Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:03 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


WARKAH TERBUKA BUAT DATUK ALIFF SYUKRI...Part I

Posted: 07 May 2016 03:15 AM PDT


Hampir sejam semalam saya tengok sidang media Datuk Aliff Syukri... Nak gelak pun ada... kesian pun ada.. nak tergelak sebab tengok gelagat dia.. kesian sebab rasa macam dia "lost" dalam permainan emosi dia sendiri...

Menonton Aliff semalam, saya tak kisah sangat dengan gelagat dia tu.. dah selalu tengok kat TV dah acting dia tu.. ditambah pulak dengan iklan senonoh dan "kurang senonoh" dia kat merata cerok.. saya dapat la simpulkan sikit-sikit dia ni ahli perniagaan yang jenis apa...

By the way, saya rasa pelik dengan beberapa point "panas" dalam PC yang Datuk Aliff buat semalam...


Kecoh betul dia cakap pasal isu TANAH tu.. saya tertanya-tanya.. apa kena mengena isu TANAH dengan tajaan Aliff Syukri untuk KFA? KFA ada banyak tanah ke Kedah ni? Kat area mana tanah yang Aliff maksudkan tu?

Saya nak tanya, Aliff tau tak perbezaan antara TAJAAN dan PELABURAN? 

Kalau PELABURAN, memang betul la Kedah ni sedia dengar "proposal" (cadangan) dari mana-mana pihak pun untuk bangunkan Kedah.. Banyak syarikat luar yang datang ke Kedah bawak proposal, termasuk yang tawarkan pelaburan secara usahasama.. 

Peniaga yang datang bawak proposal tu memang ada pengalaman buat development.. dari oversea pun ada.. depa pun kaya jugak macam Datuk Aliff... ada yang lebih kaya dari Datuk Aliff pun.. Tapi ada yang diterima, dan ada yang terpaksa ditolak... diterima atau ditolak, dah tentu ada sebab...

TAJAAN pulak, pada pandangan saya la... ia lebih kurang yang macam PKNK, Sada, Kedah Discover etc buat tu.. Kat negeri lain pun ada tajaan macam tu.. Takde la over-over nak itu nak ini.. 

Bila TAJAAN tu macam di Kelantan.. maka macam-macam la yang berlaku.. kalau perkara yang berlaku tu untungkan KFA, pemain dan pembangunan bola sepak, tak pe la.. tapi kalau sampai effect persatuan, players dan pengurusan bola sepak macam yang berlaku kat Kelantan tu.. rasanya tak payah laaa....

Lagi pun, kalau ikut strategi pemasaran... apa yang berlaku pada The Red Warriors tu hanya untungkan Qu Puteh je.. dia dapat publisiti, tapi bila TRW tak perform, dia boleh pulak ugut tarik balik TAJAAN? 

Pada saya, kalau betul nak bantu pembangunan bola sepak, cuba contohi Chevrolet, Vodaphone, Standard Charted, SADA, PKNK dan sebagainya.. Depa tak pernah ugut pun nak tarik balik tajaan.. kalau tak mau taja pun, depa akan tunggu hingga tempoh kontrak selesai dan tak teruskan...

Apa yang Datuk Alif buat dalam PC semalam tu rasanya dah kelirukan keadaan... Saya nak beritahu Datuk Aliff.. PENTADBIRAN KERAJAAN dan PERNIAGAAN SYARIKAT SWASTA adalah perkara yang sangat BERBEZA.. Kerajaan perlu jaga kebajikan rakyat dan syarikat yang jalankan perniagaan adalah profit oreinted.. 

Jadi, jangan la terasa hati atau sentap kalau Tok Bashah cakap beliau hanya jaga kepentingan dan hak rakyat negeri Kedah saja... Datuk Aliff, money is not everything.. Sejarah kami pernah lihat Pulau Pinang "hilang" akibat "tajaan perang"... kami tak mau la pisang berbuah dua kali...

Datuk nak buat Bandar D'Herbs? Bawa proposal tu ke Kerajaan Negeri, bukan KFA..! Tak payah la nak dapatkan publisiti dari kontroversi pihak "tertentu" yang sejarahnya "memang gagal" secara "lumat" dan menyusahkan Kerajaan Negeri Kedah... "Tahana" yang depa buat tu terpaksa Kerajaan Negeri jawab pada rakyat Kedah sampai sekarang.. Datuk Aliff tahu ke background depa tu?

Datuk Aliff.. jangan ingat bila buat PC sambil jerit-jerit macam tu boleh pengaruhi saya dan orang Kedah... Tak perlu pun nak salahkan Tok Bashah, KFA atau mana-mana pihak...lagipun memang saya yakin memang ada yang "TAK KENA" dalam agreement dengan KFA tu...

Semalam, lepas fikir panjang, saya fikir Datuk Aliff ni macam dah "kena main" dengan pihak tertentu.. Mungkin depa nak kaya cepat dan nampak peluang untuk perbodoh Datuk dan KFA.. mangsa yang teruk dikecam ialah Tok Bashah.. Naya je Tok Bashah kena... 

Datuk Aliff.. saya sarankan pada Datuk supaya calm yourself... Mungkin Datuk jenis yang susah nak calm down.. tapi cuba tenangkan diri tu... banyak buat homework dan selidik secara menyeluruh supaya tak kena "main" macam tu lagi...

Saya sebenarnya belum lagi dapat teliti "cadangan" atau "proposal" agreement yang pihak Datuk sediakan tu.. setahu saya, ada 3 kali pertemuan (meeting) dengan KFA dan dah tentu ada "stage" butiran yang dibincang... 

So far, saya hanya dapat "muka depan" proposal agreement tu saja... maybe kalau Datuk Aliff asyik nak mengamuk macam tu, mungkin KFA sendiri tak teragak-agak dedahkan kandungan sebenar 49 syarat "pelik" yang depa dok heboh tu...

InsyaAllah, jika saya dapat teliti proposal tu nanti, saya akan ulas... Datuk Aliff Syukri jangan risau.. saya jenis FAIR & SQUARE.. saya dengar dan teliti fakta dari kedua belah pihak... Kita cuba jernihkan keadaan demi KFA, bola sepak Kedah dan imej Datuk Aliff sendiri sebagai ahli perniagaan... 

Relaks Datuk.. InsyaAllah kalau Datuk datang ke Kedah, kita jumpa kalau ada kesempatan dan diziinkan Allah nanti...

Comments (0)