Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


ISU KFA TOLAK TAJAAN: "USAHASAMA" DAN " KFA OFFER TANAH"...

Posted: 08 May 2016 03:39 AM PDT


Nampaknya ada yang tak puas hati bila saya berikan pandangan saya berhubung isu Datuk Aliff Syukri VS KFA yang kemudiannya menjadikan Tok Bashah sebagai "mangsa" keadaan.. 

Saya faham, mempertahan seorang MB yang ditabur persepsi negatif mungkin dianggap tak popular dan menongkah arus persepsi sesetengah pihak yang kurang mengerti... Mungkin sebab tak baca sampai habis dan tak faham apa yang cuba disampaikan.. tapi cepat buat kesimpulan sendiri..

Ada yang bangkitkan tentang isu projek pembangunan "usahasama" dan isu "tanah".. dua perkara yang saya dah tulis, tapi mungkin ada yang kurang jelas, tak faham atau buat-buat tak faham... Saya jelaskan sekali lagi pasal dua isu tu...


Saya dah cakap dah sebelum ni tentang "USAHASAMA" tu... bila sebut bab projek yang tidak membabitkan soal bola sepak dan bidang kuasa KFA, maka ia tidak tepat untuk dicadangkan dalam TAJAAN dari pihak Datuk Aliff.. 

Maksudnya, sama ada projek pembangunan Bandar D'Herbs tu atau mana-mana projek sekali pun, maka ia sepatutnya dicadangkan kepada Kerajaan Negeri... bukan KFA. Yang uruskan projek-projek pembangunan ekonomi dan sebagainya adalah Kerajaan Negeri, bukan KFA...

Seumur hidup saya, tak pernah dengar lagi persatuan bola sepak negeri luluskan projek pembangunan yang berada di luar bidang kuasa depa.. Contohnya, projek Aman Central dulu diluluskan Kerajaan Negeri, bukan KFA.. 

KFA contohnya, mungkin boleh luluskan projek skrin LED yang tunjuk score perlawanan...depa tak luluskan projek pembangunan ekonomi macam di KTPC, Rubber City, UTC, Kampus KUIN, KXP atau sesuatu yang berada di luar bidang kuasa.. orang belajar pentadbiran di universiti tahu prosedur ni... 

Betul Datuk Aliff kata projek tu "usahasama".. tapi ia usahasama dengan Kerajaan Negeri Kedah... bukan KFA.. Bendau tu di luar bidang kuasa depa...Jadi, tak heran la kalau KFA tolak syarat tu atau buat keputusan tolak proposal tu...

Dah jelas ke isu "USAHASAMA" tu? Saya nak cerita bab "tanah" tu pulak...Bila sebut bab "tanah" ni.. saya rasa ada yang "terkena" nanti.. "back fire" maksud saya... Dah faham bab "usahasama" kat atas, maka ia akan berkait dengan isu "tanah" ni jugak...

Ada orang kat Facebook kata "konon"nya KFA sendiri yang offer tanah tu kat Datuk Aliff... betoi ke fakta tu? Atau itu hanya "misleading" pihak tertentu? Saya yakin Datuk Aliff sendiri telah di "misleading" oleh pihak berkenaan...

Sebab tu dalam tulisan saya sebelum ni saya ada sebut mungkin Datuk Aliff sendiri dah "kena main".. Sebab apa? Sebab setahu saya, KFA MEMANG TAK TAHU APA-APA pasai "offer tanah" tu... Dan tak pernah offer apa-apa...

Jadi, jika benar Datuk Aliff kata KFA yang offer tanah tu kat dia, maka saya nak tanya siapa yang offer tu? Siapa? Consultant? Ejen? Ada surat lantikan? Jika ada surat. boleh tunjuk "klausa" lantikan tu tak?

Macamana so called "wakil", "consultant" atau "ejen" boleh buat offer tentang sesuatu yang bukan bidang kuasa dan tak diberitahu KFA akan terkandung dalam syarat tajaan? Pandai-pandai buat offer sendiri ke?

Kalau betul Tok Bashah sendiri buat offer tu atas kapasiti MB Kedah, saya cabar pihak Datuk Aliff saman KFA. Tengok boleh menang atau tak boleh menang saman tu... Kenapa saya berani cabar saman KFA? Sebab saya yakin saman tu tak boleh menang.. Orang belajar undang-undang tahu hal ni...

Pandai-pandai pulak offer yang bukan-bukan "on behalf KFA? Padahal yang di offer tu takdak kena mengena pun dengan KFA... Sebab tu saya mintak semua pihak faham tentang perkataan "PELABURAN" dan "TAJAAN"... dua perkara yang berbeza termanya...

Saya rasa cukup kot penjelasan kali ni.. kalau tak faham jugak, itu bukan masalah saya lagi dah sebab ramai lagi yang dah faham tulisan saya sebelum ni... 

Cuma saya perlukan sedikit masa lagi untuk dapatkan butiran terperinci 49 syarat dari pihak Datuk Aliff tu... khabarnya, proposal agreement tu pun bukan Datuk Aliff yang buat sendiri.. khabarnya ada pihak lain pulak yang buat...

Kalau dapat butiran tu, mungkin ada yang dapat RM100 juta... boleh la taja Kedah lepas ni "tanpa syarat"... heh!

Comments (0)