Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FGV beli kondominium The Troika ?

Posted: 20 May 2016 12:10 AM PDT

NGO antirasuah mahu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjelaskan spekulasi pembelian beberapa unit kondominium mewah ketika saham syarikat berkaitan kerajaan itu sedang menjunam.
Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), Rafizi Ramli berkata, semua pihak tahu bahawa saham-saham FGV tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan.
"Sebenarnya, saham FGV menunjukkan prestasi buruk sejak ia mula disenaraikan pada 2012," kata ahli parlimen Pandan itu semasa sidang akhbar di ibu pejabat NOW.
Memetik harga saham FGV, Rafizi mempersoalkan pergerakan harga saham itu antara RM5 dan RM1.70 dari tahun 2012 sehingga 2016.

Hari ini, harga saham FGV berada pada tahap RM1.39.
Ini, katanya, menimbulkan kebimbangan kerana 58 peratus saham FGV dimiliki oleh pelabur awam.
Keraguan Rafizi yang juga naib presiden PKR itu bersandarkan dakwaan perjanjian jual beli untuk dua unit kondominium The Troika yang terletak di Lorong Binjai, bersebelahan taman KLCC.
Unit pertama dibeli pada harga RM5.1 juta, manakala satu lagi pada RM3.2 juta.
Kesemua sekali, FGV membeli hartanah tersebut dari penjual warga asing pada harga RM8.43 juta pada 29 September 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif FGV menanda tangani dokumen perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, dalam penyata kewangan terkini FGV, bertarikh 31 Disember 2015, menunjukkan FGV tidak menerima sebarang pendapatan sewa dari hartanah terbabit.
Barisan kepimpinan baru FGV, oleh itu, harus menerangkan keperluan syarikat untuk membeli dua unit hartanah, kata Rafizi.
"Mereka juga perlu mengesahkan sama ada dua unit itu masih dimiliki oleh FGV," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi FGV dan sedang menunggu maklum balas dari firma itu.


Comments (0)