Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:16 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


APA CERITA DATUK MAHFUZ? TETIBA JA "SAYA TAK WAKILI PAS"???

Posted: 25 May 2016 05:45 AM PDT


Hahahahaaaaa.. gelak saya baca cerita ni...  Tetiba ja dia buat statement.. Awat Datuk? Datuk takut orang kata Datuk nak masuk PAN kaaa..? Heh!

Saya rasa, saya tak perlu ulas panjang hal ni... orang PAS kat Kedah, khususnya kat Pokok Sena lebih tau... apa? "Harumanih"? Ishhh... jangan kata lagu tu kat Datuk... tak baik tauuuu...

Sorry Datuk.. depa memang suka ngusik Datuk... hahahahaaaa.. cuma saya ada sikit kemusykilan Datuk...


Awat Datuk suka pakai baju kaler oren? Banyak baju kaler oren ke Datuk? Atau oren ni memang kaler kegemaran Datuk? Heh!

Saja ja nak tanya Datuk.. tak payah buat sidang akhbar untuk jawab soalan saya tu...

Saya ni bukan apa Datuk.. Depa dok riuh kat bawah kata Datuk macam tu..Datuk macam ni... saya malas nak percaya sangat... maklum laaa... depa tu memang suka bergurau... 

Tapi soalan tu memang depa suruh tanya Datuk la... harap Datuk jangan terasa nooooooo.. heh!

TERINGIN SANGAT TENGOK TUKAQ KERAJAAN?

Posted: 24 May 2016 09:26 PM PDT


Saya akui, beberapa rakan dan pembaca kat blog ni marah-marah dan tak puas hati bila saya menulis di entry ni... Macam biasa, sapa yang tak setuju dengan Tun M dan mempertahankan institusi Presiden parti dah tentu dituduh sebagai pemakan dedak, jilat, macai dan sebagainya...

Biasa laaaa.. dalam dunia ni ada yang mampu berfikiran terbuka dan rasional, tapi ada juga yang berfikiran jumud, tertutup, tak matang dan cepat buat persepsi sendiri... Saya tak kisah.. dah mangli dah dengan tuduhan macam tu.. yang penting, Allah tahu perjuangan saya dan redha atasnya...

Saya tak kisah pun kalau ada yang tak setuju dengan saya.. Saya tak kecam pun kalau ada yang tak sependapat dengan saya... itu hak masing-masing dan saya hormati pendirian tu...


Saya pernah alami betapa peritnya nak berjuang nak rampas balik negeri Kedah dari PAS sebelum ni.. 5 tahun bukan singkat.. setakat maki hamun, ugut, cubaan "memancing" dan banyak lagi saya dah terima... tapi saya tetap saya, cuba menabur bakti pada parti...walau ada pihak tak suka...

Pada awal saya serta UMNO dulu, saya bertanya pada diri saya..."Apa yang boleh saya sumbangkan untuk perjuangan UMNO?". Maka secara rasmi atau tidak, selaku ahli UMNO, saya tetap cuba menyumbang dengan cara yang saya fikir wajar.. 

Mungkin ada la salah dan silap cara saya sebelum ni...saya dengan rendah hati minta maaf... Tapi, insyaAllah, saya akan perbaiki cara tu dari masa ke masa... cuma saya berdoa pada Allah supaya diberikan kekuataan untuk terus membantu parti...

Saya tak nafikan, ada persepsi buruk terhadap Presiden UMNO sekarang, termasuk Pengerusi UMNO Kedah, Tok Bashah. Bila imej depa terjejas, tidak dinafikan imej UMNO juga terjejas di mata rakyat...

Ada orang kata kat saya, kalau macam tu maka kita perlu tukar Presiden dan Presiden yang baru akan tukar Pengerusi UMNO Kedah nanti.. katanya dengan cara tu maka imej UMNO akan berjaya dipulihkan...

Saya tak setuju dengan pandangan tu sebenarnya. Sebab? Sebabnya, yang burukkan Presiden UMNO dan Tok Bashah sekarang ni bukan pembangkang saja, tapi orang dalam UMNO sendiri yang buat begitu...Kalau fakta tu sahih dan tepat, takpa la jugak. Tapi kalau sekadar persepsi dari laporan bohong dari SR... maka saya tak setujulah...

Saya boleh faham kalau yang burukkan Presiden tu dari kalangan pembangkang... tu memang kerja depa...tapi kalau orang kita sendiri, kenapa depa buat lagu tu? Pernah tengok "politik" bersaing nak jadi Ketua UMNO Bahagian? Lebih kurang macam tu la keadaannya...

Saya diajar di zaman Tun M untuk yakin pada sumber rasmi sahaja. Cuba bukak kamus atau google cari definisi "RASMI" dan apa yang dimaksudkan dengan "TAK RASMI". Saya juga cari maklumat yang paling sahih dari pelbagai sumber untuk saya nilai sendiri dengan akal yang rasional... 

Saya tegaskan kat sini, bukan senang saya untuk terpengaruh.. Saya tak mudah terpengaruh walaupun pada Najib mahupun Tun M. Masa Tun M dulu, banyak jugak yang saya tak setuju. Contoh kes Memali dan hudud.. saya tak setuju cara Tun M selesai masalah Memali dan hudud dulu...tapi saya tak cakaplah time tu sebab saya hormati keputusan secara berjemaah dan setia pada pemimpin...

Itu cara saya, kalau tak mau buat cara saya pun tak kisah...buka saya paksa pun... Maka setelah itu maka barulah saya buat keputusan dan pendirian sendiri... kenapa saya pilih cara tu? Sebab sekarang ni akhir zaman.. banyak sangat persepsi dan fitnah berlaku kata Rasulullah SAW....terutama dari kuffar barat...

Nak belot dan pastikan BN kalah pada PRU 14 ni di peringkat Pusat dan negeri Kedah? Terserahlah.. itu hak dan pilihan masing-masing.. Kalau nak sangat BN kalah dan rasa teringin sangat diperintah DAP dan pembangkang lain, maka itu pendirian masing-masing...

Macam saya katakan kat atas, saya pernah rasa "azab" tengok Kedah dok bawah PAS dulu.. dan bukan senang nak rampas balik Kedah time tu sebab arwah Ustaz Azizan memang seorang MB yang bagus.. Tapi bila Tok Bashah berjaya satukan UMNO yang berpecah belah kat Kedah dan PAS pulak dilanda problem besar time tu, maka Allah kembalikan kuasa pada UMNO-BN pada PRU 13...

Kalau Pakatan Harapan menang pada PRU 14, maybe ramai yang fikir PKR atau PAN yang akan jadi PM.. Maybe betul. Tapi kalau PKR atau PAN jadi PM, agaknya siapa sebenarnya yang "memerintah"? Contoh dah jelas depan mata.. cuba tengok Selangor dan Pulau Pinang... heh!

Saya yakin, banyak rahsia Anwar dalam tangan DAP.. mendiang Karpal Singh dulu kata dia ada banyak bukti pasal Anwar.. tapi sampai sekarang bukti-bukti tu tak keluar.. Pasai apa depa simpan bukti-bukti kukuh tu? Cuba fikir... Heh!

Cuba tengok Selangor.. Azmin "bebas" memerintah? Heh! Jangan tipu diri sendiri.. tengok gaya pun dah tau.. Masa Pakatan Rakyat hidup dulu, PKR condong ke arah sapa? DAP atau PAS? Sendiri fikirrrrr...

Jadi, kalau masih rasa nak Pakatan Harapan tu memerintah Malaysia, saya tak boleh halang. Silakan.. Saya pun nak tengok juga sapa-sapa yang menyesal tak habis nanti... Time tu, maybe ada yang akan rasa apa yang kami dah rasa kat Kedah sebelum ni... 

Bezanya, cuma kat Kedah ni okay lagi sebab arwah Ustaz Azizan yang memerintah.. kalau Guan Eng yang perintah Malaysia nanti.. hahahahaaaa... biaq padan muka semua... Heh!



Comments (0)