Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:02 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


"KFA YANG TAWARKAN TANAH PADA ALIFF SYUKRI"?

Posted: 08 May 2016 09:00 PM PDT

Kita sama "slim", sama pakai "spec" la bro.. we are muslim brothers...
Masih ada lagi yang tak puas hati? Kali ni bab kononnya "KFA yang tawarkan tanah pada Datuk Aliff Syukri". Sebab tu proposal tu ada masukkan pasai agenda tanah tu dalam agreement.. itu yang depa kata kat Facebook...

Secara peribadi, saya salute Datuk Aliff Syukri dengan kejayaannya.. Dia betul berjaya. Marketingnya memang superb dan saya turut bangga dengan dia sebagai anak Melayu yang berjaya... 

Tulisan saya sebelum ni tentang isu tajaan DHerbs ni pun bukan bermotif untuk hentam atau perburuk Datuk Aliff.. tapi lebih menjurus kepada penyelesaian masalah yang berlaku.. Maka sebab tu saya ada tulis "mungkin Datuk Aliff dan KFA dah kena main"...

Berbalik pada dakwaan "KFA yang tawarkan tanah pada Datuk Aliff Syukri" tu, saya tahu kenyataan tu dibuat oleh Datuk Aliff sendiri. Saya dua kali repeat tengok PC yang Datuk Aliff buat tu.. Dan sebab kenyataan tu keluar dari mulut Datuk Aliff, maka sebab tu saya juga ada sebut that "he might be misleaded by somebody"... Tau maksud "misleaded"?

Saya dah tanya sumber dalaman sendiri. Disahkan KFA TAK PERNAH OFFER TANAH PADA DHERBS UNTUK DIBANGUNKAN. Bukan sekali saya tanya, tapi berkali-kali. Saya ulang tanya sebab saya nak kepastian dan pengesahan.

Sumber saya kata, memang ada pihak Datuk Aliff dok sebut pasal projek pembangunan tu. Tapi perkara tu tak dibincang untuk dimasukkan dalam proposal agreement taja KFA. Katanya, perkara tu disebut di luar konteks proposal taja KFA saja.. 

Maksudnya, mungkin lepas settle bab tajaan KFA tu, maybe DHerbs boleh jalin usahasama dengan Kerajaan Negeri tentang apa-apa projek pembangunan. 

Jadi saya nak soal, siapa yang pandai-pandai offer tanah di Bandar Sejahtera tu pada Datuk Aliff, TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUAN KFA? Saya tak minta dijawab soalan tu secara terbuka. Tapi Datuk Aliff boleh cuba tanya perkara tu pada KFA sendiri, SECARA DIRECT TANPA ORANG TENGAH...

Terbaru, saya dapat tahu pihak tertentu ada hubungi pihak KFA menerusi "text", dipercayai cuba nak ajak jumpa balik untuk bincangkan tentang isu tajaan ni.. 

Pandangan saya secara peribadi, jika benar pihak Datuk Aliff berhajat sangat nak MELABUR dan MEMBANGUNKAN SOSIO-EKONOMI KEDAH, maka dia boleh direct jumpa dengan KERAJAAN NEGERI... tapi saya ingatkan sekali lagi, TANPA ORANG TENGAH..

Saya bukan apa... saya tak mau Datuk Aliff "misleaded again". Mungkin Datuk Aliff minat nak invest di Kedah. Tapi gunakan cara yang lebih transparent, bawa proposal, bincang stage by stage dan kalau dah tandatangan agreement, baru buat sidang media... 

Kalau nak taja jugak pasukan Kedah tu, mungkin Datuk Aliff boleh pi jumpa dengan CEO Sada, atau CEO PKNK (sebut betul-betul Datuk Aliff.. PKNK..) dan tanya depa macamana cara dan kaedahnya depa taja pasukan Lang Merah selama ni... Kalau nak lebih mantap, boleh tanya Standard Chartered, Chevrolet, Samsung dan penaja-penaja kelab bola sepak dunia yang lain...

Saya hormat Datuk Aliff Syukri dan saya minta jangan sesiapa pun kutuk dia.. Setiap orang tu ada kelemahan dan kelebihan... Kalau terlajak sekali pun, saya yakin pada konsep Islam tentang "memohon maaf dan memaafkan" orang...

Cuma saya mohon pada Datuk Aliff... kalau betul ikhlas dan berminat, janganlah guna orang tengah, ejen, consultant, wakil dan sebagainya untuk nego... keliru jahanam habis nanti kalau depa "mislead" Datuk nanti... 

So Datuk Aliff.. Chill brader... Teruskan "terlajak" ke arah yang lebih positif... 

Comments (0)