendiri pernah menyatakan bahawa "langkah (penyertaan Melayu ke dalam DAP) itu bukanlah satu ancaman kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan."


5) Prinsip AMANAH jelas, kita suruh orang istiqamah dengan Islam bukan dengan "parti" atau "pemimpin". Hal ini telah disampaikan oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara Ustaz Ahmad Awang. "Kalau sesiapa dah masuk AMANAH, kemudian nak u-turn ker, about turn ker, kita tak kata dia jadi kafir, kita tak kata darah dia halal...," tambahnya.

Comments (0)