Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


WAJARKAH PENEROKA FELDA DIPAKSA MEMBELI MENARA ENCORP?

Posted: 17 May 2016 06:51 AM PDT



Cadangan pembelian Menara Encorp melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) melibatkan transaksi dipercayai bernilai hampir RM30 juta dilihat sebagai satu lagi usaha 'bailout' untuk menyelamatkan kewangan syarikat korporat tersebut.

Apakah ini satu lagi penyalahgunaan dana koperasi terbesar orang Melayu itu untuk mengulangi tindakan sebagaimana oleh Felda Global Venture (FGV) yang terdahulu sebelum ini digunakan bagi menyelamatkan syarikat milik bekas seorang Menteri?

Apatah lagi di saat pendapatan FGV dilaporkan menyusut teruk bagi kewangan berakhir 31 Disember 2015 di mana untung sebelum cukai jatuh kepada RM359.93 juta berbanding RM957.64 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pembelian tersebut seakan menjadi cubaan mengheret KPF untuk menyelesaikan masalah kewangan Encorp, lebih-lebih lagi harga semasa FGV mengambil alih menara itu adalah sekitar RM18.7 juta beberapa tahun lalu.

Jika transaksi tersebut berlaku, ini bakal memberi tamparan hebat kepada para pelabur dan pemegang saham KPF yang 80 peratus terdiri daripada para peneroka Felda, selain dikesali kerana wujud dakwaan dalaman bahawa pembeliannya dilakukan atas paksaan individu tertentu peneraju FGV.

Wujud pertikaian berhubung proses pembelian yang dikatakan tidak melalui pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah KPF, serta tidak terdapat desakan untuk KPF membuat pelaburan bagi memiliki bangunan yang terletak di Kota Damansara itu. Tentulah lebih mencurigakan apabila dibeli dengan harga tinggi dari nilaian semasa.

Perkembangan ini sememangnya mengejutkan kerana KPF pernah menguasai Felda Holdings dengan pemilikan 51 peratus saham dan menjadi koperasi terbaik di Malaysia sejak beberapa tahun sebelum disingkirkan.

FGV kemudian mengambil alih kedudukan KPF dengan membeli kepentingan 51 peratus saham KPF dalam Felda dengan nilaian hanya RM2.2 bilion pada tahun 2012. KPF pula terpaksa membuat pelaburan dalam FGV dengan jumlah tertentu ketika FGV juga memiliki hampir 40,000 ekar ladang sawit di Samarahan, Sarawak untuk mencari sumber baharu.

Sehubungan itu KPF perlu menjelaskan secara terperinci berhubung cadangan pembelian ini agar ianya tidak menjadi mangsa yang dipergunakan untuk menyelamatkan kepentingan lain.

NARAZA MUDA
Pengerusi
Hal Ehwal Felda PAS Pusat
17 Mei 2016

Comments (0)