Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:17 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


BILA KFA TOLAK RM30 JUTA, DAH TENTU ADA SEBAB...

Posted: 06 May 2016 12:00 AM PDT


Baru ni saya dengar KFA tak dapat penuhi hasrat D'Herbs untuk taja pasukan bola sepak Kedah. Pak Tam kata, beberapa syarat Datuk Aliff Syukri tu susah sangat untuk ditunaikan.. Tapi Pak Tam takdak la mention apa syarat-syarat tu.. mungkin sebab takmau disclosed dan malukan Aliff...

Lepas tu kecoh pulak kat Facebook, katanya antara 49 syarat yang terlajak tu babitkan isu "tanah". Ada yang kata Aliff mintak 3 hektar... tapi kalau rujuk pada statement Exco, Dato' Badrol Hisyam, Aliff sebenarnya mintak 60 hektar tanah... Kat situ pun dah bercanggah dah... nampak sangat takleh caya apa yang dikatakan di Facebook tu...

Aliff pulak cepat "melatah" bila dengar KFA tolak offer dari D'Herbs.. Katanya KFA buat statement tanpa merujuk atau bincang dengan dia dulu... Aliff kata dia "kecewa"...


Bila saya rujuk balik pada statement Aliff kat Facebook tu, saya rasa macam ada yang tak kena... Aliff lupa ke masa dia buat PC statement kat stadium hari tu, masa kata "sah" DHerbs setuju taja KFA untuk RM10 juta untuk 3 tahun hari tu.. Ada dia bincang atau rujuk dengan KFA?

Saya faham la Aliff orang berniaga... mahukan publisiti.. tapi KFA pun belum putuskan lagi setuju ke tidak dengan 49 syarat dia tu.. tiba-tiba dia buat statement mengesahkan tajaan RM30 juta untuk Lang Merah? Ada dia explain apa syarat-syarat yang dia offer tu? Takdak pun...

Tu satu hal... Satu hal lagi, bila nak taja berpuluh juta ni... dah tentulah Aliff nak something in return.. Dia tak dedah pun apa "something in return" yang dia nak dari KFA tu.. biasalah orang berniaga ni dah tentulah letakkan macam-macam syarat yang "favor" business dia... 

Lepas tu timbul pulak isu mintak tanah sampai 60 hektar.. Ingat kecik ke 60 hektar tanah tu? Badrol Hisham kata nilai tanah tu saja pun dah RM80 juta.. tu belum lagi masuk processing fees, lawyer fees etc.. Tu tanah negeri Kedah tu... ingat Kedah ni luas sangat ke tanahnya? 

Tanah tu apa pulak terms dia? Siapa bayar pengurusan tanah? Siapa bertanggungjawab? Kawasan mana? Berapa lama hak milik pegangan? 30 tahun? RM30 juta untuk 30 tahun ke? Explain la sikit Datuk Aliff... make sure rakyat Kedah tak tertipu...tak perlu la nak cari kontroversi macam ni...

Pikir balik la bro.. agak-agak la nak buat syarat tajaan pun... Saya tengah usaha dapatkan kandungan 49 syarat yang Aliff demand kat KFA tu... saya pun nak tengok gak punca sebenar KFA tolak tajaan RM30 juta tu... takat pakai "punca" dari komen orang kat Facebook boleh caya ke?

Nanti lepas saya dapat nanti saya ulas....

Comments (0)